Friday, 11 November 2016

KAUNTER PERTANYAAN - ZAHARIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS DAKWAAN SKANDAL KP IMIGRESEN




ZAHARIN UBAH NADA SELEPAS TAKUT DI SAMAN KP IMIGRESEN KERANA DAKWAAN SKANDAL ISTERI ORANG?

Pemain media sosial yang menimbulkan kontroversi dengan dakwaan Ketua pengarah Imigresen terlibat dalam skandal dengan isteri orang sudah mula bertukar nada. Zaharin Yasin, yang menaikmuat status tersebut di garis masa facebooknya telah mengeluarkan satu klip video menafikan dakwaan bahawa beliau menuduh Ketua Pengarah tersebut terlibat dalam skandal bersama isteri orang hingga ke ranjang.



Beliau telah menulis dalam entri di garis masanya "isteri dia yang bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia di mana Ketua Pengarah (saperti photo in) mengganggu isterinya. Khabarnya Si Mamat (merujuk kepada gambar) in masa di SPRM juga ada cerita yang sama. Penyakit suka nak tunjuk handal bawa bini orang sampai ke katil ni, memang ada pada manusia. Saya tidak mengaibkan ya..saya tidak melanggar seksyen 504, KK dan SKKM"

Berikut adalah sebahagian dari petikan dari klip video Zaharin Yasin.

"saya ni selalu menerima aduan, mana yang mereka terkilan dan minta saya sampaikan kepada pihak tertentu"

"saya di temui oleh seorang suami, menceritakan isterinya di ganggu oleh orang atasannya, sya tanya siapa orang atasannya? dia jawap ketua pengarah isterinya"

"pegawai ini merupakan bekas pegawai sprm"

"saya menulis dan saya tidak kata dia tidur atau main dengan isteri orang itu"

Klip video berkenaan hanya boleh di akses oleh mereka yang menjadi rakan kepada Zaharin dan status tersebut juga telah beliau letakkan 'hanya rakan' yang boleh membacanya.

Zaharin sebenarnya telah menjatuhkan intergriti dua agensi kerajaan sekaligus dengan dakwaan Ketua Pengarah Imigresen pernah melakukan perkara sama semasa bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bagaimana beliau berkata tidak menuduh KP Imigresen melakukan gangguan seksual walhal beliau menulis dalam entri itu lain? Mengapa perubahan nada Zaharin hanya berlaku selepas suntingan entri facebook beliau menjadi viral di laman media sosial?

Siapa sebenarnya yang memfitnah? Adakah wujud 'suami orang' seperti di dakwa Zahari Yasin? Mengapa Zaharin mahu menjadi orang tengah untuk membawa 'suami orang' tersebut bertemu dengan Zahid Hamidi? KP Imigresen juga perlu tampil bagi menjelaskan dakwaan Zaharin yang telah mencemar maruah beliau serta seluruh agensi Imigresen serta SPRM. Beliau juga bukan maksum untuk membuat dakwaan terbuka dalam entri facebooknya sesuka hati seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini terhadap Perdana Menteri.


Adakah Zaharin sedang cuba menjadi kaunter pertanyaan apabila cuba menjadi orang tengah dalam isu ini tetapi dalam masa sama beliau menjatuhkan maruah seorang Ketua Pengarah yang mendapat kepercayaan KSN bagi mengetuai satu Jabatan Kerajaan?

TIANG SERI IMIGRESEN BERGEGAR DENGAN SKANDAL GODA ISTERI ORANG - ZAHARIN PERLU DEDAH IDENTITI PENGADU

Dakwaan Zaharin terhadap Ketua Pengarah Imigresen berkaitan 'skandal seks' dengan isteri orang merupakan satu tuduhan yang perlu di jawap oleh Zaharin sendiri.

Dalam kapsyen di facebook, Zaharin mendakwa pengadu telah membuat aduan kepada beliau tetapi identiti pengadu tidak didedahkan dan ini menimbulkan spekulasi kesahihahan dakwaan facebooker tersebut.

Zaharin bukan sahaja telah mendakwa satu agensi kerajaan tetapi dua apabila mengaitkan Ketua Pengarah Imigresen dengan karier beliau semasa bertugas di SPRM. Zaharin perlu mendedahkan siapa pengadu itu jika dakwaan beliau bukan sebagai satu bentuk fitnah terhadap intergriti Ketua Pengarah Imigresen dan KP Imogresen juga perlu tampil menafikan apa yang Zaharin dedahkan dalam laman facebooknya.

Mungkin perkara ini perlu siasatan dari PDRM kerana ianya sudah menjadi satu tuduhan berat dari Zaharin terhadap kredibiliti KP Imigresen dan jika terbukti dakwaan itu tidak benar, Zaharin sepatutnya di heret ke Mahkamah kerana menjatuhkan maruah KP tersebut.

Siapakah pengadu itu dan apa kaitannya dengan Zaharin Yasin? Mengapa pengadu tidak berani tampilkan diri dan mengadu kepada Zaharin sedangkan beliau hanyalah Ketua Cawangan di Umno Bahagian Bandar Tun Razak?

Adakah terdapat satu komplot mewujudkan persepsi buruk terhadap KP Imigresen oleh Zaharin Yasin? Beliau perlu tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap agensi kerajaan.

ZAHARIN DAKWA KETUA PENGARAH IMIGRESEN TERLIBAT SKANDAL 'RANJANG' BERSAMA ISTERI ORANG?

Satu status dalam laman facebook Zaharin Yasin mendakwa Ketua Pengarah Imigresen merupakan seorang 'sex maniac' kerana menggoda isteri orang hingga ke ranjang.

Pendedahan pemain media sosial ini tidak boleh di pandang rendah kerana melbatkan maruah agensi kerajaan yang mementingkan intergriti.

Kapsyen yang di tulis oleh Zaharin berkaitan Ketua Pengarah Imigresen mengundang kontroversi kepada netizen maya yang tahu beliau merupakan seorang yang suka mencari publisiti murahan dengan imaginasi tinggi. Sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini, Zaharin pernah mencarut kepada Perdana Menteri serta membuat ugutan terhadap Setiausaha Akhbar PM dalam rakaman videonya di facebook.

Benarkah dakwaan Zaharin terhadap Ketua Pengarah tersebut? Beliau turut memaparkan wajah orang yang beliau dakwa sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

Pautan kepada kisah yang didakwa Zaharin :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207983315000494&id=1226460439

Wednesday, 9 November 2016

IMAGINASI MELAMPAU MALAYSIAKINI HANYA UNTUK MERAIH PEMBACA - TIDAK MENJELASKAN ISU SEBENAR




IMAGINASI TINGGI WARTAWAN MALAYSIAKINI HANYA UNTUK MERAIH MINAT PEMBACA

Kritikan dari pembangkang mengenai harga projek ECRL (Landasan Keretapi Pantai Timur) yang mereka dakwa sebagai terlalu mahal telah di jawap oleh Dato Rahman Dahlan. Namun pembangkang tetap pembangkang apabila menyatakan landasan tersebut boleh di buat dengan kos pembuatan ECRL boleh direndahkan hanyalah retorik pembangkang semata-mata yang mahu memberi pandangan buruk terhadap projek yang bakal memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara kelak.

http://www.malaysiakini.com/news/362283

Malaysiakini yang meletakkan komentar seorang eksekutif syarikat pembinaan bagaimanapun tidak berani mendedahkan siapakah orang itu dan di percayai kenyataan tersebut merupakan imaginasi portal tersebut yang terkenal suka memutar belit sebarang kenyataan yang boleh memberi imej buruk terhadap kerajaan.

Kos RM91.67 juta (di dakwa pihak pembangkang) bagi setiap kilometer rel baru untuk projek berkenaan, ia dianggap munasabah dengan kenaikan harga bahan mentah pembinaan yang semestinya memerlukan 'standard' tinggi untuk memastikan keselamatan serta efisensi rel berkenaan apabila siap kelak serta jangka hayat rel sebelum memerlukan penyelenggaraan berkala.

