Thursday 21 November 2019

PERANG 'DUNIA' KE-5 DALAM PAKATAN HARAPAN, TUN M SEDIA ROMBAK KABINET

Kem Pakatan Harapan Goyah Selepas Kalah Tanjung Piai


Sidang Media PPBM 

Kekalahan teruk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Tanjung Piai telah memberi tamparan besar buat Pakatan Harapan yang menjangkakan mereka akan menang mudah apabila meletakkan Hj Karmaine selaku calon. Dengan majoriti 15 ribu PH telah diperlihatkan suara sebenar rakyat selepas 18 bulan PH memerintah. Ini sekaligus membuatkan Tun M selaku Presiden Pakatan Harapan membuat satu sidang media petang semalam bagi meneliti sebab musabab kekalahan besar PH dan bersedia merombak kabinet bagi mencari formula baru menperkuatkan PH.



Dalam pada itu kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat dijangkakan turut mempengaruhi rombakan kabinet yang dicadangkan Mahathir semalam. Spekulasi beberapa nama dari PKR yang akan digugurkan turut menarik perhatian. Antara yang disebut ialah Menteri Ekonomi, Azmin Ali namun sehingga rombakan dilakukan spekulasi terus berlegar. Menarik sekali apabila Azmin yang bermasalah apabila sering tidak hadir mesyuarat PKR dikatakan telah mencabar Anwar Ibrahim memecat beliau namun sejauh mana kebenaran tidak dapat disahihkan. Peperangan kem Azmin dan Anwar semakin teruk apabila Azmin digugurkan daripada merasmikan Kongres PKR dan ia berlanjutan apabila tiada tanda perdamaian antara mereka.

Baca - ANWAR GESA AZMIN HADIR

Baca juga - SIKAP KERAS KEPALA AZMIN, ZURAIDA

Sikap Azmin yang enggan hadir mesyuarat biro politik PKR dikatakan ada kaitan dengan sokongan buat Tun M di Parlimen sekiranya berlaku undi tidak percaya terhadapnya. Mustahil dalam politik Pakatan Harapan tidak ada 'imbalan' jika Azmin memberi sokongan terhadap Mahathir namun apa 'imbuhan' sebagai balasan sokongan tidak diketahui. 



Memeritkan lagi kekalahan Pakatan di Tanjung Piai apabila seorang Ahli Parlimen DAP secara terang-terangan mengaku KEGAGALAN Manifesto PRU14 sebagai punca. Ditambah kenyataan Lim Guan Eng yang enggan DAP dikaitkan dengan PPBM semasa kempen Tg. Piai, ianya memberi isyarat krisis dalaman PH semakin teruk. Adakah ini petunjuk DAP sudah mula menentang Mahathir dan akan memberi sokongan kepada Anwar sepenuhnya untuk mengambil alih kerusi Perdana Menteri? Sering diperhatikan gerak geri DAP dalam PH adakala tersekat apabila Tun M membuat keputusan yang tidak memberi 'keuntungan politik' buat DAP dan ini menjadi asbab mereka mula menggerakkan tentangan secara halus.



Hampir pasti Reformasi bakal menjelma seandainya peralihan kuasa tidak berlangsung seperti dijanjikan namun Azmin pernah mencabar kewujudan Perjanjian tersebut dan ini menambahkan lagi ada komplot tersembunyi yang dirancang tanpa pengetahuan yang lain dalam PH. Rakyat pasti ingat lagi Reformasi yang dipelopori Anwar sewaktu dipecat Mahathir dan mereka yang bergelar 'Otai' kini dimamah usia namun semangat Reformasi terus kekar dalam PKR. 

PEMBERONTAKAN DALAM PKR

Mampukah Reformasi dinyatakan sekali lagi sekiranya Anwar mahu menggunakannya? Mana HAK RAKYAT yang mahu kedamaian dalam Malaysia dan suasana politik yang tenteram jika Pakatan Harapan terus bercakaran? Adalah lebih baik Tun M didesak untuk membubarkan Parlimen sebelum sebarang bentuk demonstrasi jalanan ala Reformasi berlaku sekali lagi. 



No comments:

Post a Comment