Sunday, 15 January 2017

FOTO PELANGGAN BIADAP BAWA ANJING DALAM TROLI TESCO TEBRAU - MASIH TIDAK MEMAHAMI PERINGATAN ATAU CARI PUBLISITI?





FOTO PELANGGAN TESCO BAWA ANJING DALAM TROLI - TIDAK SENSITIF ATAU SENGAJA CARI PUBLISITI?

Sikap pelanggan di sebuah pasaraya di Johor Bahru mendatangkan kemarahan netizen yang rata rata tidak senang dengan kebiadapan seorang pelanggan yang membawa anjing peliharaannya di dalam troli.

Foto yang dinaikmuat oleh MdFaizal Azs jelas menunjukkan seorang pelanggan berbangsa Cina membawa seekor anjing ke dalam pasaraya tersebut dan meletakkannya di dalam troli yang digunapakai oleh ramai. Menurut status yang dimuatnaik oleh beliau kejadian berlaku di Tesco Tebrau Johor Baharu.

Apakah pelanggan ini masih tidak memahami sensitiviti atau sengaja mencari publisiti murahan untuk membuat orang ramai marah? Lazimnya di semua premis pasaraya ada diletakkan amaran mengenai larangan membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam premis serta larangan meletakkan haiwan berkenaan di dalam troli.

Apakah tindakan dari pengurusan Tesco Tebrau? Adakah mereka hanya memandang perkara tersebut dan memejam mata dengan kerenah pelanggan itu? Bagaimana pula dengan kawalan keselamatan yang sudah pasti boleh memberi nasihat kepada remaja tersebut dan mencegah perkara ini dari berulang.

Netizen pastinya akan mencemuh perbuatan biadap pelanggan tersebut dan Tesco Tebrau pula perlu memastikan semua troli di samak terlebih dahulu bagi memastikan tiada lagi keraguan kepada pelanggan beragama Islam yang turut membeli di pasaraya tersebut.

Pautan ke kisah dan entri klik : SINI

Friday, 13 January 2017

CUBA AMBIL KESEMPATAN ISU TAJAAN BOLASEPAK - LAYAKKAH 'KAKI DISKO,KAKI PENIPU,KAKI PONTENG' PPBM MASUK CAMPUR?








'KAKI DISKO, KAKI PENIPU, KAKI PONTENG' AMBIL KESEMPATAN ISU BOLASEPAK KELANTAN - LAYAKKAH BELIAU BERCAKAP TENTANG INTERGRITI?



Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Syed Saddiq Syed Rahman dikatakan cuba membuat provokasi murahan apabila menggelar pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors sebagai 'pasukan sampah'. Poster yang berlegar di media sosial menjadi tular dan siapa pihak yang mengeluarkannya tidak dapat di pastikan. Benarkah beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk merendahkan pasukan bolasepak Kelantan?

Beliau yang mengaitkan pasukan bolasepak Kelantan dengan laporan polis terhadap penglibatan MARA (Majlis Amanah Rakyat) dalam penajaan pasukan bolasepak Kelantan dipercayai mahu mencari publisiti segera berikutan kemerosostan pengaruh PPBM terhadap rakyat berikutan kontroversi yang melibatkan kepimpinan PPBM.

Namun demikian Syed Saddiq atau dikenali sebagai Syed 'Disko' terlupa banyak fakta yang sepatutnya beliau kemukakan untuk mengaitkan Tan Sri Anuar Musa dengan salah guna kuasa malah TSAM telah menjawap isu berkenaan di portal Malaysiakini. Syed yang sebenarnya sedang mencari pengaruh di kalangan anak muda cuba membuktikan beliau sebagai seorang yang bijak namun hakikat sebenar beliau masih mentah dalam ber'politik' dan sepatutnya belajar selok belok politik 'kotor' dari Mahathir sendiri.

Dalam satu entri media sosial, Syed mengaku beliau seorang 'kaki ponteng' dan sanggup menghabiskan masa hingga 10 jam di kafe siber bagi bermain permainan dalam talian internet. Bukan sahaja 'kaki ponteng' malah beliau turut mengaku sebagai ' kaki penipu' apabila berbohong kepada ibunya sendiri semata mata untuk bermain permainan komputer.

