Saturday 18 January 2020

PARLIMEN BAKAL BUBAR SELEPAS KALAH KIMANIS?

Mahu Tuding Siapa Pula Kalah Di Kimanis



Kekalahan Warisan dalam Pilihanraya Kecil P176 Kimanis dengan majoriti 2029 memihak kepada Datuk Mohamad Alamin dijangka akan memberi tekanan terhadap Presiden Pakatan Harapan, Tun M selepas kekalahan Tanjung Piai tahun lepas. Biarpun Warisan yang menerima sokongan padu Pakatan Harapan,  amarah Anak Muda Sabah terlalu kuat untuk PH bertahan walau ramai 'Big Gun' turun berkempen untuk Warisan. Selain sokongan padu tempatan, Ketua Menteri merangkap Presiden Warisan, Shafie Apdal telah GAGAL dalam ujian pertama menggepalai jentera Warisan selepas PRU14. 

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang cuba dijelaskan oleh sebahagian pemimpin Warisan tidak mampu menolak amarah Rakyat Sabah yang enggan negeri Sabah menerima kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) atau diistilahkan sebagai 'Pilak' oleh rakyat tempatan. Ternyata pelaksanaan PSS memang ditolak total Rakyat Sabah selain isu kos sara hidup selama PH memerintah selama 20 bulan turut menjadi sebahagian faktor penolakan terhadap kempen kerajaan.


Kehadiran Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa impak terhadap pengundi Kimanis malah kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut mengundang sinis kerana kisah video 'Mirip Menteri' di Sandakan. Kempen yang turut dihadiri barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) seakan tidak membawa apa makna malah jika diteliti sambutan diberikan pengundi hanyalah kerana rasa hormat mereka.  Tun M pula dilihat bersikap 'Play Safe' apabila langsung tidak turun ke Kimanis namun barisan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hadir dilihat sekadar 'Melepas Batuk Di Tangga'. Manakala DAP hanya diwakili pemimpin tempatan sama sekali tidak berfungsi dengan baik hingga isu PSS dilihat hanya dijuarai Warisan sepanjang tempoh kempen.

Kelalahan 2029 ini sebenarnya seperti memberi isyarat akan ada 'Kambing Hitam' bakal dijadikan korban. Sedia maklum berlaku 'Ribut' dalam PH apabila ada pihak mahu peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan sudah pasti ada yang mempertahankan kedudukan Tun M selaku PM hingga habis mandat Pru14. Adakah kekalahan Kimanis akan merubah struktur ikatan PH atau tindakan drastik akan dilakukan dan 'Kambing Hitam' akan dijadikan alasan mengekalkan kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri? Siapa tahu kemungkinan yang boleh berlaku jika Tun enggan menurut desakan peralihan kuasa walau ada kenyataan beliau untuk berbuat demikian sekiranya Majlis Presiden PH mahukan peralihan kuasa berlaku secepat Mei 2020?

Walau apa pun biarlah Warisan dan Pakatan Harapan bertenang dan mencari sebab musabab kekalahan berturut mereka selepas Tg Piai. Siapa mangsa untuk dituding dan memikul kekalahan juga akan diketahui kelak.

4 comments:

  1. Bubarkan perlimen dan DUN di sabah, kita lihat apa keluhan rakyat sabah.

    ReplyDelete
  2. Clear sign because of all stupid policy made by ph

    ReplyDelete
  3. Kuasa rakyat,, kuasa keramat,, rakyat bijak dan pandai memilih.

    ReplyDelete
  4. Rakyat dh tidak percaya kerajaan ph...

    ReplyDelete