Thursday 8 August 2019

DAP SELANGOR BERKERAS TOLAK PINDAAN, MANA MARUAH PKR SELANGOR?

Dap Selangor Akan Akur Dengan Pindaan Enakmen Negeri Selangor?





Kenyataan Bersama Pakatan Harapan.

Krisis Pakatan Harapan Selangor nampaknya sudah tenang dengan satu kenyataan bersama semua sekutu dalam PH yang memberi sokongan sekaligus mengekalkan kedudukan Amirudin selaku Menteri Besar Selangor. Dalam kenyataan tersebut, mereka (PH) turut menyangkal dakwaan cubaan menukar Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan menyifatkannya sebagai usaha memecahbelahkan kesepakatan Pakatan Harapan Selangor.

Bagaimanapun dalam kenyataan bersama tidak pula disebut mengenai PINDAAN ENAKMEN NEGERI yang menerima tentangan daripada DAP Selangor. Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo menyatakan DAP Selangor menolak sebarang pindaan enakmen yang akan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibahaskan.

DAP SELANGOR TOLAK PINDAAN

Tidakkah ini akan menimbulkan konflik antara mereka kelak? Masih selamatkah kerjasama politik PH jika DAP berkeras tidak tunduk kepada usul yang mahu dibawakan Amirudin kelak? Menyatakan sokongan kepada MB Selangor merupakan perkara berbeza dengan pindaan enakmen, sudah pasti dibelakang hari timbul kontroversi jika Speaker membuat tindakan memendekkan sidang Dun seperti sebelum ini.

Apakah penyelesaian konkrit PKR dalam memujuk DAP menerima pindaan tersebut? Menjuarai isu memang 'forte' DAP bagi memenangi hati penyokong mereka. Mampukah PKR memenangi 'pertembungan' antara kehendak mereka (PKR) dan kemahuan DAP?  Sekiranya DAP mempertimbangkan perkara tersebut apa pula jaminan PKR kepada DAP?

Sudah pasti PKR kini tersepit antara kepentingan kerjasama dan usul pindaan enakmen negeri. Apa akan berlaku selepas ini? 



No comments:

Post a Comment