Sunday, 17 February 2019

PRK SEMENYIH - CUBAAN KELIRUKAN PENGUNDI SEMENYIH, TUN M TERSEDAK KURMA 'USOP TAIYOP'?

'BlackOps' Tun M Mengenai Kerjasama BN, PAS Gagal






Satu kenyataan yang dikeluarkan Tun M mengenai kerjasama Bn,Pas dalam menghadapi PRK N24 Semenyih menerima tamparan. Sepucuk surat arahan kepada kepimpinan PAS bagi menggerakkan jentera Prk PAS dikeluarkan Hj Abdul Halim Omar - Setiausaha Perhubungan Pas Selangor menjelaskan segalanya.



Pakatan Harapan yang melihat kerjasama ini menerima reaksi luarbiasa apatah lagi tanpa halangan dari komponen BN mulai gusar akan nasib PH  yang dijangkakan tidak mampu bertahan lebih dari sepenggal jika perkara ini diteruskan. Oleh demikian 'Langkah Kejung' perlu dilakukan segera dan Tun melihat pertemuan beliau dengan Presiden PAS merupakan 'peluang terbaik' melakukan sesuatu bagi memggagalkan kerjasama ini. Ternyata usaha penyatuan dua parti dari blok pembangkang mampu memberikan tekanan terhadap PH dengan dibantu KEGAGALAN PH melaksanakan segala JANJI mereka pada PRU14 dan ini amat ditakuti Tun dan sekutu kuat mereka.

Klik - http://www.astroawani.com/berita-politik/kerjasama-pas-umno-berjalan-seperti-biasa-idris-ahmad-198722

Dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak PAS sendiri dapatlah dirumuskan kenyataan Tun M mungkin disebabkan beliau Tersedak 'Kurma Usop Taiyop' dan hanya mahu mengelirukan penyokong BN dan Pas. Mahathir juga mungkin melihat titik permulaan kerjasama Bn,Pas yang dimulakan dari Prk Cameron Highlands akan merebak ke Prk seterusnya sekaligus menampakkan bahawa Pakatan Harapan tidaklah sekuat mana dan boleh tergugat apatah lagi dengan masalah dalaman yang mereka hadapi kini.



Kempen PH pada Prk Semenyih nampaknya bermula dengan 'Langkah Sumbang' apabila menerima khabar calon PPBM diboikot sebahagian pengundi PH sendiri dan bagi mengalih perhatian Mahathir terpaksa membuat 'BlackOps' yang biasanya dilakukan 'Macai Macai Pakatan Harapan. Adakah kini Tun sudah mula 'Turun Pangkat' kerana kegagalan 'Macai Macai PH'?

Saturday, 16 February 2019

PRK SEMENYIH - KETUA ARMADA PPBM KANTOI, KHALID ISMATH BIDAS 'DRAMA CE-REKA' SYED SADDIQ

Cubaan Raih Simpati Jadi Modal Ketua Armada PPBM Dalam Kempen 



Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq mendakwa beliau di serang penyokong Barisan Nasional semasa pencalonan PRK N24 Semenyih selesai pagi tadi. Beliau yang telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut turut mendakwa di serang 'Dengan Ganas' salah seorang Exco Pemuda Umno ketika kejadian berlaku. Difahamkan kejadian tersebut terjadi apabila Menteri berkenaan berjalan kaki melintasi laluan yang dipenuhi penyokong BN.


Laporan Polis oleh Syed Saddiq.

Apa MOTIF Syed Saddiq memilih laluan tersebut sedangkan beliau tahu pihak berkuasa telah mengkhaskan laluan itu untuk penyokong BN dan PAS berkumpul?  Adakah beliau cuba 'Test Market' bagi melihat sokongan Anak Muda yang dikatakan semakin menolak Pakatan Harapan atau beliau sengaja mencari publisiti bagi memburukkan pihak lawan? 



Difahamkan juga PPBM kini semakin tertekan apabila sokongan pengundi muda di Semenyih mula menunjukkan trend menyokong kerjasama antara BN dan PAS pada PRK ini. Selaku Ketua Armada sudah pasti Syed antara yang akan diberikan tanggungjawab memikat kembali anak muda Semenyih di sebalik KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN menunaikan JANJI MANIFESTO terutama membabitkan Pinjaman PTPTN dan beberapa isu lain di Semenyih.