Jika di ambil kira pengakuan beliau maka terserlah mengapa beliau memilih PPBM untuk berpolitik dan sikap ini sentiasa ada dalam PPBM. Segala kontroversi berkaitan pemimpin PPBM bermula dari penipuan dan tidak hairanlah jika Syed juga terlibat dalam penipuan politik PPBM. Lihat sahaja isu Presiden mereka hingga Penasihat yang suka menipu rakyat apabila timbul sesuatu isu. Malah mantan Ketua Srikandi tidak terlepas dari terpalit dengan kontroversi dan Syed sendiri pernah mengaku sebagai 'kaki clubbing' dengan aksi nakal bersama wanita.

PPBM yang kini sedang bergelut untuk membersihkan nama mereka memerlukan Syed bagi mencipta kontroversi bagi mengalih perhatian netizen dari terus mengecam PPBM yang tidak 'sebersih' yang di sangka. Lihat sahaja kenyataan Mahathir yang meng'hukum' ibadah Haji tajaan Yayasan 1MDB dan pemberian BR1M yang dikatakan sebagai rasuah sedangkan ramai kalangan ahli PPBM sendiri menerima BR1M. Jadi kemanakah sebenarnya hala tuju PPBM yang tidak konsisten itu? Maka tugas Syed untuk mengalih pandangan serong diperlukan dan beliau yang kering idea hanya mengaut keuntungan politik dari perbalahan tajaan bolasepak.

Pengakuan Syed Klik : SINI


"Ingat lagi dulu saya selalu pergi ke cyber cafe pada hujung minggu. Pergi pula tu bukannya sejam dua, tp saya akan pergi dari pkl 10pm-8am sebab ada offer RM10 sahaja utk 10 jam."

"Masa tu, saya akan beritahu mak saya yg saya nak bermalam di rumah jiran dan dia pula akan beritahu yg dia akan bermalam di rumah saya. Kami akan berjumpa separuh jalan dan sanggup jalan kaki 4km ke cyber cafe. Masa tu, rasa diri ni cool sangat mcm spy. He was my perfect partner in crime dan kami tak pernah kena tangkap."

"Pada masa tu saya bercinta dengan Counter strike, Ragnarok, RYL, command and conquer, call of duty dan kekasih yang mengambil tempat no1 dalam hati ialah, DOTA!

Sampai kan saya sangat ketagih bermain, saya sanggup ponteng sekolah agama untuk pergi CC nak dating dengan cyber games." - Syed Saddiq Syed Rahmaan

Thursday, 12 January 2017

BENARKAH BERSATU, PKR SETUJU BAWA PAS KEMBALI DALAM PAKATAN HARAPAN? MANA LETAK MUKA PAN DAN DAP?




'KONSPIRASI' BAKAL BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN? BENARKAH PAS AKAN KEMBALI KE PANGKUAN PEMBANGKANG?

Ternyata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai langsung. PAS mewakilkan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian PPBM yang menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan dan mampu sebaris dengan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang pernah mengusir PAS dari gabungan pembangkang. Mana maruah PAS di mata Pakatan Harapan?

Pakatan Harapan (gabungan PKR, DAP, PAN) yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas menyingkirkan PAS kini mendapat sekutu yang baru walau masih belum di terima secara sah untuk bersama mereka dalam sebarang kempen pilihanraya akan datang. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bergelut dengan kontroversi dengan penyingkiran Anina Saadudin serta kemelut yang melanda kepimpinan tertinggi PPBM malah melibatkan kenyataan kontroversi penasihat mereka sendiri.


Agak menjengkelkan apabila Mahathir yang satu ketika dahulu lantang mengkritik DAP sudah bersedia sebaris malah memecah rekod apabila hadir dalam konvensyen parti sekular sosialis itu buat pertama kali dalam sejarah politiknya. Apabila di putar semula rakaman video ucapan Mahathir mengecam DAP terutama Lim Kit Siang yang beliau gelar sebagai 'RASIS' ternyata Mahathir hanya memanipulasi politik sumbang untuk mencapai apa yang beliau hajati iaitu menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional dari memegang tampuk kerajaan.


