Tuesday, 28 January 2020

SIAPA 'TROJAN HORSE' 'EHEM - EHEM' YANG AKAN RUNTUHKAN PKR?

PKR Berantakan - Azmin Akan Bertindak Selesaikan Kemelut?


Kemelut dalaman PKR semakin membusung apabila Setiausaha Agung PKR bertindak menyaman Naib Presiden PKR sendiri. Dalam satu entri sebuah portal maya melaporkan Zuraida Kamaruddin disaman oleh Saifudin Nasution atas sebab peribadi.

PKR SAMAN PKR


Tindakan SUA PKR seperti memberi isyarat sesuatu sedang berlaku dalam PKR ibarat 'Retak Menanti Belah'. Apatah lagi apabila tular foto Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hadir ke rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan bersama Tun M menguatkan desas desus bakal berlaku kejutan dalam PKR. Sebagai rekod, Azmin pernah dikatakan akan berhijrah ke Gerakan (jika berlaku tsunami jawatan tertinggi PKR) namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dipastikan. 

Azmin dalam pada itu menaikmuat beberapa foto menunjukkan beliau menunggang kuda dan bersantai tatkala kisah percutian keluarganya ke Jepun diperkatakan ramai. Pendedahan percutian mewah keluarga Azmin dipenuhi persoalan mengenai kos perbelanjaan mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia ketika masyarakat Felda terkedu dengan tindakan India memberhentikan import hasil sawit Malaysia. Azmin masih mampu berkuda ketika peneroka Felda gusar memikirkan kewangan mereka kerana kerajaan 'Terlalu Bijak' dalam hubungan diplomatik dengan negara asing hingga menjejaskan hasil usaha peneroka Felda yang kebanyakan bergantung hasil pada sawit.


Sukan berkuda sering dikaitkan dengan kemewahan menjadi pilihan Azmin di saat Malaysia diselubungi kegusaran rakyat berikutan penularan virus NCorona dari China. Secara tiba-tiba beliau beralih alih ke sukan tersebut? Adakah kerana pengaruh Tun M yang diketahui suka sukan berkuda atau ada sebab lain? Sebagaimana diketahui umum, Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video 'berkuda' namun pihak berkuasa telah menyatakan pihaknya sukar mengenal pasti siapa individu yang bersama seorang lagi dikenali sebagai Haziq Aziz. Turut menjadi persoalan mengapa Azmin tidak mengambil tindakan Saman terhadap dakwaan Haziq yang secara terang menaikmuat video pengakuannya? 


Adakah Azmin sama seperti Anwar Ibrahim yang turut tidak mengambil tindakan saman terhadap Rawther seperti digembar-gemburkan sebelum ini? Banyak kemusykilan dan persoalan mengenai krisis dalaman PKR menjelang desakan peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini. Azmin merupakan salah seorang yang mahukan Tun M terus mentadbir hingga habis mandat dan pernah mencabar mana-mana pihak membuktikan kewujudan perjanjian peralihan kuasa tersebut.


Apa yang akan berlaku seterusnya dalam episod 'Drama' PKR? Adakah Azmin akan memihak kepada Zuraida yang dikatakan masih belum menjawap surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin PKR dan mengambil langkah drastik bagi memberitahu Anwar dia (Anwar) bukan siapa-siapa tanpa Azmin Ali? Siapa boleh ramal percaturan politik antara PKR yang berpecah dua? Jika 'Nujum Pak Belalang' masih ada mungkin beliau akan terlungkupkan saja mangkuk ajaib kerana politik dalaman Pakatan Harapan memeningkan akibat perebutan kuasa.

No comments:

Post a Comment