Malaysiakini turut menaikmuat komen penganalisis yang tidak di kenali sebagai berkata "terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak". Apa maksud Malaysiakini dengan komentar sebegitu dan tidak mengimbangi komen balas dari Rahman Dahlan? Jelas sekali portal tersebut cuba bermain persepsi negatif bagi membuat rakyat berfikiran bahawa kerajaan membazirkan wang untuk sebuah projek yang bertaraf 'Mega'.

Bagaimana pula penganalisis tersebut menyatakan tiada keperluan membina terowong merentasi banjaran Titiwangsa dengan hanya memetik laporan theedgemarkets.com? Adakah penganalisis tersebut faham geografi Malaysia di mana Banjaran Titiwangsa membentuk semenanjung Malaysia dan menjadi pemisah antara Timur dan Barat Semenanjung?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempertikaikan kos ECRL pula di lihat berat sebelah apabila hanya mempertikaikan kos projek yang di rancang kerajaan Barisan Nasional sebaliknya beliau menjadi 'Patung Cendana' apabila kerajaan DAP Pulau Pinang membelanjakan sejumlah RM30 juta hanya untuk laluan basikal yang hanya sejauh 12km. Menbandingkan jarak landasan berkembar dari Johor Bahru ke Seremban, Mahfuz tidak bijak apabila tidak mengambil kira faktor mukabumi merentas Titiwangsa, malah beliau mungkin tidak sedar mengapa kos meningkat apabila rel berkenaan dipanjangkan dari Gombak ke Klang. 

Mahfuz sendiri tidak berani mempersoalkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan hanya menumpang kenyataan pihak lain bagi mencari populariti diri sendiri. Beranikah Mahfuz mempersoalkan mengenai pembaziran RM300juta hanya untuk kertas kerja terowong dasar laut di P.Pinang? Mengapa Malaysiakini tidak turut mempertikaikan pembaziran ini dengan menyoal eksekutif pembinaan yang punyai pengalaman membina terowong dasar laut di Eropah?

Matematik mudah bagi Mahfuz fahami pembaziran wang Rakyat yang dilakukan DAP P.Pinang ialah RM30 juta dibahagikan 12km bersamaan RM2.5 juta setiap kilometer laluan basikal yang tidak menjana ekonomi rakyat P.Pinang. Belum lagi kisah penyelewengan PKR yang didedahkan aktivis PKR sendiri. Mengapa Mahfuz tidak menyoal mengenai pembaziran tersebut?

Dalam laporan Malaysiakini turut menyatakan eksekutif berkenaan menyatakan beliau percaya kos keseluruhan projek ECRL hanya RM32 billion namun itu berdasarkan kepada anggaran rakan sekerja industri pembinaan dari Eropah. Bagaimanapun Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai menjelaskan kos RM55 billion ECRL tidak hanya membabitkan kos pembinaan semata mata.

Siapakah eksekutif berkenaan dan rakan sekerjanya seperti di dakwa Malaysiakini? Adakah watak itu hanya imaginasi penulis Malaysiakini bagi meraih perhatian pembaca?

Permainan licik Malaysiakini yang memberi laporan berat sebelah sering menjadi rujukan pembangkang bagi menabur propaganda negatif terhadap apa juga usaha kerajaan yang dilakukan untuk rakyat. Mengapa Malaysiakini sering bertindak memutar belit kenyataan yang sepatutnya mudah difahami rakyat? Tidak menghairankan semasa PRN Sarawak salah seorang wartawan mereka di halau keluar dari Sarawak kerana menyiarkan dan memutar belit kenyataan semasa kempen pilihanraya di negeri tersebut.

Berikut adalah penjelasan mengenai projek ECRL yang di petik dari Facebook Azanisham Samat.

Baca SINI

Sesuatu yang perlu kita faham mengenai ECRL adalah ia merupakan landasan keretapi Port to Port:- yang menghubungkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - Lapangan Terbang Kertih - Pelabuhan Kertih - Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kuantan hingga ke Pelabuhan Klang.

Memang ada kajian dibuat pada tahun 1981 untuk membina keretapi ke Terengganu, tetapi kajian tersebut mendapati pembinaan landasan keretapi tersebut tidak ekonomikal kerana didapati 10% sahaja rakyat Terengganu bakal menjadi pelanggan keretapi tersebut.

Berbanding dengan ECRL yang bertujuan untuk memperkasakan ECER (East Coast Economic Region) bagi menghubungkan daerah-daerah yang direkayasakan untuk pembangunan Industri.

Pembinaan landasan keretapi ini bakal memberdayakan contohnya Kertih Integrated Petrochemical Complex :- kompleks industri ethylene dan polyethylene. KIPC ini mampu menyimpan dan mengedarkan sehingga 2.7 juta tan ethylene dan polyethylene setiap tahun. Fasaliti marin KIPC mampu menampung sehingga 6 kapal tangki seberat 40,000 tan.

Begitu juga dengan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang dibangunkan di atas tanah seluas 685 hektar dengan sasaran pembinaan industri berat dan berteknologi tinggi seperti produk besi, elektrik, elektronik, teknologi maklumat dan lain-lain.

Keperluan bahan mentah yang krusial sedang dihadapi oleh Gambang Halal Park :- Taman Industri yang memfokuskan pengeluaran makan halal dan juga produk halal bukan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik dan lain-lain.

Pada tahun 2010, satu kajian Business, Strategic, Implementation and Planning (BSIP) telah dilakukan oleh Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT):- menyarankan pembangunan infrastruktur yang teliti dan berskala komprehensif perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan Kemaman Heavy Industry Park.

ECRL ini juga amat penting kepada Gebeng Integrated Petrochemical Complex (GIPC), Kuantan Integrated Biopark, dan Pekan Automotive Park (PAP).

Pekan Automotive Park yang memasang kereta Volkswagen, Suzuki dan Mercedes memerlukan pengangkutan berskala masif bagi memastikan pengedaran yang ekonomikal ke seluruh negara. PAP dijangka melahirkan 270 usahawan baharu dan 28,338 pekerjaan menjelang 2020.

Pengedaran produk pertanian bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan juga akan menerima impak positif dari pembinaan ECRL ini dimana ianya akan memenfaatkan industri tenusu di Cattle Research and Innovation Centre in Muadzam Shah yang memfokuskan kajian penternakan lembu dan pengeluaran susu. Pusat ini bakal menarik pelaburan swasta dalam industri tenusu di 3 buah ladang komersial di Terengganu, Kelantan dan Mersing selain memenfaatkan 100 ladan satelit baru di Pantai Timur.

Produk berasaskan kambing di Kuala Berang dan Telaga PApan Terengganu juga bakal menerima menfaat dari ECRL bagi membolehkan bekalan daging kambing diedarkan dengan lebih murah.

Bagi industri perikanan pula, ECRL merupakan pengangkutan termurah dan bakal menguntungkan Taman Pemprosesan Ikan di Tanah Putih, Kuantan, Marine Fish Hatchery and Fish Seed Marketing Centre di Merchong, Pahang malahan bakal bertempiasan sehingga ke Taman Integrasi Perikanan Tok Bali, Kelantan, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan, Pengkalan Kubor, Kelantan yang bakal memproses sehingga 82,000 liter budu.

Ini cuma sebahagian industri yang bakal menerima menfaat dari ECRL. Berdasarkan kajian yang dibuat pada 1981, sasaran pasaran untuk penumpang keretapi hanyalah 10% manakala keperluan industri hari ini dijangka melibatkan 90% pasaran.

ECRL diperlukan bagi memudahkan pengedaran produk siap dan mengalirkan bahan mentah secara ekonomikal dari/ke Pantai Timur.

Dari segi aspek sosial pula, ECRL dijangka mengurangkan kos perumahan yang tertumpu di lokasi strategik di bandar sahaja serta membolehkan pengangkutan tenaga buruh dalam jarak lingkungan yang lebih besar dan jauh.















SEBAR SENARAI CALON PRU14 - PPBM BUAT 'BLACKOPS' UNTUK SALAHKAN UMNO,BN?



SEBAR SENARAI CALON PPBM, 'BLACKOPPS' BAGI JERAT UMNO?

Terdapat sekeping foto yang tersebar dalam aplikasi Whatsapp mengenai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kerusi yang bakal mereka tandingi dalam PRU14 kelak. Melihat kepada senarai 24 nama mereka yang dikatakan akan bertanding merebut kerusi tertentu jelas sekali PPBM telah mula memasang angan bagi menepis kedudukan DAP selaku dominan dalam Pakatan Harapan. Meletakkan Penasihat PPBM di kerusi Putrajaya memberi isyarat kepada sekutu lain agar mengikuti kehendak mantan PM yang sememangnya mahu seorang anaknya meneruskan legasi pemerintahan 22 tahun beliau.

Meletakkan bekas Exco Perak yang di pecat dari Umno dan disenaraikan sebagai bakal Menteri Besar Perak pasti akan mengundang persoalan mengenai kemampuan beliau menggalas tanggungjawab sedangkan sewaktu masih berkhidmat dalam Exco beliau dikatakan mengamalkan dasar kronisme dalam memberi projek tertentu kepada ahli keluarga terdekatnya.

Senarai nama serta kerusi yang bakal ditandingi PPBM ini sudah tentu akan mengundang persoalan kepada Pakatan Harapan mengenai kerjasama yang sepatutnya mereka jalinkan dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di bawah Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.Benarkah senarai ini disediakan oleh PPBM secara senyap senyap dan hanya diberikan kepada ahli PPBM sahaja sebagai satu bentuk propaganda bahawa mereka akan menjadi pencatur kepada pembangkang sekiranya berjaya menumbangkan BN kelak?

Malah bekas wartawan turut tersenarai sebagai calon berdasarkan senarai yang dikeluarkan. Kredibiliti mantan wartawan itu sebenarnya boleh dipersoalkan kerana beliau banyak menghabiskan masa di belakang mesin taip berbanding bersama rakyat serta menyelami hakikat politik. Mampukah bekas waratwan itu menjadi ahli politik 'tekukur' seperti yang dikehendaki Penasihat PPBM kelak?

Dalam pada itu Ketua Armada PPBM disenaraikan untuk melawan 'Giant Killer' di kerusi Johor Bahru. Anak muda yang masih mentah dalam politik ini diharapkan berjaya memecah tembok Johor Bahru yang sekian lama di jaga dengan baik oleh Ahli Parlimen yang terkenal dengan sikap tegasnya. Mungkin Ketua Armada yang kononnya 'lantang' itu perlu belajar 'mengemam' batang patawali dahulu baru boleh mahu bertanding di mana mana kerusi.

Timbul pula persoalan dalam kalangan Pakatan Harapan, mengapa senarai ini sudah tersebar di media sosial jika mereka belum lagi memutuskan siapa yang akan bertanding di kerusi mana dan parti mana yang akan memegang 'ststus quo' bagi menetapkan siapa Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas Putrajaya kelak. Adakah PPBM sudah mula membelakangkan sekutu lain dan hendak 'mencaras' pesaing yang mampu menganggu perancangan Penasihat PPBM?

Adakah ini sebahagian dari perancangan licik PPBM menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional kononny bermain politik kotor? Sebagaimana rakyat maklum, penasihat PPBM merupakan bekas PM selama 22 tahun dan secara tidak langsung beliau pasti mempunyai 1001 helah untuk memburukkan imej lawan, tidak mustahil cara ini telah di rancang mereka bagi mengaburi mata rakyat.

Jika benar senarai ini adalah dari bilik gerakan PPBM maka secara jelas mereka telah mula merancang sesuatu di luar pengetahuan sekutu Pakatan Harapan dan seperti yang diketahui, penasihat PPBM bukanlah orang yang cepat mempercayai orang lain lebih lagi bekas musuh politiknya selama 22 tahun yang pernah meletakkan pelbagai gelaran terhadapnya.

