Wednesday 13 November 2019

SIAPA KUAT? AMK DEDAH KRISIS DALAMAN ANWAR vs AZMIN DALAM PKR


Angkatan Muda Keadilan 'Sahkan' Krisis Dalaman PKR



Sekali lagi kekecohan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersuara terhadap keputusan Setiausaha Agung PKR membabitkan Timbalan Presiden Azmin Ali. Buat kesekian kali mereka (PKR) cuba menyorokkan krisis dalaman yang sedang melanda dikatakan akibat perpecahan dua kem iaitu 'Pro Presiden' dan 'Pro Kartel'.

Baca - AMK DEDAH PERBALAHAN PKR

Segalanya kerana Azmin tidak dijemput ke program di Melaka dan dipercayai sepanjang 'Road Tour' Konvensyen sememangnya Azmin tidak hadir kerana Presiden enggan pengaruh Azmin berleluasa dikalangan ahli PKR. Jelas sekali Azmin dipinggirkan dalam PKR sendiri setelah satu klip video perlakuan sumbang yang'mirip wajahnya' tersebar. Apatah lagi dikatakan juga beliau sudah bersedia menyokong Tun M seandainya berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen dengan sokongan Ahli Parlimen PKR yang dikatakan Pro Kartel.

Baca - TALKIN UNTUK AZMIN



AMK sendiri telah mengiyakan 'ribut' dalam PKR apabila mahu SUA PKR menimbang semula keputusan membatalkan jemputan kepada Azmin. Tidakkah ini amat meragukan di ketika Pakatan Harapan menghadapi Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai? Adakah ini isyarat kepada Tun M agar bersedia membuat peralihan kuasa lebih awal dari tempoh yang dijangkakan kerana Azmin dikatakan sudah hilang pengaruh dan sokongan MP PKR yang kini beralih kembali kepada Anwar Ibrahim?



Siapa bakal 'Tunduk' dengan desakan AMK kali ini? Adakah Anwar atau SUA PKR akan akur dengan desakan sekaligus menampakkan penguasaan Azmin terhadap ahli PKR lebih baik daripada Presiden PKR sendiri atau Anwar akan gunakan segala pengaruhnya bagi menyekat kemaraan Azmin kali ini?


Umum tahu betapa Anwar terlalu 'Bijak' bermain politik sejak dipecat Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jika tidak masakan beliau mampu mempengaruhi rakyat agar ikut bersama dalam Reformasi 98? Beliau juga mampu membuat rakyat percaya diracuni arsenik ketika dalam tahanan. Beliau juga mampu membuat pengikutnya percaya bahawa beliau akan dilantik sebagai PM Ke-8 selepas Mahathir membuat peralihan kuasa yang tempohnya tidak dinyatakan. Apa yang Anwar tidak mampu lakukan untuk survival politiknya? 

1 comment: