Sunday 1 December 2019

'PERIUK API' BAKAL MELETUP, AZMIN ADALAH 'TANGAN GHAIB' MAHATHIR DALAM PERCAKARAN PKR?

'Air Dalam Cawan' Sudah Tumpah, PKR Bakal Berpecah?



Suasana semakin keruh dalam PKR apabila serangan antara sesama mereka sudah tidak mampu diselindungkan lagi. Segalanya hanya kerana seorang individu bernama Azmin Ali. Dikatakan kini beliau sudah semakin jauh menumpahkan 'Taat Setia' kepada Parti Keadilan Rakyat, Azmin dilihat sebagai Pro- Mahathir dalam jangka panjang bagi mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Kabinet dan merasakan masa depan beliau bersama PKR sudah semakin kelam.



Ketegangan ini dihidu sejak tersebarnya klip video 'Semburit' dimana seorang individu mirip Menteri sedang 'menikmati' hubungan intim bersama seorang individu bernama Haziq. Siapa yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video tersebut tidak dapat dipastikan dan hingga hari ini PDRM masih belum mengenalpasti siapa individu bersama Haziq di atas ranjang dalam klip tersebut. Disebabkan video itu, Setiausaha Politik Anwar Ibrahim telah ditahan polis dan proses soal siasat telah dilakukan terhadapnya. Sebaik dibebaskan Farhash telah melaungkan 'Azmin Semburit' dihadapan penyokongnya.

Apa yang selama ini cuba diselindungkan sudah menjadi bualan ramai. Pertelingkahan dalaman PKR bukan lagi rahsia dan AMK sendiri membuka pekung mereka kepada rakyat apabila memilih untuk 'berperang' apabila nama Azmin digugurkan dari senarai perasmi kongres AMK minggu depan. Terbahagi 2 kumpulan, AMK kini saling menyerang dan menegak benang basah. Bukan sahaja kalangan AMK, malah kalangan pemimpin tertinggi PKR juga sudah mula mengorek 'Jubur' sesama mereka. Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin antara nama besar PKR yang kini melempar 'najis' sekaligus memberi isyarat jelas perang PKR sudah berlangsung.



Jika percakaran ini berlanjutan adakah Tun M akan mempertimbangkan untuk melengahkan masa lagi bagi peralihan kuasa seperti sering dinyatakan Anwar? Bagi rakyat pula, pembubaran Parlimen merupakan satu-satunya cara menguji kekuatan sebenar Anwar dan Pakatan Harapan mendepani segala isu berkaitan rakyat. Sana sini suara rakyat mahu Pembubaran Parlimen berlaku dalam tempoh terdekat kerana sudah tidak mampu menahan kerosakan yang berlaku di bawah Pakatan Harapan dan perebutan kuasa antara mereka hingga terlalu banyak isu rakyat dilepas pandang. Bagaimanapun seperti sedia maklum, Mahathir TIDAK AKAN membubarkan Parlimen dalam jangka terdekat. Risiko memberi Anwar kuasa sudah tentu akan berbalik kepada Mahathir sendiri. Anwar sendiri tidak pernah memberi komitmen TIDAK AKAN BERTINDAK terhadap Mahathir sekiranya beliau memegang tampuk kuasa. Perlu diingatkan, segala keperitan dan apa yang dilalui Anwar merupakan sejarah hitam politiknya kerana menentang Mahathir selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Sudah pasti ada terselit sedikit amarah akibat perbuatan Mahathir kepadanya dan tidak dapat dijangkakan apa tindakan akan dilakukan Anwar sebaik bergelar Perdana Menteri Ke-8. Seperti 'Bom Jangka' apa sahaja boleh berlaku sekelip mata sekiranya Mahathir melepaskan kedudukannya kepada Anwar.

-bersambung-

No comments:

Post a Comment