Azmin Beri Gambaran Tidak Lagi Sokong Anwar Sebagai PM Ke-8?
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi gambaran beliau sudah bersedia meninggalkan PKR dan bersama kepimpinan Tun M apabila membuat kenyataan seperti ini? Azmin yang juga Menteri Ekonomi mengulas laporan 'panas' mengenai gerak kerja menubuhkan kerajaan tanpa penglibatan DAP dan Amanah sebagaimana dilaporkan media tempatan.
BUKTIKAN WUJUD PERJANJIAN ALIH KUASA -AZMIN
Adakah ini isyarat bahawa Azmin semakin menjauhi PKR dan sudah melengkapkan sokongan MP PKR untuk berdepan dengan desakan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar? Sebagaimana digossipkan ahli PKR sendiri, beliau (Azmin) dikatakan sudah mempunyai pasukan yang cukup kuat sekiranya tindakan tatatertib dilaksanakan kepadanya. Malah nama Zuraida (Ampang) antara yang disebut sebagai orang kuat Azmin dalam pasukan yang mendapat jolokan sebagai 'Team Kartel'. Bukan hanya Zuraida malah nama MB Selangor beserta Exco Selangor juga dikaitkan dengan 'Team Kartel' namun sejauh mana kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan.
Azmin turut mencabar mana mana individu yang menyatakan ada persetujuan peralihan kuasa Mahathir-Anwar. Cabaran ini seakan menempelak kenyataan Anwar bahawa ada persetujuan bertulis peralihan kuasa antara beliau (Anwar) dan Mahathir sebelum habis penggal pemerintahan Pakatan Harapan. Timbul persoalan mengapa Azmin beriya benar menentang peralihan kuasa tersebut sedangkan Anwar berkali-kali mengingatkan serta mengeluarkan kenyataan peralihan tersebut akan berlaku sepertimana dijanjikan. Adakah Azmin sebenarnya gusar dengan penyebaran klip video intim songsang yang dikatakan mirip wajahnya atau beliau sendiri menerima tekanan dari pihak tertentu bagi mengekalkan penguasaan Mahathir sebagai Presiden Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri? Sebagai rekod sehingga hari ini pihak berkuasa masih belum dapat mengenalpasti siapa pelaku dalam video walau seorang individu bernama Haziq telah membuat pengakuan dan telah dibebaskan selepas soal siasat dilakukan oleh pihak berkuasa.
Mengulas mengenai 'Kerajaan Pintu Belakang', Azmin ternyata terkesan dengan laporan media. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang buktu kukuh melibatkan pemimpin dari pembangkang terlibat. Malah Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang dikaitakn dengan kisah mitos 'Pintu Belakang' menggambarkan isu tersebut sebagai 'Bayang Bayang' yang menghantui PH sendiri kerana jalinan kuasa dalam PH tidaklah sekuat seperti digambarkan mereka selama ini.
Apa pula respon Anwar dengan kenyataan Azmin yang mahu Mahathir berkuasa sehingga habis penggal? Adakah akan berlaku 'Tsunami' dalam kepimpinan PKR dalam masa terdekat? Kuasa di tangan Presiden PKR dan beliau sewajarnya sedar bahawa 'Musuh Dalam Selimut' lebih berbahaya dari musuh depan mata. Beranikah Anwar mengambil tindakan tegas dan mengulang kenyataan berkaitan peralihan kuasa lagi selepas Azmin mencabar individu menampilkan bukti wujudnya perjanjian peralihan kuasa?
No comments:
Post a Comment