Friday 30 August 2019

'TALKIN UNTUK PKR' MENJELANG BAJET 2020?

PKR Bakal Berpecah Sebelum Bajet 2020?



Pergeseran dalaman PKR semakin menarik perhatian pemerhati politik Pakatan Harapan apabila Naib Presiden, Zuraida Kamarudin mendedahkan mengenai sikap Anwar yang tidak melayan 3 'Surat Damai'. Beliau mendedahkan demikian dalam satu kenyataan.

Baca - SURAT DAMAI KENA 'IKAT MATI'

Untuk memahami mengapa Anwar enggan melayan 'Team Kartel' ia bermula dari Prk Rantau. Calon yang dikehendaki oleh akar umbi PKR tidak terpilih dan Anwar meletakkan calon luar sekaligus menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak turun padang berkempen. Keadaan semakin buruk apabila seorang 'mirip' pemimpin tertinggi PKR dikaitkan dalam video intim songsang. Mengeruhkan lagi apabila beberapa orang kalangan pemimpin PKR yang dikatakan berada dalam 'Team Kartel' tidak hadir ke Program Retreat PKR di Port Dickson dan ada antara mereka mengeluarkan kenyataan 'mengkritik' Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Mereka juga sudah beberapa kali tidak hadir ke mesyuarat parti dengan pelbagai alasan.

JANGAN CARI ALASAN TIDAK HADIR MESYUARAT



Bagaimanapun ada yang lebih menggemparkan apabila Perdana Menteri semalam mengeluarkan kenyataan 'TIADA RUANG KABINET' untuk Anwar Ibrahim. Adakah ini isyarat PKR tidak boleh diselamatkan lagi? Ada desas desus menyatakan seorang pemimpin tertinggi PKR bersedia meninggalkan parti berkenaan dengan membawa bersama hampir 20 orang Ahli Parlimen PKR bagi menyelamatkan kedudukan dan memastikan kemaraan Anwar disekat sebelum tempoh 2 tahun yang dijanjikan bagi peralihan kuasa. Sejauh mana kebenaran khabar itu tidak dapat disahkan namun melihat gerak geri dan penolakan 'Surat Damai' ianya seakan memberi isyarat PKR bakal berdepan krisis kepercayaan terhadap Presiden.

TAFSIR SENDIRI KENYATAAN MAHATHIR



ANWAR JAWAP MAHATHIR

Adakah kini Pakatan Harapan berhadapan krisis? Menurut cerita 'Kedai Kopi Parlimen', Tun M enggan Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Bajet 2020 dan dikatakan seorang Ahli Parlimen PKR bakal diamanahkan bagi pembentangan Bajet 2020 namun identiti pemimpin tersebut masih kabur. Adakah itu benar?  Jika benar maka sahlah Presiden PKR akan diketepikan dari apa juga keputusan Kabinet sekaligus menutup ruang peralihan kuasa sepertimana dijanjikan sebelum Pakatan Harapan bergabung bawah satu bendera. Jika bukan dari PKR, siapa paling layak membentangkan Bajet 2020 selain Lim Guan Eng?

Inikah pengakhiran Pakatan Harapan? PKR sudah tentu parti yang menjadi 'Lebai Malang' apabila Presiden Parti tidak berjawatan dalam Kabinet manakala bekas Presiden masih dikerusi Timbalan Perdana Menteri. Sebagai ahli politik, Anwar semestinya ada perancangan tersendiri memandangkan beliau sudah sekian lama menyandang jawatan 'Bakal Perdana Menteri' paling lama dalam sejarah Malaysia. Reformasi yang diilhamkan Anwar selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah dan akan menjadi KEGAGALAN PKR sepanjang zaman.

Rest In Peace Parti Keadilan Rakyat.

No comments:

Post a Comment