Showing posts with label kempen pakatan harapan. Show all posts
Showing posts with label kempen pakatan harapan. Show all posts

Tuesday, 5 November 2019

#PrkTgPiai - KARMAINE PATUT TONTON VIDEO UCAPAN DAP SEBELUM PERSOAL MUAFAKAT NASIONAL MEMILIH WEE JECK SENG

Karmaine Sardini Lupa Tonton Ucapan DAP



Calon Pakatan Harapan di Prk Tanjung Piai kelihatan terdesak apabila mempersoalkan mengapa BN tunduk dengan MCA dalam soal pemilihan calon dalam pilihanraya kecil P165 Tg Piai. 


Dikenali sebagai Pak Imam, Karmaine sudahpun memulakan kempen beliau dengan satu kenyataan yang menerima kecaman pelbagai pihak terutama pekebun sawit.



Baca - "CUKUPLAH SERIBU RINGGIT, ORANG KAMPUNG BOLEH HIDUP"

Mengapa secara tiba-tiba Karmaine menyentuh pemilihan calon BN? Jika diteliti kenyataan beliau kelihatan serangan terhadap Wee Jeck Seng adalah untuk menarik perhatian pengundi Melayu Tg Piai dan mencari simpati agar undi memihak kepadanya pada 16 November ini namun beliau perlu sedar bahawa pencalonan Wee disokong oleh PAS dalam ertikata Muafakat Nasional selaras dengan Himpunan Penyatuan Ummah dimana ia turut dihadiri komponen BN yang lain. Ini antara sebab mengapa MCA diserang Karmaine dan mahu pengundi beralih arah sedangkan beliau tahu Pakatan Harapan ketandusan isu malah beliau masih belum berani meletakkan sebarang manifesto atau membawa manifesto PH semasa Pru14 ke Tanjung Piai.




TERDESAK - CALON PPBM MAIN ISU KAUM?

Mengapa PH sudah tidak berani membawa Manifesto mereka ke Tg Piai? Adakah kerana tahu rakyat semakin sedar semua manifesto itu menemui KEGAGALAN dan cuba mengalih serangan terhadap BN melalui persoalan pemilihan calon? Desas desus bertebaran Karmaine bukanlah calon kegemaran Tun M namun disebabkan Presiden PPBM memilih beliau maka mereka (PH) TERPAKSA AKUR walau ada nada sinis daripada sekutu dalam Pakatan Harapan. Dengan jentera kempen sekutu PH terutama DAP dan PKR yang dikatakan tidak bersungguh turun padang, ternyata Karmaine bukanlah orang yang direstui semua pihak dalam Pakatan Harapan.  Ada juga khabar menyatakan sabotaj terhadap PH merupakan siri pembalasan malah tidak kurang khabar Tg Piai menjadi medan menguji kekuatan Tun M dan jika Karmaine kalah maka bakal berlaku perubahan suhu politik dalam PH sendiri. Sejauh mana kebenaran khabar ini tidak dapat disahihkan namun jika melihat gerak kerja kempen nyata menampakkam kelemahan jentera PH.



Secara keseluruhan meneliti kenyataan Karmaine, beliau sebenarnya berada dalam keadaan sangat terdesak dan akan memanipulasi segala kemampuan Wee Jeck Seng sebagai kelemahan BN. Apa agaknya yang akan didendangkan lagi oleh Karmaine selepas 'Kantoi' isu sawit?




Monday, 4 November 2019

#PrkTgPiai - VIDEO PANAS!!! PEKEBUN SAWIT NAFIKAN DAKWAAN CALON PAKATAN HARAPAN.

Pekebun Sawit Mengeluh Pelbagai Bantuan Zaman BN Tiada Lagi Apabila Pakatan Harapan Memerintah



Satu klip video pengakuan seorang pekebun sawit menyangkal dakwaan calon Pakatan Harapan yang mendakwa harga sawit sekarang cukup untuk menampung kehidupan pengusaha tanaman sawit.

Dengarkan sendiri pengakuan tersebut agar Karmaine Sardini mengerti apa ertinya kehidupan pengusaha kebun sawit. Beliau telah menggesa pekebun bersyukur dengan harga sawit sekarang.

Inikah ciri ciri seorang Ahli Parlimen yang dimahukan pengundi Tanjung Piai?

Tuesday, 2 April 2019

PRK RANTAU - CALON PKR TIDAK DIKENALI PENGUNDI INDIA RANTAU

Jika Semenyih Ada 'Aiman Tak Kisah', Rantau Ada 'Streram Kolej, Hospital, Balai Bomba'


Calon PKR bagi Pilihanraya Kecil N27 Rantau, Dr Streram kini setaraf dengan bekas calon PPBM bagi Prk Semenyih. Beliau cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya yang dikatakan tidak dikenali pengundi khususnya pengundi kaum India. Selepas Balai Bomba, Streram cuba mengeksploitasi isu Hospital dan kemudian membuat jenaka mahu membina Kolej di Rantau SEKIRANYA MENANG. Bagaimana pula kalau beliau KALAH? 