Mungkinkah ini sebahagian dari 'blackopss' PPBM bagi menuding jari kepada Umno, BN yang mereka tahu amat sukar ditewaskan setiapkali pilihanraya kerana sokongan golongan atas pagar yang mahu kestabilan politik negara bagi menjamin ekonomi yang baik?

Tuesday, 8 November 2016

MAHATHIR KE PARLIMEN TABUR 'DEDAK' UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PM?

Bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir hadir ke parlimen hari ini untuk mengikuti sessi persidangan Dewan Rakyat.

Kehadiran beliau sedikit mengejutkan kerana dipercayai cuba mencari simpati dari ahli parlimen untuk melancarkan perang terakhirnya terhadap Dato Sri Najib Razak.

Menurut sumber gerakan pembangkang, Mahathir dikatakan akan mempengaruhi ahli parlimen untuk membuat undi tidak percaya kepada PM setelah pelbagai usaha beliau menjatuhkan Najib sejak 2 tahun lepas tidak berjaya dan yang paling akhir Istana Negara turut cuba di heret Mahathir namun telah di tolak oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Adakah benar Mahathir akan menabur 'Dedak' kepada Ahli Parlimen dalam usaha terakhirnya ini? Berapa pula jumlah 'Dedak' yang akan diberikan kepada yang menyokong? Nampaknya Mahathir benar benar terdesak untuk memastikan Mukhriz mempunyai kedudukan selesa dalam laluan menjadi PM dan mengenepikan calon dari Pakatan Harapan.

Wednesday, 2 November 2016

DEMO HARAM - MENGAPA HANYA MAHU DEDAH AUDIT DANA BERSIH 4,5 SAHAJA, BERSIH 1,2,3 MANA LAPORAN AUDIT?








BERSIH BERANI DEDAH SUMBER DANA BERSIH 4,5 SAHAJA? MANA LAPORAN AUDIT BERSIH 1,2,3?


Petikan dari laporan Malaysiakini.com mengenai dana BERSIH yang dikatakan di terima dari pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Mengapa bila setelah terbit pelbagai persoalan baru kini BERSIH mahu menunjukkan perjalanan akaun mereka selepas siri BERSIH memasuki edisi ke 5?

Penafian mereka berkaitan dana itu sebanranya tidak menepati apa yang Maria akui dalam satu artikel dalam Malysiakini. Maria mengakui menerima danadari orang ramai hanya 11% jadi dari mana pula sumber lebihan 89%?

Terdapat juga pengakuan dari pihak BERSIH terdapat 34,000 pemindahan wang ke akaun BERSIH dalam edisi ke 4 BERSIH dan baru kini mereka katakan akan menerbitkan akaun yang di audit? Mana audit akaun BERSIH 1 hingga 3? Apa yang sebenarnya mereka dari pengetahuan rakyat mengenai dana tersebut?

Menurut sumber BERSIH telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad yang berasaskan perniagaan pengurusan acara (event management) dan lembaga pengarah syarikat tersebut tidak pula menerbitkan sebarang pegangan saham kepada orang ramai bagi membolehkan mereka mengutip wang dari orang ramai.

Persoalannya dari mana datangnya DANA BERSIH? Democratic Action Party (DAP) pernah mengakui menyokong BERSIH 4 serta memerintahkan ahlinya turun ke jalanan secara haram. Adakah DAP turut terlibat sebagai penaja DANA BERSIH sedangkan DAP tidak berani menyatakan sumber dana mereka sendiri. Adakah wang itu datangnya dari sebahagian DANA Israel berjumlah RM1.2 billion seperti di dakwa bekas ahli DAP sendiri?

Demo haram jalanan telah menjadi sebahagian dari cara pembangkang untuk menghasut rakyat membenci kerajaan yang di pilih secara demokrasi dalam PRU13 dan pelbagai cara telah dilakukan oleh BERSIH dalam kempen mereka yang kerap berubah intipatinya. Secara jelas himpunan haram yang dianjurkan DAP dan BERSIH tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa namun mereka tidak menghormati undang undang sebaliknya mendesak kerajaan mengikuti kehendak mereka.

