Sunday 25 September 2016

PKR Gentar Dengan 'Mat Bunga' - Rafizi Cuba Tuding Umno

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli cuba menidakkan kekuatan Umno dihadapan ahli DAP semasa majlis makan malam anjuran DAP.

Beliau yang sebenarnya gusar dengan pengaruh Umno dalam politik Malaysia menafikan sokongan terhadap Najib walau tahu kerja keras yang sedang dilakukan Najib banyak merubah landskap politik serta pandangan rakyat terhadap Barisan Nasional. Kegusaran Rafizi sememangnya telah di jangka kerana kehadiran sekutu baru Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pasti akan menjadi saingan buat PKR memoertahankan kerusi mereka di Parlimen.

'Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata binasa' merupakan ungkapan paling sesuai dengan situasi yang melanda pucuk pimpinan PH sekarang. Mereka yang bersetuju untuk bertarung satu lawan satu dengan BN di PRU14 sedang memikirkan strategi pembahagian kerusi agar seimbang dalam Parlimen dan ini sesuatu yang akan menyukarkan PKR sendiri yang sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada sekutu lain mengangkat calon mereka sebagai Perdana Menteri jika memenangi PRU14.

Walau dengan persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), PKR tidak yakin akan memenangi beberapa kerusi di tambah dengan pembahagian kerusi dalam kalangan PH sendiri tidak akan jadi seimbang. Bagaimana mereka mahu mencapai kemenangan majoriti mudah jika satu parti berpaling dari Pakatan Harapan?

Inilah sebenarnya kegusaran Rafizi dalam menghadapi PRU14 dengan kehadiran PPBM, malah dalam satu klip video yang viral di media sosial jelas sekali Rafizi akan memper'kuda'kan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk membolehkan mereka menebusi tembok kukuh Umno di sesetengah tempat. Mungkin PPBM tidak sedar mereka sedang di 'keldai'kan bagi mencapai maksud sebenar PH selain menggunakan pengaruh AMANAH bagi menerobos pengundi PAS.

Kini hanya DAP dan PKR sahaja yang akan mencatur keseluruhan kedudukan kerusi yang akan PH tandingi dan sekutu lain perlu patuh dengan arahan mereka. Manakala AMANAH yang dilihat semakin dipinggirkan dari perhatian PH sudah mula nampak persaingan mereka dengan PPBM dan tidal mustahil wakil AMANAH akan bersendirian menghadapi pilihanraya kelak. Malahan mereka telah pun diberikan tugas bagi menawan Kelantan dan tidak bertanding di lain lain tempat bagi memberi laluan kepada sekutu lain menguasai kerusi pilihan mereka.

Rafizi yang kini dikatakan berhadapan krisis dalaman PKR juga perlu menghadapi lawan dari dalam parti yang tidak gemar dengan tindakannya mempertikaikan beberapa keputusan Azmin Ali dalam pentadbiran Selangor dan PKR sendiri. Perpecahan kem dalam PKR semakin diperkatakan ahli mereka sendiri dan ini menimbulkan masalah kepada Rafizi berkaitan intergriti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR.

Perlu diingatkan, Anwar masih lagi menjadi status quo dalam PKR dan Rafizi tidak boleh pertikaikan apa juga perintah Anwar serta perlu mendapat restu Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Link : http://m.malaysiakini.com/news/356886

No comments:

Post a Comment