Friday 20 December 2019

KL SUMMIT 2019 - PEMIMPIN DIKAITKAN DENGAN VIDEO 'EHEM' MEMBERI UCAPTAMA, JATUH MORAL MALAYSIA

Umpama 'Tikus Membaiki Labu' - Azmin Mahu Kongsi Apa?



Agak melucukan apabila KL Summit 2019 menampilkan seorang yang GAGAL dalam mengembangkan ekonomi berucap di pentas besar yang menyaksikan hanya 3 -4 orang Ketua Negara hadir dari 56 jemputan. Kegagalan ini sesungguhnya telah menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia Islam terutama OIC. Lebih malang lagi apabila Menteri Ekonomi yang terpalit dengan isu 'Korup Moral' diberikan ruang berkongsi visi perkongsian kekayaan dan pengaliran kekayaan negara sedangkan umum mengetahui kesuraman ekonomi Malaysia sejak 10 Mei 2018 atau lebih tepat sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.



Sudah pasti seluruh mata negara yang dijemput akan tertumpu mengenai apa yang akan dicapai dalam KL SUMMIT 2019 namun satu isu 'panas' lebih menarik perhatian mereka. Dikhabarkan video 'PANAS' tersebut telah merebak ke seluruh dunia menerusi sebuah laman lucah, apalagi moral yang ada pada Malaysia untuk menampilkan Menteri Ekonomi selaku salah seorang panelis ucaptama KL Summit? Beliau yang juga bertanggungjawab untuk menguruskan Felda yang dikenali sebagai salah satu pengeluar terbesar komoditi negara ternyata GAGAL memberi gambaran ekonomi Peneroka Felda lebih baik di bawah pentadbirannya mahu bercakap hal ekonomi 2030? Baik dibetulkan dahulu ekonomi dalam negara sebelum mahu 'memukul gendang' atas pentas dunia. Dengan kekalutan dalaman yang beliau hadapi hingga adakah beliau cukup 'layak' untuk memberi ucaptama KL Summit?



Sepatutnya beliau mengambil peluang di KL Summit bagi membersihkan namanya dari kaitan skandal seks dan menumpukan bagaimana untuk menaiktaraf ekonomi bukan sahaja Felda malah apa sahaja yang berkaitan dibawah portfolio selaku Menteri Ekonomi. Jika Ketua Pemuda PKR mencabar Najib untuk bersumpah bagi membersihkan diri dari tuduhan maka sebaiknya Azmin juga melakukan perkara sama bagi mengekang dakwaan seperti yang dikatakan Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel ternama. Adakah Azmin berani berbuat demikian bagi membersihkan namanya?



Usah kelam kabut mahu tonjolkan 'kehebatan' sedangkan rakyat sendiri sedang meratap nasib dengan kelembapan ekonomi negara. Dengan kejatuhan saham serta penarikan diri pelabur luar negara, apa inisiatif Menteri Ekonomi bagi membaikpulih ekonomi rakyat sendiri? Bukan mahu membantu malah beberapa cukai baru diperkenalkan termasuk yang terbaru 'Cukai Durian Runtuh' yang diperkenalkan MPOB terhadap pengusaha sawit. Adakah ini model terbaik ekonomi untuk dikongsikan di pentas sebesar KL Summit walau kehadiran Ketua Negara yang dijemput tidak memberi gambaran baik untuk Malaysia? Terlalu banyak kegagalan Pakatan Harapan dan Azmin masih mahu bermegah kononnya mempunyai landasan pemikiran ekonomi dunia? Usah sampai ditertawakan dunia apabila bertindak seperti 'Tikus Membaiki Labu'.

No comments:

Post a Comment