Tuesday, 11 October 2016

GUNA PAKAR STRATEGI 'CAP AYAM' LAKSANA MISI MALUKAN NAJIB DI MEDIA SOSIAL - SIAPA PENGARAH 'DRAMA'?



GUNA PAKAR STRATEGI 'CAP AYAM' BAGI LAKSANA MISI MALUKAN NAJIB?



Adakah satu episod pembongkaran mengenai teori Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak di serang dari dalam Umno benar berlaku apabila satu demi satu helah makin terlondeh dengan sendirinya? Sejak 2015 Najib di serang dengan bala tentera yang entah dari mana datangnya berkaitan isu derma yang di angkat sebagai subjektif oleh mantan PM dari lidah pembangkang. Dalam satu rakaman video, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengakui mereka berjaya mempengaruhi Mahathir supaya hadam dengan hasutan yang dilakukan bertahun tahun.


Serangan sebegini sememangnya boleh dijangkakan kerana prinsip pembangkang Malaysia selagi mereka belum berjaya merampas Putrajaya selagi itu mereka akan menghasut rakyat dengan pelbagai doktrin serta teori. Malangnya bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri sebaliknya termakan hasutan puak haluan kiri dan mula menyerang Najib. Adakah serangan itu bermotifkan ketelusan atau kerana merasakan derma itu sepatutnya mengalir ke kantung mereka bagi membolehkan pembahagian derma tersebut kepada kroni kroni yang selama ini membantu karier politik?

Masih boleh di terima gerakan pembangkang sebegitu namun apabila timbul persepsi Najib sebenarnya di serang kalangan ahli Umno sendiri yang mempunyai kedudukan yang selesa ini amat mengejutkan. Khabar yang paling menggemparkan ialah kewujudan individu yang di bayar agar dapat melaksanakan misi memburukkan imej Najib di mata Umno sendiri dengan cara hamburan fitnah serta caci maki seolah Presiden Umno itu rendah maruahnya. Adakah benar wujud gerakan sebegini hina bagi membolehkan cita cita orang yang membayar itu segera tercapai walau dengan cara menyerang dari dalam umpama 'ulat dalam buah' di luar cantik di dalam membusuk?

Serangan saraf yang mengambil masa bertahun ini semakin kedengaran apabila tarikh Persidangan Agung Umno 2016 (PAU) semakin dekat. Benarkah akan ada satu kejutan semasa sessi ucapan oleh Presiden Umno berikutan desas desus menggambarkan Najib akan menyampaikan amanat terakhir selaku Perdana Menteri berikutan serangan dari dalam Umno sendiri? Penulis percaya kepada ketenangan Najib sepertimana beliau bertenang ketika di asak dengan pelbagai cerita berkaitan isu semasa hingga kisah rumahtangga beliau turut menarik perhatian 'kaum Anti Najib' berkongsi di media sosial bagi meremehkan imej PM di mata rakyat. Ini antara strategi yang dilakukan oleh 'Pakar Strategi Cap Ayam' yang mungkin di bayar bagi membuat kerja 'kotor' pihak yang terbabit.

Baca : SINI

Najib yang telah berjaya membuka 'hijab' dan mengeluarkan pengkhianat parti dengan ketenangan mungkin tidak menyedari wujud pula gerakan 'pisau cukur' yang akan mengguris dari kedua dua belah mata dalam satu masa. Makin hampir tarikh PAU 2016 makin terserlah permainan 'perang saraf' bagi mereka yang menerima 'imbuhan' untuk meneruskan misi memburukkan imej Najib sebelum PAU bermula. Ini kelihatan sama seperti gerakan yang dilakukan bekas Timbalan Presiden Umno pada tahun lepas yang memulakan kempen sehari sebelum PAU 2015 bermula di Kelab Sultan Sulaiman. Bagaimanapun gerakan Muhyiddin Yassin gagal dan beliau mengambil langkah untuk berseteru dengan Umno dari luar dan kini sedang giat menyebarkan propaganda untuk membuktikan dirinya 'sesuci embun pagi'.

Serangan saraf menggunakan medium maya secara tidak langsung membuka ruang kepada pengkritik serta golongan Anti Umno mengetahui sedikit sebanyak gerak kerja yang dilakukan selama ini. Malang sekali apabila ianya dilakukan oleh individu yang berpengalaman (dakwaan individu tersebut) dan serangan bukan sahaja terhad kepada Najib malah ada agensi yang sering menerangkan sesuatu isu kepada rakyat turut terheret dalam radar serangan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan apabila agensi yang sememangnya diberikan tugas menerangkan isu kepada rakyat dengan fakta yang jelas diperlekehkan dan dikatakan sebagai 'pembodek' Najib. Lebih memburukkan keadaan apabila teguran demi teguran dilakukan sesiapa sahaja yang bukan dalam 'Liga' yang sama akan menerima padah dengan herdikan serta cacian hanya kerana mahu betulkan persepsi yang dilontarkan.

Tindakan penggiat media maya pro Umno dan pro Presiden Umno yang menyerang kegiatan merosakkan imej Presiden Umno secara mengejut telah menimbulkan satu gelombang panik bila sedikit demi sedikit pembongkaran mengenai gerakan menjatuhkan Najib menggunakan media sosial hampir terbongkar. Hampir pasti gerakan ini menerima tempias yang kuat apabila kesilapan demi kesilapan berlaku kerana serangan mengejut dilakukan penggiat media sosial yang mempertahankan Institusi Umno dan Presiden Umno. Mengapa ada pihak yang panik jika tidak wujud gerak kerja sepertimana di dengari dan diperhatikan sekian lama?

Kejutan demi kejutan mampu dilaksanakan oleh penggiat media sosial Pro Umno dan ini perlu di hormati kerana bukan semua penggiat media sosial di bayar tetapi atas dasar mempertahankan parti dan Institusi parti mereka melakukannya secara sukarela demi memperjuangkan prinsip Taat Setia kepada parti dan pastinya mereka juga tidak mahu ada kalangan pengkhianat terus berada dalam lingkungan parti yang akan menjejaskan parti dari dalam.


Siapa sebenarnya yang sanggup menjadi pengkhianat Umno tetapi masih berlakon 'sesuci embun pagi'? Siapa pula di belakang gerakan ini? Persoalan itu mungkin akan terjawap sebelum PAU 2016 berlangsung. Sepatutnya individu yang berhasrat untuk menjatuhkan Najib dari dalam tidak menggunakan khidmat 'Pakar Strategi Cap Ayam' untuk melakukan misinya kerana penggiat media sosial pro Umno mampu menangani dengan mudah sekali.

No comments:

Post a Comment