Tonton video temuramah bersama seorang pengundi kaum India di Rantau.


Rupa-rupanya Streram merupakan 'Muka Baru' dan hanya timbul semula pada Prk Rantau. 

Veteran India dalam video menyatakan mengapa beliau dan pengundi India Rantau akan memilih Dato Seri Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Adun Rantau. Jika dihitung jasa Tok Mat adalah tidak adil untuk dibandingkan dengan Streram namun itu hakikat sebenar yang dinyatakan pengundi yang ditemui.

Kebangkitan Rakyat yang semakin 'MUAK' dengan Pakatan Harapan juga merupakan faktor sampingan yang membantu kempen BN pada Prk ini. Bagaimanapun segalanya terpulang kepada pengundi samada memilih untuk 'KENA KENCING' dengan Pakatan Harapan atau 'MEMBAWA TOK MAT' masuk ke Dewan Undangan Negeri sebagai Pembangkang yang kuat dan berjuang untuk Rakyat Negeri Sembilan.

Sunday, 31 March 2019

PRK RANTAU - PKR SUDAH MULA TABUR JANJI, KLINIK AKAN DINAIKTARAF SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN MENANG

Selepas Aiman Mahu Bina Hospital, Kini Giliran Streram Pula Palu 'Tin Kosong' Naik Taraf Klinik Rantau


Benarlah pepatah menyebut 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'. Calon PKR hari ini dilaporkan telah berjanji akan menaiktaraf klinik di Rantau sekiranya beliau menang PRK Rantau pada 13 April 2019. Kenyataan ini seakan mengulang episod 'Aiman Tak Kisah' yang berjanji mahu memperjuangkan pembinaan sebuah Hospital di Semenyih.


Calon PKR perlu sedar kerajaan Malaysia kini ditadbir oleh Pakatan Harapan jadi mengapa perlu beliau berjanji sedangkan Menteri Besar N.Sembilan sendiri boleh memohon peruntukan dari Pusat untuk menaiktaraf klinik di Rantau malah di seluruh Negeri Sembilan. Adakah kemenangan PKR sahaja akan membolehkan sesebuah klinik menerima peruntukan untuk menaiktaraf atau beliau mahu menyatakan Pakatan Harapan tidak ambil kisah kebajikan rakyat selama hampir setahun memerintah? Streram perlu diingatkan jika sekalipun beliau menang, beliau perlu memohon di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum permohonan dipanjangkan ke kerajaan Pusat. Itupun belum tentu peruntukan diluluskan jika kerajaan Pakatan Harapan kini sering menggunakan alasan kewangan Malaysia kritikal.

Patutlah seorang calon bebas enggan memberi apa apa kenyataan kepada media. Beliau tahu padahnya bila tersalah memberi kenyataan seperti apa yang dilakukan calon PKR. Nampaknya PKR telah tersalah memilih calon dan amat wajar sekali apabila beliau tidak dibenarkan 'membuka mulut' kepada media kerana jelas sekali calon PKR belum cukup 'Haul' dalam memberi kenyataan berfakta.

Sadis sekali jika PKR diberikan peluang mewakili Dun Rantau kerana calon tidak jelas dengan tindakannya sendiri. Sudahkah beliau lupa bagaimana Pakatan Harapan menutup Klinik 1Malaysia yang diusahakan Najib untuk kemudahan rakyat mendapat rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital? Ternyata calon PKR ini hanyalah sekadar menjadi 'Badut Sarkis' untuk menyelamatkan imej Presiden PKR sendiri yang dikatakan akan mencipta sejarah memegang rekod sebagai 'Bakal PM' paling lama di Malaysia.

Pkr perlu mempersiapkan mental mereka berdepan kekalahan ditangan Tok Mat Hasan pada hari pengundian kelak. Anwar pula perlu menerima hakikat, karier politik beliau kini sudah berada dihujung terowong. Beliau semakin hilang 'Aura' dan perlu melepaskan kedudukannya selaku Presiden kepada Timbalan selepas 13 April 2019.

Tuesday, 26 February 2019

PRK SEMENYIH - SAH!!! BATIN DIPAKSA BACA TEKS UCAPAN PUJI PAKATAN HARAPAN DAN BURUKKAN IMEJ BARISAN NASIONAL

Sah! Batin Aleh Di Paksa Baca Teks Ucapan Puji Pakatan Harapan




Seorang Tok Batin mengaku dipaksa untuk membaca teks ucapan yang diberikan pihak Pakatan Harapan dalam satu majlis. Dalam teks tersebut, Barisan Nasional digambarkan tidak bertanggungjawap dan mengabaikan kaum pribumi di PDM Ulu Semenyih.

