Pembangkang Johor meraikan Adun Jorak yang telah 'melompat' dari BN Johor ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) sekaligus mengurangkan 1 kerusi parti BN Johor. Dari 56 kerusi DUN Johor BN memperolehi 38 kerusi berbanding pembangkang 18 kerusi, namun demikian Malaysiakini menulis seolah kerajaan BN Johor telah tumbang. Walau hanya bertambah kepada 19 kerusi di pihak pembangkang, Malaysiakini yang sering memutar belit fakta menggambarkan seolah pembangkang telah berjaya menewaskan pentadbiran Khaled Nordin dari Umno selaku Menteri Besar Johor.
Walau tidak lagi beroleh majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri, ini tidak bermakna BN tumbang sepertimana persepsi yang cuba dimainkan portal pro pembangkang yang sering menggunakan kapsyen menjurus ke arah kejatuhan sesebuah kerajaan yang di kuasai BN. Adun Jorak yang menyertai PPBM pula tidak meninggalkan impak terhadap kekuatan Umno Johor sekaligus menepis andaian pada PRU14 pembangkang akan menguasai Johor. Sebagai tempat kelahiran Umno, amanat Dato Onn Jaafar pastinya masih segar diingatan rakyat Johor dan faktor Muhyiddin sebagai bekas ahli Umno yang di pecat pasti meninggalkan sedikit kesan namun dengan kredibiliti Umno Johor perkara tersebut dijangkakan akan ditangani dengan baik oleh pemimpin Umno.
Dengan pertambahan dari 18 kerusi kepada 19 kerusi bermakna BN Johor tidak lagi boleh meminda sebarang Undang Undang Negeri tanpa persetujuan pihak lain namun demikian BN masih lagi kekal sebagai kerajaan sah dan ini sebenarnya bukan kemenangan bagi pembangkang. Malaysiakini yang menaikmuat berita dalam portal mereka menggambarkan seperti keadaan politik Johor telah nazak bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.
Muhyiddin yang cuba bermain persepsi apabila menyatakan akan ada beberapa Adun BN bakal melompat parti dalam masa terdekat hanya akan memakan diri kerana tiada desas desus langsung akan berlaku perkara tersebut.
Portal pro pembangkang yang sering menggunakan tajuk tajuk 'Gempak' sebenarnya sudah tidak mampu memberikan impak melainkan bermain dengan persepsi para penulis serta editor mereka bagi mengekalkan kedudukan dalam 'Ranking' dan 'Rating' pembaca. Sering menjadi bahan rujukan penyokong pembangkang, adakala lidah portal pembangkang sering melakukan khilaf dalam memberi laporan seperti mana terjadi di Sarawak apabila seorang wartawan mereka telah di halau keluar dari negeri tersebut kerana salah fakta.
Perlu diingatkan portal portal pembangkang sekarang sudah hilang intergriti kerana hanya akan memperbesarkan isu dari sebelah pihak manakala segala usaha baik dari kerajaan akan dibenamkan dari pengetahuan rakyat.
No comments:
Post a Comment