Namun demikian percaturan politik Pakatan Harapan di lihat tidak akan menyebelahi Mahathir dan barisan kepimpinan parti beliau kerana pasti akan terjadi perselisihan apabila melibatkan penguasaan kerusi dalam pembahagian kawasan yang ditandingi kelak. Pakatan Harapan yang melihat kepincangan mereka semenjak menyingkirkan PAS sudah nampak kekuatan sebenar yang selama ini di bantu PAS dalam kemenangan PRU13. Mengharapkan PAN merupakan kesilapan yang telah terbukti semasa mereka diberikan peluang berbuat demikian di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Ternyata pengaruh PAN masih belum mampu menandingi kemampuan PAS dan ini sebenarnya menarik perhatian Pakatan Harapan mengenai kerjasama 'pintu belakang' bersama PAS tanpa membabitkan PAN.



Andaian mengenai kerjasama ini semakin menjadi hangat apabila ada khabar angin tersebar PPBM sendiri mahu bekerjasama dengan PAS kerana masih belum menaruh kepercayan sepenuhnya terhadap DAP yang menguasai PH. Benarkah perkara ini berada dalam radar percaturan mereka kerana kerjasama antara PAS diperlukan tetapi dalam masa sama peranan DAP dan PAN tetap akan digunakan bagi meraih undi dari pihak tertentu untuk membolehkan PH mencapai kemenangan besar kelak. Formula apa yang perlu mereka fikirkan untuk menarik kembali PAS dalam gabungan tanpa sebarang pertelingkahan dalaman melibatkan PAN yang secara terang telah menyatakan akan bertanding di setiap kerusi PAS di Kelantan?


Apakah PAN hanya layak bertanding di Kelantan sedangkan mereka menyatakan parti itu bersifat Nasional dan telah menjelajah serata negeri bagi menarik sokongan dari kebanyakan ahli PAS? Bagaimana pula dengan PPBM yang tentunya mahu kerusi yang seimbang bagi membolehkan perancangan Mahathir untuk menaikkan seorang wakil dari parti tersebut sebagai Perdana Menteri? Apakah PPBM lupa PKR tidak pernah melupakan Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai Perdana Menteri setiap kali kabinet bayangan pembangkang dibentangkan kepada rakyat? Mahukah DAP sebagai kuasa dominan akur dengan Mahathir atau mereka akan lebih ikut kehendak PKR dalam penentuan pembahagian kerusi serta calon Perdana Menteri dari pembangkang?


Menurut seorang pemain siber yang dikenali sebagai Maniam Manikam, beliau menulis kebarangkalian ada persefahaman sulit akan berlaku dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan PAS turut serta dalam percaturan PH tanpa merosakkan hubungan dalaman PH sendiri. Mungkinkah 'konspirasi' ini boleh berlaku tanpa di hidu oleh sekutu lain dalam PH? Bagaimanapun apa yang beliau tulis hanyalah andaian dan tidak bermaksud khabar itu sahih namun peratus kemungkinan perkara tersebut berlaku amatlah tinggi tetapi apa pula kata PH sendiri?

"Dengar berita, Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya Pas,telah menemui Azmin Ali untuk merealisasikan satu gabungan baru antara Pas, PKR dan Bersatu. Moideen dan Azmin dikatakan bersetuju dgn cadangan ini yang tidak melibatkan Amanah dan DAP. Adakah rundingan sulit ini diketahui dan dipersetujui oleh Datuk Hadi Awang, Wan Azizah dan Lim Kit Siang? KONSPIRASI antara pemimpin parti Pakatan telah bermula!" - Maniam Manikam.

Klik :SINI


Netizen sudah tentu berminat memerhati permainan politik pembangkang yang selama ini hanyalah beretorik 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun tanpa memberi solusi terbaik kepada rakyat untuk dinilaikan. Kerajaan negeri yang Pakatan Harapan terajui selama 2 penggal juga mengalami pelbagai masalah hingga terpaksa meminta bantuan dana dari kerajaan Persekutuan dan ini jelas menunjukkan pembangkang belum mampu mentadbir negara secara efisien sebagaimana Barisan Nasional lakukan sepanjang hampir 7 Dekad sejak 1957.

Wednesday, 11 January 2017

PENYOKONG DAP 'RAIKAN' BERITA SEDIH RAKYAT SARAWAK - INIKAH PERILAKU PENYOKONG PEMBANGKANG?

Beberapa komen yang diberikan saudara Ramesh Rao menunjukkan betapa penyokong DAP 'meraikan' pemergian Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Komen biadap penyokong DAP ternyata menunjukkan sikap sebenar parti yang sememangnya mahu menjatuhkan BN Sarawak selepas kejayaan gemilang Allahyarham Adenan memimpin BN Sarawak dalam PRN Sarawak tahun lepas.

Mereka seolah berdendam dengan Ketua Menteri kerana berjaya membenam pengaruh DAP di Sarawak dan apabila berita kematian Adenan disahkan maka mereka menyambutnya dengan gembira.

Adakah ini semua kerana pengaruh yang DAP terapkan selama ini? Tidak mustahil kerana ada wakil rakyat DAP pernah menghina kematian Dato Harun Din dan hingga kini masih enggan meminta maaf atas kebiadapannya. DAP memang telah lama mengajar penyokong mereka sifat liberal serta bersikap rasis kepada kaum lain selagi tidak bersama dalam perjuangan mereka dan hasilnya komen komen biadap penyokong DAP dapat di lihat dalam facebook.

Apa komen dari pemimpin DAP terhadap penyokong mereka yang biadap ini?

'BADAK' KURANG AJAR - PKR LUPA AJAR PEMAIN SIBER MEREKA ADAB PEKERTI

BIADAP!!! Itu perkataan yang sesuai buat 'Ratu Naga' kerana mengguris perasaan seluruh rakyat Sarawak di saat mereka bersedih atas pemergian Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem tengahari tadi.

Melalui satu entri di facebooknya, Syarul Ema atau di label pembencinya sebagai ' Badak' menaikmuat komen yang menjelikkan mengenai kematian seorang yang di hormati di Sarawak bukan sahaja kawan tetapi pihak lawan.

Inikah mentaliti seorang pemain siber belaan PKR yang di sanjung ramai penyokong pembangkang? Adakah kenyataan 'Badak' mewakili PKR untuk menghina Allahyarham Adenan?

Seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sarawak kerana tidak sensitif dengan keceluparannya menaikmuat status ini. Siapa 'Badak' untuk memperolehi 'lesen' berkata demikian?

Secara jelas pemikirannya tidak stabil dan apabila PKR mengambilnya untuk menjadi 'Macai' maka segala kebebasan menjadi 'Halal' baginya untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak sealiran? Adalah PKR tidak mengajar pemain siber mereka erti kemanusiaan?

'RASUAH' SEIKAT NOT RM100 ATAS MEJA PENDAFTARAN KEAHLIAN PPBM - APA PENJELASAN HAMIDAH OSMAN MENGENAI FOTO DAN WANG TERSEBUT?




APA PENJELASAN HAMIDAH OSMAN MENGENAI SEIKAT WANG RM100 ATAS MEJA?

Apa sebenarnya pandangan netizen terhadap foto dan kapsyen yang dinaikmuat dalam entri Instagram dan kemudiannya di kongsi dalam laman facebook oleh penyokong tegar PPBM ini? Wang dalam nilai RM100 yang di ikat dan diletakkan atas meja beserta pujian terhadap kegigihan dua anak muda yang mendaftar keahlian baru PPBM. Foto ini menarik perhatian hingga Hamidah Osman membuat satu status dalam entri facebooknya bagi mengalih perhatian netizen mengenai wang tersebut.

Dato Hamidah Osman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berkongsi artikel berkaitan seikat wang dalam nilai RM100 yang diletakkan atas sebuah meja oleh dua individu dan dinaikmuat dalam entri facebook oleh seorang penyokong tegar PPBM bernama Effa Amran.

Artikel berkaitan klik : SINI

Dalam satu status Hamidah, beliau cuba mengalihkan perhatian netizen mengenai persoalan apa keperluan wang tersebut dan cuba menekankan pertanyaan penulis mengenai kapsyen Effa. Jelas sekali Hamidah tidak memahami konteks 'Rasuah' yang akan timbul dengan foto tersebut dan PPBM sendiri tidak mengeluarkan kenyataan perihal status Effa Amran.

Artikel asal klik : SINI

Adakah Hamidah cuba mencari populariti dengan menyatakan foto berkenaan adalah foto yang diubahsuai? Mengapa beliau tidak berani menyoal Effa yang merupakan individu yang menaikmuat status mengenai kegigihan dua anak muda mendaftarkan keahlian PPBM dengan seikat wang yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit? Adakah mereka yang mendaftar sebagai ahli PPBM membayar yuran dengan menggunakan wang RM100? Logikkah jika Hamidah mahu menggunakan alasan wang tersebut merupakan yuran yang telah di bayar oleh ahli baru PPBM?

