Wednesday 9 November 2016

SEBAR SENARAI CALON PRU14 - PPBM BUAT 'BLACKOPS' UNTUK SALAHKAN UMNO,BN?



SEBAR SENARAI CALON PPBM, 'BLACKOPPS' BAGI JERAT UMNO?

Terdapat sekeping foto yang tersebar dalam aplikasi Whatsapp mengenai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kerusi yang bakal mereka tandingi dalam PRU14 kelak. Melihat kepada senarai 24 nama mereka yang dikatakan akan bertanding merebut kerusi tertentu jelas sekali PPBM telah mula memasang angan bagi menepis kedudukan DAP selaku dominan dalam Pakatan Harapan. Meletakkan Penasihat PPBM di kerusi Putrajaya memberi isyarat kepada sekutu lain agar mengikuti kehendak mantan PM yang sememangnya mahu seorang anaknya meneruskan legasi pemerintahan 22 tahun beliau.

Meletakkan bekas Exco Perak yang di pecat dari Umno dan disenaraikan sebagai bakal Menteri Besar Perak pasti akan mengundang persoalan mengenai kemampuan beliau menggalas tanggungjawab sedangkan sewaktu masih berkhidmat dalam Exco beliau dikatakan mengamalkan dasar kronisme dalam memberi projek tertentu kepada ahli keluarga terdekatnya.

Senarai nama serta kerusi yang bakal ditandingi PPBM ini sudah tentu akan mengundang persoalan kepada Pakatan Harapan mengenai kerjasama yang sepatutnya mereka jalinkan dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di bawah Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.Benarkah senarai ini disediakan oleh PPBM secara senyap senyap dan hanya diberikan kepada ahli PPBM sahaja sebagai satu bentuk propaganda bahawa mereka akan menjadi pencatur kepada pembangkang sekiranya berjaya menumbangkan BN kelak?

Malah bekas wartawan turut tersenarai sebagai calon berdasarkan senarai yang dikeluarkan. Kredibiliti mantan wartawan itu sebenarnya boleh dipersoalkan kerana beliau banyak menghabiskan masa di belakang mesin taip berbanding bersama rakyat serta menyelami hakikat politik. Mampukah bekas waratwan itu menjadi ahli politik 'tekukur' seperti yang dikehendaki Penasihat PPBM kelak?

Dalam pada itu Ketua Armada PPBM disenaraikan untuk melawan 'Giant Killer' di kerusi Johor Bahru. Anak muda yang masih mentah dalam politik ini diharapkan berjaya memecah tembok Johor Bahru yang sekian lama di jaga dengan baik oleh Ahli Parlimen yang terkenal dengan sikap tegasnya. Mungkin Ketua Armada yang kononnya 'lantang' itu perlu belajar 'mengemam' batang patawali dahulu baru boleh mahu bertanding di mana mana kerusi.

Timbul pula persoalan dalam kalangan Pakatan Harapan, mengapa senarai ini sudah tersebar di media sosial jika mereka belum lagi memutuskan siapa yang akan bertanding di kerusi mana dan parti mana yang akan memegang 'ststus quo' bagi menetapkan siapa Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas Putrajaya kelak. Adakah PPBM sudah mula membelakangkan sekutu lain dan hendak 'mencaras' pesaing yang mampu menganggu perancangan Penasihat PPBM?

Adakah ini sebahagian dari perancangan licik PPBM menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional kononny bermain politik kotor? Sebagaimana rakyat maklum, penasihat PPBM merupakan bekas PM selama 22 tahun dan secara tidak langsung beliau pasti mempunyai 1001 helah untuk memburukkan imej lawan, tidak mustahil cara ini telah di rancang mereka bagi mengaburi mata rakyat.

Jika benar senarai ini adalah dari bilik gerakan PPBM maka secara jelas mereka telah mula merancang sesuatu di luar pengetahuan sekutu Pakatan Harapan dan seperti yang diketahui, penasihat PPBM bukanlah orang yang cepat mempercayai orang lain lebih lagi bekas musuh politiknya selama 22 tahun yang pernah meletakkan pelbagai gelaran terhadapnya.

Mungkinkah ini sebahagian dari 'blackopss' PPBM bagi menuding jari kepada Umno, BN yang mereka tahu amat sukar ditewaskan setiapkali pilihanraya kerana sokongan golongan atas pagar yang mahu kestabilan politik negara bagi menjamin ekonomi yang baik?

No comments:

Post a Comment