Saturday 4 June 2016

Calon Pembangkang Tidak Mengundi Di Kuala Kangsar - Berjuang Untuk Rakyat Hanya Penipuan


CALON PEMBANGKANG TIDAK MENGUNDI DI KUALA KANGSAR, HANYA MAMPU MELIHAT RAKYAT MEMBUANG UNDI


Pilihanraya Kecil Parlimen P067 Kuala Kangsar yang akan dijalankan pada 18 Jun 2016 di jangka menjadi medan 3 penjuru setelah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negara (PAN) menampilkan calon pilihan masing masing menentang calon Barisan Nasional, Datin Mastura Yazid.


Pencalonan Mastura sebagai wakil Barisan Nasional di anggap sebagai langkah tepat bagi meneruskan kerja kerja tertangguh yang telah direncanakan Allahyarham Dato Khair-ill bagi membangunkan kelestarian rakyat Kuala Kangsar. Pembangkang yang cuba bermain isu "orang luar' merujuk kepada Mastura melakukan kesilapan yang amat besar.

Mastura yang telah bermastautin hampir 27 tahun di Kuala Kangsar bukan sahaja di kenali masyarakat sebagai isteri kepada ahli Parlimen tetapi sangat di senangi pelbagai peringkat akar umbi.

Pergaulan Mastura yang tidak mewujudkan jurang antara beliau dan rakyat Kuala Kangsar merupakan kriteria utama sekaligus menunjukkan bahawa pemilihan beliau menepati ciri ciri yang di kehendaki oleh rakyat Kuala Kangsar.

Beliau yang telah menemani Allahyarham suaminya sepanjang perkhidmatan sebagai ahli Parlimen Kuala Kangsar merupakan pengundi di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Kuala Kangsar.

Justeru itu dakwaan pembangkang yang mengatakan Mastura tidak layak bertanding di Kuala Kangsar tidak boleh di terima sama sekali. 

Malahan calon pembangkang dari kedua dua parti merupakan PENGUNDI LUAR dan bukan dari kalangan yang di senangi akar umbi Kuala Kangsar. Melalui rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan calon pembangkang mengundi di kawasan lain. Jelas sekali, ini menunjukkan di masa akan datang pembangkang tidak akan mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar kerana tidak menetap di sini.

Kesimpulannya perbandingan antara calon calon, rakyat dapat melihat bahawa calon Barisan Nasional Mastura Yazid merupakan pilihan terbaik untuk rakyat Kuala Kangsar. Yakinlah bahawa BN adalah sebuah parti yang MEMBELA NASIB RAKYAT.


No comments:

Post a Comment