Showing posts with label Peralihan Kuasa. Show all posts
Showing posts with label Peralihan Kuasa. Show all posts

Saturday, 22 February 2020

'THE LAST SEMURAI' AKAN 'MATI BERAGAN' JIKA MAHATHIR MUNGKIR JANJI - FAIL MERAH KEMBALI DI ATAS MEJA?

Bagaimana Jika APEC KL Tidak Diadakan, Mana 'Last Samurai' Mahu Sorok Muka?



Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini. 



Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.



Tun M yang tidak memberi tarikh spesifik bagi peralihan kuasa tersebut dilihat sudah 'Menang' dalam gelombang krisis dalaman Pakatan Harapan. Justeru itu apa sahaja perkara berbangkit mengenai peralihan kuasa selepas ini bolehlah dianggap tidak lagi relevan walau wujud tentangan dari beberapa pihak terutama penyokong Reformasi. Apa lagi yang mampu dilakukan Anwar untuk mengambil alih tampuk Putrajaya selain bersabar dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tergelincir sekali lagi seperti 1998?

Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA


petikan dari pengakuan saksi kes Anwar Ibrahim 1998

Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.

Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR



Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya? 

Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal?  The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?

Thursday, 20 February 2020

'KUDA TROJAN' GAGAL LAKSANA TUGAS - TUN M AKAN LETAK JAWATAN DAN SERAH KEPADA ANWAR IBRAHIM ESOK?

Tun M Letak Jawatan Esok, Serah Kuasa Kepada Anwar?


Tekanan peralihan kuasa semakin menghampiri apabila seorang pemimpin PKR Melaka mengeluarkan kenyataan mengelirukan serta berbeza dengan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai 'Pakatan Nasional'. Kecoh diperkatakan Tun M akan membuat kejutan pada 21/2/2020 samada merombak hampir 90% kabinet atau berundur secara mengejut dengan nasihat Majlis Presiden Pakatan Harapan namun segalanya masih menjadi tanda tanya.

Baca - TIADA PAKATAN NASIONAL - TUN M



kenyataan G.Rajendran

Baca - KETUA MENTERI MELAKA BERTUKAR?

Agak memeranjatkan kenyataan G.Rajendran turut menyentuh kedudukan Ketua Menteri Melaka dan seluruh struktur kerajaan negeri Melaka. Beliau memberi gambaran 'Pakatan Nasional' yang digembar-gemburkan akan benar-benar berlaku dan semestinya PKR akan berpecah kepada 2 kumpulan - Pro Anwar/ Pro Tun M. Desas desus dalam PKR menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengetuai kumpulan serpihan PKR dalam usaha menyokong Tun M sekiranya berlaku sebarang Undi Tidak Percaya terhadap PM manakala Amanah pula akan diketuai oleh Presiden AMANAH sendiri. Sementara itu DAP masih berdiam diri mengenai rancangan mereka namun sudah tersebar 'cakap cakap' ada pemimpin dalam DAP sendiri akan memberi sokongan kepada PM dan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan PM seperti dijanjikan sebelum PRU14.

kenyataan G.Rajendran


Benarkah dakwaan G.Rajendran ini sedangkan Tun M telah menafikan wujud sebarang cadangan bagi merealisasikan 'Pakatan Nasional.'? Bagaimana pula sekiranya perkara ini sememangnya dirancang namun disorokkan daripada pengetahuan Anwar Ibrahim? G.Rajendran selaku pemimpin PKR sudah tentu maklum apa yang berlaku dalam konflik dalaman PKR sendiri. Adalah beliau sendiri tidak menyokong Presiden PKR dalam usaha peralihan kuasa? 

Baca - PLAN AZMIN ALI MENENTANG ANWAR?

