Wednesday 8 April 2020

PENGERUSI FELDA SEDIAKAN BANTUAN APA UNTUK PENEROKA FELDA SEPANJANG PKP?

Peneroka Felda Hanyalah Rakyat Kelas 2 ?


Malaysia merupakan antara pengeluar hasil sawit terbesar dunia dan sebahagian dari keluaran tersebut datang dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali sebagai FELDA. Mengalami pasaran dunia yang tidak menentu menyaksikan harga sawit pernah jatuh ke paras rendah hingga menjejaskan pendapatan peneroka Felda yang bergantung harap pada hasil ladang. Tempoh sepanjang hampir 20 bulan sejak Mei 2018 hingga akhir 2019 adalah masa yang amat memeritkan buat para peneroka Felda sekaligus menjejaskan ekonomi mereka walau Menteri Ekonomi ketika itu (Azmin Ali) melantik Pengerusi Felda yang baru.

Menjelang 2020 semacam ada sinar baru huat peneroka Felda namun Covid-19 pula menyerang bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi dunia terjejas teruk dan banyak pasaran komoditi terkesan. Malaysia juga mengalami perkara tersebut dan antara yang kena tempias adalah peneroka Felda. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan segala pergerakan samada pengeluaran hasil atau apa sahaja berkaitan ladang dan pastinya pendapatan peneroka turut merudum bila pengeluaran hasil buah sawit tidak dapat diuruskan dengan baik. Felda pula menerusi satu kenyataan telah menutup operasi di Ibu Pejabat dan memhuat pengumuman penangguhan bayaran kepada peneroka namun tindakan kerajaan telah membuat ramai peneroka menarik nafas lega apabila arahan dikeluarkan kepada Felda agar meneruskan pembayaran pendahuluan dan hasil kepada peneroka Felda.


Apa yang dikesalkan sejak bermula PKP pada 18 Mac 2020, pihak pengurusan Felda langsung tidak memberi bantuan kepada peneroka Felda. Peneroka Felda hanya bergantung kepada bantuan yang diumumkan kerajaan sebagai 'penyambung hidup' kala hasil ladang semakin berkurangan. Ketika tinjauan dibuat melalui media sosial, ramai anak peneroka mengeluh Ibu Bapa mereka di rancangan masing-masing seolah tidak dipedulikan pihak pengurusan tertinggi Felda. Bukan peneroka sahaja terkesan malah staf turut terkesan bila langsung tiada bantuan khusus dari Felda diterima mereka. Apa fungsi Pengerusi Felda sebagai kepercayaan untuk menjaga Felda? Adakah hanya memeras hasil Felda untuk keuntungan? Mana khidmat 'CSR' Felda untuk peneroka ketika Pengerusi Felda dan mereka yang berjawatan tinggi menikmati GAJI yang lumayan hasil dari Felda? Apakah langsung Pengerusi Felda tiada alternatif yang boleh difikirkan bagi membantu kebajikan Peneroka Felda ketika masih dalam tempoh PKP? Felda sendiri mempunyai banyak rantaian perniagaan dan sudah pasti ada Anak Syarikat atau subsidiari Felda mampu menyumbang bantuan buat peneroka Felda sendiri. Apakah Peneroka Felda hanya Rakyat Kelas 2 di mata Pengerusi Felda? 




Semalam sekeping foto seorang artis menerima bantuan sebagai wakil penduduk setempat menerima pelbagai komen. Tertera pada kotak tersebut logo FGV. Persoalan yang timbul mengapa bantuan tersebut tidak diberikan kepada Peneroka Felda sebaliknya orang berkepentingan politik lebih diutamakan bagi mengagihkan bantuan tersebut. Apakah ada sesuatu dalam kelambu  Felda hingga menyebabkan tiada bantuan khusus buat warga Felda sendiri? 


Apakah ada krisis dan Warga Felda menjadi mangsa sikap ego mereka yang berjawatan dalam Felda? Bayangkan jika PKP ditambah tempoh dan bantuan dari Felda masih tidak disalurkan kepada Peneroka Felda. Sebagai Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh perlu mengambil langkah pro aktif membantu Peneroka Felda dan bukan melepaskan tangan dan tanggungjawab kepada kerajaan sahaja. Siapa pula akan dipersalahkan kerana berlaku kebobrokan hingga mengundang rasa tidak puashati kalangan warga Felda terhadap pengurusan tertinggi Felda? Adakah Pengerusi Felda atau Pengarah Besar Felda? Moga ada sinar buat Warga Felda sepanjang PKP berlangsung.

Tuesday 7 April 2020

WUJUD BIROKRASI BANTUAN KEPADA PENEROKA FELDA? BAIK PENGARAH BESAR FELDA LETAK JAWATAN JIKA 'KOTAK FGV' HANYA DINIKMATI GOLONGAN ELIT

'Kera Di Hutan Disusukan, Anak Dirumah Mati Kelaparan'



Tular sekeping foto seorang artis menerima 'kotak bantuan' yang tertera logo FGV di kediamannya. Jika sekali pandang kediaman artis tersebut bukanlah berada dalam mana mana kawasan penempatan Felda dan kelihatan seperti kediaman 'Elit'. Sukar untuk dipercayai mereka yang tinggal di kediaman seperti 'Beverly Hills' memerlukan bantuan 'seadanya' yang sering diagihkan kepada rakyat marhein.

