Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai (Prk Tg Piai) dijangkakan bakal menjadi medan ujian sokongan PKR terhadap kepimpinan Mahathir. Berdasarkan 'Bahasa Tubuh Badan' yang ditonjolkan Mahathir dan Anwar, ada sesuatu yang berlaku di antara mereka namun bijak menutup kelompongan dari penglihatan rakyat, namun gossip tidak dapat dielakkan.
Baca - ISYARAT SUPAYA MAHATHIR BERUNDUR
Bersandarkan siri 'Road Tour' Anwar ternyata gerakan memastikan peralihan kuasa berlaku tahun hadapan adalah benar. Kontra dengan kenyataan Anwar, Mahathir juga melontarkan naratif peralihan kuasa hanya boleh berlaku selepas beliau 'membetulkan' keadaan dan sudah pasti ia akan mengambil masa yang agak lama dari PERJANJIAN Peralihan Kuasa seperti didakwa Anwar sebelum ini. Semalam Pakatan Harapan memperkenalkan calon mereka di Tanjung Piai namun dikatakan tiada seorang pun wakil dari kepimpinan tertinggi PKR hadir. Isyarat apakah ini? Sedia maklum kerusi Tanjung Piai sebelum ini milik PPBM namun perlu diakui mereka memenangi kerusi tersebut dengan menggunakan lambang PKR. Adakah PKR selaku antara dominan PH tidak merestui calon yang dinamakan Presiden PPBM lantas tidak ada wakil PKR dihantar untuk meraikan majlis tersebut atau ada arahan tertentu yang melarang pemimpin PKR hadir?
Ternyata ada sesuatu bakal berlaku di Prk Tanjung Piai. Desas desus khabar angin menyatakan Prk Tg Piai bakal jadi medan 'Barter' bagi PPBM dan PKR untuk memastikan undi memihak kepada calon PH. Benarkah antara syaratnya ialah proses peralihan kuasa perlu ditetapkan seberapa segera dan Presiden PPBM perlu nyatakan sokongan terhadap PKR secara terbuka sekaligus memaksa Tun M melepaskan jawatan sepertimana Perjanjian Bertulis menurut dakwaan Anwar Ibrahim? Bagaimanapun kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan kerana mereka (PH) cukup berahsia mengenai perkara ini. PKR Sabah pula secara terbuka mengakui KELEMAHAN PH selama 17bulan memerintah dan ini bukanlah rahsia memandangkan rakyat sudah mula bersuara mempersoalkan kredibiliti Pakatan Harapan sendiri. Malah golongan atas pagar juga sudah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri dengan harapan 'Malaysia Baru' yang dilaungkan menjadi realiti namun segalanya ternyata hanyalah fantasi meraih undi semasa PRU14.
Bukankah ini menjurus kepada kelemahan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kini? Beranikah Christina mengeluarkan kenyataan sebegini sekiranya tiada siapa dibelakangnya? Pukulan tepat ini semestinya datang dengan strategi tertentu untuk menjatuhkan maruah Mahathir sekaligus meletakkan kesalahan pentadbiran PH diatas bahu beliau. Siapa yang mengizinkan Christina membuat kenyataan tersebut? Permainan ini membuka ruang persoalan buat rakyat menilai sejauh mana kekuatan PH dalam menghadapi Prk Tg Piai selepas kekalahan callon PPBM di Prk Semenyih. Seandainya calon PPBM kalah sekali lagi maka mudah bagi Anwar melakarkan sejarah menjadi PM Ke-8 selepas penantian hampir 22 tahun dengan syarat Presiden PPBM sendiri menyokong beliau dan perlu diingatkan kedudukan Mahathir dalam PPBM hanyalah Penasihat dan bukannya Presiden Parti.
Wajah Seiras Calon PPBM |
Calon PPBM kini dalam masalah besar dengan perbalahan tertutup PH. Adakah dengan imej 'Islamik' yang ditampilkan PPBM akan meraih restu DAP? Pandang kembali sejarah Prk Semenyih ketika kempen sedang hebat berlangsung. DAP berkempen sekadar 'melepas batuk di tangga' dan dengan penampilan calon PPBM di Tg Piai adakah DAP akan bersungguh membantu kempen? Video seorang Menteri dari DAP yang terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila dicaci oleh pengundi Cina di Tanjung Piai ternyata memberi kesan. Pengundi Tg Piai sudah menilai kerjasama PH selama ini dan mereka mendapati segalanya hanyalah kerana KUASA dan rakyat hanya jadi platform mereka.
No comments:
Post a Comment