Bagaimana dengan DAP sekiranya berlaku juga Undi Tidak Percaya terhadap PM di Parlimen pada sessi Mac depan? Apakah DAP akan sokong Anwar Ibrahim atau Tun M? Apa yang bakal berlaku sekiranya Anwar kalah dalam usaha menjadi PM Ke-8 sepertimana impian 20 tahun beliau? Apakah akan berlaku Reformasi 2.0 sebagaimana cerita 'Plan B' dimainkan dalam media sosial? Apa itu 'Plan B'? Hanya mereka dalam PKR sahaja yang tahu. Jadi eloklah sekiranya pemimpin PKR tampil memberi penjelasan bagi merungkai kenyataan beliau sendiri. Dimana kedudukan Ketua Menteri Melaka sekarang sekiranya dakwaan G.Rajendran berlaku? Adakah akan kekal atau bertukar?

Apa akan berlaku pada 21/2/2020? Rombakan atau perpecahan? Apakah fokus Pakatan Harapan hanya kuasa memerintah sahaja dan kebajikan rakyat, ekonomi negara dan kemampuan negara hanya mainan pemimpin PH dan 'Gula-gula' akan ditaburkan bagi menutup mulut rakyat setiap kali mereka bertanya mengenai soal negara? Mana JANJI kepada Anak Muda?' Penjawat Awam? Rakyat pertengahan? Rakyat miskin?



Thursday, 30 January 2020

GAGAL ISU PENGIKTIRAFAN UEC NGA KOR MING LABEL UMNO PAS SEBAGAI EKSTREMIS POLITIK

"Jika Kerajaan Tidak Iktiraf UEC, DAP Akan Keluar Kerajaan"



Dalam laporan sebuah portal, Timbalan Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP akan keluar daripada Pakatan Harapan jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC. Beliau berkata demikian semasa sessi temuramah. 

Baca - KONSENSUS DAP KELUAR PAKATAN HARAPAN

Menurut portal soalan yang ditanya wartawan agak tidak jelas manakala jawapan Nga konsisten menyatakan DAP akan keluar PH sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf UEC.




Petikan Malaysiakini

Nga secara tidak langsung menyatakan bahawa PH gagal membawa aspirasi perjuangan DAP menjadi realiti selepas membentuk kerajan pada 10 Mei 2018. Beliau turut menyatakan satu konsensus telah dicapai sekiranya UEC tidak diiktiraf maka DAP tidak teragak menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan. Ternyata ini merupakan 'Amaran' buat PH sendiri memandangkan DAP merupakan kuasa dominan selepas PKR dalam gabungan PH. 

Paling mengejutkan apabila Nga mengeluarkan nada berbaur rasis apabila melabelkan kerjasama Umno dan Pas akan membawa keganasan terhadap politik Malaysia. Beliau menggesa agar penyokong PH berusaha menghentikan atau sekurangnya mengagalkan usahasama Umno Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional sepatutnya perlu dikenakan tindakan tegas kerana kenyataan tersebut berbaur hasutan. Sekarang terbukti siapa yang selama ini menjadi penghasut namun apakan daya kuasa di tangan PH.


Tangkap Layar Malaysiakini

Apa maksud Nga membuat kenyataan sebegini? Adakah beliau melihat Pakatan Harapan akan jadi 'Kerajaan Sepenggal' lalu mahu membuat rakyat terutama Kaum Tionghua gelisah dengan persepakatan Umno Pas? Sama sekali tidak boleh diterima akal setelah 6 dekad BN mentadbir, masyarakat lain-lain kaum tidak pernah mengalami keganasan seperti apa yang Nga dakwa. Pas juga tidak mengamalkan birokrasi selama memerintah Kelantan sejak 1987 malah hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan (BN) berjalan dengan baik. Bagaimana seorang yang bergelar Peguam boleh berfikiran negatif dan bersikap rasis? 


Tangkap Layar Malaysiakini

Adakah kenyataan Nga Kor Ming tatkala Rakyat Malaysia sedang keresahan dengan penularan Virus NCorona merupakan satu bentuk tekanan kepada Tun M agar menyegerakan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim? Tidak mustahil akan ada desakan akan dilakukan terhadap Dr M jika beliau GAGAL menangani masalah NCorona dari merebak ke seluruh Malaysia. 


