Monday, 14 September 2015

PAN Hanya Keldai Dap?

Parti Amanah Negara menjadi parti serpihan Pas yang berevolusi kearah sekularisme.Parti yang diasaskan oleh Mat Sabu ini dilihat menjadi saingan buat bekas pengikut Pas yang selama ini memang mahukan satu bentuk politik baru.

Namun disebalik penubuhan PAN banyak kontroversi melanda.Antaranya sumpah bai'ah yang melibatkan perceraian dilakukan seandainya bertukar parti.

Perlukah parti PAN untuk mewarnai politik negara?Pasti mereka yang suka meneroka warna warni politik akan mempertahankan PAN.Pihak mana yang akan mendapat "politic mileage" dari PAN.

Dap adalah parti yang mengalu alukan penubuhan PAN.Dari segi sokongan dalam PRU pastinya akan jadi laba untuk DAP raih dari PAN.Matlamat utama PAN adalah pengundi Melayu Pas yang keliru pihak mana yang perlu disokong.

Walau PAN disokong oleh puak sekular Pas yang melompat parti tapi adakah pengundi akan memihak kepada parti Mat Sabu ini.Penulis berpendapat PAN sebenarnya hanya 
mekanisme Dap dalam memperalatkan pengundi Melayu untuk PRU.

Pas pasti tidak akan memberi laluan mudah untuk PAN mempengaruhi ahli mereka.Adakah Hj Hadi selaku Presiden Pas punyai strategi untuk melumpuhkan pengaruh Mat Sabu didalam Pas.Apa pula pandangan Majlis Syura Pas terhadap sumpah bai'ah ahli Pas yang melompat parti.

Pastinya PRU akan datang meriah apabila Pas bersaing dengan PKR,Dap,PAN dalam Pakatan Rakyat.Barisan Nasional perlu memastikan percaturan yang berbaloi bila tiba masa menamakan calon untuk setiap kawasan yang ditandingi.

PAN akan terus menjadi keldai tunggangan Dap
dalam memastikan pecahan pengundi Melayu.Pas dan Umno perlu memandang serius
perkara ini demi survival politik parti masing masing.

Saturday, 12 September 2015

Artis "X" Dari Rancangan Realiti Ambil Ganja Sebelum Ke Pentas.

Setiap artis ada gaya penampilan tersendiri diatas pentas.Walau seramai mana peminat andai gaya hidup tidak sihat diamalkan maka karier tidak akan pergi jauh.

Ganja antara bahan terlarang yang diambil oleh artis yang tidak yakin kepada diri sendiri.Di barat budaya mengambil ganja adalah perkara biasa buat artis mereka.

Di Malaysia tidak dapat dinafikan penyalahgunaan dadah jenis ganja oleh artis.Bukan sahaja untuk keyakinan dipentas malahan bahan tersebut menjadi sebahagian hidup mereka.

Artis rancangan realiti juga ada yang terbabit dengan pengambilan ganja.Perlukah mereka bergantung kepada khayalan ini untuk berada dipentas.Artis "X" dari rancangan realiti popular antara pengguna ganja.

Jika dilihat luaran sememangnya tidak akan disyaki pembabitan beliau.Hanya yang mengenali tahu "X" memgambil ganja sebelum ke pentas.

Apakah artis "X" tersebut tidak tahu bahawa pengambilan dadah itu adalah penamat karier beliau sebagai artis.Hentikanlah tabiat itu sebelum peminat tahu dan mula membenci.

Persatuan Artis juga sebaiknya memantau artis yang bernaung dibawah persatuan agar mereka bersih dari sebarang pengambilan dadah.

Friday, 11 September 2015

Bila Exco Tidak Faham Portfolio Menteri

Amat sinis bila seorang Exco Pemuda Umno meminta peminat,pengkritik bolasepak negara supaya jangan mengkritik ketuanya Khairy Jamaluddin.

Dalam kenyataan exco terbabit yang dinaikmuat di facebook beliau menyifatkan pengkritik KJ tidak peka akan keadaan dan kekecohan yang berlaku semasa perlawanan Harimau Malaya menentang UAE.

Beliau juga seakan tidak mengerti portfolio Menteri Belia Dan Sukan yang disandang KJ.Amat malang buat Pemuda Umno bila seorang exco tidak tahu apa itu Menteri Belia Dan Sukan.Dia lupa bahawa bolasepak adalah sukan nombor 1 di Malaysia.