Jelas sekali PPBM hanya menghantar Hamidah untuk menjawap persoalan yang ditimbulkan oleh penyokong mereka sendiri. Inikah nilai intergriti PPBM yang kini sedang di landa pelbagai kontroversi dari Ketua Srikandi hingga ke Presiden mereka sendiri?

Rakyat boleh menilai yang mana elok dan yang mana hanya melaungkan ketelusan sedangkan parti sendiri penuh dengan 'kejijikan' akibat perebutan kuasa. Usah dilupakan nama Hamidah osman dan Hamizura meruapan nama yang dikaitkan dalam menjatuhkan Anina Saadudin walau mereka menafikan perkara tersebut penyokong tegar Anina tetap menuding kepada dua individu ini atas terbongkarnya skandal salah laku seks Anina yang dikatakan Mahathir sebagai tidak mencapai apa yang telah parti itu tetapkan.

Monday, 9 January 2017

FOTO PKR GUNA REMAJA PONTENG SEKOLAH UNTUK SOKONG 'TOKONG' LIM - SIAPA BIAYA MEREKA?





PKR GUNA REMAJA BERSEKOLAH UNTUK SOKONG 'TOKONG' DI MAHKAMAH - KEMENTERIAN PELAJARAN WAJAR PANDANG SERIUS GALAKAN PONTENG SEKOLAH OLEH PKR



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat remaja yang dipercayai masih bersekolah untuk hadir ke Mahkamah di Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berhadapan dengan kes di Mahkamah.

Beberapa foto kiriman seorang pemain siber dikenali sebagai Boodak Sri Kinta menunjukkan secara jelas wajah remaja yang digunakan PKR. Adakah remaja ini sanggup ponteng sekolah demi Lim Guan Eng atau ada habuan dari PKR untuk mereka hadir?


PKR ternyata memperbodohkan rakyat dan remaja terbabit dengan kuasa wang demi mempertahankan Setiausaha Agung DAP dan demi hubungan politik mereka dalam Pakatan Harapan. Persoalannya dari mana datangnya dana untuk membiayai remaja terbabit dan siapa pula harus dipertanggungjawabkan jika remaja ini terbabit dalam kemalangan semasa berada di tempat tersebut sedangkan waktu ini mereka sepatutnya berada di sekolah?


Adakah ini menunjukkan PKR akan menggunakan apa sahaja untuk membuat rakyat percaya kepada mereka? 

'HANG TUAH' GEMPARKAN PENUMPANG MRT DAN PENGUNJUNG ONE UTAMA - SOLIDARITI FAIZ SUBRI DARI ARMADA MALAIU MALAYSIA




"SEPERTI BARU KELUAR DARI MESIN MASA APABILA NAIK MRT DAN DI PANDANG ORANG RAMAI DENGAN BERBAJU MELAYU DAN BERTANJAK"

Dengan berbusana lengkap lagak Pahlawan Melayu zaman Kesultanan Melayu Purba, sekumpulan anak muda dari Armada Malaiu Malaysia (AMM) menggemparkan suasana di pusat beli belah One Utama di Damansara petang semalam. Mengejutkan penumpang MRT dari Stesen Semantan ke Stesen Bandar Utama, mereka berkumpul di pusat beli belah tersebut bagi menyatakan sokongan kepada Mohd Faiz Subri yang mewakili Malaysia untuk anugerah Puskas.

Salah seorang individu dari kumpulan tersebut dikenali sebagai Adel Shinoro telah menaikmuat entri foto dalam garismasa facebook beliau ketika berada dalam koc MRT dan ini menarik perhatian netizen yang turut berada dalam koc yang sama. 

Berbaju Melayu merah lengkap bertanjak, Adel ternyata berbuat demikian demi kecintaannya kepada busana Melayu yang semakin dilupakan dalam arus fesyen moden. Menurut beliau lagi matlamat utama AMM berbuat demikian adalah untuk memartabatkan busana Melayu di mata rakyat yang berbilang kaum di Malaysia serta mehu membuka mata anak muda fesyen baju Melayu merupakan tinggalan yang tidak lapuk dek hujan.

Adel turut berbangga apabila aksi spontan mereka di One Utama mendapat reaksi positif dari kaum bukan Melayu yang ternyata tertarik dengan kehalusan seni baju Melayu itu sendiri.