Tangkap Layar Malaysiakini

Tangkap Layar Malaysiakini

Tangkap Layar Malaysiakini

Apakah Umno dan Pas akan berdiam diri dengan kenyataan Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat? Bantahan keras perlu dinyatakan Umno dan Pas atas kenyataan rasis Nga Kor Ming namun siapa dalam Umno, Pas akan bertindak bagi membela MARUAH Umno Pas yang dilabelkan sebagai pengganas politik?

Tangkap Layar Dari Laman Malaysiakini Jam 1.56 pagi

Wednesday, 22 January 2020

DESAKAN PERALIHAN KUASA - 'TROJAN HORSE' DALAM PKR AKAN MUNCULKAN DIRI ATAU AKAN ADA MENTERI KENA PECAT?

Anwar PM Ke-8, Siapa Bakal Ganti TPM?





Sahih Atau Palsu?

Nampaknya semakin serius gerakan Reformis mahu peralihan kuasa berlaku pada 2020. Sekeping poster dijumpai berlegar dalam media sosial dengan tertera 'AMK SELANGOR'  mahu menunjukkan Tun M 'Jalan Keluar' sekiranya masih berdegil menjelang 9 Mei 2020.  Sejauh mana kesahihan poster berkenaan dikeluarkan oleh AMK SELANGOR sebagaimana tertera tidak dapat dipastikan. 

Bagaimanapun transmisi peralihan kuasa yang digembar-gemburkan ini menarik banyak persoalan samada netizen mahupun rakyat biasa. Ada atau tidak perkara dibawah terlintas dalam fikiran pembaca?


  • Apa impak peralihan kuasa terhadap ekonomi negara?
  • Berubahkah polisi pentadbiran apabila berlaku peralihan kuasa?
  • Siapa akan dilantik sebagai TPM sekiranya Anwar PM?
  • Akan tertunaikah manifesto PH pada PRU14?
  • Adakah Tun M bersara atau dilantik sebagai Menteri Kanan seperti Mendiang Lee Kuan Yew?

Paling menarik adakah Azmin akan kekal bersama PKR sekiranya beliau menerima surat tunjuk sebab dalam masa terdekat? Percaturan politik sering berubah mengikut keperluan kuasa dan tidak mustahil Tun M akan meminta bantuan Azmin memihak kepada beliau sekiranya ada usul undi tidak percaya dibawakan dalam Sidang Parlimen setelah semua jalan penyelesaian bagi mengekalkan kedudukan sebagai PM hingga habis mandat menemui jalan buntu. 


Kenyataan SUA PKR

AZMIN ALI sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Tun M dan mencabar mana mana pihak memberi bukti wujud perjanjian peralihan kuasa selepas PH berkuasa 2 tahun. Menghampiri tarikh 9 Mei 2020, genaplah 2 tahun Tun M memegang tampuk pemerintahan Pakatan Harapan sebagau Perdana Menteri. Masih ingat cadangan mereka (PH) yang mahu jawatan PM dipegang tidak lebih dari 2 penggal? Malangnya cadangan itu tidak terpakai dalam konsensus peralihan kuasa yang dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Baca - AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

Negara bakal mencipta sejarah sekiranya Anwar dilantik menjadi PM apabila TPM merupakan isteri beliau. Lakaran sejarah dunia akan berlaku pasangan suami isteri memegang tampuk tertinggi sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Tetapi ia adalah mustahil sekali untuk direalisasikan seandainya Tun M menggunakan kuasa penuh beliau bagi menukar TPM dalam waktu terdekat memandangkan Wan Azizah bukan lagi Presiden PKR selepas Anwar mengambil alih teraju PKR daripadanya. Tiada yang mustahil boleh terjadi sekiranya Tun M mengambil langkah drastik menyekat semua desakan dan tekanan yang diberikan terhadapnya. Justeru itu Anwar atau Wan Azizah perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang sekiranya berlaku pembelotan dari dalam PKR itu sendiri. Jika Maszlee Malik selaku MP PPBM boleh 'Dinasihatkan' agar meletakkan jawatan, apalah sangat dengan Wan Azizah yang sudah tiada jawatan dalam parti sendiri.

Baca - DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN?

Masalah terbesar Anwar perlu fikirkan ialah menyingkirkan 'Trojan Horse' Tun M yang masih berada rapat dengan kedudukan beliau. Siapakah individu tersebut? Hanya Anwar ada jawapannya. Bak kata seorang pelawak tanahair "Lu Pikirla Sendiri".

Monday, 20 January 2020

KERAJAAN SEPENGGAL - TUN M BERI ISYARAT BUBAR PARLIMEN JIKA TERUS DIDESAK PERALIHAN KUASA?

Desakan Peralihan Kuasa Makin Kuat, Tun M Hanya Ada 1 Pilihan



PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL

Apabila Naib Presiden PKR diminta menjawap surat tunjuk sebab tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR seakan memberi isyarat ada sesuatu perkara besar bakal berlaku samada dalam PKR sendiri atau dalam Pakatan Harapan. Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT diberikan tempoh 14 hari bagi menjawap surat tersebut. Berita tersebut seakan mengesahkan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sedia untuk berpecah dan PH pula akan menghadapi konflik terburuk namun hanya kepimpinan mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.

DESAKAN PERALIHAN KUASA



Dipercayai surat tunjuk sebab kepada Zuraida ada kena mengena dengan isu 'Peralihan Kuasa' dari Tun M kepada Anwar dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PKR pula mengesahkan ada persetujuan dalam Pakatan Harapan pada 2018 dan Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8.



Kekalahan proksi Pakatan Harapan iaitu Warisan di Kimanis menguatkan lagi desas desus tempoh peralihan kuasa berlaku namun tarikh sebenar masih belum diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tekanan yang diberikan terhadap Tun M telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akan berundur seberapa segera jika itu yang Majlis Presiden Pakatan Harapan mahukan namun kumpulan Pro-Mahathir enggan beliau menurut desakan dari pihak tertentu dalam PH. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan sedang 'disintuk limau' sebagai pengganti Mahathir selaku PM terus mendiamkan diri selepas siasatan PDRM berkaitan satu video intim songsang tidak dapat membuktikan beliau adalah individu yang dinamakan Haziq sebagai pasangannya. Begitu menghairankan mengapa Zuraida dikenakan tindakan surat tunjuk sebab dan Azmin yang turut tidak hadir mesyuarat tertinggi PKR tidak pula dikenakan sebarang tindakan. Adakah Anwar ada perancangan tertentu bagi menyekat kemaraan Azmin Ali?

Tonton - PEMBONGKARAN MENGENAI AZMIN ALI OLEH REFORMIS

Tidak mustahil akan berlaku perpecahan besar dalam PKR sedikit masa lagi jika 'Tangan Ghaib' terus memainkan peranan dalam PKR sendiri. Adakah Anwar sedar beliau semakin hilang kepercayaan di kalangan ahli parti atau beliau juga berpandukan kepada sorakan apabila berjumpa ahli parti? 

Kekuatan Anwar telah diuji ketika turun kempen di Kimanis dan ternyata beliau sudah hilang 'Aura' sebagai pemimpin sekaligus merumitkan lagi cita-cita untuk menjadi PM. Azmin juga hilang punca apabila kempen beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada Warisan di Kimanis jadi nama mereka berdua sudah tentu dikeluarkan dari senarai peralihan kuasa. Nama siapa sebenarnya yang berada paling atas dalam senarai Tun M? Hari ini Tun pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan perlu bersedia menjadi Kerajaan Sepenggal dan semestinya menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengapa beliau berkata demikian sedangkan sebelum ini beliau amat yakin PH akan kekal menguasai Putrajaya selepas PRU15. Adakah ini isyarat bahawa Tun M bersedia membubarkan Parlimen bagi mengelakkan peralihan kuasa kepada Anwar berlaku? Siapa tahu permainan politik Tun M?

