Tuesday 21 January 2020

PAKATAN HARAPAN KENA 'PATUK' 2 KALI DENGAN ULAR SAMA, ANWAR KEKAL 'BAKAL PM KE-8' DALAM SEJARAH POLITIK?

Tekanan Dari Dalaman Semakin Meningkat, Tun M Guna Propaganda Tahap Berapa?


Selepas 5 kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil kini kredibiliti Tun M mengemudi PH mula dipandang sinis. 

Kenyataan Ram Karpal

Menjelang tempoh 'Matang' plan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti dipersetujui, tekanan terhadap Dr M semakin kuat. Terbaru apabila 'LAWMAKER DAP' yang merupakan sekutu paling kuat bagi PPBM bersuara ianya ibarat 'Bom Jangka' yang akan meletupkan PPBM pada bila-bila masa kerana dominasi antara DAP dan PKR begitu besar berbanding PPBM dalam Pakatan Harapan. 

Foto Propaganda

Dalam pada itu tersebar sekeping foto Presiden PAS bersama Tun M di meja makan dan spekulasi mula disebarkan oleh pihak tertentu untuk menggambarkan ada kerjasama yang bakal dilakukan antara PPBM dan PAS dalam masa yang tidak dapat dipastikan. Dipercayai foto berkenaan hanyalah 'propaganda' dan mahu memberi isyarat jika PPBM disingkirkan maka PAS ada untuk membentuk kerjasama baru politik. Bagaimanapun PKR terlebih dahulu berjaya mencium propaganda Tun M lantas SUA PKR mengeluarkan kenyataan PAS tidak diperlukan dalam PH. 

Baca - PAKATAN HARAPAN TIDAK PERLU PAS

Kenyataan SUA PKR

Kali ini ternyata Tun M terperangkap dalam konsensus persetujuan peralihan kuasa dan segala gerakan beliau untuk kekal sehingga habis mandat PRU14 seperti sudah sampai penghujung. Hanya tinggal 1 pilihan di tangan Mahathir - Bubar Parlimen - dan pulangkan kuasa kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru yang tidak lagi membebani mereka dengan pelbagai pembohongan serta penipuan manifesto seperti PRU14. Walau apa cara digunakan 'Team Propaganda' Tun M, sekutu dalam PH sudah hilang keyakinan terhadapnya dan mahu pengganti yang lebih 'Segar' dan mampu mengemudi PH menghadapi PRU15 sekaligus mengekalkan penguasaan mereka di Putrajaya. Sebagaimana dipersetujui Anwar Ibrahim hendaklah diangkat sebagai PM Ke-8 mengikut persetujuan yang dibuat sebelum PH membentuk kerajaan pada 10 Mei 2018. Mahukah Mahathir berbuat demikian selepas mendakwa Anwar merupakan seorang yang tidak bermoral pada 1998? Sehingga hari ini, Mahathir tidak pernah menafikan pendedahan yang dibuatnya dihadapan wartawan asing dan tempatan apa kebejatan moral Anwar Ibrahim ketika itu. 

Kenyataan SUA PKR

Apalagi yang akan Mahathir kompangkan bagi mengekalkan kedudukannya? Beliau sendiri menjelaskan boleh bekerjasama dengan pembangkang kecuali Najib Razak. Ada pandangan penganalisa politik memandang kenyataan Tun M itu adalah satu isyarat sinis kepada Anwar Ibrahim bahawa PPBM bersedia keluar dari Pakatan Harapan sekaligus 'Memusnahkan' PH dalam kadar segera. 

Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu Dr M dikekalkan hingga habis penggal pula dilihat tidak lebih daripada kenyataan populis dan drama bagu melindungi perancangan belakang tabir yang tiada siapa tahu apa kerjasama DAP dengan sekutu lain dalam PH. Jika tidak masakan Ram Karpal Singh boleh mengeluarkan kenyataan mempersoalkan keampuhan Tun M sebagai Perdana Menteri? 

Baca - MAHATHIR PERLU BERTANGGUNGJAWAB KALAH 5 PRK

Gendang Perang sudah bergema dalam PH, siapa akan menari mengikut irama dan siapa akan tersungkur dalam percaturan politik yang hanya fokus kepada perebutan kuasa ini. Rakyat memerhati dan bersedia menunjukkan JALAN KELUAR PUTRAJAYA kepada Pakatan Harapan jika Tun M mengambil langkah menyelamatkan diri dan bersara dari politik - BUBAR PARLIMEN.

No comments:

Post a Comment