Tuesday 17 September 2019

FOTO 'INTIM' TIMBUL PERSOALAN HALUAN POLITIK AMIN MULIA DAN SALLEH KERUAK

'Terburai Di Tepi Pantai' - Mana Perjuangan Amin Dan Salleh Keruak?



Menggelikan hati apabila Anwar Ibrahim disifatkan sebagai 'Last Samurai' oleh Pandikar Amin Mulia semasa pertemuan mereka di Sabah. Gelaran tersebut menimbulkan persoalan kalangan warga net adakah ia berupa sindiran terhadap Tun M yang telah beberapa kali mengunjungi Jepun dan mendapat Bon Samurai atau isyarat supaya Tun M segera menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim?



Baca - 'THE LAST TERBURAI'?

Mengapa secara tiba-tiba Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak menyokong Anwar sebagai PM Ke-8 jika tiada keuntungan politik sebagai imbalan? Perlu diingatkan Salleh Keruak merupakan bekas Bendahari Umno dan Pandikar Amin pula merupakan bekas Speaker Dewan Rakyat yang masih 'Suci' dari sebarang siasatan oleh pihak berkuasa. Rakyat memerhati bagaimana Bung Mokhtar Raden yang berkeras enggan melompat kemana-mana parti selain Umno diheret ke Mahkamah atas dakwaan tertentu. Sehingga hari ini mereka berdua (Amin & Salleh) masih tiada sebarang tuduhan dan kini secara terbuka mereka berdua menyokong Anwar? Benarkah tiada 'Udang Sebalik Batu'?

Masih kekar bagaimana mereka berdua ketika berada dalam Umno begitu jelas menghentam Anwar dan Tun M sebelum PRU14 , namun segalanya berubah apabila BN tumbang pada 9 Mei 2018. Jelas sekali pendirian politik yang mudah berubah dan hanya menumpukan keuntungan imej politikus merupakan perjuangan mereka. Segalanya umpama mimpi apabila membaca kenyataan kedua-dua ahli politik ini. Adakah ini namanya 'Panglima'? Jika dikutkan langsung tidak layak menyandang gelaran tersebut kerana 'Lari dari medan pertempuran' dan bersikap bacul lantas memilih untuk mencari keuntungan tersendiri.


Kenyataan Salleh Keruak

The Last Samurai?

Adakah kedua-dua bekas pemimpin Umno Sabah ini menggunakan Anwar Ibrahim sebagai 'Perisai' bagi melindungi diri dari sebarang tindakan sekiranya ada dakwaan dibuat terhadap mereka? Umum tahu Presiden PKR telah bertegas menyatakan beliau yakin akan mengambil alih kuasa daripada Tun M mengikut perjanjian asal namun gelora dalaman PH seperti menidakkan peralihan kuasa berlaku. PKR diketahui sedang berada dalam konflik dalaman antara Anwar dan Azmin dan ini amat mencemaskan kedudukan Anwar. Memburukkan keadaan Tun M ada mengeluarkan kenyataan sekiranya ada permohonan dari Azmin untuk menyertai PPBM akan dipertimbangkan. Paling digusarkan Anwar sekiranya Azmin keluar PKR berapa ramai Ahli Parlimen akan turut serta bertukar parti dan untuk 'mematikan langkah' Anwar perlu mendapat sokongan Sabah sebagai taruhan untuk menampakkan beliau mempunyai 'Angka' sepertimana sering didakwanya. Adakah ini peranan Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak seandainya mereka turut serta dalam PKR bagi membawa seberapa ramai sokongan buat Anwar Ibrahim?




Baca - SEDIA TERIMA AZMIN JIKA ADA PERMOHONAN

Ini persepsi berdasarkan foto 'Mesra' Anwar-Amin-Salleh dan mereka perlu tampil menafikan sekiranya tiada agenda kepentingan politik berlaku samada semasa atau selepas pertemuan tersebut. Bagaimanapun mengapa pilih gelaran 'The Last Samurai' untuk Anwar sedangkan beliau tidak pernah belajar menjadi Samurai? Ingat lagi apa dakwaan Tun M semasa memecat Anwar pada 1998?

No comments:

Post a Comment