Tuesday, 22 October 2019

'TSUNAMI' BAKAL BERLAKU DALAM PKR, AZMIN CABAR PERJANJIAN PERALIHAN KUASA WUJUD.

Azmin Beri Gambaran Tidak Lagi Sokong Anwar Sebagai PM Ke-8?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi gambaran beliau sudah bersedia meninggalkan PKR dan bersama kepimpinan Tun M apabila membuat kenyataan seperti ini? Azmin yang juga Menteri Ekonomi mengulas laporan 'panas' mengenai gerak kerja menubuhkan kerajaan tanpa penglibatan DAP dan Amanah sebagaimana dilaporkan media tempatan.

BUKTIKAN WUJUD PERJANJIAN ALIH KUASA -AZMIN

Adakah ini isyarat bahawa Azmin semakin menjauhi PKR dan sudah melengkapkan sokongan MP PKR untuk berdepan dengan desakan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar? Sebagaimana digossipkan ahli PKR sendiri, beliau (Azmin) dikatakan sudah mempunyai pasukan yang cukup kuat sekiranya tindakan tatatertib dilaksanakan kepadanya. Malah nama Zuraida (Ampang) antara yang disebut sebagai orang kuat Azmin dalam pasukan yang mendapat jolokan sebagai 'Team Kartel'. Bukan hanya Zuraida malah nama MB Selangor beserta Exco Selangor juga dikaitkan dengan 'Team Kartel' namun sejauh mana kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan.


Azmin turut mencabar mana mana individu yang menyatakan ada persetujuan peralihan kuasa Mahathir-Anwar. Cabaran ini seakan menempelak kenyataan Anwar bahawa ada persetujuan bertulis peralihan kuasa antara beliau (Anwar) dan Mahathir sebelum habis penggal pemerintahan Pakatan Harapan. Timbul persoalan mengapa Azmin beriya benar menentang peralihan kuasa tersebut sedangkan Anwar berkali-kali mengingatkan serta mengeluarkan kenyataan peralihan tersebut akan berlaku sepertimana dijanjikan. Adakah Azmin sebenarnya gusar dengan penyebaran klip video intim songsang yang dikatakan mirip wajahnya atau beliau sendiri menerima tekanan dari pihak tertentu bagi mengekalkan penguasaan Mahathir sebagai Presiden Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri? Sebagai rekod sehingga hari ini pihak berkuasa masih belum dapat mengenalpasti siapa pelaku dalam video walau seorang individu bernama Haziq telah membuat pengakuan dan telah dibebaskan selepas soal siasat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mengulas mengenai 'Kerajaan Pintu Belakang', Azmin ternyata terkesan dengan laporan media. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang buktu kukuh melibatkan pemimpin dari pembangkang terlibat. Malah Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang dikaitakn dengan kisah mitos 'Pintu Belakang' menggambarkan isu tersebut sebagai 'Bayang Bayang' yang menghantui PH sendiri kerana jalinan kuasa dalam PH tidaklah sekuat seperti digambarkan mereka selama ini.

Apa pula respon Anwar dengan kenyataan Azmin yang mahu Mahathir berkuasa sehingga habis penggal? Adakah akan berlaku 'Tsunami' dalam kepimpinan PKR dalam masa terdekat? Kuasa di tangan Presiden PKR dan beliau sewajarnya sedar bahawa 'Musuh Dalam Selimut' lebih berbahaya dari musuh depan mata. Beranikah Anwar mengambil tindakan tegas dan mengulang kenyataan berkaitan peralihan kuasa lagi selepas Azmin mencabar individu menampilkan bukti wujudnya perjanjian peralihan kuasa?