Baca juga - KELUHAN SUARA PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA

Persoalan bermain mengapa FGV memilih untuk menyalurkan bantuan kepada pihak yang langsung tiada kena mengena dengan FELDA? Adakah Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda tidak layak menerima bantuan FGV atau ada kisah sebaliknya? Kemana Pengarah Besar Felda yang dilantik oleh Azmin Ali ketika beliau memegang portfolio selaku Menteri Ekonomi? Dikatakan Pengarah Besar Felda (DG) bukan dari kalangan yang ada pengalaman dengan Felda dan bukan dari kalangan Anak Felda sendiri jadi tidak menghairankan jika beliau (DG) tidak sensitif dengan isu melibatkan Peneroka Felda.


Benar Kerajaan melalui pengumuman telah membantu Peneroka dan Generasi Kedua Felda. Bukan tidak mensyukuri apa yang kerajaan bantu namun selepas PKP bersambung apa lagi yang mampu Peneroka Felda lakukan? Dengan ekonomi dunia yang merudum akibat Covid-19, sudah pasti harga komoditi sawit turut terjejas sekaligus memberi impak besar terhadap pendapatan peneroka. Itu belum lagi peneroka yang bakal berdepan proses tanam semula dan ketika itu mereka sudah pasti tiada pendapatan dari ladang dan bergantung pada pendahuluan pinjaman dari Felda. 

Sebelum ini sebuah NGO telah menyampaikan keluhan peneroka dan keluhan tersebut mendapat perhatian Kerajaan. Namun demikian apabila foto seperti di atas tersebar di media sosial timbul persoalan. Mengapa Peneroka Felda sendiri tidak mendapat bantuan demikian dari sebuah entiti bernama Felda Global Ventures? Adakah mereka (Peneroka) tidak layak menerima bantuan demikian atau berlaku karenah birokrasi oleh individu berjawatan tinggi dalam pengurusan Felda yang tidak menitiberatkan kebajikan peneroka Felda? Sebaiknya individu tersebut meletakkan jawatan jika tidak memahami sensitiviti Peneroka Felda dan barisan individu yang beliau bawa bersama lantikan Azmin Ali keluar dari Felda. Rugi bayar gaji berbelas ribu tetapi apa pun tidak buat untuk peneroka Felda ketika PKP ini. Apa tunggu lagi? Anda semua lantikan politik dan hanya 'Menghabiskan Beras Felda' dengan kedudukan anda 

Wednesday 25 March 2020

KPDNHEP PERLU KELUAR ARAHAN SEGERA PENGECUALIAN BAYARAN SEWAAN PREMIS SWASTA BANTU PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA DALAM HADAPI COVID-19

Akibat Kedegilan Patuhi Arahan, Ramai Jadi Mangsa Keadaan



Musibah Covid-19 yang melanda negara banyak memberi pengajaran buat semua. Sebalik arahan daripada Kerajaan yang meminta agar semua rakyat patuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nampaknya masih ramai yang berdegil dan terus engkar arahan.



Dalam usaha kerajaan menangani pandemik ini, banyak pihak terjejas sumber pendapatan. Bagi mereka yang mewah dan tidak perlu memikirkan samada dapur berasap atau tidak ia tidak menjadi masalah namun bagi rakyat pertengahan dan bawahan (miskin) mereka antara yang merasai keperitan apabila kehilangan sumber pendapatan.  Yang mempunyai pendapatan bulanan secara tetap masih boleh 'bernafas' tetapi apa nasib yang 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang'? Termasuk juga mereka yang bergantung pendapatan kepada perniagaan memandangkan arahan penutupan premis perniagaan, agak ramai yang mengeluh kehilangan sumber. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membayar sewa atau apa sahaja persetujuan antara penyewa dan pemilik. Walaupun kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan pengecualian bayaran balik pinjaman  bank kepada pihak tertentu dan rakyat mendapat pelepasan ada antara mereka yang masih terikat dengan perjanjian bulanan. Contoh penyewa bangunan, premis perniagaan swasta dan sebagainya. Apabila pemilik berkeras untuk terus mengutip bayaran tanpa ada tolak ansur, penyewa terpaksa membayar sedangkan mereka tiada sumber akbikat arahan PKP dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menutup perniagaan dalam masa negara dilanda Covid-19.






Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna perlu memandang serius permasalahan ini. Apa juga jalan penyelesaian perlu diarahkan kepada semua pihak yang terlibat dan menimbangkan beberapa perkara yang tidak akan membebankan mana-mana pihak. Inilah masa Menteri membantu rakyat yang agak terkesan dengan pandemik dan memberi sedikit kelegaan buat para penyewa premis swasta bagi membolehkan ekonomi dipulihkan selepas negara disahkan bebas wabak Covid-19.