Beliau yang ditemui memberi penjelasan kisah sebenar apa yang terjadi.  Batin Aleh Abdullah mengaku menerima teks lain sedangkan beliau pada ketika itu sudah bersedia membaca ucapan tulisannya sendiri.

Pengundi N24 Semenyih perlu didedahkan pembongkaran kebejatan Pakatan Harapan yang memaksa rakyat sedangkan kita tahu Malaysia mengamalkan demokrasi dan diterjemahkan pada kertas undi. Mengapa begitu 'Kasar' permainan politik PH? 

Monday, 25 February 2019

PRK.SEMENYIH - SUARA HATI PENGUNDI SEMENYIH

Suara Hati Pengundi Semenyih



Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohammad Hassan pernah berpesan - " kalau nak tau keloknya sungai tanya seluang" jadi kita tanyakan pengundi N24 Semenyih sendiri dalam tinjauan rambang di Bandar Tasik Kesuma.

Ikuti apa kata beliau dan nilaikan sendiri. 

PRK SEMENYIH - AMARAN ANWAR KEPADA MAHATHIR SAHKAN WUJUD KONSPIRASI DOMINO?

Anwar Beri Petunjuk Enggan Di Patuk 'Black Mamba' Kali Kedua



Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi. Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demonstrasi jalanan yang dipelopori Anwar selepas era beliau sebagai Mahasiswa pada lewat 70an. Malaysia 'terkejut' apabila Dr Mahathir mendedahkan perlakuan 'seks sumbang' yang menjadi sebab mengapa tindakan memecat Anwar dilakukan malah di hadapan wartawan perlakuan Timbalan PM didedahkan.

Bermulalah zaman gelap politik Anwar sehingga beliau disumbatkan ke penjara selepas segala tilam dan cadar diusung ke Mahkamah sebagai bukti. Mata lebam, arsenik, sakit tulang belakang dan sebagainya menjadi antara topik panas ketika itu dan para reformis yang mendukung fahaman 'Anwarisme' bertempik pada Mahathir agar membebaskan idola mereka kerana yakin Anwar 'dikenakan' supaya karier politik Mahathir berpanjangan tanpa saingan. Ketika itu 'Roadshow' terpaksa dilakukan bagi mempertahankan keputusan Mahathir memecat Anwar di terima ramai. Ini sebahagian sejarah perjalanan politik Presiden PKR yang kini dalam persediaan mengambil alih tampuk dari Mahathir selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada PRU14.

Bagaimanapun apabila kenyataan berbaur AMARAN dikeluarkan terhadap Mahathir, pekung pergolakan dalaman Pakatan Harapan sudah mula terhidu. Bermula dengan KEKALAHAN Prk Cameron Highlands walau selepas Tun M turun ke Jelai, ada desas desus Prk Semenyih menjadi medan penilaian pimpinan tertinggi PH menilai semula kedudukan Mahathir serta PPBM sebagai PM dan parti dominan dalam PH. Pendedahan tulisan tangan angka angka (dikatakan matematik kerusi parlimen) penyingkiran nombor 1 oleh seorang aktivis PKR dikenali sebagai Chegu Bard pula menggemparkan. Sebagai Perdana Menteri tentu perkara ini sudah sampai ke pengetahuannya dan tindakan drastik perlu difikirkan seandainya berlaku sesuatu luar jangkaan di Parlimen. 

Amaran Anwar secara tidak langsung mendedahkan perangai sebenar yang tidak diketahui (buat buat tidak tahu) kebanyakan penyokong PPBM terutama pendukung Tun M. Sikap  Mahathir yang mencampuri urusan pentadbiran PM selepas beliau amat ketara sekali dan jika enggan akur maka akan dimusuhi. Inilah yang terjadi kepada Pak Lah satu ketika dahulu dan kemudiannya Dato Sri Najib turut menjadi mangsa kerakusan nafsu 'Gila Kuasa' Mahathir. Anwar yang sedar perlakuan ini mengambil langkah awal memberi amaran kepada Mahathir agar tidak menganggu perjalanan pentadbiran selepas beliau (Anwar) mengambil alih kerusi di Putrajaya. Bagi merealisasikan pengambil-alihan dari Mahathir ke Anwar, plan kontijensi amatlah diperlukan seandainya berlaku undi tidak percaya di Parlimen. Jika ini berlaku siapakah akan bersama Anwar dan siapakah akan memberi sokongan kepada Mahathir? Siapa pula 'King Maker' yang akan menentukan Perdana Menteri seterusnya? Benar dalam kempen Prk Semenyih nampak kerjasama antara komponen PH tetapi sejauh mana 'genggaman kerjasama' diterjemahkan masih jauh dari apa yang boleh dilihat. Hanya jentera PPBM nampak berusaha keras manakala yang lain akan tampil apabila pemimpin atasan parti mereka turun padang. Adakah ini protes atau sememangnya berlaku sabotaj sinis bagi memberi isyarat karier politik Mahathir kian menuju penghujung? Dikhabarkan Mahathir akan turun ke Semenyih sebelum tamat kempen tetapi lazim politik beliau ini petanda tempat tersebut akan kalah dan beliau sekadar melengkapkan kekalahan tersebut. Ingat lagi ketika Mahathir turun ke Sg Koyan lantas memberi ceramah sambil 'beratib' nama Najib dihadapan Masjid Sg Koyan yang peruntukan mengubahsuai diluluskan Najib ketika pemerintahan BN?

