Dengan kehadiran Gelombang Biru (BN) menguasai suasana semasa penamaan calon, ada sesuatu yang lebih menarik melihat kepada pertarungan 4 penjuru yang bakal berlangsung pada 26 Januari kelak. Walau di saat akhir seorang calon 'Heavyweight' yang berjaya menggoyahkan populariti menarik diri dari bertanding ini tidak bermakna DAP mampu menang mudah dengan jentera yang dibawakan dari seluruh negara dengan menyandarkan Manogaran sebagai calon.
Bak kata pepatah 'Kerana Santan Pulut Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa', DAP menghadapi dilemma kerana kecabulan calon mereka sendiri selain 'Pakar Kencing Berdiri' dari Pakatan Harapan yang cuba merendahkan taraf Orang Asli memakan diri. Mungkin pada pandangan mereka (PH) Orang Asli amat mudah diberikan tekanan terutama melibatkan 'Perut dan Keperluan' dan mudah diperkotak-katik dengan menunjukkan keprihatinan kerajaan sepertinya selama ini merekalah (DAP & PH) menjaga segala yang berkaitan dengan masyarakat Pribumi CH. 'Wayang Pacak' yang sedang dilakukan oleh PH hanyalah sekadar mahukan 6964 undi Orang Asli memihak kepada mereka dan tidak mustahil selepas memeras 21.69% pengundi mereka akan dilupakan seperti Manifesto PH Pru14 yang semakin 'TAWAR' selepas madu disedut mereka pada 9 Mei 2018.
Perlu diingatkan Cameron Highlands yang terletak betul betul di Banjaran Titiwangsa merupakan garis pemisah antara Timur dan Barat Semenanjung Malaysia. Secara kebetulan CH merupakan garis sejajar dengan Bentong dan Raub yang telah mereka tawan, malangnya Manogaran yang cuba merampas kerusi tersebut TERSUNGKUR buat kali kedua dalam percubaannya.
Hari ini secara rasminya perebutan 4 penjuru kerusi Cameron Highlands bermula. Melibatkan calon PH, Barisan Nasional dan 2 calon bebas sudah pastinya siri kempen akan lebih menarik bagi menarik perhatian pengundi sekaligus menawarkan sesuatu yang menguntungkan pengundi. Bagaimanapun ketika DAP sedang ghairah melatam pengundi Tanah Rata dengan pelbagai JANJI mereka terlupa BANYAK JANJI PRU14 masih belum diTUNAIkan sebaliknya 1001 alasan dijadikan 'Kambing Putih Dicelup Hitam'. Pengundi yang bijak dan punya pemikiran waras sudah tentu meletakkan 'Politik Praktikal' sebagai benteng undi mereka kerana belajar apa itu erti PENIPUAN Pilihanraya oleh Pakatan Harapan sebaliknya melihat konsep Barisan Nasional yang mereka remehkan dahulu adalah yang terbaik untuk RAKYAT.
Calon yang diperkenalkan Barisan Nasional melakar sejarah baru arena politik negara apabila seorang individu dari Kaum Semai Cameron Highlands diberikan PENGHORMATAN bagi membawa suara Pribumi ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen buat pertama kali. Pemilihan Ramli Mohd Noor dilakukan setelah perincian terbaik diletakkan dalam kriteria calon yang mampu membawa inspirasi dan dimensi baru kematangan politik BN. Malah keterbukaan MIC memberikan laluan selepas mengambilkira pelbagai faktor turut menyumbang kepada pemilihan Ramli sebagai calon paling tepat mewakili suara pengundi Cameron Highlands. Bagi Kaum Semai inilah peluang bagi mereka menonjolkan kemampuan kaum Pribumi yang selama ini menikmati kemajuan di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 6 dekad. Inilah masa dan ketikanya mereka (Orang Asli) membalas budi baik BN yang telah menjaga kebajikan serta kepentingan mereka selama ini sekaligus memberi isyarat jelas kepada PH usah 'Menuai Hasil Yang Ditanam Orang'.
Menyentuh mengapa PH begitu terdesak mahu memenangi kerusi ini pelbagai sudut perlu dilihat sebagai faktor. Selain menambah kekuatan DAP dalam Parlimen sekaligus memastikan dominasi mereka mengatasi sekutu lain dalam Pakatan Harapan sudah tentu menjadi kuasa penentu dasar pemerintahan ada dalam perancangan jangka panjang parti tersebut.
Bagi memahami teori KUASA pengundi perlu menimbangkan beberapa fakta. Berikut adalah antara faktor yang boleh difikirkan pengundi sebelum mereka melunaskan HAK sebagai pengundi sah pada hari pembuangan undi kelak.
Ini adalah pandangan penulis dan tidak menggambarkan mana mana pihak -
- Memahami konsep pecah dan perintah yang menjadi amalan komunisme adalah teras kepada pemahaman pembahagian dua tempat bagi menguasai kekuatan ekonomi dan memaksa pihak yang mereka tidak suka terus ketinggalan berbanding kawasan yang berkepentingan buat mereka.
- Membangunkan satu kawasan bersama isinya dan meminggir satu lagi kawasan bagi kelangsungan pihak berkuasa amat penting dalam pembahagian 'Pecah dan Perintah'. Ini akan memastikan ada pihak yang akan akur dan tunduk dengan apa sahaja yang satu pihak lain mahu lakukan termasuk membawa ajaran baru untuk dipraktikkan pihak yang telah dilemahkan mental dan fizikal menerusi penderaan tidak langsung.
- Bayangkan secara teorinya Cameron Highlands merupakan titik pemisah tersebut.
No comments:
Post a Comment