Seruan kepada Seluruh Negara dan Rakyat agar semua patuh dan ikuti arahan Kerajaan dan  langkah kebersihan yang disarankan KKM. Kempen #StayAtHome dan Pematuhan arahan perlu disebarkan kepada seluruh negara agar semua kita selamat.

Sunday 22 March 2020

APA SOLUSI PENGARAH BESAR FELDA UNTUK PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA KETIKA COVID-19 MELANDA?

Apa Nasib Peneroka Felda Kala Covid-19 Melanda Negara?

Saat negara dilanda musibah pandemik Covid-19 dan rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan lain pula cerita yang dihadapi Peneroka Felda. Melalui sepucuk surat oleh Jabatan Kewangan Felda memberi berita 'sedih' untuk warga Felda. Apakah nasib mereka yang bergantung pada hasil ladang yang diserahkan kepada Felda bagi menguruskannya?


Ikuti luahan NGO Kami Anak Felda (KAF) 
-----------------------------------------
ISU PENANGGUHAN BAYARAN OLEH FELDA
KEBAJIKAN DAN KEUTAMAAN WARGA PENEROKA DAN GENERASI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS. 

Penangguhan bayaran oleh Felda terutamanya melibatkan sara hidup dan pendahuluan hasil serta lain-lain bayaran kepada peneroka seperti kenyataan terbaru FELDA sangat lah dikesali majoriti warga peneroka dan generasi baru. Alasan yg digunakan pengurusan FELDA adalah di sebabkan situasi negara dilanda wabak COVID19 sememangnya nampak tidak kena pada tempatnya, terutama di saat perintah larangan dan pergerakan terhad yg diumumkan kerajaan. Warga peneroka sangat memerlukan pendapatan terutama dalam persediaan membeli barang keperluan makanan bagi  menghadapi perintah kerajaan yg bakal berakhir pada 31hb Mac, namun ramai berpendapat perintah ini bakal berlarutan hingga ke satu tarikh baru. Perlu di ingat, peneroka yg bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari FELDA tidak ada sumber pendapatan lain.
Oleh itu, dua perkara yg perlu segera di ambil berat dan diberi perhatian segera oleh FELDA dan kerajaan khusus buat warga FELDA di saat ini adalah. 



1.Memikirkan satu kaedah segera, agar bayaran2 yg melibatkan kepentingan dan keperluan mendesak peneroka seperti bayaran sara hidup atau pendahuluan hasil perlu di bayar segera mengikut jadual dan tidak boleh di TANGGUHKAN. Manakala lain2 bayaran boleh di pertimbangan oleh pihak FELDA.

2.Pertimbangan untuk mengurangkan 50 peratus daripada bayaran semula perumahan bagi peserta PGBF di seluruh negara. Memikirkan majoriti dari generasi baru di penempatan PGBF juga terlibat dgn larangan pergerakan terhad kerajaan, sewajarnya pihak pengurusan FELDA memberi pertimbangan potongan bagi bayaran tersebut. Atas dasar Memikirkan kewangan FELDA juga, permohonan pemotongan separuh bayaran terlehlbih  dulu dipohon, dan jika larangan Pergerakan ini berterusan dan berpanjangan, Kami memohon supaya FELDA dapat mempertimbangkan untuk  memberi penangguhan bayaran buat peserta PGBF seluruh negara bagi satu tempoh yg munasabah melalui perbincangan secara bersama.

Pandangan dan cadangan ini telah kami panjangkan kepada pihak Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan JKPP dan Pengurusan FELDA. Semoga satu keputusan tepat dan menguntungkan warga peneroka dan generasi FELDA dapat segera dimuktamadkan. Sekian terima kasih.

KETUA PENERANGAN
KAMI ANAK FELDA KEBANGSAAN

#FELDADIHATIKU

#KAFDIHATIFELDADISANUBARI
-----------------------------------------

Adakah benar Pengarah Besar Felda langsung tidak berbincang dengan JKPP ketika membuat keputusan penangguhan bayaran? Apa pula alternatif yang disediakan Pengarah Besar Felda bagi memberi sedikit kelegaan buat Peneroka Felda? Sudahlah Menara Felda ditutup sepenuhnya berikutan Covid-19, kemana Peneroka Felda mahu merayu atau berharap? 

Perlu diingatkan hasil Peneroka Felda adalah sebahagian daripada hasil negara dan mereka antara penyumbang ekonomi negara. Mengapa perlu ketepikan mereka saat mereka memerlukan dan hanya mencari ketika diperlukan?  Harap agar Pengarah Besar Felda menjawap persoalan yang diutarakan demi kepentingan Peneroka dan Generasi Kedua Felda yang bermastautin di Felda.

Amat wajar bagi Menteri bertanggungjawab menjaga kepentingan Felda campur tangan dalam hal serius ini. Usah biar mereka (Warga Felda) seperti 'Anak Tiri' dan diperlakukan seperti tidak dihargai oleh kerajaan. Bukan untuk menuding jari tetapi perlu ada penjelasan bagi mengendurkan ketegangan mereka di saat negara dilanda musibah sebegini.

Saturday 21 March 2020

PRESIDEN PPBM AKAN DITUMBANGKAN AHLI SENDIRI, MUHYIDDIN PM PALING SINGKAT DALAM SEJARAH?

Perang Kuasa Dalam PPBM, Siapa Lebih Berkuasa?



Dalam keadaan negara yang menghadapi pandemik Covid-19, masih ada pihak berpolitik tanpa batasan. Situasi menggegarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin menampakkan keretakan apabila tular surat pemecatan Setiausaha Agung PPBM yang ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti. 


Bagaimanapun keputusan Muhyiddin memecat Marzuki tidak diterima oleh Tun Mahathir yang masih mengganggap dirinya Pengerusi PPBM yang berkuasa. Perselisihan kuasa antara Presiden dan Pengerusi parti semakin memuncak sejak TSMY dilantik sebagai PM Ke-8 apabila Tun M meletakkan jawatan dalam kekalutan perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan sendiri. 


Tekanan yang dikenakan sekutu PH menyaksikan jawatan Pengerusi PH disandang Anwar Ibrahim dan kemudian dicalonkan sebagai PM menggantikan Tun M. Kemelut perebutan kuasa dalam PH sendiri telah meruntuhkan kerjasama mereka dan sebagai Presiden PPBM, TSMY enggan mengambil risiko dan mengisytiharkan PPBM keluar dari PH. Drama tersebut berlanjutan hinggalah Yang DiPertuan Agong membuat keputusan selepas Mesyuarat Raja-Raja Melayu dan menemubual semua Ahli Parlimen berkaitan sokongan mereka. Walau ada cubaan saat akhir dari PH untuk memastikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM, keputusan telah dibuat dan semua pihak perlu akur dengan apa yang diputuskan YDPA.

BANTAHAN PEMECATAN MARZUKI

Mengejutkan sekali apabila satu pendedahan dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun M. Anwar mendedahkan beliau kini TIDAK LAGI MEMPERCAYAI TUN M dalam satu wawancara dengan media luar negara. 

Bagaimanapun beberapa pemerhatian dalam kumpulan 'Whatsapp' mendapati ramai yang mahu menggulingkan TSMY sebagai Presiden menjelang pemilihan PPBM yang akan diadakan kelak sebagai 'Membalas Dendam' apa yang mereka anggap sebagai 'Pengkhianatan Terhadap Tun M'. Apakah Muhyiddin hanya akan berdiam diri apabila telah diumumkan Mukhriz Mahathir akan menentangnya bagi jawatan Presiden PPBM? Sejarah mungkin bakal berulang dalam PPBM dengan pengaruh Tun M, apa yang terjadi kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba akan berlaku pula kepada TSMY jika pengaruh serta hasutan tidak dikawal oleh TSMY.



Apa langkah seterusnya akan dilakukan Muhyiddin bagi memastikan beliau tidak memegang rekod sebagai PM paling singkat dalam sejarah Malaysia? Setiap hari pelbagai hasutan serta gerak kerja dilakukan pihak tertentu dalam PPBM sendiri bagi menumbangkan beliau. 

Siapa tahu apa pula muslihat digunakan oleh pihak tertentu bagi mengaburi mata TSMY untuk terus mempercayai beliau ada sokongan kuat kekal sebagai Presiden PPBM?  'Kuda dan Keldai' akan digerakkan dalam diam bagi memastikan Muhyiddin tumbang dan legasi Tun M diteruskan dalam PPBM?

Friday 20 March 2020

COVID-19, SARANAN BUAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DARI PANDANGAN SEORANG DOKTOR

Tangani Covid-19 Dengan Berkesan, Rahman Kadir Beri Saranan Kepada Kementerian Kesihatan


Dikenali sebagai 'DARK', sudah agak lama beliau tidak menulis di media sosial. Ada juga saranan daripada beliau untuk dikaji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan staf KKM yang merupakan barisan hadapan dalam menangani Covid19 ini.

Moga saranan beliau dapat membantu ramai staf KKM dalam memastikan bukan sahaja pesakit tidak menyebabkan virus merebak malah staf juga berperanan menghentikan kemaraan virus. Hargailah setiap nyawa rakyat Malaysia.
-----------------------------------------

By Dr Abdul Rahman Kadir.

Saya sudah lama tidak menulis. 
Dunia sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. 

Sebagai barisan paling hadapan Hospital, pada ketika ini kami sedang bertarung dengan wabak ini di Jabatan Kecemasan. 

Masyarakat kita kini semakin sedar akan betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan betapa mudahnya kuman merebak. 

Rakyat diminta mengekalkan jarak, menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan menghadkan pergerakan dalam tempoh ini disebabkan ancaman Covid-19. 

Apa yang mungkin masyarakat dan pembuat polisi kerajaan tidak tahu adalah betapa situasi mudah dijangkiti kuman ini telahpun para petugas kesihatan hadapi sejak sekian lama. 

Kami bekerja di dalam persekitaran yang terdedah kepada pelbagai pathogen (bakteria, virus, parasite, fungal, prions) yang mungkin dibawa oleh pesakit. 

Juga di hospital sendiri terdapat pelbagai jenis kuman ‘super bugs’ yang kalis antibiotik atau lebih dikenali sebagai Multi Resistant Organism. 

Etika pakaian sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dinilai semula. 

Pemakaian baju kemeja, tali leher, baju kurung, uniform, kasut kulit dan pakaian-pakaian lain yang dicadangkan adalah tidak sesuai bagi petugas kesihatan khususnya yang bekerja di zon kritikal seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma, di ICU dan di wad-wad. 

Pakaian yang berjurai dan tidak sesuai ini boleh bersentuhan dengan pesakit dan menjadi punca merebaknya kuman dengan mudah kepada orang lain termasuk pesakit-pesakit lain. Ini jelas dapat dilihat kini apabila kita menyaksikan bagaimana Covid merebak. 

Sudah tiba masanya KKM mewajibkan staf kesihatan memakai scrub ketika bekerja. Ia ringkas, tidak berjurai dan mudah dijaga. Ia amat memudahkan pergerakan staf kesihatan bagi membolehkan mereka lebih efektif ketika bertugas. 

Penggunaan white coat juga perlu dihentikan kerana ia tidak sesuai dan terbukti melalui banyak kajian bahawa ia merupakan sumber pelbagai jenis kuman bersarang. 

Kasut kulit perlu digantikan dengan kasut snickers yang lebih sesuai dengan pergerakan staf kesihatan yang memerlukan banyak pergerakan dan kelincahan ketika bekerja. Baru-baru ini Nike ada memperkenalkan produk baru kasut sukan khas untuk petugas kesihatan yang tahan lasak dan lembut. 
Namun hasrat memakainya terpaksa dilupakan kerana kami termaktub kepada etika pemakaian penjawat awam. 

Sudah tiba masanya kita berani untuk keluar dari amalan-amalan tradisional yang sebenarnya tidak membawa manfaat malah boleh membawa mudarat. 

Saya berharap cadangan saya ini dipertimbangkan oleh kerajaan. 

#StopTheVirusSpread 

-DARK-

Friday 13 March 2020

PERIKATAN NASIONAL AKAN HANCUR DI TANGAN MAHATHIR?

Selepas 'Trojan' Gagal Tawan 'Sparta', Kini Siapa Pula 'Delilah' Mahathir?



Percaturan baru politik Tun Mahathir semakin menampakkan 'Belang' sebenar sebalik krisis Pakatan Harapan selain kegagalan 'Masterpiece' yang beliau cuba lakukan sepanjang karier politiknya. Walaupun Tan Sri Muhyiddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun M meletakkan jawatan, ternyata 'gangguan' Mahathir bagi mengeruhkan keadaan tidak berhenti. Muhyiddin digelarkan sebagai 'Pengkhianat' dan kerajaan Perikatan Nasional terus dikutuk dengan pelbagai gelaran oleh Tun M. 



Enggan menerima hakikat kekalahan, Tun M cuba bermain dengan naratif berbeza apabila membuat kenyataan 'U Turn' apabila menyedari percaturan beliau silap dan natijahnya PKR tegas menamakan Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen apabila sidang bermula pada Mei 2020. Nada kendur mula didendangkan bagi menarik perhatian Muhyiddin yang mahu Tun M 'Merestui' Kerajaan dan Kabinet Perikatan Nasional yang baru dibentuknya. Mengapa perlu restu Mahathir adalah satu persoalan besar yang menjadi topik hangat hingga ada pandangan menyuarakan tentang kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang julung kali ditiadakan selepas 1957. Kemusykilan kekosongan jawatan tersebut membawa kepada teori jawatan TPM dikosongkan bagi memberi tempat kepada seorang lagi individu yang diimpikan Mahathir bagi meneruskan legasi beliau sebagai PM. Benarkah begitu percaturannya? Mungkin ada tekanan yang cuba diserap oleh Muhyiddin apabila melantik 4 orang Menteri Kanan yang berfungsi sebagai penggantinya jika beliau tidak berada dalam negara namun begitu tiada siapa dalam kalangan 4 orang tersebut mempunyai kuasa eksklusif sebagai PM. Seperti kebiasaan TPM akan memangku tugas PM apabila memerlukan namun kini tugas memangku diberikan kepada yang paling kanan kalangan 4 MK.




Jika sebelum ini 'Trojan' Mahathir GAGAL menakluki 'Sparta', kini beliau beralih mengarahkan 'Delilah' untuk menundukkan 'Samson' pula. Siapakah 'Delilah', 'Trojan' yang sentiasa akur dengan perintah Mahathir masih samar-samar walau bayangan semakin nampak. Ahli Politik seperti Tun M sudah pasti ada perancangan tertentu bagi memastikan apa yang dirancangkan berjaya dan nampak seperti sudah ada pergerakan beliau dalam Perikatan Nasional yang hanya berpegang kepada persefahaman antara parti politik Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan selepas kejatuhan Pakatan Harapan. 

Baca - ISYARAT AWAL MAHATHIR LETAK JAWATAN

TEKANAN PERALIHAN KUASA MEMUNCAK

AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

SIAPA TROJAN MAHATHIR YANG GAGAL?


Kegusaran yang disuarakan Dato Tajuddin Rahman (Ahli Majlis Tertinggi Umno) dalam satu temubual perlu dipertimbangkan. Muafakat Nasional yang dibentuk Umno dan PAS seharusnya peka dengan permainan licik politik Tun M yang kadangkala sukar dibaca rentaknya. Mungkinkah Perikatan Nasional hanya 'Batu Loncatan' buat Mahathir melepaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari cengkaman sekutu lain dalam Pakatan Harapan? Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku dan taktik memperdayakan parti lain untuk percaya kepada perseteruan dalam PH boleh dikatakan berjaya apabila Anwar Ibrahim tidak berpeluang menjadi PM Ke-8 seperti dijanjikan sebelum ini akibat krisis yang menyebabkan PPBM menarik diri dari PH sekaligus membawa keruntuhan Kerajaan PH.


Jelas sekali Mahathir tidak lagi konsisten dalam memberi kenyataan. Apabila menyedari kenyataan awal beliau terhadap Muhyiddin tidak memberi impak, beliau berubah nada dan cuba menuding kepada siapa? Agak pelik apabila Mahathir langsung tidak menyentuh Azmin Ali yang merupakan antara penyokong kuat mempertahankan Mahathir dari melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Mahathir tidak menyerang Azmin yang secara jelas telah membelot apabila memberi sokongan kepada TsMY ketika krisis memuncak? 

Masih samar? Azmin adalah individu yang mencabar sesiapa sahaja yang menyatakan wujud perjanjian peralihan kuasa Mahathir-Anwar selepas 2 tahun PH memerintah namun akhirnya beliau sendiri melepaskan tengkuk sendiri dan bersama dengan TsMY dalam kabinet Perikatan Nasional. Wujudkah klausa INTERGRITI pada Azmin Ali dalam percaturan yang menguntungkan karier politik hingga diberikan jawatan Menteri Kanan oleh TsMY?

Melihat kekalutan ini semua maka UMNO dan PAS seharusnya berhati-hati dengan permainan kelas tertinggi politik Mahathir. Siapa tahu dalam permainan CATUR ini apabila kena 'Check Mate' tiba-tiba Mahathir keluarkan sebiji lagi buah 'King' dari poketnya bagi membunuh 'Queen' dan 'KING' pihak lawan. 

Tuesday 10 March 2020

MCA SERU RAKYAT TOLAK POLITIK KEBENCIAN DAP - NICOLE WONG KETUA PEMUDA MCA

Dap Terus Menyerang Umno Guna Politik Kebencian


Democratic Action Party (DAP) seperti lazimnya terus menyerang Umno selepas mereka kehilangan kuasa apabila KerajaanPakatan Harapan tumbang awal Mac 2020. Menggunakan grafik dan angka, Tengku Adnan Tengku Mansor adalah 'Mangsa' terbaru DAP berikutan pendedahan aset yang dimiliki didedahkan di Mahkamah. Cara serangan begini sering digunapakai oleh DAP bagi menimbulkan kebencian masyarakat Tiong Hua terhadap Umno sekaligus mengekalkan doktrin bahawa Umno merupakan parti rasis terhadap lain-lain kaum di Malaysia.



Bagaimanapun pendedahan oleh Ketua Pemuda MCA amat mengejutkan. Nicole Wong mendedahkan betapa DAP memanipulasi pelbagai isu demi kepentingan parti itu dan menggunakan peluang yang ada untuk menampakkan mereka (DAP) sebagai pejuang sejati kaum Tiong Hua dalam politik Malaysia. DAP mungkin telah LUPA apa yang mereka pernah keji Tun M ketika beliau menjadi PM Ke-4 dan sepanjang 22 tahun pemerintahan. Sebaliknya kini DAP bersifat 'Talam Dua Muka' apabila sanggup mengorbankan prinsip parti demi kuasa ketika memenangi PRU14 bersama Tun M.


Kini DAP tidak lagi berada dalam koridor kuasa Putrajaya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai PM Ke-8 setelah kemelut perebutan kuasa berlaku dalam Pakatan Harapan. Apa yang mengejutkan apabila Bekas Menteri DAP mempersoalkan isu berkaitan Agama dan Bangsa dalam satu ciapan twitter. Adakah ini sebenarnya mentaliti seorang Bekas Menteri? Sekali lagi Nicole Wong mempersoalkan kredibiliti Hannah Yeoh yang dilihat melampaui batas. Sebagai seorang ahli politik, Nicole nampak isu yang dimainkan Hannah sangat tidak baik untuk Malaysia yang harmoni dan beliau juga menolak politik kebencian seperti yang cuba ditimbulkan DAP.


