Friday, 4 September 2015

Khianat..Antara Maruah Dan Kuasa..Barisan Nasional Hilang Kerusi.

Apakah pengajaran dalam Pru13 tidak cukup mematangkan Umno untuk menghadapi Pru14?Dengan pola undian bandar berbeza dengan luar bandar seharusnya menggusarkan Barisan Nasional.

Adakah hanya Umno sahaja yang perlu bekerja keras memastikan kemenangan BN pada setiap pilihanraya? Jelas menampakkan parti komponen seperti enau melepas pucuk bila ditebak persoalan begini.Kemana hilang semangat Barisan Nasional kini.

Pemuda Barisan Nasional juga tenggelam dalam arus perdana politik Malaysia.Nyata hanya berkehendak tenaga Pemuda Umno dalam memastikan kemenangan.Ini sesuatu yang lazim terjadi andai calon adalah dari parti komponen dan majoriti dikawasan itu dikuasai Melayu.

Sampai bila mentaliti ini harus berada dalam Barisan Nasional.Kerjasama erat sepatutnya ditunjukkan dalam mendepani apa juga isu nasional.Hingga kini tidak diperlihatkan Pemuda MCA mahupun Pemuda MIC membantu menangkis serangan serangan pembangkang terhadap Barisan Nasional.Malahan Ketua Pemuda MCA bersemangat untuk merelakan ahli MCA menyertai himpunan Bersih 4.0

Ini sesuatu yang memalukan dalam ikatan Barisan Nasional.Pemuda MIC pula hilang suara dek kemelut perebutan Presiden.Jadi apa rasional mereka didalam Barisan Nasional?Gerakan juga hampir menjadi parti tumpangan sahaja tanpa peduli apa yang menimpa masyarakat di P.Pinang.Hanya yang mereka mahu jawatan Ketua Menteri.

Dimana nilai Umno kepada mereka kini.Sudahlah Ketua Pemuda Umno tidak berfungsi seperti sepatutnya.Apa peluang untuk Barisan Nasional memenangi PRU14?
Nampaknya Barisan Nasional bersedia untuk merasa empuknya kerusi pembangkang.

Usah nanti yang tinggal dalam Barisan Nasional hanya Umno serta komponen dari Sarawak dan Sabah kerana komponen lain tidak sanggup jadi pembangkang.Hanya mahukan kuasa maka akan setia tapi bila hilang kuasa mereka lari.

Ingatlah bukan Umno sahaja dalam Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia bukan mewakili satu parti sahaja tapi Barisan Nasional.

Thursday, 3 September 2015

Tangan Ghaib...Siapa Tok Dalang?

Heboh diviral dalam aplikasi whattsapp tentang pemecatan Tan Sri Muhyiddin,Dato Mukhriz,Dato Shafie Apdal dan Khairy pada 9/9/2015.

Khabar angin ini menggila dikalangan yang kiasu penyokong penyokong mereka.Perkhabaran ini sedikit sebanyak menggusarkan kroni kroni yang selama ini bergantung harap untuk projek projek politik.

Dato Sri Najib pastinya tahu apa yang terbaik untuk Umno dan pastinya akan mendapatkan pandangan dari Ahli Majlis Tertinggi tentang hal ini.Sebagai ahli Umno apa juga keputusan MT hendaklah diterima dengan terbuka.

Didalam keadaan politik sekarang secara rasional MT dan Presiden pasti tidak akan membuat kepututsan yang mengancam kedudukan Umno dalam kerajaan.

Jadi penyokong penyokong mereka tidak perlu lagi melakukan provokasi picisan yang akan memecahbelahkan Umno.Selama ini mereka nyatakan sayang akan Umno namun tindakan provokasi mereka mencerminkan sebaliknya.

Atau memang ada tangan ghaib yang mahu merosakkan Umno dari dalam.Tindakan sesetengah dari mereka yang masih memburukkan Presiden dalam Mesyuarat Agung Bahagian amat mendukacitakan.

Ianya bukan tindakan bijak tapi tindakan "bunuh diri" untuk Umno.Perlukah sikap tikam belakang diamalkan dalam Umno?
Hentikan khabar angin dan provokasi buruk terhadap Umno kalau mahu Umno dipilih sebagai tonggak kerajaan dalam PRU14.

Anugerah Emmy Award KJ Artis Dari Malaysia Bakal Dinobatkan.

Mengapa hingga kini Ketua Pemuda Umno Malaysia seperti hilang aura dalam menangani isu isu yang melanda Umno dan Kerajaan?
Apa percaturan KJ dalam arus politik beliau yang semakin suram.

Adakah beliau sedang membuat persediaan untuk melepaskan jawatan itu dalam perhimpunan Agung Umno yang dijangka hujung tahun ini.Hampir boleh dikata beliau tidak berfungi sebagaimana sepatutnya Ketua Pemuda Umno merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Malahan Ketua Pemuda parti komponen juga kelihatan hilang hormat kepada KJ.Apa guna beliau bertahan jika sudah patah dayung.Sampai bila kolek mampu bersaing dengan kapal kalau berdayung guna tapak tangan.

KJ sewajarnya memikirkan karier alternatif bila bersara dari politik.Mungkin sebagai bintang filem lebih sesuai dengan jiwanya yang sememangnya impikan kemasyhuran.Awal penglibatan beliau sebenarnya banyak bersandar kepada Pak Lah selaku Perdana Menteri ketika itu.

Aura sebagai pemimpin yang bakal menjadi nakhoda Umno tidak dapat dikesan pada KJ.Tindakan beliau yang berdiam diri dalan hal Solidariti untuk Umno juga diperhatikan.Apakah beliau bermain sandiwara untuk meraih simpati dan seterusnya mencerahkan peluang untuk mengintai salah satu kerusi Naib Presiden Umno?

Sebetulnya ramai kalangan Pemuda kecewa dengan sikap beliau.Yang pasti KJ belum mampu mengendalikan ketua pemuda Negeri apatah lagi selaku Ketua Pemuda BN.Mungkinkah KJ mampu menduduki kerusi idaman tanpa kontroversi semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno dahulu.

Adalah lebih baik untuk KJ memikirkan haluan politinya sekarang..samada sekapal atau tinggalkan kapal dan mencari ilham baru utk turut sertai.Exco Pemuda yang ada kini ada yang mampu menggantikannya.

KJ..terimakasih atas pengorbanan anda.Selamat menjalani kehidupan sebagai artis pujaan selepas ini.

Transformasi Umno Beranikah Najib?

Berbincang tentang Umno pastinya menggamit seribu satu kenangan.Bermula dari zaman Dato Onn beralih kepada Tunku Abd Rahman parti ini tidak pernah sunyi dari dilanda kontroversi.

Zaman peralihan kolonial kepada Kemerdekaan walau bermula lebih awal namun Umno adalah parti yang merealisasikannya.Hanya mereka yang buta sejarah akan menafikan semua itu.

Setiap Presiden Umno pastinya mahukan yang terbaik buat ahlinya.Namun kebelakangan ini Semangat Melayu dalam Umno seolah luntur dibawa zaman kemodenan dan zaman menjadikan Umno sebagai lubuk menghasilkan kewangan.Mengapa ini terjadi ketika Presiden melaungkan Umno sebagai wadah Melayu untuk berjuang.

Kepentingan orang Melayu kini dilihat terjejas kerana keengganan sesetengah pemimpin memupuk semangat Melayu.Pada mereka adalah lebih baik memikirkan bagaimana mendapat laba dari kedudukan dalam Umno.Masyarakat Melayu memandang ini sebagai kegagalan Umno dalam membela kepentingan Melayu.

Dato Sri Najib sebaiknya mulakan satu transformasi untuk mendapatkan semula kepercayaan Melayu.Apa yang kebanyakan ahli Umno ingin lihat Najib sebagai seorang Presiden yang tegas dalam melaksanakan janji untuk menjaga orang Melayu serta kepentingan Melayu.

Dalam usaha mengembalikan kepercayaan ahli Umno Dato Sri Najib juga haruslah tidak teragak agak untuk melakukan pemutihan dalam Umno.Sesiapa juga yang menjadi beban dalam Umno perlu disingkirkan secara terhormat.Mereka juga terikat kepada ikrar taat setia kepada pemimpin dan Presiden Umno.Jika ada yang tidak lagi mampu untuk berbuat sebagaiman ikrar sebaiknya berundur.Transformasi ini hendaklah dilaksanakan sebelum PRU14.

