Saturday 8 October 2016

BERSIH 5 Tidak Hormati Rakyat- Siapa Akan Jadi 'Hamba' Ambiga?

Selepas siri demonstrasi haram BERSIH bermula dari Bersih 1 hingga Bersih 4 tidak menerima tentangan dari netizen, Bersih 5 pula punyai jalan cerita sebaliknya. Satu kumpulan yang menamakan diri sebagai MERAH V2 merupakan gabungan rakyat yang masih mendukung sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini selama hampir 6 dekad.

Merah yang bermula dari kesedaran mempertahankan Hak Rakyat yang tidak memerlukan demonstrasi jalanan sebagai jalan mudah meruntuhkan peradaban yang telah di bina sejak 1957 selepas Merdeka. Siri demo haram  dimulakan beberapa pemimpin pembangkang yang berselindung di belakang penubuhan NGO yang tiada kepentingan politik dalam mana mana parti. Bagaimanapun NGO yang kian condong kearah ber'politik' sudah semakin berani mendedahkan sikap sebenar mereka dalam keganasan semasa demonstrasi haram Bersih 1 hingga Bersih 3.

Salah seorang individu yang lantang menjadi suara rasmi Bersih ialah Ambiga Seevanesan di samping beberapa individu lain yang turut menjadikan NGO sebagai perisai dari sebarang tindakan atas sikap menghasut rakyat yang sinonim dengan pembangkang Malaysia.

Bersih tidak pernah menghormati Undang Undang sediada walau dalam kalangan mereka terdiri dari pengamal undang undang di Malaysia. Mereka tahu setiap perhimpunan memerlukan permit khas serta kelulusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) namun tidak pernah dimohon setiap kali mereka menganjurkan demo haram yang banyak mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain.

Bagaimana mereka boleh melepaskan diri dari sebarang tindakan? Apakah gerakan Bersih yang lebih bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demo haram di jalanan beroleh restu? Bersih 4 menyaksikan penghinaan paling teruk terhadap pimpinan negara apabila poster yang memaparkan wajah pemimpin di pijak serta di hina dengan pelbagai cara oleh pendemo haram Bersih. Sudah tiba masanya kegilaan mereka dihentikan dengan menggunapakai undang undang yang ada bagi memberi isyarat negara ini masih ada peraturan.

Dengan kerjasama parti parti pembangkang lain pastinya Bersih berasakan mereka cukup kuat bagi menggegarkan kerajaan yang telah di pilih secara sah dalam Pru13 tetapi mereka lupa ramai golongan rakyat yang masih percaya kepada kedaulatan undang undang dan Hak memilih akan bersuara dan bertindak apabila sudah tidak tahan dengan sikap Bersih.

Dalam ertikata lain penganjur Bersih perlu di tahan sebelum mereka melakukan lebih banyal kerosakan setelah menghasut rakyat yang 'buta hati' serta mereka yang sanggup menjadi 'Hamba sahaya' kepada penganjur Bersih.  Mungkin inilah yang dimahukan oleh penganjur Bersih ( keldaikan penyokong) dan memastikan impian pembangkang merampas Putrajaya tercapai walau dengan apa cara sekalipun.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete