Tuesday 14 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - BARISAN NASIONAL PILIHAN TERBAIK P067





#KakMas4KK

Penentuan siapa wakil Kuala Kangsar akan dimuktamadkan pada 18 Jun 2016 dan pengundi akan menunjukkan 'kuasa' sebenar mereka pada hari tersebut. Setelah mengharungi 13 hari kempen pelbagai warna, semua parti bertanding sudah mempersembahkan yang terbaik dari mereka untuk disajikan kepada Kuala Kangsar. 

Dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketahui 'BONEKA' DAP dalam Pakatan Harapan lebih banyak mendominasi kempen kali ini, mereka boleh di anggap sebagai 'TONG KOSONG' kerana menghasilkan bunyi yang cukup gah sedangkan tiada pembaharuan yang mampu diberikan kepada pengundi Kuala Kangsar melainkan siri caci,fitnah serta ulang kitar isu.

PAN yang sepenuhnya berharap kepada kekuatan jentera DAP untuk berkempen, me'RELA'kan parti berusia 8 bulan itu di tunjal kepala dalam setiap siri ceramah mereka dan berselindung seolah parti itu merupakan yang paling kuat dalam Pakatan Harapan. Sedia maklum dengan gaya 'Ayam jantan baru belajar berkokok' PAN bangga apabila mampu menampilkan calon yang bergelar Professor namun hakikat sebenar Ahmad Termizi Ramli tidak punyai aura dalam politik.

Dalam kempen PAN, jelas sekali Ahmad Termizi tidak akan membawa apa apa perubahan kepada rakyat Kuala Kangsar memandangkan beliau merupakan PENGUNDI LUAR dan hanya memegang status anak kelahiran Manong. Jejak politik beliau tidak ada langsung di Kuala Kangsar dan beliau hanya bergantung kepada sejarah silam keluarga. Terlalu klise jika beliau mengakui akan membawa perubahan besar serta membawa impak dalam Parlimen jika terpilih kerana tidak berpengalaman dalam arus politik langsung.

Calon PAS yang juga PENGUNDI LUAR cuba memberi saingan namun pengundi Kuala Kangsar belum pasti hala tuju sebenar calon tersebut berikutan kecelaruan PAS berkaitan pertembungan mereka dengan bekas ahli sendiri. Menurut Salahuddin Ayub merangkap timbalan Presiden PAN, PAS hanya bertanding kerana mahu menunjukkan kepada PAN bahawa mereka sebenarnya lebih baik dari PAN dan tidak mempunyai tujuan positif dalam persaingan di Kuala Kangsar.

Jelas ketara dakwaan Salahuddin bahawa PAS yang hanya menjadikan pengundi Kuala Kangsar seperti 'BAHAN UJIKAJI' untuk menentukan nasib mereka dalam PRU14 tidak boleh di tolak sama sekali. Membawa calon yang telah kalah dalam 3 PRU sebelum ini, PAS tidak mempunyai calon berkaliber untuk membawa saingan kuat kepada PAN dan hanya menjadi bahan lelucon PAN dalam kempen mereka.

Persaingan untuk 'MARUAH' antara PAS dan PAN pula memberi gambaran jelas dan nyata kepada Kuala Kangsar yang pembangkang hanya mahu menjadikan medan PRK ini sebagai tapak untuk berebut status quo antara parti pilihan dan serpihan. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar sebaliknya bermain tarik tali mempengaruhi ahli parti untuk menarik sebanyak mungkin ahli dari pihak satu lagi agar menyokong kepimpinan mereka. PAN sudah tentulah mahu membawa sokongan kepada Pakatan Harapan manakala PAS pula mahu mengekalkan keahlian dan merampas semula ahli yang telah berpaling tadah.

Seakan terlupa matlamat sebenar PRK Kuala Kangsar, perseteruan PAN, PAS membuka ruang bagi pengundi menilai siapakah yang sebenarnya akan mebawa nilai positif kepada mereka serta Parlimen Kuala Kangsar dan jelas sekali pengundi sudah nampak bahawa Barisan Nasional sedia memberi khidmat terbaik kepada mereka. Terbukti selama berada di bawah Barisan Nasional, Kuala Kangsar sudah banyak berubah dan akan terus berubah bila BN diberikan mandat pada 18 Jun 2016.

Menariknya pertembungan ini calon Bebas yang telah mengisytiharkan sokongan kepada gerakan Mahathir menjatuhkan BN agak mengelirukan rakyat. Persoalan mulai timbul adakah calon Bebas sebenarnya di taja gerakan Mahathir bagi memecah undi PAN dan PAS. Izat Bukhari yang dikatakan 'trojan horse' gerakan Mahathir tidak langsung memberi saingan dan kewujudan beliau sebagai calon tidak disedari pengundi berikutan pertempuran hebat antara PAN dan PAS merebut perhatian pengundi.

Segalanya akan terjawap pada 18 Jun 2016 dan pengundi Kuala Kangsar perlu diingatkan nasib mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Barisan Nasional merupakan pilihan terbaik bagi pengundi P067 Kuala Kangsar dan mereka perlu memberi isyarat kepada pembangkang bahawa Pakatan Harapan di TOLAK di Kuala Kangsar.

Ayuh rakyat Kuala Kangsar, berikan undi anda kepada parti yang stabil serta menjamin keharmonian dan ekonomi yang baik demi masa depan anda dan Barisan Nasional merupakan satu satunya parti yang MAMPU berbuat demikian serta telah TERBUKTI sepanjang 59 tahun memerintah Malaysia, BN masih yang TERBAIK.

#KakMas4KK

No comments:

Post a Comment