Saturday 31 August 2019

'ANWAR KENA TALKIN' BILA MAHATHIR KATA PH MENANG JIKA ESOK PRU15?

Beranikah Mahathir Bubarkan Parlimen?



Tun M semalam menyatakan seandainya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, Pakatan Harapan akan terus kekal berkuasa. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Pakatan Harapan yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Bagaimanapun rata rata netizen menemplak keyakinan Mahathir dan mencabar agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Kerajaan. Sepanjang 15 bulan memerintah pelbagai retorik dihidangkan kepada rakyat oleh PH dan KEGAGALAN MANIFESTO antara yang jadi bahan perbualan hangat kalangan marhein.



Dengan pelbagai kontroversi melanda Pakatan Harapan, keyakinan Tun bahawa gabungan mereka akan kekal berkuasa dilihat sebagai isyarat kepada individu yang menuntut peralihan kuasa seperti dijanjikan sebelum ini.  Sebelum kenyataan mengenai PRU15, Tun ada mengeluarkan kenyataan TIADA JAWATAN KOSONG dalam kabinet beliau buat masa ini dan kenyataan tersebut disambut pula oleh Timbalan Perdana Menteri dengan 'Sinis'.

KEKAL BERKUASA JIKA ESOK PRU15



TIDAK TAWAR DIRI UNTUK JAWATAN KABINET

Membaca kenyataan Datuk Dr Rais yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, beliau lebih realistik dalam memberi pandangan politik dan berpijak di bumi. Apatah lagi dengan 'Cara dan Gaya' PH yang penuh kontroversi, beliau meramalkan PH akan kalah jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat. Dengan isu moral dan disiplin yang melanda PKR serta KEGAGALAN DAP sebagai Menteri Kewangan, semua itu digarap rakyat yang memerhati tingkah laku mereka  (PH) sepanjang setahun 3 bulan ini. 

Kerjasama BN-PAS pula semakin mendapat sokongan rakyat juga memberi tekanan kepada PH dan ini yang telah diterjemahkan dalam 3 Prk yang dimenangi BN dengan sokongan PAS. Melihat kemaraan ini, ada pihak yang 'Panas Buntut' dan cuba memberi gambaran buruk kerjasama BN-PAS namun rakyat lebih bijak menilai segalanya. Faktor perkembangan ekonomi yang lembab juga mempengaruhi pemikiran rakyat manakala Anak Muda pula merasakan TERTIPU dengan JANJI MANIS Manifesto PH.

Baca - INGATAN NAJIB BUAT RAKYAT

Jika Mahathir benar-benar yakin dengan kenyataan beliau, sewajarnya Parlimen dibubarkan agar mandat baru diberikan. Adakah kenyataan semalam antara isyarat 'Perjanjian' peralihan kuasa hanya akan berlaku mengikut 'KEHENDAK Tun M'? Teliti kembali kenyataan beliau dalam satu sidang media yang secara tidak langsung memberitahu individu bahawa beliau dan partinya hanyalah elemen loncatan untuk kembali berkuasa.



Dua penggal bermakna 10 tahun mengikut kiraan 5 tahun sepenggal. Mampukah individu tersebut bersabar sedangkan desakan dari ahli semakin kedengaran untuk beliau mengambilalih jawatan PM? Sedikit rasa simpati apabila Timbalan Perdana Menteri seakan bersetuju dengan Tun M mengenai kekosongan jawatan dalam Kabinet sekaligus memberi gambaran sekiranya beliau (individu) mahu menjadi PM, maka perlulah menunjukkan kemampuan sebagai 'Kepala Perang'. Apa yang menyedihkan kemampuan individu tersebut dinafikan dalam Prk Rantau walau turun padang bersungguh hingga sanggup membawa cemeti dan berdansa mengikut rentak yang didendangkan.

Memahami bahasa politik Mahathir dalam kenyataan semalam merupakan gambaran bahawa individu tersebut 'Tidak Layak' lagi mengambilalih kerusi dari beliau. Perkiraan matematik mudah untuk melumpuhkan kemaraan adalah angka dan dikatakan kini Mahathir mempunyai 'Angka' yang cukup bagi menepis tuntutan alih-kuasa. Dengan pelbagai masalah dalaman yang melanda, sudah pasti individu tersebut dilihat lemah dalam mengawal KESETIAAN ahlinya sendiri. Sokongan dari parti dominan PH pula akan dituntut supaya mereka kekal berkuasa dan menguasai pentadbiran. 

Segala persoalan hanya akan terjawap sekiranya Mahathir masih lagi mengamalkan 'Walk The Talk' dan bukan hanya bergantung kepada propaganda politik dan 'Drama AirMata' yang pernah beliau lakukan sebelum ini.  Beranikah Mahathir? 









1 comment:

  1. Senario politik yg diukur berlandaskan PRK2 yang lalu tidak semestinya mempertejemahkan majoriti persepsi terhadap kehakisan sokongan kepada PH. Yang utamanya kedengkelan penulis memperlekehkan kemampuan individu menjadi kepala perang untuk PRK2 tersebut semasa belum lagi berada ditampuk kuasa tidak seharusnya menjadi ukuran. untuk melakarkan tidak layak memimpin negara di atas retorik berkenaan hanyalah mainan mental yg diterjahkan utk menyakinkan pemikiran penulis. Sebagai kesimpulannya fikirkanlah individu tersebut masih dipenjara dapat menumbangkan gergasi besar apatah lagi jika beliau berkuasa kelak. Jadi renungkan lah jiwa pemimpin besar ini.....

    ReplyDelete