Andai mahu mempertahankan ketua itu sifat yang baik namun beliau harus belajar menangani serangan serangan media sosial terhadap KJ.Lebih bagus sifat mempertahankan Ketua itu turut diimplementasikan dalam menangani serangan terhadap Presiden Umno.

Pemuda Umno kini semakin layu,bukan tidak bagus tapi bila ada exco yang berada dalam Pemuda sendiri yang tidak tahu mendepani masaalah.

Moga dalam pemilihan akan datang exco terbabit secara sukarela tidak lagi bertanding.Tidak memberi impak langsung kepada Pemuda amnya dan Umno khususnya.
Harapan penulis agar dimasa depan Pemuda Umno diisi dengan Barisan Exco yang lebih baik dari yang ada sekarang.

Thursday, 10 September 2015

KJ Tumpang Aura Presiden Umno

Perhimpunan Merah yang dijangka pada 16september ini tidak dihalang oleh Presiden Umno.Beliau tidak menggalakkan namun tiada halangan sekiranya ahli Umno mahu turut serta semasa kempen itu berlangsung.

Ini menunjukkan tahap demokrasi yang tinggi diamalkan oleh Umno.Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Dato Sri Najib.Ini adalah kali pertama KJ bersependapat dengan DsN selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam.

Adakah Pemuda Umno akan setia kepada Presiden seperti isu MERAH ini?Selama ini Pemuda Umno menyepi tanpa suara bila UMNO dilanda pelbagai serangan negatif.

Masih belum terlambat buat Pemuda Umno untuk kembali teguh bersama Presiden Umno menghadapi isu isu nasional.Buat KJ serta Exco Pemuda..ini adalah masa terbaik untuk kembalikan kekuatan Umno.

Inisiatif 15Juta Untuk Anak Terengganu..TTB Cemerlang.

Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan Dato Razif amat prihatin dengan pembelajaran anak anak Terengganu.

Inisiatif khas disediakan oleh kerajaan Negeri  kepada pelajar Tingkatan Enam demi memastikan kecemerlangan anak anak Terengganu.

Ini merupakan sesuatu yang amat istimewa kerana hanya Negeri Terengganu sahaja yang menyediakan sebegini banyak kemudahan untuk pelajar.Bukan sedikit jumlah yang dibelanjakan sejak 2008..hampir Rm15juta dilaburkan oleh kerajaan Negeri untuk anak Terengganu.

Ini merupakan pencapaian yang sangat baik dan seharusnya menjadi contoh untuk Negeri lain.Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah juga untuk Menteri Besar yang amat prihatin dan menepati janjinya Transformasi Terengganu Baharu yang dijadikan sandaran Kerajaan BN Terengganu.

Wednesday, 9 September 2015

Siapa Akan Denda FAM?

Semalam satu lagi episod memalukan buat bolasepak Malaysia.Stadium Bukit Jalil dipenuhi asap suar yang dibawa masuk oleh fanatik bolasepak negara.

Dimana ketegasan FAM dalam menghalang perkara ini terjadi? Bolos dipintu masuk atau sememangnya suar dibenarkan untuk dibawa ke dalam stadium.

Menteri Belia Dan Sukan Yb Khairy pula dilihat seperti melepaskan tangan dan menuding sepenuhnya kepada FAM.Beliau juga sepatutnya memikul tanggungjawap ini dan bukan hanya menuding jari.

Mana kredibiliti FAM dan KJ?Jika Persatuan Negeri boleh didenda dan dikenakan tindakan oleh FAM bila penyokong membuat gangguan ketika perlawanan..Siapa pula akan denda FAM?

Tuesday, 8 September 2015

X Trail 1.2 Juta Mengaku Miskin

Menteri Besar Kedah Dato Mukhriz perlu menjawap persoalan yang bermain di media.
Gambar kenderaan pacuan 4roda XTrail sebanyak 11 buah yang berada dilaman Wisma Darul Aman menjadi viral.

Apakah beliau lupa kenyataan yang beliau keluarkan memyatakan Kedah antara negeri termiskin.Untuk kegunaan apa kenderaan berharga Rm1.2 juta keseluruhannya.

Pihak kerajaan negeri pastinya akan menanggung kos untuk meyelenggara kesemua kenderaan terbabit.Bukankah ini akan menjadi beban kepada kerajaan Negeri?