Seorang individu berbangsa Cina yang tertarik dengan busana tersebut turut melemparkan pertanyaan kepada beliau. Bertanyakan mengapa mereka berbuat demikian, Adel menerangkan objektif utama AMM sebagai tanda sokongan terhadap Faiz Subri dan ternyata individu Cina tersebut mengenali Faiz serta berharap kemenangan berpihak kepada pemain dari Malaysia.

Keunikan busana Melayu yang diketengahkan AMM ini sepatutnya membuka mata lebih ramai yang mengakui berbangga dengan baju Melayu tetapi 'malu' untuk memperagakan kepada umum persalinan lengkap serta mengikut tertib persalinan Melayu yang sebenar.

Mungkin dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) di masa depan akan diperlihatkan ketinggian martabat busana Melayu di sarung oleh pemimpin tertinggi Malaysia bagi menyokong apa yang dilakukan AMM serta matlamat Umno sendiri yang mahu menaikkan imej Melayu di mata rakyat.

Sunday, 8 January 2017

PPBM TERUS ALAMI KONTROVERSI - 'BUTANG KUNCI' SUDAH DI TEKAN ANINA?

.




ANINA SAH TIDAK LAGI BERGELAR KETUA SRIKANDI PPBM - MUNGKINKAH 'BUTANG KUNCI' AKAN DI TEKAN?


Pergeseran dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan semakin melarat hingga memaksa Penasihat PPBM, Mahathir  Mohamad mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan bekas Ketua Srikandi mereka Anina Saadudin yang terpalit dengan skandal salah laku seks seperti yang tersebar dalam media sosial.

Mahathir terpaksa meminta Anina 'menutup mulut' mengenai pergelutan parti itu yang di lihat semakin menggusarkan ahli mereka sendiri kerana menghadapi pelbagai masalah sejak awal penubuhan hingga hari ini. Beliau yang mahu Anina melupakan perselisihan dalaman berkaitan kedudukannya selaku bekas ketua sayap pari itu sebaliknya mahu mencotohi dirinya sendiri yang pernah di pecat dari Umno ketika zaman Tunku Abdul Rahman tetapi jelas Mahathir tidak berani mengakui sebab mengapa beliau di usir dari Umno ketika itu.


Walau Mahathir mahu Anina mencontohi dirinya yang tetap menjadi Presiden Umno dari 1981 hingga 2003 walau pernah di pecat tetapi kes Anina sangat berbeza dengan dirinya. Sejarah apabila Dato Harun Idris membawa Mahathir bertemu semula Tun Abdul Razak serta memujuk supaya Mahathir di terima semula menyertai Umno kemas tersimpan dalam lipatan sejarah Umno sendiri. Selepas di pecat dari Umno, Mahathir menyerang kepimpinan Tunku dan beliau sebenarnya khuatir Anina akan melakukan perkara yang sama serta membongkar rahsia 'besar' dalam PPBM kepada umum hingga merosakkan reputasinya sebagai penasihat parti hingga menjejaskan perancangannya selama ini.

Anina yang turut menyatakan tidak takut kepada sesiapa dalam PPBM serta memberi amaran sanggup menyerang Mukhriz jika beliau cuba menghalang kemahuannya. Audio kenyataan Anina turut tersebar dalam media sosial dan ini sebenarnya 'kunci' kepada beberapa perkara rahsia yang tidak diketahui umum mengenai perancangan sebenar PPBM.


Cuba menutup kisah salah laku seks Anina, Mahathir sebaliknya menyatakan Anina di 'pecat' kerana tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan sejak penubuhan parti tersebut. Adakah PPBM cuba mengalih perhatian kisah Anina dengan mengatakan beliau tidak mencapai kemahuan Mahathir atau sebenarnya telah merasakan kerugian pelaburan yang diberikan kepada Srikandi selama berada di bawah penguasaan Anina? Anina yang pernah menyatakan akan menekan 'Butang Kunci' jika terus di asak kepimpinan PPBM bagaimanapun masih belum berbuat demikian walau ada kekecohan mengenai penyebaran foto mirip Ketua Armada Syed Saddiq yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah pusat hiburan. Secara kebetulan penyebaran foto mirip Syed Saddiq berlaku sehari selepas Anina memberi 'amaran' kepada pimpinan PPBM. Adakah ini bermakna Mahathir selaku penasihat PPBM telah tunduk kepada kehendak Anina dan Muhyiddin pula selaku Presiden PPBM hanya menurut apa sahaja kata kata Mahathir?

Muhyiddin yang baru pulang dari percutian bagaimanapun menafikan wujud konflik serius dalam parti tersebut tetapi perlakuan sebenar yang rakyat nampak sangat bertentangan dengan apa yang cuba diselindungkan PPBM. Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan semua kisah Anina merupakan salah faham yang telah di anggap selesai kerana Anina masih lagi Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan mahu Anina memutuskan samada mahu terus berjuang bersama mereka atau meninggalkan parti demi kebaikan bersama.


“When we started the party, we asked her to lead and put Srikandi into motion. But there was no official decision when it comes to the post of Srikandi chief.

“What happened was, maybe for some reason, Anina didn’t achieve the target. So the party decided not to appoint her to that post.


Benarkah khabar yang mengatakan Mahathir memberi sejumlah amaun kepada Anina bagi tidak terus menekan 'kunci' demi menyelamatkan kedudukan Mukhriz setelah dikhabarkan ada ura ura akan berlaku penentangan terhadap Mukhriz dari penyokong tegar Anina? 


Mengapa Muhyiddin kelihatan menunggu Mahthir bersuara terlebih dahulu sebelum beliau selaku Presiden PPBM menyelasaikan isu ini? Adakah Muhyiddin hanya sebagai 'batu loncatan' kepada perancangan Mahathir yang mahu meletakkan Mukhriz pada kedudukan yang selesa dan bersedia menjadi 'Perdana Menteri' jika gabungan PPBM dan Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya? Harus di ingat PPBM masih baru dalam arus politik perdana dan Pakatan masih belum memberi bayangan pengagihan kerusi yang membolehkan Mukhriz layak menjadi 'Perdana Menteri' dan ini pastinya menggusarkan Mahathir serta seluruh parti jika Anina tidak segera dimatikan karier serta pengaruhnya dalam PPBM.


Adakah Anina akan terus menjadi ancaman kepada PPBM seandainya beliau meneruskan hajatnya menekan 'butang kunci' yang berada di tangannya jika memilih untuk menentang arus? Konflik dalaman PPBM ini semakin menarik apabila tersebar pula foto anak lelaki Mahathir yang berkelakuan 'luar tabie' apabila mempunyai 'teman wanita' berfizikal lelaki. Adakah ini salah satu 'kunci' yang dimaksudkan oleh mantan Ketua Srikandi dari Langkawi itu?

PPBM BERI 'RASUAH' KEPADA ORANG RAMAI SEBAGAI TARIKAN MENDAFTAR JADI AHLI?







PIMPINAN TERTINGGI PPBM RESTUI PEMBERIAN RASUAH UNTUK AHLI BARU DAFTAR?

Sekeping foto mampu berbicara seribu pengertian dan membawa banyak persoalan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering melaungkan mahu menjatuhkan kerajaan yang korup (kononnya) di bawah pentadbiran Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pasti akan terpukul dengan 'kebodohan' ahli mereka sendiri yang menaikmuat satu foto usaha mereka ketika mendaftarkan ahli baru yang berminat menyertai parti tersebut.

Dalam foto tersebut terpampang seikat wang yang dipercayai bernilai RM100 di atas meja di anggarkan mencecah hampir RM50,000. Untuk apa wang tersebut dalam sessi pendaftaran keahlian baru PPBM? Adakah wang tersebut diberikan kepada ahli baru sebagai habuan untuk menyokong PPBM? Jelas sekali PPBM mengamalkan RASUAH semata mata mencari sokongan serta menambah keahlian baru.

Beranikah pimpinan tertinggi PPBM membuat penafian atau penjelasan mengenai wang tersebut? Dari mana datangnya wang sebanyak itu jika program hanyalah untuk menambah keahlian parti? Siapa yang memberi dana sebanyak itu kepada PPBM bagi merasuah ahli baru setiap kali pendaftaran sebagai ahli baru dilakukan? 

Jelas sekali Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz adalah mereka yang merestui perbuatan RASUAH ini jika kapsyen yang dinaikmuat itu benar. Beranikah mereka menamakan siapa pemberi dana untuk pergerakan PPBM mencari ahli baru?