Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya menerima kunjungan 'istimewa' apabila Perdana Menteri yang memecatnya atas alasan salah laku menemui beliau di sebuah Mahkamah.
Pertemuan mesra dalam foto yang di ambil menunjukkan Penasihat Parti Pribumi Bersatu,Tun Mahathir seperti menidakkan 'salah laku' yang dikemukakan beliau ketika memecat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September 1998 yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Mungkinkah Mahathir hadir memberi sokongan kepada Anwar di Mahkamah adalah sebagai langkah awal mencari pengaruh dari PKR bagi membolehkan BERSATU bernaung di bawah Pakatan Harapan menghadapi PRU14? Apakah imej Muhyiddin Yassin tidak cukup pada Mahathir hingga sanggup bekerjasama pula dengan peliwat bagi memastikan impiannya menjatuhkan Barisan Nasional tercapai?
Perlu diingatkan Anwar merupakan seorang peliwat dan telah didapati melakukan perbuatan tersebut menerusi penghakiman dan ini tidak boleh dinafikan kerana Mahathir sendiri pernah mengakui kegiatan luar tabie bekas timbalannya.
Adakah ahli BERSATU menyokong tindakan terdesak Mahathir yang seperti mahu menjalinkan semula kerjasama dengan seorang 'perogol sesama jenis'? Jika mereka setuju dengan tindakan ini maka tidak hairanlah jika BERSATU akan menggunakan apa juga platform demi menggapai apa yang Mahathir mahukan demi kelangsungan politik beberapa individu yang percaya hanya Mahathir akan menjadi penyelamat Malaysia.(Logik pemikiran mereka).
Jelas sekali, tindakan terdesak Mahatjir bertemu dengan Anwar merupakan 'lontaran dadu' terakhir setelah pelbagai helah menjatuhkan Najib tidak mendatangkan kesan.
Dalam foto berkenaan sikap mesra antara seteru politik ini amat berlainan.Adakah Anwar akan 'meludah' semula kahak Mahathir pula terpaksa menelannya demi kuasa politik? Pemerhati politik nasional tentu terkesima dengan tindakan ini yang bertentangan dengan prinsip Mahathir sendiri sewaktu beliau masih Perdana Menteri.
Adakah tuduhan Mahathir terhadap Anwar dahulu hanya satu cara mematikan langkahnya yang dilihat semakin menolak kepimpinan Mahathir yang penuh dengan isu kronisme dan nepotisme?
Mungkinkah ahli Bersatu meraikan kejayaan Mahathir berbaik semula dengan Anwar untuk kepentingan politik mereka?
Alhamdulillah.ALLLAH mana besar.
ReplyDelete