Wednesday, 2 September 2015

Kronisme Makin DiGemari Ketua Bahagian..Siapa Akan Mengaku?

Amalan Kronisme Masih Wujud Dalam Umno Cameron Highlands? Wan Rosdy Lupa Ikrar Kerana Kuasa.

Setelah 3penggal memenangi pilihanraya dengan cemerlang kini kedudukan Dato Wan Rosdy semakin kukuh dalam barisan Exco Negeri Pahang.Kemenangan beliau banyak dibantu oleh imej bersih yang dibawa semasa awal penglibatan sebagai Ahli Dewan Undangan Jelai.

Namun langit tidak selalu cerah.Sedikit perubahan dapat dilihat ketika masuk penggal kedua sebagai Adun namun masih diterima dengan terbuka oleh pengundinya.Kerja keras tetap dijadikan rutin beliau selaku Ketua Bahagian Cameron Highlands merangkap Adun Jelai.

Perubahan ketara amalan kronisme kelihatan ketika pemilihan Umno tahun 2013.Beliau dilihat menyusun mereka mereka dari kalangan keluarga dan yang telah dikenal pasti tidak akan mempersoalkan apa jua tindakan beliau didalam UMNO Cameron Highlands.

Meletakkan anak sendiri sebagai Naib Ketua Pemuda untuk penggal 2013-2016 adalah sesuatu yang tidak digemari oleh kebanyakan ahli Pemuda.Apa pula rasional memberi laluan kepada seorang yang tidak mesra dengan Pemuda sebagai Ketua Pemuda Cameron Highlands?

Dimana intergriti yang beliau sendiri ikrarkan sewaktu mulakan tugas sebagai Adun Jelai dan Ketua Bahagian Cameron Highlands.Suara Pemuda dikatakan hanya sekadar nyamuk.Ketiadaan unit siber juga mencerminkan kiasu Bahagian Cameron.

Juga dikatakan AJK Bahagian hanya akan menunjuk muka bila ada pembesar turun padang selain dari musim pilihanraya.Kemana haluan sebenar Cameron Highlands?Adakah Dato Wan Rosdy akan memperbaiki segala persepsi buruk yang terpalit kepadanya kerana dikatakan pengundi tidak menyukai Setiausaha Bahagian?

Walau telah dimaklumkan namun Dato Wan Rosdy mengambil risiko dengan tidak mengambil tindakan drastik atas rungutan pengundi.Apakah amalan kronisme menjadi trend kepada beliau?Risiko yang bakal beliau hadapi adalah kehilangan undi dari suara suara yang tidak berpuashati dengan cara beliau.
Mungkin beliau ada strategi tersendiri untuk mencapai kemenagan kelak.

Najib...Antara Mitos Dan Realiti..Rakyat Memerhati

Berubah Atau Rebah..Najib Harus Berani Dan Tegas Atas Kepincangan Umno

Disaat kelihatan sokongan rakyat semakin terhakis apa yang menjadi persoalan adakah Dato Sri Najib akan transformasikan ucapan beliau untuk menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Dihimpit dengan isu GST dan kajian pendapatan isi rumah yang kelihatan tidak seimbang dengan apa yang ditampal didada akhbar rakyat mula berasa gelisah.Apa yang dikesalkan ada dikalangan kabinet seolah tidak menghiraukan rintihan ini dan dengan bangga terus mengatakan bahawa ekonomi terkawal.Dengan kejatuhan ringgit disertai propaganda pembangkang..Najib serta kabinetnya kelihatan lemah dalam menangani perkara tersebut.Segala tindakan penerangan hanya selepas kerosakan imej terjadi.

Apa sebenarnya strategi Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak buruk seperti digemburkan.Adakah Najib masih relevan untuk memimpin Malaysia dan Barisan Nasional untuk Pru14?

Diburukkan lagi dengan krisis dalaman Umno bila Timbalan beliau seperti tidak sehaluan dan membawa bersama pengikutnya.Mampukah Najib bertahan dalam Umno.Ditambah dengan keengganan sesetengah ketua bahagian menyatakan sokongan terhadap beliau amat mencalarkan reputasi seorang presiden.

