Wednesday 8 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - PAN HANYA 'KHADAM' DAP UNTUK KUASAI MELAYU?






SIAPA PAN SEBENARNYA? SEKADAR 'KHADAM' DAP ATAU BALAS DENDAM TERHADAP PAS?


Parti Amanah Negara (PAN) tidak sampai setahun ditubuhkan namun nafsu mereka untuk berkuasa sangat meluap luap untuk membalas dendam terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang selama ini membayangi beberapa individu dalam PAN.

Setelah berjaya mempengaruhi sekutu lain dalam Pakatan Harapan untuk menyingkirkan PAS dari sebarang bentuk kerjasama atas alasan tiada persefahaman dapat dilaksanakan, PAN kini semakin melebarkan pengaruh kepada ahli PAS untuk meninggalkan parti itu dan menyertai PAN.

Kedudukan PAN dalam Pakatan Harapan telah menimbulkan konflik dalam pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merupakan contoh terbaik ketamakan PAN untuk berkuasa. PAN berjaya mempengaruhi beberapa individu yang mempunyai kedudukan dalam senarai Exco Selangor kini dalam proses melobi Azmin agar menyingkirkan wakil PAS daripada terus berada bersama dalam Kerajaan Negeri, namun hakikatnya PAN lupa bahawa beberapa individu tersebut memenangi kerusi atas tiket PAS dan kemudiannya menjadi 'katak' apabila menyertai PAN.

PAN yang berminat merebut kerusi P067 Kuala Kangsar meletakkan calon yang mereka katakan sebagai anak tempatan namun hakikat sebenarnya Ahmad Termizi Ramli hanya 'balik kampung' apabila raya dan beliau bukan pengundi Parlimen Kuala Kangsar. Pemilihan Termizi juga kerana kedudukan gelaran beliau sebagai Professor tetapi itu bukan jaminan PAN akan menjadi wakil yang baik untuk rakyat Kuala Kangsar.

Sikap bermuka PAN apabila berhadapan dengan pengundi sudah diketahui dengan perangai Presiden PAN sendiri yang satu ketika dahulu berada dalam pimpinan tertinggi PAS namun kerana 'GILA KUASA' kini beliau meludah seluruh pimpinan PAS. Hakikat itu tidak mampu dinafikan PAN sendiri kerana kebanyakan mereka merupakan bekas ahli PAS yang kini beralih 'kiblat' demi kelangsungan politik Presiden PAN yang mahu menjadi 'KHADAM' DAP bagi memastikan 'DANA POLITIK' PAN sentiasa penuh.

Sesungguhnya PAN tidak berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat Kuala kangsar tetapi pembabitan mereka dalam PRK kali ini lebih kepada mahu membenam imej PAS yang masih kuat dalam kalangan ahli PAS tegar. Bagi mereka jika mahu memastikan kedudukan Presiden serta 'TUAN KHADAM' kekal kuat maka pengaruh PAS perlu dihapuskan kerana PAS hanya memperjuangkan politik penubuhan negara Islam dan perkara tersebut tidak digemari DAP selaku 'TUAN KHADAM'.

Apa sebenar matlamat PAN dalam PRK Kuala Kangsar selain dari menghasut rakyat? Mereka tidak mampu menawarkan pembangunan kepada pengundi jauh sekali memberi keselesaaan seperti apa yang telah Barisan Nasional lakukan selama ini. Malah, calon PAN sendiri tidak tahu hala tuju sebenar PAN di Kuala kangsar kerana beliau tidak memahami sosio politik setempat. Latar belakang yang tidak menampakkan pengalaman berpolitik calon PAN turut menimbulkan persoalan kepada netizen Kuala Kangsar.

Adakah calon PAN tahu sebenarnya beliau hanya dipergunakan sebagai medium untuk perpecahan dan pelbagai agenda tersembunyi yang cuba di bawa DAP secara senyap senyap? Secara jujur, penulis tidak tahu apa tujuan PAN ditubuhkan dan apa kekuatan PAN dalam politik Malaysia. Hanya bersandarkan kekuatan 'MAKI HAMUN' stail Mat Sabu atau cara kempen agresif seliaan DAP yang mahu ditonjolkan?

Ternyata PAN sebenarnya hanya 'buah catur' DAP dalam mencari pengaruh di kalangan ekstrimis Melayu yang selama ini di kuasai PAS. Mereka tidak berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk DAP dan agenda tersembunyi DAP.

Rakyat Kuala Kangsar mempunyai 'KUASA' untuk menghukum PAN sepertimana rakyat Sarawak lakukan terhadap PAN pada 18 Jun 2016. Mengapa mahu membiarkan 'KHADAM' DAP ini berkuasa?

No comments:

Post a Comment