Anwar sebagai 'Bakal PM' sudah tentu enggan mengambil risiko dengan meletakkan cita cita politiknya di tangan Mahathir selepas peristuwa September 1998. Oleh demikian beliau perlu memastikan kedudukannya 'Kuat' dan sokongan penuh diterima daripada dominan PH iaitu DAP kerana ada jangkaan berlaku kaedah 'Lompat Parti' dari PKR ke parti lain. Setiap sokongan amat kritikal bagi Anwar bukan sahaja untuk memastikan gelaran 'BAKAL' dipadamkan malah untuk memastikan Mahathir TIDAK LAGI MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN selepas pencen kali kedua.

Sunday, 24 February 2019

PRK SEMENYIH - "PAKATAN HARAPAN UMPAMA MACAU SCAM, JANJI TINGGI BAK GUNUNG HASIL HAMPEH" - PENIAGA SEMENYIH

Peniaga Kecil Umpamakan Pakatan Harapan Seperti 'Judi Online'


Pada 2 Mac 2019, para pengundi N24 Semenyih akan membuat keputusan siapakah Adun yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Kempen yang memasuki hari ke-9 menonjolkan pelbagai cerita pengundi dari segenap lapisan.


Seorang peniaga air kelapa yang ditemui di Batu Sesapan Rembau memberikan reaksi yang sangat berbeza apabila di tanya mengenai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Beliau menyifatkan PH membawa imej 'Macau Scam' berikutan persamaan menepati imej PH sendiri. Apabila ditanya mengapa berpendapat demikian beliau berkias sambil memberi contoh.

"mereka (PH) bercerita pelbagai janji sama macam skim judi online..tiada cerita kalah semua cerita menang besar tapi hakikat sesiapa yang terjebak akan kalah sebab tertipu dengan kisah menang besar yang dipromosi skim judi tersebut".

"samalah macam PH, mereka hanya cerita yang best saja tapi sekarang semua rakyat boleh tengok...apa hasil PH selama 10 bulan? semuanya hanya cantik pada permukaan...dasar? menipu saja PH ni."

Beliau turut mempersoalkan tindakan PH yang hanya memberi RM100 kepada golongan Bujang yang disifatkan tidak masuk akal. Kiasan paling bermakna yang beliau ungkapkan memberi kesan mendalam kepada penulis.

"kalau kita ada anak dan dah janji bila dapat gaji akan belanja anak ayam goreng terkemuka dan anak pula menghitung hari bila bapanya dapat gaji..tapi bila bapa dapat gaji lain pula cerita..diceritakan kepada anak bapa kena bayar duit kereta, bil api air dan segala hutang piutang sambil berharap anak akan memahami situasi bapa..macam tu laaa pakatan harapan. Dia janji macam macam bila sampai masa buat cerita sedih kena bayar hutang supaya kita (rakyat) tidak mendesak agar mereka tunaikan janji yang telah dibuat"

Benar kiasan peniaga kecil itu kerana situasi inilah yang sedang berlaku di bawah Pakatan Harapan. Malah calon mereka, Aiman Zainali ada berjanji jika beliau menang pada hari pengundian, semua masalah akan diselesaikan oleh Pakatan Harapan keesokannya. Itu baru 1 janji belum lagi janjinya mahu membina sebuah Hospital di Semenyih sedangkan hakikat sebenar yang terjadi ialah PH mengarahkan Klinik 1 Malaysia di tutup. 


Mana MARUAH PH bila peniaga kecil yang dahulunya penyokong PH kini semakin nampak kepincangan serta sifat menipu Pakatan Harapan? Benar juga kata kata beliau bahawa PH ini bolehlah diibaratkan sama macam Skim Judi Online.