Monday 11 November 2019

#PrkTgPiai - PAKATAN HARAPAN SEMAKIN GOYAH, BAKAL BERLAKU ROMBAKAN BESAR-BESARAN SELEPAS PRK?

Pakatan Harapan Bergolak Di Tanjung Piai

Ketua Pemuda MCA - NicoleWong

Kempen Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai menyaksikan pelbagai ragam pengundi dan kempen yang berlangsung bagi menarik perhatian rakyat Tg Piai. Kerja keras yang ditampilkan Pemuda MCA bersama barisan Pemuda Barisan Nasional ternyata berjaya menggoyahkan kem PH yang kelihatan agak perlahan.


Bagaimanapun kontroversi telah melanda kem Pakatan Harapan berikutan kenyataan 'PANAS!!! Menteri Besar Perak telah mencetus polemik baru dalam kempen kali ini. Berikutan kenyataan tersebut reaksi balas segera melanda Kem PH dengan tekanan dan desakan daripada DAP dan PKR terhadap MB Perak. Lebih memburukkan keadaan Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP tiada kaitan dengan Tanjung Piai. Kenyataan tersebut sekaligus menjurus kepada jawapan mengenai krisis dalaman PH yang selama ini cuba dikaburkan.


Ternyata Prk Tg Piai akan dijadikan 'kayu ukur' kemampuan Tun M mengemudi Pakatan Harapan selepas 3 kekalahan bermula Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Seandainya Tg Piai yang meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalami kekalahan kedua selepas Semenyih maka kedudukan Tun M dikatakan agak goyah. Dengan tekanan dari pihak tertentu untuk peralihan kuasa, Mahathir kini tersepit malah terdesak untuk memenangkan Karmaine Sardini di Tg Piai. Bagaimanapun calon PPBM Karmaine Sardini pula ternyata 'tidak layak' untuk menjadi Ahli Parlimen dengan kenyataan mengguris hati pengundi terutama pekebun sawit di Tg Piai. Pengundi Tg Piai masih tidak nampak 'Hala Tujuan' Karmaine sebagai Ahli Parlimen dengan cara serta ucapannya ketika berkempen bermula 2 November 2019. Seorang Menteri pula telah menggelarkan Karmaine sebagai arwah dan ucapan tersebut dijadikan lelucon oleh netizen. 


Ternyata kehadiran Dato Sri Najib dalam kempen  Prk turut memberi tekanan terhadap PH hingga Menteri Ekonomi memberi 'Nasihat' agar Bekas PM tidak turun berkempen di Tg Piai. Kekalahan dari sudut moral sudah dirasai kem PH malah ketiadaan jentera sokongan dari DAP dan PKR turut dipersoalkan. Ternyata kali ini ada sesuatu yang cuba disorokkan dalam PH mengenai krisis dalaman mereka. Adakah ketiadaan jentera PKR dan DAP adalah isyarat untuk menyingkirkan Tun M?

No comments:

Post a Comment