Sekumpulan penyokong Parti Warisan dikhabarkan menyerang seorang Exco Pemuda Umno dikenali sebagai 'Papagomo' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi. Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuashati apabila 'Gomo' mengoyak kertas A4 yang dikatakan ada gambar 'Mirip Presiden Warisan' Shafie Apdal dalam satu 'flashmob' semasa kempen Prk Kimanis.
Video serangan boleh ditonton - SERANGAN TERHADAP EXCO PEMUDA UMNO
Presiden Warisan, Shafie Apdal perlu mengeluarkan kenyataan jika penyerang tersebut bukan ahli Warisan kerana imej Warisan kini tercalar dengan sikap SAMSENG mereka ini. Adakah ini cara politik Sabah? Amat memalukan sekiranya mereka ini mengamalkan budaya Samseng Politik kerana tidak dapat menerima kekalahan 2029 di Kimanis semalam. Apa tindakan pihak berkuasa apabila tular pula satu seruan berbaur ugutan terhadap 'Gomo'?
Adakah ini contoh budaya Sabah? Shafie Apdal dan Warisan perlu bertindak tegas terhadap penyokong mereka jika benar ini kenyataan ahli Warisan. Beranikah Shafie berbuat demikian bagi memulihkan imej Warisan?
Belum pun reda isu Pas Sementara Sabah (PSS) kini Warisan berdepan pula isu budaya samseng dalam Warisan sendiri. Bayangkan jika Pendatang Tanpa Izin (PTI) diberikan PSS, apa pula mereka mampu lalukan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara. Melarikan diri dari Sabah amat mudah buat PTI kerana masak dengan selok belok perairan Sabah.
No comments:
Post a Comment