Saturday 23 November 2019

AZMIN DAN TUN M IBARAT ORANG KELEMASAN MENGAGAU CARI PENGARUH, LELONG NAMA BN

Siapa Lelong Siapa, Siapa Kena Lelong?


Gempar apabila Presiden Pakatan Harapan - Tun Mahathir membuat kenyataan Timbalan Presiden PKR memberitahu bahawa ada kalangan pemimpin Umno yang bertemu beliau di kediamannya mengaku sudah hilang kepercayaan kepada parti (Umno). Kenyataan tersebut memberi gambaran seolah-olah ahli Parlimen BN kini bersedia untuk 'memeluk' Pakatan Harapan sekaligus menyelamatkan 'jangka hayat' Azmin Ali yang kini bermasalah dalam PKR. 

AZMIN LELONG APA?

Presiden Umno ketika menjawap pertanyaan mengenai pertemuan MP BN menyatakan perjumpaan tersebut lebih kepada menyelesaikan masalah berkaitan ekonomi dikawasan masing-masing memandangkan Azmin adalah Menteri yang menjawat portfolio Ekonomi.



Melihat senario ini timbul persoalan mengapa Timbalan Presiden PKR yang sedang 'mencungap nafas' dalam parti sendiri berbuat demikian dan tidak menghormati kehadiran MP BN yang beliau sendiri jemput ke rumahnya bagi perbincangan perihal ekonomi setempat? Umum tahu Azmin kini terdesak mencari sokongan apabila beliau yang dikatakan antara 'trojan horse' semakin hilang kuku dalam PKR hinggakan beliau digugurkan dari merasmikan kongres PKR. Ini bermula apabila satu klip video seks songsang tersebar dan 'aktor' tersebut dikatakan mirip beliau. Bagaimanapun seorang lagi 'aktor' yang menjalankan tugas sebagai 'Suami' dalam klip tersebut telah membuat pengakuan siapa yang menjadi 'Isteri' dalam adegan yang dinamakan Skandal Sandakan itu. Sejak dari itu imej Timb.Presiden PKR semakin terjejas malah displin beliau dalam parti juga dipersoalkan malah dalam satu wawancara singkat beliau menempelak Presiden PKR sendiri. Tidak terhenti setakat itu, Azmin yang sedikit 'berang' turut mencabar kewujudan Perjanjian Peralihan Kuasa antara Mahathir-Anwar dimana sebelum itu Anwar telah menyatakan ada perjanjian bertulis dalam hal peralihan kuasa. Kemelut krisis antara Azmin-Anwar yang masih belum mencapai klimaks menjadi perhatian sekali lagi apabila heboh diperkatakan Azmin telah mencabar Anwar untuk memecatnya dari parti namun tiada kesahihan diperolehi setakat ini. 

PERJANJIAN DAN CABARAN AZMIN

Bagaimanapun jika benar cabar mencabar telah berlaku, maka plot mengatakan MP BN hilang kepercayaan terhadap Umno boleh dikatakan sebagai 'Modal' Azmin melariskan dirinya kepada Tun M bagi memastikan kedudukannya dalam kabinet terjamin.


Sebagai orang lama dalam politik, Tun M pula sudah pasti tidak akan melepaskan apa juga peluang bagi mengalihkan perhatian KEGAGALAN PPBM di Prk Tg Piai. Kekalahan dengan jurang undi yang agak besar sebenarnya telah merobek ego Tun M yang masih percaya beliau disayangi rakyat selepas 18 bulan Pakatan Harapan memerintah. Jika diteliti secara lebih halus sentimen Anti-Mahathir antara faktor penyumbang KEKALAHAN PPBM yang mewakili PH di Tg Piai. Enggan menerima hakikat bahawa beliau semakin dibenci rakyat kerana gaya pemerintahan yang menyebabkan ekonomi terbantut serta pengenalan dasar yang menyukarkan rakyat maka Tun dalam keadaan terdesak perlu mengalih perhatian dan peluang tersebut dihidangkan Azmin ketika Tun tergapai mencari 'Pelampung'. Tanpa mengambil masa lama, peluang yang tersedia terus diambil Tun dan sehingga kini Azmin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengiyakan apa yang  Mahathir sebut berkaitan MP BN. Mengapa? Sudah nampak acara lelong melelong antara Tun dan Azmin? Terserah kepada pembaca menilai 'weight' kenyataan Tun dan Azmin kelak.


Seorang ahli Parlimen (enggan dinamakan) yang turut hadir di kediaman Azmin telah dihubungi dan beliau menafikan sekeras-kerasnya apa yang Tun nyatakan.  Ahli Parlimen tersebut menyifatkan kenyataan Tun sebagai TERDESAK dan agak keterlaluan sedangkan beliau menyatakan pertemuan tersebut lebih menjurus kepada perkembangan ekonomi yang disalurkan Kementerian Ekonomi kekawasan mereka. Turut mengecam Azmin yang tidak menghormati mereka (MP BN) selepas dijemput, kehadiran tersebut dimanipulasi pula seolah mereka (MP BN) yang terdesak sedangkab Azmin tahu hal sebenar pertemuan itu. Siapa lelong siapa?

Jelas sekali 'Tsunami Besar' sudah menghampiri Pakatan Harapan dan ia sedang bersedia 'MENELAN' serta menguburkan segala Manifesto dan JANJI PH serta KEGAGALAN PH mengurustadbir negara dengan baik. Ini paling digusarkan oleh mereka (PH) kerana 'TSUNAMI' itu adalah Suara Rakyat!

No comments:

Post a Comment