Terbukti MCA lebih matang dalam politik berbanding DAP. Apatah lagi selepas kemenangan besar BN di Prk Tanjung Piai di mana MCA mewakili BN telah menewaskan PH dengan lebih 15,000 undi. Mungkinkah kini masyarakat Tiong Hua akan kembali 'membuka mata' dan kembali kepada MCA selepas belajar dari sejarah 22 bulan DAP mentadbir bersama Pakatan Harapan? Kita berharap undi Kaum Tiong Hua akan kembali kepada MCA bersama Muafakat Nasional. Kerja keras perlu dilakukan Nicole dan MCA bagi menjelaskan dalam Muafakat Nasional masyarakat Tiong Hua dan kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan malah mereka dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keharmonian Malaysia dan kembali gemilang bersama-sama.

Friday 6 March 2020

SELAMAT JALAN PAKATAN HARAPAN - SIAPA SEBENARNYA KHIANAT RAKYAT?

Pasca Kejatuhan Pakatan Harapan - Penyakit 'Sawan' Melanda



Sudah 6 hari tampuk pemerintahan Malaysia telah bertukar dari Tun M kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM. Kemelut yang luarbiasa dalam tempoh seminggu benar-benar mendebarkan ramai rakyat Malaysia hingga melupakan seketika virus Covid19 yang rancak melanda seluruh dunia. Tumpuan yang diberikan rakyat sangat hebat hinggakan menjadi topik 'Top 3' di Coffee House hinggalah ke pasar ikan, tidak kurang turut menjadi hangat kalangan 'Makcik Bawang dan Pakcik Halia' sampaikan ada yang berteka teki siapa yang akan menjadi PM Ke-8 samada Anwar atau Tun M akan mencipta sejarah 3 kali dilantik sebagai PM. Semua telah terjawap apabila TsMY mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (tanpa kabinet) yang disokong Umno, Pas, GPS.


Bagaimanapun kisah tersebut tidak habis disitu sahaja. Sebaliknya kini bekas Menteri Pakatan Harapan bersama mereka yang tertewas mulai menyerang TsMY yang dilihat tidak kukuh dikerusi PM. Serangan bertali-arus dari mereka yang kecewa mengaitkan pengkhianatan sebagai intipati serangan bagi melumpuhkan keyakinan rakyat akan pilihan YDPA. Tun M sendiri turut serta melabelkan Muhyiddin sebagai pengkhianat kerana sanggup bekerjasama dengan mereka yang beliau gelarkan sebagai 'Penyamun, Perompak dan Pembunuh'. Siapa yang Tun M gelarkan begitu? 

Baca - MUHYIDDIN KHIANAT - TUN M

Kini bermulalah era Pakatan Harapan sebagai pembangkang semula dan seperti lazim apa yang dilakukan sebelum ini sudah dimulakan. Sessi Rapat Umum dan ceramah bermodalkan slogan 'Rakyat' didendangkan kembali. Mengapa baru sekarang mahu kembali kepada rakyat? Selama 22 bulan kuasa diberikan mereka yang kini pembangkang tidak mendekati rakyat sebagaimana sekarang dan hanya bila sudah tiada kuasa baru ingat rakyat? Di ketika rakyat memerlukan kemanakah mereka ini? Khayal dalam pelukan kuasa dan hanya tahu mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten (berbelah bahagi) hingga menimbulkan keresahan rakyat apabila terlalu banyak retorik politik dimainkan. Intipati setiap sessi rapat umum, ceramah yang telah ditulia skripnya ialah 'Pengkhianatan'. Sampai bila mahu bergendang hingga enggan mengakui kesilapan sendiri? 


Baca - PAKATAN HARAPAN TUMBANG - MAHATHIR SALAHKAN MUHYIDDIN

Perubahan drastik dan ketegasan Muhyiddin diperhatikan rakyat. Malah perbalahan dalaman Parti Pribumi Bersatu MALAYSIA turut jadi tumpuan apakah Muhyiddin akan bertegas dalam menangani perpecahan dan menyingkirkan mereka yang tidak mengiktiraf beliau selaku Presiden parti yang tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Ujian ini bakal menentukan sokongan buat TsMY sebagai PM selain menjadi platform keyakinan pelabur asing kembali ke Malaysia. 

Baca - WEE KA SIONG BERJAYA PUJUK INDIA

Siapa sangka dalam diam Presiden MCA, Wee Ka Siong telah berjaya memujuk Kerajaan India menarik balik tuntutan untuk terus mengimport minyak sawit Malaysia. Ini antara contoh yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional bagi membantu keyakinan negara asing terhadap Malaysia. Seharusnya TsMY melihat keikhlasan BN, PAS dan GPS yang menghormati keputusan menyokong beliau dan mengambil tindakan perlu bagi menepis segala persepsi terhadap kepimpinannya menerajui Malaysia. Inilah semangat yang perlu dalam sebuah kerajaan dan sudah sampai masanya Muhyiddin perlu hargai sokongan yang diberikan samada langsung atau tidak langsung terhadapnya.

