Wednesday 21 September 2016

Halang Rampas Telefon Untuk Siasatan - Polis Takut Dengan 'Ratu Naga'?

Kelmarin seorang pemain media sosial dikenali sebagai 'Ratu Naga' dipercayai telah ditahan sepasukan polis di rumahnya berikutan laporan polis ke atas beliau.

Dalam laporan Malaysiakini, Syarul Ema Rena Abu Samah menyatakan pihak polis menyerbu ke rumahnya jam 12.30 malam dan meminta beliau mengikut mereka bagi membantu siasatan. Dalam dakwaan Syarul kepada portal tersebut menyatakan pihak berkuasa mahu membawanya ke balai polis Klang Selatan namun tidak memberitahu atas tujuan apa.

'Ratu Naga' mendakwa pihak polis telah masuk ke dalam rumahnya untuk melihat anak yang baru sebulan dilahirkan namun suaminya tiada di rumah sewaktu serbuan dilakukan atas alasan bekerja di negeri lain.
'Ratu Naga' sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah malam semalam, kira-kira sebulan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

Syarul memberitahu kepada Malaysiakini, pihak polis mahu merampas telefon beliau bagi membantu siasatan namun perkara tersebut telah dibantah kerana ini akan menjadi kali ketiga gajetnya di rampas setelah dua kali menyerahkan telefon bimbitnya bagi kes yang di siasat dan beliau berjaya untuk tidak menyerahkan telefon bimbitnya.

Bagi setiap kes yang disiasat, kebiasaannya gajet orang yang di siasat akan diambil untuk tujuan forensik namun perkara tersebut tidak berlaku dalam kes 'Ratu Naga' walaupun kes berdasarkan laporan polis mengenai posting beliau menghina Sultan Pahang dan Datin Sri Rosmah Mansur ketika majlis sambutam Aidilfitri di Pekan. Mengapa dalam kes ini telefon orang yang di siasat tidak boleh di ambil untuk membantu siasatan? Adakah nama 'Ratu Naga' terlalu besar bagi PDRM hingga boleh menidakkan rampasan di buat?

Posting 'Ratu Naga' telah menimbulkan kemarahan rakyat Pahang berikutan beberapa foto Sultan Pahang dan Rosmah yang beliaukatakan 'sangat mesra'. Foto berkenaan menjadi viral dilaman sosial dan apabila diteliti kesemua foto berkenaan merupakan teknik fotografi yang di ambil dari pelbagai sudut.

Bagi rekod 'Ratu Naga' masih mempunyai kes di Mahkamah dan masih belum selesai.

Link : http://www.malaysiakini.com/news/356358

No comments:

Post a Comment