Di manakah pula laporan audit dana BERSIH 1, BERSIH 2, BERSIH 3? Beranikah Maria Chin dedahkan sumber mereka dan berapa jumlah yang telah BERSIH terima sepanjang edisi BERSIH diadakan?



http://www.malaysiakini.com/news/361255


"Selepas BERSIH 4.0, kami juga kata terdapat kira-kira 34,000 pemindahan ke akaun kami. Jadi kami sangat terbuka tentang perkara ini.

"Kami akan terbitkan akaun yang telah diaudit tidak lama lagi," kata Rama.

Walaupun BERSIH tidak dinyatakan dalam dokumen OSF, New Straits Times (NST) dan The Malay Mail mengaitkan gerakan itu dengan Program Malaysia dalam laporan mereka.

Menurut NST, Maria berkata BERSIH menerima geran daripada OSF dan National Democratic Institute pada tahun 2010 dan 2011.

"Tetapi kami tidak menggunakannya untuk perhimpunan kami. Jumlah yang diberikan kepada kami hanya terdiri 11 peratus daripada dana yang diperoleh daripada orang ramai pada tahun 2011," Maria dilaporkan sebagai berkata.

DAP JADI SUCI,MINTA KERAJAAN KURANGKAN 'LUCKY DRAW' - SUMBER DARI LUMBA KUDA TETAP ISI KANTUNG PARTI?




DAP BAKAL HAPUS LESEN JUDI BILA BERJAYA RAMPAS PUTRAJAYA?

Desakan dari Democratic Action Party (DAP) di Parlimen semalam supaya kerajaan mengurangkan cabutan bertuah (Lucky Draw)  nombor ramalan seperti Magnum,Toto,Da Ma Cai sebenarnya hanya lakonan SUCI dari wakil mereka untuk dipertontonkan kepada rakyat seolah mereka tidak turut serta dalam kegiatan tersebut.

Anthony Loke Siew Fook dan Liew Chin Tong menyatakan demikian kepada wartawan dalam sidang media di Parlimen semalam. Mendakwa kegiatan nombor ramalan hanya membebankan golongan bawahan, DAP terlupa kaum Tiong Hua merupakan antara yang paling ramai terlibat dalam kegiatan tersebut hingga mewujudkan tauke tauke nombor ramalan tidak berlesen. Lakonan SUCI wakil DAP seperti mahu menidakkan sumber sebenar DAP sendiri dari kegiatan judi LUMBA KUDA yang menjadi antara penyumbang kepada dana parti tersebut selain dari RM1.2 billion dari pihak Israel seperti di dakwa bekas ahli DAP sendiri, Mohammad Razali yang pernah tersebar luas.

Walau lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan kepada syarikat tertentu, masyarakat Tiong Hua bukanlah asing kepada judi ini yang telah menjadi sebahagian dari budaya 'tidak baik' dalam kalangan mereka, malah DAP sendiri tidak berhasrat untuk menutup premis judi yang terdapat di Pulau Pinang tetapi mereka tetap mahu menjadikan isu ini sebagai 'bahan ujikaji' reaksi masyarakat Tiong Hua terhadap kerajaan dengan desakan mereka.

Baca SINI

Cuba mengaburi masyarakat kononnya DAP mahu membenteras judi di kalangan masyarakat, cadangan mereka hanyalah mahu syarikat perjudian berlesen mengurangkan cabutan nombor ramalan dan bukannya menghapuskan lesen judi tersebut. DAP seperti yang di ketahui sememangnya cuba menjadi juara kepada setiap isu walau tahu isu itu melibatkan kaum Tiong Hua namun demi kepentingan politik mereka sanggup "berlakon SUCI' dan membangkitkan kemarahan para PENJUDI kepada kerajaan.

Baca SINI

Hingga DAP tidak berani mengheret Razali berkaitan isu DANA RM1.2 billion dari Israel yang telah mereka terima sebagai dana untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Mengapa? Adakah mereka takut kebenaran akan terbongkar jika Razali di heret ke Mahkamah? Beranikah DAP menyenaraikan sumber dana mereka selain dari jamuan makan malam?

Benarkah DAP menerima dana tersebut? Adakah DAP akan menghapuskan lesen JUDI jika mereka berkuasa kelak? Beranikah DAP berbuat demikian jika mereka berkuasa?





Monday, 31 October 2016

DANA LUAR JATUHKAN KERAJAAN DEMOKRASI - SIAPA PATUT DI TAHAN?

Penglibatan sebuah syarikat Sendirian Berhad dalam demonstrasi haram yang berselindung di balik wajah Badan Bukan Kerajaan (NGO) semakin di ketahui rakyat apabila terdapat kebocoran maklumat melibatkan pergerakan BERSIH.

Apa yang dikesalkan, pergerakan BERSIH sepanjang kempen mereka mewujudkan satu kelompok manusia yang hanya tahu turun di jalanan seakan tidak memberi kesan terhadap Kedaulatan Undang Undang Malaysia. Membawa ideologi yang bertentangan dengan prinsip Demokrasi Berpelembagaan, BERSIH mencabar penguatkuasaan Undang Undang apabila terus menerus mempromosi demo haram jalanan kepada rakyat serta menghasut rakyat agar turut bersama mereka menjatuhkan kerajaan.

Mendapat tentangan dari Gerakan Merah yang digerakkan oleh Dato Seri Jamal Yunos, BERSIH masih enggan berkompromi bagi meredakan ketegangan yang bakal mereka hadapi seandainya meneruskan hasrat untuk terus melakukan demonstrasi haram di jalanan. Kedegilan BERSIH ternyata mendapat sokongan dari parti pembangkang yang lama berhasrat menumbangkan kerajaan seumpama gerakan Arab Spring di Timur Tengah tidak lama dahulu.

Dana yang BERSIH terima dari beberapa pihak menimbulkan persoalan kepada rakyat tentang penglibatan pihak Zionis dalam menaja demonstrasi haram dan gerakan ini telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara sebelum ini. Siapa sebenarnya yang tidak telus kepada rakyat? BERSIH mengikut pendaftaran syarikat merupakan sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepentingan dan inilah yang digunakan oleh Lembaga Pengarah syarikat berkenaan bagi mengaburi penerimaan DANA ASING untuk aktiviti memburukkan kerajaan serta menanam doktrin bahawa kerajaan sediada ini tidak bersikap adil kepada rakyat selama ini.

Adakah mereka akan terus 'berKUASA' hingga tiada apa apa tindakan mampu dikenakan terhadap KEPALA yang mempelopori demo haram ini? Terlalu lemahkah penguatkuasaan Undang Undang di Malaysia hingga membolehkan DANA ZIONIS terus disalurkan bagi merealisasikan kehendak pihak yang mahu menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan sebagai laluan utama perdagangan dunia?

Friday, 28 October 2016

TRAGEDI 'TERJUN LAUT' - MANGSA SEMPAT DISELAMATKAN

Seorang ahli parlimen terselamat dari lemas selepas terjatuh dari laluan khas pelantar kayu semasa melakukan lawatan sebelum beliau keluar dari Umno.

Walau bagaimanapun ahli Parlimen tersebut terselamat kerana keadaan laut yang cetek dan tidak membahayakan keselamatannya.

Ahli Parlimen yang telah membeli satu parti politik selepas tidak lagi sehaluan dengan pimpinan Umno terbolos dipercayai kerana pelantar itu reput akibat tiada pemantauan serta seliaan selama berada dalam kawasan Parlimennya sendiri.

Beliau turut dikaitkan dengan kes rasuah melibatkan seorang pengarah di Sabah yang berjumlah ratusan juta ringgit. Siasatan masih berjalan oleh pihak SPRM berkaitan skandal tersebut. Hingga kini SPRM telah melakukan beberapa siri tangkapan melibatkan beberapa individu.

Satu foto menunjukkan beliau diselamatkan beberapa orang pengikutnya selepas terjatuh ke dalam laut.

Kejadian ini hampir sama dengan satu kes yang menggemparkan Malaysia namun demikian mangsa ini terselamat.