Monday 31 October 2016

DANA LUAR JATUHKAN KERAJAAN DEMOKRASI - SIAPA PATUT DI TAHAN?

Penglibatan sebuah syarikat Sendirian Berhad dalam demonstrasi haram yang berselindung di balik wajah Badan Bukan Kerajaan (NGO) semakin di ketahui rakyat apabila terdapat kebocoran maklumat melibatkan pergerakan BERSIH.

Apa yang dikesalkan, pergerakan BERSIH sepanjang kempen mereka mewujudkan satu kelompok manusia yang hanya tahu turun di jalanan seakan tidak memberi kesan terhadap Kedaulatan Undang Undang Malaysia. Membawa ideologi yang bertentangan dengan prinsip Demokrasi Berpelembagaan, BERSIH mencabar penguatkuasaan Undang Undang apabila terus menerus mempromosi demo haram jalanan kepada rakyat serta menghasut rakyat agar turut bersama mereka menjatuhkan kerajaan.

Mendapat tentangan dari Gerakan Merah yang digerakkan oleh Dato Seri Jamal Yunos, BERSIH masih enggan berkompromi bagi meredakan ketegangan yang bakal mereka hadapi seandainya meneruskan hasrat untuk terus melakukan demonstrasi haram di jalanan. Kedegilan BERSIH ternyata mendapat sokongan dari parti pembangkang yang lama berhasrat menumbangkan kerajaan seumpama gerakan Arab Spring di Timur Tengah tidak lama dahulu.

Dana yang BERSIH terima dari beberapa pihak menimbulkan persoalan kepada rakyat tentang penglibatan pihak Zionis dalam menaja demonstrasi haram dan gerakan ini telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara sebelum ini. Siapa sebenarnya yang tidak telus kepada rakyat? BERSIH mengikut pendaftaran syarikat merupakan sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepentingan dan inilah yang digunakan oleh Lembaga Pengarah syarikat berkenaan bagi mengaburi penerimaan DANA ASING untuk aktiviti memburukkan kerajaan serta menanam doktrin bahawa kerajaan sediada ini tidak bersikap adil kepada rakyat selama ini.

Adakah mereka akan terus 'berKUASA' hingga tiada apa apa tindakan mampu dikenakan terhadap KEPALA yang mempelopori demo haram ini? Terlalu lemahkah penguatkuasaan Undang Undang di Malaysia hingga membolehkan DANA ZIONIS terus disalurkan bagi merealisasikan kehendak pihak yang mahu menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan sebagai laluan utama perdagangan dunia?

No comments:

Post a Comment