Wednesday 14 August 2019

TENTERA GANTI BURUH FELDA - YEW YIN PERLU BACA PERKARA 41 PERLEMBAGAAN NEGARA

"Tentera Hanya Tahu Makan Tidur" - Dermawan Pro PH Hina Kuasa Eksekutif Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?



Kenyataan seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin terhadap anggota keselamatan negara (ATM) menerima pelbagai reaksi warganet. Kecaman demi kecaman terhadap kenyataan Koon Yew berterusan di media sosial kerana beliau seperti 'kebal' daripada sebarang undang undang dan mengeluarkan kenyataan tanpa melihat 'kiri kanan'.

Kenyataan Yew Yin

Sedarkah Yew Yin bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi ATM dan ini termaktub dalam Perlembagaan Negara dibawah Perkara 41.

Perlembagaan Negara Perkara 41


Perkara 41 Kuasa Eksekutif YDPA

Adakah kerana Koon Yew merupakan penyumbang dana kepada 4 parti politik maka beliau bebas membuat kenyataan sesuka hati? Beliau sendiri mengakui menyumbangkan RM100,000.00 kepada beberapa parti politik Pakatan Harapan dan beliau merasakan 'Berhak' mengkritik dasar kerajaan Pakatan Harapan. 

Adakah nyawa setiap anggota ATM hanya bernilai seperti dermanya kepada parti politik? Sedarkah Yew semasa zaman konfrantasi siapa yang menjaga keseluruhan Malaysia dari diganggu gugat anasir luar? Inikah nilai pengorbanan pada mata mereka yang menabur wang pada parti politik PH?



Koon Yew Yin sepatutnya dikenakan tindakan tegas kerana kenyataan beliau telah mewujudkan rasa marah rakyat khususnya Anggota ATM kerana cadangan beliau mahu anggota ATM dihantar ke Felda menggantikan buruh yang selama ini berkerja dalam sektor perladangan Felda. Menteri Pertahanan sendiri masih berdiam diri manakala Timbalan Menteri Pertahanan cuba meredakan amarah rakyat dengan kenyataan rasmi beliau.

Masalahnya sehingga bila penghinaan demi penghinaan oleh bukan sahaja penyokong malah pemimpin parti Pakatan Harapan terhadap mereka yang tidak menyokong PH akan berakhir? Jangan biarkan 'Api Dalam Sekam' terus membara kelak terbakar susah jadinya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak segera kerana penghinaan sebegini tidak sihat untuk negara.

No comments:

Post a Comment