Sebaiknya Mukhriz lebih memikirkan kesejahteraan rakyat Kedah dan bukannya kemudahan mewah untuk pemimpin Kedah.Ini sedikit sebanyak akan membuat rakyat Kedah memandang serong kerajaan BN,UMNO kerana menyediakan keperluan yang tidak sepatutnya.

Lagipun itu bukanlah kenderaan nasional dan ini seperti menafikan kenyataan Tun Mahathir yang merupakan penasihat Proton dalam mempertahankan kualiti Proton.
Mukhriz harus bijak dalam mentadbir Kedah dan jangan biarkan Kedah dilanda belanjawan defisit.

Monday, 7 September 2015

Rintihan 28 Julai

Melihat tarikh kongsian gambar didalam media sosial ini ianya sudah hampir hampir 2bulan berlalu.

Rintihan seorang warga tempatan dikawasan terbabit tidak dapat dipastikan samada telah diambil tindakan atau belum.Penulis merasa terpanggil dan terharu bila terpandang gambar anak anak membahayakan diri melalui jalan terbabit.

Apatah lagi rintihan sayu empunya gambar menceritakan keperitan warga setempat untuk keluar ke tamu mingguan.Moga tindakan telah diambil untuk meminimumkan kerosakan dan membaikpulih jalan tersebut.

Saturday, 5 September 2015

10-0 vs Khairy Jamaluddin

Suara Khairy terus mendap dalam arus politik Malaysia.Kekalahan Skuad Malaysia kepada UAE diburukkan lagi dengan imej KJ yang langsung tidak bersuara.
Apa yang KJ rancangkan sebenarnya?

Adakah tindakan menutup mulut beliau akan memberi 'political mileage' atau hanya merudumkan lagi pandangan rakyat kepada beliau.Dengan hanya mengharapkan Exco untuk bersuara KJ sebenarnya menampakkan sisi lemah beliau dalam politik.

Tiada lagi semangat beliau selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia dan juga Menteri Belia Dan Sukan.Dari apa yang dilihat KJ sengaja menempah laluan sukar demi popularitinya.Berharap kepada aura popular sahaja tidak mencukupi untuk Umno dan Barisan Nasional.Apakah beliau mampu menarik anakmuda menyokong kembali Umno,BN dengan berbekalkan senyuman sahaja?

Adalah lebih baik KJ mula fikirkan kemana beliau selepas Pru14.Samada dapat kekalkan majoriti Parlimen Rembau atau bersedia untuk terima kekalahan.
Beliau juga sebaiknya memikirkan sama siapa pengganti yang layak dan lebih baik darinya untuk menerajui Pemuda Umno,BN Malaysia.

Sekalung penghargaan atas jasa dan kerja yang dilakukan untuk Umno dan Negara.Mungkin esok matahari akan bersinar lebih terang dari hari ini.Siapa tahu lusa boleh jadi Perdana Menteri pula.
Terimakasih KJ.

Cubaan Sabotaj..1K Dijangka Mengiringi Ke Mesyuarat MKT.

Berlegar dalam aplikasi maya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dijangka pada 9/9/2015 berlaku pemecatan keahlian dari kalangan pemimpin tinggi Umno.

Antara nama yang dikaitkan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin,Dato Shafiee Apdal,Dato Mukhriz Mahathir dan juga YB Khairy Jamaluddin.Namun hingga kini tiada pengesahan akan kesahihan kandungan mesej dalam aplikasi tersebut.

Namun ianya menjadi seolah satu berita benar hingga dikhabarkan penyokong penyokong nama yang terbabit mahu mengiringi mereka ke mesyuarat MKT tersebut.Dianggarkan tidak kurang dari 1ribu  penyokong akan menghadirkan diri-menurut sumber.

Apa yang dikesali mengapa nama nama yang terlibat seakan merestui tindakan itu.Apakah mereka bersalah dibawah Tindakan Tatatertib Umno atau sengaja mahu menunjukkan pengaruh?

Bertepatan dengan prinsip Berani Kerana Benar tidak seharusnya penyokong mereka membuat sebarang sabotaj keatas Mesyuarat MKT nanti.Diharap mereka dapat mengawal emosi penyokong yang dikatakan akan mengiringi mereka nanti.

Percaya dengan Qada dan Qadar adalah menjadi pegangan kepada setiap Islam dan apa jua tindakan haruslah diterima dengan Redha dan Terbuka.Tiada guna menyerang kembali Parti yang satu masa menjadi platform untuk karier politik.Juga diingatkan Umno milik bersama dan bukan Hak Eksklusif sesiapapun.