Thursday 19 September 2019

KONGRES MARUAH MELAYU BAGI MENYAINGI MUAFAKAT NASIONAL - AGENDA POLITIK 'KUDAKAN' AHLI AKADEMIK?

Kongres Maruah Melayu - Parti Politik Guna Ahli Akademik Pengaruhi Melayu?



Gegaran Piagam Muafakat Nasional terus dirasakan rakyat seluruh negara apabila 2 buah parti terbesar Melayu bersefahaman dalam menongkah arus politik Malaysia. Pakatan Harapan yang menggabungkan pelbagai fahaman amat terkesan dengannya dan sudah merasakan hayat politik mereka bakal ditamatkan pada PRU15. Juteru itu langkah segera bagi 'Menawan Hati' Orang Melayu perlu diadakan mereka untuk memastikan PH terus 'Bernyawa' dan bagi memastikan tidak 'dikuburkan tanpa nisan', sesuatu perlu dilakukan mereka. 



Antara parti yang menerima tamparan hebat agenda Muafakat Nasional adalah Parti Pribumi Melayu Malaysia (PPBM) yang kononnya memperjuangkan nasib Orang Melayu. Bagaimanapun Rakyat melihat segala kebejatan yang berlaku kini adalah kerana kelemahan PPBM itu sendiri hingga menyaksikan Orang Melayu kini umpama 'Melukut Di Tepi Gantang' dibawah pemerintahan Pakatan Harapan. Segalanya yang berkaitan 'MELAYU' semakin dikikis keistumewaan dan ini amat mengguris hati Orang Melayu itu sendiri. Bermula dari ICERD kepada pembahagian peruntukan Sekolah hinggalah kenaikan yuran IPTA segala yang berkaitan dengan Melayu terus digodak oleh sekutu dalam PH sendiri. Belum lagi menyentuh beberapa konglomerat berkaitan Melayu dan Islam yang sudah dirobek, penjualan aset aset syarikat serta kemasukan individu bukan Melayu kedalam syarikat berkepentingan Melayu turut menarik perhatian Rakyat. Sikap menunduk PPBM kepada pihak lain terus jadi perhatian dan kini rakyat sudah nampak parti (PPBM) yang mendabik dada mengatakan mereka akan membela nasib Melayu sebenarnya BACUL. Merujuk kepada foto mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan mengenai Kongres ini dilalukan di Gerbang Perdana dan dihadiri oleh ahli Parlimen yang melompat parti selepas menang kerusi Parlimen atas tiket Umno dan Gerbang Perdana adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pembuatan Jambatan Bengkok Malaysia - Singapura. Umum tahu projek jambatan bengkok dilihamkan oleh PM Ke-4 dimana kemudiannya dibatalkan kerana tidak memberi kesan baik dari ekonomi atau kos. Pembatalan projek berkenaan bukan percuma kerana difahamkan Kerajaan terpaksa membayar sejumlah gantirugi apabila projek tersebut dibatalkan.

Tidakkah ini semua menampakkan penglibatan parti politik namun dikaburkan dengan menggunakan nama satu Pusat Kajian IPTA semata untuk mencari pengaruh Orang Melayu? Perlu juga ditanya kepada Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu UM, ada atau tidak mereka kaji kesan kenaikan yuran IPTA terhadap pelajar Melayu diseluruh negara? Jika tiada kajian kesan tersebut mengapa secara tiba tiba berminat bekerjasama untuk melaksanakan Kongres Melayu? Apa pula kajian mereka (UM) kepada kesan Meritokrasi dan dasar yang meminggirkan Melayu? Agak pelik bagi sebuah Pusat Kajian IPTA yang berprestij begitu mudah dipergunakan jika benar parti politik terlibat sebagai 'Back Bone' program tersebut. Adakah ini satu bentuk doktrinisasi yang sedang dilakukan oleh parti politik dengan menggunakan ahli  akademik bagi 'Menghalalkan Matlamat' untuk mengimbangi Piagam Muafakat Nasional?

Mengapa perlu ada penglibatan politik jika ia benar-bemar bebas dari sebarang pengaruh pihak tertentu? Adakah ini bagi memastikan sokongan Melayu kekal kepada parti politik tersebut sekaligus menampilkan imej bahawa mereka (Parti Politik) merupakan 'Juara' bagi Orang Melayu? Memahami percaturan, berselindung disebalik nama akademik adalah cara paling mudah bagi mengelakkan kecaman sekutu politik Pakatan Harapan. Mendepani label Rasisme yang digunapakai terhadap Muafakat Nasional, PPBM menampakkan seolah mereka tidak terlibat dalam isu Melayu tetapi dalam masa sama 'Mengkudakan' Pusat Kajian IPTA dan seperti biasa seandainya 'Kantoi' mereka akan 'Cuci Tangan' dan menyalahkan pihak lain.

Timbul juga persoalan mengapa hanya selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangan Umno-Pas pada 14 September 2019, barulah mahu diadakan Kongres Maruah Melayu sedangkan sudah hampir 16 bulan PH berkuasa dan PPBM menggepalai pemerintahan. Masih mahu menafikan kegusaran PH terhadap PMN atau mahu menutup kelemahan PPBM dalam hal kepentingan Melayu dan Islam? Menyedari sokongan terhadap PH semakin merudum lantaran terlalu banyak kebejatan berlaku, maka langkah terdesak memulihkan imej Tun M perlu dibuat dan tidak mustahil Kongres Maruah Melayu akan dijadikan medan mengagungkan Tun M sebagai pejuang Melayu. Inilah cara politik kuno yang digunapakai semasa zaman PM Ke-4. Segalanya drama airmata dan skrip meletakkan kisah 'Melayu Mudah Lupa' akan didendangkan bagi mengangkat kembali apa yang dikatakan sebagai Maruah Melayu. Memalukan nama Pusat Kajian IPTA jika perkara ini berlaku.



No comments:

Post a Comment