Bayangan Pakatan Harapan perlu dihilangkan dari pemerintahan Muhyiddin jika mahu menerajui Malaysia dengan baik. Skrip khianat perlu dipadamkan dengan tegas dan beliau wajib keluar dari kepompong Pakatan Harapan. Manifesto PH juga tidak perlu dibawa ke era pemerintahan kerana ianya bersifat retorik dan sebagai bekas PH, Muhyiddin tahu JANJI PH hanyalah 'Gula-Gula' buat rakyat. Perlu juga memandang kredibiliti serta moral mereka yang akan beliau lantik dalam barisan kabinet timbul pula persoalan. 


Adakah Azmin Ali berada dalam radar atau direhatkan sementara? Semua rakyat tahu Azmin terpalit dengan kisah moral dan diperkatakan hingga ke luar negara. Azmin perlu membuktikan dirinya bebas dari sebarang dakwaan skandal dengan mengheret mereka yang mendakwanya ke Mahkamah. Ini antara ujian buat TsMY bagi memenuhi aspirasi ucapan sulungnya sebagai PM. 


Segalanya kini tertumpu kepada kemampuan TsMY dan beliau memerlukan sokongan semua pihak yang mengangkatnya sebagai PM namun dalam masa sama beliau perlu juga memastikan laluannya tidak terlalu berduri dan seharusnya media juga perlu memberi imej positif terhadapnya namun demikian bagaimana mahu positif jika ada media masih dikuasai Pro-Mahathir? Pastinya laporan media tidak menyebelahi Muhyiddin selagi duri tidak dicabut selumbar tidak dibuang.

Wednesday 4 March 2020

MUHYIDDIN PERLU 'BERSIHKAN' AZMIN SEBELUM 'MENSUCIKAN' UMNO

Kemelut Belum Berakhir, Azmin Perlu Buktikan Bersih 'Kontroversi'



Setelah episod perebutan sokongan kalangan sekutu Pakatan Harapan atau lebih diketahui antara Tun M dan Anwar Ibrahim, akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kejutan apabila mengisytiharkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar dari gabungan PH. Kemelut siapa Perdana Menteri juga telah terjawap apabila TSMY diperkenankan Tuanku Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-8 dengan sokongan dari Umno, Pas dan serpihan PKR bersama GPS (Gabungan Parti Sarawak). Walau ada cubaan terakhir menyaksikan Tun M kembali bergabung dengan Anwar segalanya sudah berakhir pada 1 Mac 2020.

Baca - PERUTUSAN PM KE-8


Bagaimanapun barisan kabinet TSMY masih belum dibentuk dan kini diperkatakan oleh rakyat yang mahukan perubahan besar dibawakan selepas 22 bulan berada dibawah pemerintahan Pakatan Harapan dan kini kerjasama antara parti yang mengambil alih pemerintahan dikenali sebagai Perikatan Nasional (belum rasmi). Selaku Perdana Menteri, cabaran terbesar Muhyiddin adalah menyediakan kabinet yang kuat dan bersih dari kontroversi agar tidak menjadi beban kepada kerajaan baru ini. PH yang memerhati persediaan ini sudah tentu bersedia untuk mempersoalkan kredibiliti TsMY jika beliau 'Salah Pilih' Menteri dalam kabinetnya.

Tonton - VIDEO KONTROVERSI PENGAKUAN HAZIQ AZIZ

Paling menarik perhatian dimanakah kelak Azmin Ali akan ditempatkan? Awal kemelut Azmin dikatakan mengikuti Tun M dan bersedia menjadi sebahagian daripada perancangan Tun M untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim. Banyak petunjuk politik diperlihatkan Azmin sepanjang beliau berkonfantrasi dengan PKR hinggalah beliau bersama Zuraida dan seorang lagi dipecat dari PKR. Turut bersama mereka ada beberapa Ahli Parlimen PKR turut serta keluar parti bagi melumpuhkan gerakan peralihan kuasa Tun M kepada Anwar Ibrahim yang dijangkakan selepas Sidang Apec November 2020. Seperti diketahui, Azmin terpalit dengan kisah skandal berkait moral dan sudah tentu TSMY akan dikritik jika terus meletakkan Azmin dalam kabinet beliau. Apa yang perlu dilakukan Azmin bagi membersihkan dirinya dari sebarang kontroversi adalah mengheret mereka yang mendakwa berlaku skandal moral yang dikaitkan dengan beliau ke muka pengadilan. Hanya selepas dibuktikan dalam Mahkamah bahawa Azmin bebas dari sebarang dakwaan yang dilemparkan barulah pertimbangan wajar diberikan oleh TSMY bagi melantik beliau kedalam kabinetnya.

Tonton - ANWAR SAHKAN AZMIN INDIVIDU DALAM VIDEO?

Masalah besar ialah BERANIKAH AZMIN BERBUAT DEMIKIAN?  TSMY perlu mempertimbangkan perkara ini sebelum kontroversi tersebut didendangkan oleh 'musuh politik' Azmin Ali.

"Jangan jadi Ayam Jantan Berkokok Tetapi Ekor Terpalit Tahik"