Konflik Makin Hampiri Klimaks - Siapa Bakal Tertipu?
Sengketa dalaman Pakatan Harapan semakin jelas dimata rakyat dan pemerhati politik tanahair. Sebagai parti tersebar dalam ikatan PH, PKR kini menghadapi dilemma paling epik sepanjang penubuhan parti tersebut yang diasaskan Anwar Ibrahim selepas dipecat Mahathir pada 1998 atas dakwaan 'Rendah Moral' dan Liwat.
Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR yang terpalit dengan kontroversi video intim pula mengambil pendekatan agak kontra apabila tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR sekaligus menimbulkan persoalan adakah beliau mahu memberi isyarat kepada Anwar bahawa sedang berlaku 'pemberontakan dalaman' PKR? Bukan Azmin sahaja tidak hadir malah Naib Ketua dan segelintir yang berjawatan dalam PKR juga tidak hadir sehingga menarik perhatian ahli bawahan PKR. Malah ada kalangan 'Cybertrupers' PKR juga mengkritik Anwar Ibrahim secara terbuka dalam media sosial atas arahan pihak tertentu yang membekalkan 'peluru' bagi menembak Presiden PKR sendiri. Anwar yang diketahui mahu perjanjian peralihan kuasa Mahathir - Anwar tidak disenangi sekutu mereka PPBM sehingga menimbulkan konflik sesama mereka.
Bagaimanapun kejutan paling menikam Anwar tentulah kenyataan Mahathir yang secara terbuka memberitahu akan menerima Azmin masuk ke PPBM sekiranya ada permohonan dari beliau. Ini paling menggemparka kerana hampir pasti Azmin tidak akan bersendirian seandainya memilih 'Lompat Parti'. Berapa ramai kalangan Ahli Parlimen dan Adun PKR akan turut serta sekiranya Azmin bertukar parti? Inilah yang menggerunkan Anwar kerana Azmin sudah kena 'Pegang Telur' akibat video intim 'Sandakan'. Mengenali Mahathir dan cara penggendalian politik lawan Mahathir amat mudah. Kumpul segala bukti, simpan dalam fail dan gunakan apabila perlu menundukkan seseorang. Sekiranya enggan menurut kehendak maka fail akan dibuka kepada semua rakyat dan bermulalah paluan gendang sepertimana Anwar lalui.
Baca - SEDIA TERIMA AZMIN JIKA ADA PERMOHONAN
Sebagaimana maklum dalam PH, PPBM merupakan antara parti minoriti dalam penguasaan kerusi Parlimen. Bagi mengimbangi kekuatan PKR dan DAP, Mahathir perlu memikirkan kuasa parti tersebut untuk mendominasi Parlimen. DAP pula yang masih berpegang kepada Deklarasi Setapak sentiasa memberi tekanan politik untuk memenuhi impian ahli DAP sendiri untuk melihat 'Malaysian Malaysia' direalisasikan selepas DAP berada dalam kerajaan dan memegang portfolio penting Kabinet Malaysia. Tekanan ini bermula di peringkat negeri dan diteruskan ke peringkat nasional. Meneliti konflik dan kontroversi DAP, ritma politik mereka seiring dengan menimbulkan pelbagai polemik sebagai bahan ujian sokongan ahli bawahan. Corak tekanan dari DAP menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar dan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar perlu dipercepatkan agar lebih pantas impian DAP tercapai. Oleh demikian, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan kenyataan akan menerima Azmin ke PPBM sekiranya beliau ( Azmin) memohon. Dari situ sudah pasti penambahan kerusi PPBM akan memadam majoriti DAP sekaligus melumpuhkan Peralihan Kuasa yang dijanjikan. Bagaimana sekiranya DAP, PKR dan AMANAH menarik balik sokongan terhadap Mahathir? Siapa akan jadi 'King Maker' bagi membentuk kerajaan? Inilah permainan politik angka yang dimanipulasi Mahathir.
Baca - DAP MULA GELISAH
DAP UGUT BUKA RAHSIA
PENYATUAN UMNO PAS GEGARKAN DAP
Kemanakah hala tujuan politik Pakatan Harapan jika hanya pergelutan mengenai kuasa sahaja berlegar dikalangan mereka? Terlalu banyak kebejatan terbentang selepas PH mengambilalih tampuk Putrajaya lantas kepentingan rakyat bukan lagi nombor 'wahid' sebagaimana dijanjikan pada PRU14. Tiada lagi pakar-pakar 'Pembelit' PH membentangkan polisi yang menguntungkan rakyat sebaliknya mereka hanya memburukkan suasana ekonomi rakyat. Ingat lagi laungan penghapusan tol? Penurunan harga bahan bakar (petrol)? Penghapusan pinjaman PTPTN? Skim BR1M diteruskan dengan nama baru BaSaH tetapi menolak permohonan golongan bujang? Masih ingat satu ketika mereka menyatakan BN menjual maruah negara kepada negara asing tetapi kini siapa yang ternyata 'MENJUAL NEGARA'?
Semua itu hanya sebahagian daripada KEGAGALAN PH dan banyak lagi akan terjadi sekiranya mereka terus berkuasa. Malah ketika PM ke Jepun apa pelaburan yang beliau bawa balik selain Pinjaman Bon Samurai diikuti Bon Samurai Kedua? Rakyat menilai setiap kelakuan PH dan kini para Belia sudah mulai mengeluh melihat dasar dasar Pakatan Harapan yang memberi 'Harapan Palsu' kepada mereka.
No comments:
Post a Comment