Friday 3 January 2020

ROMBAKAN KABINET BAKAL MELANDA KEMENTERIAN EKONOMI AKIBAT 'PERCUTIAN MEWAH'?

Bakal Bertukar Portfolio Atau Senasib Maszlee?


Selepas pembongkaran percutian 'Mewah' Azmin Ali, masih tiada respon daripada mana mana pihak telah menimbulkan sedikit persoalan. Adakah beliau bakal menerima nasib seperti YB Maszlee Malik yang telah melepaskan jawatan Menteri selepas menerima nasihat Perdana Menteri? Agak mengejutkan bagi seorang yang mengisytiharkan aset sekitar RM1,705,000.00 mampu menghabiskan sekitar RM500,000.00 hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes seperti didakwa SARAWAK REPORT.

Adakah percutian tersebut ditaja oleh pihak tertentu atau sememangnya Azmin berkemampuan lebih dari apa yang beliau isytiharkan seperti lampiran? Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM68,186.48 kelihatan agak mustahil untuk beliau mengumpul sebanyak 1/2 juta dalam tempoh 10 bulan sepanjang 2019  jika diandaikan simpanan untuk percutian sekitar RM30,000.00 setiap bulan. Belum diambil kira kos penginapan serta lain-lain kos sepanjang keluarga di Jepun. Menteri Ekonomi perlu menjelaskan sumber kewangan yang dibelanjakan hanya untuk tiket penerbangan serta lain-lain kos sebagai menepati ikrar berlaku telus dan bebas daripada unsur negatif yang membawa kepada kemusykilan.


Tahun lepas Perdana Menteri menyeru agar rakyat dan penjawat awam 'mengikat perut' bagi membantu kerajaan memghadapi kemelut ekonomi semasa dan Azmin tidak memcerminkan komitmen sepertimana diminta Tun M. Adakah kerana beliau kini Menteri Ekonomi dan 'DiHalalkan' baginya untuk berbuat sesuatu bertentangan dengan hasrat Pakatan Harapan? Beranikah Tun M mengambil langkah dan 'Memberi Nasihat' kepada Azmin Ali sepertimana Maszlee Malik terima?


Adakah SPRM hanya akan memandang isu ini sebagai remeh? Rakyat memerhati segala tindak tanduk Pakatan Harapan dan sudah bersedia memberi 'Pengajaran' selepas Prk Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan bakal berlangsung di Kimanis. Jangan pandang kecil kemampuan Rakyat apabila mereka bersuara memprotes kelakuan para Menteri dan Pakatan Harapan yang mencolok mata sepanjang memerintah hampir 20 bulan.

1 comment: