Seperti ada 'Double Standard' dalam PKR apabila Zuraida Kamaruddin diminta menjawap surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari. Mengapa hanya Zuraida? Azmin Ali yang turut terlibat dalam konflik dalaman PKR seakan kebal dari tindakan tatatertib parti itu walau mengeluarkan perkataan "Kepala Bapak Engkau" yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR ketika sepentas dengan Zuraida di sebuah hotel.
Mungkinkah ini penyebab tersebar borang palsu Zuraida memohon menyertai PPBM semalam? Segalanya seakan tidak mustahil dalam zaman Pakatan Harapan apabila perebutan kuasa menjadi agenda paling penting dalam memastikan kelangsungan karier politik mereka.
Azmin Ali yang kini boleh menarik nafas lega selepas siasatan PDRM tidak dapat mengenal pasti siapa pasangan Haziq dalam video kontroversi adegan seks luar tabi'e.
Bagaimanapun selaku Menteri Ekonomi yang juga memegang portfolio menjaga kepentingan Felda dan Peneroka Felda, Azmin terlepas satu perkara besar yang kini menjadikan Malaysia dalam dilemma.
Baca - INDIA KURANGKAN IMPORT HASIL SAWIT MALAYSIA
Satu tamparan besar terhadap Azmin jika rakan sejawat dalam kabinet GAGAL membuat rundingan dengan antara negara pengimport terbesar komoditi yang juga punca pendapatan Felda dan Peneroka Felda. Malah ada SURAT TERBUKA kepada Kerajaan khususnya Menteri Ekonomi berkaitan kekhuatiran berlaku BOIKOT oleh India. Secara jelas Azmin Ali GAGAL menjaga kebajikan serta kepentingan Felda dan Peneroka sekiranya perkara ini berlanjutan dalam tempoh panjang. Mungkinkah KEGAGALAN ini akan digunakan bagi menggugurkan nama Azmin dari Kabinet apabila Anwar mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun M dan dijadikan pembalasan 'Infiniti' oleh Presiden PKR kepada Azmin agar tahu meletak kepentingan, taat setia kepada Presiden dan parti ditempat sepatutnya?
Azmin Ali boleh memilih 'Keluar Baris' dari PKR jika berasakan kedudukannya sudah tidak selamat lagi tetapi kemana beliau boleh pergi? Alternatifnya hanya PPBM yang ada untuk jadi dahan berpaut namun apa pula kata 'Supremo' PPBM yang lain? Sudahlah Presiden PPBM seperti tidak berkuasa langsung kerana segala keputusan parti perlu mendapat 'Perkenan' Dr M?
Kini Azmin juga dalam keadaan tersepit membawa haluan sekiranya mahu terus kembangkan kerjaya dan laluan politiknya. Memang nampak tenang di permukaan namun di dasar siapa tahu? Bagai teratai di tasik akar tak jejak ke tanah jadinya Azmin Ali kini apabila Zuraida yang menerima tempias awal.
No comments:
Post a Comment