Saturday, 19 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - TOK BATIN DI BAWA OLEH KENDERAAN JAKOA, BENARKAH DISIMPAN DI SEBUAH HOTEL CAMERON HIGHLANDS UNTUK PROGRAM PARTI POLITIK?

Panik Dengan Sokongan Orang Asli, Tok Batin 'Dilarikan' Dengan Kenderaan JAKOA-Arahan Siapa,Untuk Apa,Program Apa?


Foto kenderaan JAKOA mengambil Tok Batin -  sumber netizen di Pos Sinderut

Foto kiriman seorang netizen yang kebetulan berada dalam Pos Sinderut menunjukkan beberapa kenderaan milik Jabatan Kemajuan Orang Asli sedang mengambil Tok Batin. Dipercayai mereka 'Diarahkan' pihak tertentu supaya mengikuti rombongan ke Cameron Highlands bagi menghadiri program sebuah parti politik yang dijangkakan akan mengadakan ceramah umum sempena Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands.

Difahamkan juga terdapat khabar menyatakan penginapan  sebanyak 30 bilik bagi 27 orang Tok Batin disediakan di salah sebuah hotel di Brinchang namun pihak mana yang menempah tidak diketahui. Sejak dari pagi kenderaan JAKOA sudah kelihatan datang dari Dun Jelai melalui Lembah Bertam dan dipercayai turut membawa Tok Batin dari beberapa buah perkampungan Orang Asli.



Benarkah perkara ini berlaku? JAKOA perlu tampil menjawap kesangsian Rakyat apabila dipersoalkan mengenai penglibatan agensi Kerajaan kerana ada parti sebelum ini menyatakan mereka TIDAK AKAN MENGGUNAKAN AGENSI KERAJAAN ATAU APA APA ASET BERKAITAN bagi kempen pilihanraya.

Apa yang difahamkan kini tindakan agensi terlibat seolah 'DIARAHAKAN' pihak tertentu untuk terlibat secara langsung dalam kempen dan semua aset agensi dikerahkan bagi memudahkan 'Arahan' tersebut. Tidakkah ini melanggar apa yang digariskan SPR? Tidakkan tindakan membawa dan menyediakan penginapan serta beberapa kemudahan lain itu berniat 'MEMBELI UNDI'?  Mahu diletakkan bawah kategori apa pula jika tindakan sedemikian adalah 'HALAL'?  Pasukan yang menilai perjalanan kempen PRK CH perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti kerana dikhuatiri ada 'UNSUR UNSUR RASUAH' terjadi apabila Tok Batin 'DIARAHKAN' pihak tertentu bagi kepentingan politik dan secara kebetulan JAKOA akan di'Kambing Hitam'kan untuk menutup kesalahan parti politik.

No comments:

Post a Comment