Dimana nilai seorang pemimpin yang berjiwa besar andai rakyat tidak didahulukan sepertimana tercatat dalam menifesto BN semasa Pru13?Rakyat sebenarnya memerhati dan menanti masa sesuai untuk mengajar Najib
serta kabinetnya erti kepayahan.Maka berbondonglah pemimpin dalam Umno akan buat pusingan berbalik dari menyokong Najib kepada mengikut arus rakyat.

Kepada siapa lagi mampu rakyat berharap untuk berlindung dalam menghadapi isu isu yang melanda.Adakah pengganti Najib mampu melaksanakannya atau rakyat telah bersedia memberi wajah baru kerajaan Malaysia?

Adakah jaminan bahawa hak Melayu akan dipertahankan oleh Umno dan Najib dan dalam masa sama menjaga kepentingan yang lain.Kuasa rakyat dalam pilihanraya usah dipandang ringan kerana merekalah penentu kerajaan yang diingini.
Dato Sri Najib harus memandang serius perkara ini atau bersedia kehilangan undi rakyat.

PRU14 Dimana Kedudukan Barisan Nasional

Dalam setiap pilihanraya pengundi dianggap aset yang bernilai kepada setiap parti yang bertanding.Dimana kedudukan mereka selepas pilihanraya dijalankan.

Umum mengetahui bahawa pola pengundi kini amat berbeza dengan 30 tahun lepas.Kaum yang paling setia mengundi tanpa kompromi dijuarai oleh Melayu walau siapa pun calon...kemenangan harus diberi kepada Barisan Nasional.

Dengan perubahan zaman analog ke zaman digital dan seterusnya ke zaman IT sebagai keperluan segalanya berubah.Pengundi tidak lagi hanya bergantung kepada media cetak untuk setiap parti menyampaikan manifesto mereka dan memenangi hati pengundi.

Umno baru baru ini melancarkan pendaftaran secara talian namun kempen menambah ahli Umno dan pengundi tidak berlaku dengan agresif.Berbeza sekali dengan apa yang apa yang parti lawan yang sentiasa menaikmuat status pemgundi.

Walau serba kekurangan Umno seharusnya mencotohi Dap yang acapkali membuat promosi menambah jumlah pengundi yang keciciran dalam senarai pemilih.

Dimana sikap pemimpin Umno serta Sayap.Andai didaftarkan apakah ada jaminan merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang?Dimana kempen Umno dalam hal jumlah pengundi dan memastikan status quo dalam Barisan Nasional.

Umno sepatutnya sudah mulakan kempen membawa kembali suara pengundi baru kedalam pilihanraya akan datang.Usah terbuai dengan laporan indah khabar dari rupa yang disediakan oleh Setiausaha Setiausaha Bahagian.




Tuesday, 1 September 2015

Ketua Pemuda Cameron Highlands Hanya Boneka?

Umno Cameron Highlands menerima Ketua Pemuda Umno yang baru pada pemilihan yang dijalankan pada 2013.Peralihan ini disebabkan faktor umur mantannya Azizi Ahmad yang melepasi had kelayakan.

Namun sesuatu yang mengecewakan bila peralihan ini direstui oleh Ketua Bahagian Cameron Highlands Dato Wan Rosdy.Adakah mereka telah salah memilih seorang yang tidak berkaliber menggalas tugas sebagai KP atau sekadar memenuhi tempat kosong.

Ini diburukkan lagi dengan pemilihan Naib Ketua Pemuda.Ironinya yang dipilih adalah anak kepada Wan Rosdy.Seorang yang dikategori terlalu muda dan mentah dalam soal Pemuda pemilihan itu memperlihatkan amalan kronisme wujud.

Bertanya kepada ahli pemuda CH kebanyakan mereka langsung tidak memgenali Ketua dan juga Naib Ketua mereka.Apa yang sebenarnya Wan Rosdy mahu? Nyata pemilihan dua nama itu tidak memberi impak besar malahan membuat kekeruhan makin kalut bilamana ramai yang kecewa seolah mereka yang telah lama berjuang dilupakan dan dinafikan jasanya.

Baru baru ini dalam Persidangan Pemuda nyata Ketua Pemuda CH dikritik teruk oleh ahlinya.Antara yang diluahkan KP tidak mesra ahli dan hanya berada dalam lingkungan sendiri.Begitu juga dengan NKP CH.

Apa sudah jadi dengan UMNO Cameron Highlands?Kuasa yang ada digunakan dengan bijak atau bijak memgambil kesempatan atas kuasa yang ada.

Andai ini tidak ditangani oleh Adun yang juga Ketua Bahagian Cameron Highlands dikhuatiri akan menjejaskan pola undi untuk BN(UMNO) dalam Pru14.

Mungkin Umno Cameron Highlands berasa selesa dalam zon selamat dengan
majoriti pengundi Dun Jelai adalah Melayu.Tepuk dada tanya selera.Moga Umno akan kekalkan kuasa dalam Pru14.

Masjid Bakal Punca UMNO Cameron Highlands Hilang Kerusi.

Melihat kepada tarikh yang tercatat di papan kenyataan Jabatan Kerja Raya Masjid ini telah siap sepenuhnya.Nyata ia
jauh tersasar.Pada tarikh artikel ini ditulis 1/9/2015 Masjid yang sepatutnya tersergam indah dan dimanafaatkan hanyalah impian.

Dimanakah kesilapannya?Samada kontraktor yang bersalah atau JKR yang tersalah memilih kontraktor?Setiap kontraktor yang dipilih akan dinilai oleh panel penilai JKR.Mungkinkah ada yang tersorok dibalik pemilihan itu?
Hingga kini Dewan Orang Ramai Felda Sg.Koyan Dua ini digunakan sebagai ganti masjid yang terbengkalai itu.Hampir seluruh warga Felda Sg Koyan merungut akan ketidakselesaan yang dihadapi bertahun ini setiap kali menjelang Aidilfitri dan Aidiladha.Sudah tentu sebuah dewan tidak dapat menampung kehadiran anak anak peneroka yang akan pulang ke kampung halaman.

Setiap kali ditebak dengan soalan tentang Masjid ini akan di jawap seperti Bola di tengah padang.Menuding ke setiap arah penjuru dan menyalahkan pihak pihak lain.Adun Jelai Dato Wan Rosdy juga tidak mampu memberikan jawapan konkrit walaupun beliau seorang Exco dalam Kabinet Negeri Pahang.Apa sudah jadi?

Ini juga isu yang bakal menguburkan Umno Jelai bilamana tidak ditangani dengan baik.Apakah Umno yang harus terima kesilapan dan kelemahan ini? Hanya Wan Rosdy mampu menjawap.

Antara Beban Dan Tanggungjawap..Palanivel Tiada Aura Lagi.

Apa pilihan pengundi Parlimen Cameron Highlands andai pilihanraya terjadi kelak? Apakah pola undian akan memihak kepada Barisan Nasional atau tidak lagi?Imej Ahli Parlimen yang memenangi Pru13 lalu dilihat tidak memberangsangkan.

Hanya memenangi dengan majoriti yang boleh diibaratkan telur dihujung tanduk Dato G Palanivel sebenarnya diselamatkan dari kekalahan oleh pengundi Dun Jelai.Malahan undi rosak juga menunjukkan sebenarnya beliau tidak diterima oleh pengundi.Hanya hasil kerja keras Dun Jelai membantu memastikan presiden MIC itu tidak dimalukan seperti presiden sebelumnya di Sg Siput.

Apa yang ketara adalah sikap beliau selaku ahli parlimen yang agak kurang menyenangkan.Rata rata pengundi sukar melihat kelibat beliau samada di Dun mahu pun Parlimen yang diwakilinya.Penulis juga bertanya kepada pengundi muda tentang kredibiliti Palanivel namun jawapan yang diberikan menggusarkan.

Barisan Nasional perlu menimbangkan semula pencalonan beliau sebagai wakil BN untuk Pru14.Pilihlah calon yang memahami sosio politik setempat dan calon yang mesra pengundi.Bukan sekadar mengharap undi dari ahli Umno untuk menyelamatkan nyawa politik calon.

Dun juga memainkan peranan penting dalam kemenangan Barisan Nasional ketika itu.Tapi jika ditanya kini kepada anakmuda yang bakal menjadi pengundi dalam Pru14 sudah tentu jawapan mengejutkan.

Apakah faktor penolakan mereka? Sudah pasti isu setempat yang menjadi bualan dikalangan mereka namun hanya dipandang sepi.Seolah ada tangan ghaib yang mengaburi isu lokal.Apakah Adun sedar atau tidak dengan keadaan? Tidak dapat dipastikan.