PRK SEMENYIH - PROSEDUR OPERASI SPR AKIBATKAN NYAWA HILANG, MANA PENGERUSI SPR?

S.O.P Spr Lemah, Nyawa Jadi Galang Ganti


Al Fatihah buat Allahyarham Mamat Bin Awang 59 (Terengganu)

Suasana pencalonan PRK Semenyih menjadi heboh apabila seorang penyokong BN tiba tiba rebah semasa berarak ke pusat pencalonan. Mangsa yang rebah disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor dari klinik berhampiran.

Apa yang menjadi kemusykilan, mana Prosedur Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya menyediakan pasukan perubatan di kawasan perhimpunan tempat pencalonan. Ambulans yang tiba lewat hampir 45 minit bersandarkan alasan kesesakan jalanraya tidak boleh diterima. SPR yang sepatutnya tahu apabila pencalonan mana mana PRK perlu menyediakan 'Medical Team' namun ketika di Dewan Seri Cempaka tiada pasukan atau ambulans disediakan.



Timbalan Presiden yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian bergegas bersama Unit Amal PAS ke tempat kejadian. Ketika tiba langsung tiada pegawai kesihatan (Doktor) yang bertugas berada di tempat kejadian. Adakah Pengerusi SPR tidak peka dengan prosedur atau sengaja 'LUPAKAN' SOP yang sepatutnya diambil oleh SPR bagi sebarang kejadian melibatkan nyawa? Art Harun selaku Pengerusi SPR perlu mengambil tanggungjawab atas kehilangan nyawa kerana KEGAGALAN SPR MELETAKKAN PASUKAN PERUBATAN DI TEMPAT  PENAMAAN CALON.



Friday, 15 February 2019

PRK SEMENYIH - CALON PH TIDAK DISENANGI, ADAKAH CALON AKAN DITUKARKAN MENJELANG PENAMAAN ESOK?

Protes Terhadap Calon, Mungkinkah Berlaku Kejutan Dalam Kem Pakatan Harapan Esok?



Semalam calon mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil N24 Semenyih diperkenalkan. Bagaimanapun kurang 24 jam calon diperkenalkan suara suara tidak puashati Ahli dan Penyokong PH sudah bertebaran termasuk di media sosial. Menyentuh mengenai rasa tidak puas hati, sudah tentu ada foto yang berbicara tanpa suara namun memberi pengertian yang sinis. Lihat sahaja foto (atas) di mana wakil parti sekutu (berbaju kemeja putih) yang seperti tidak merestui calon PPBM. Mungkin pandangan berbeza namun 'Bahasa Badan' seolah menampakkan ada protes senyap berlaku. Diburukkan lagi sehari sebelum pengenalan calon, tindakan Tun M telah menyebabkan pertelagahan antara DAP, PKR dan PPBM berlaku.



Apa yang agak menarik untuk difikirkan ialah calon yang dikemukakan PPBM dipersoalkan ahli PH sendiri. Agenda 'Kronisme dan Nepotisme' dalam menentukan calon PPBM  dikatakan telah banyak merobek hati Ahli PPBM itu sendiri, namun demi menjaga EGO mereka hanya berdiam diri tetapi serangan terhadap calon dan kepimpinan atasan PPBM menggunakan medium maya dilancarkan menggunakan akaun palsu. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga serangan di media sosial dilakukan sekutu dalam Pakatan Harapan sendiri tetapi mereka cuba menuding pihak lawan. Modus operandi sebegini merupakan senjata ampuh Pakatan Harapan dalam strategi menyalahkan pihak lain sedangkan perkara tersebut dilakukan pihak mereka sendiri. Lihat sahaja pentadbiran PH hari ini, bagi mengelakkan kritikan RAKYAT maka dengan mudah mereka menuding pihak lain. Bak kata pepatah 'Bapa Borek, Anak Rintik' jadi tidak menghairankan jika penyokong mereka (PH) melakukan perkara sama sedangkan mereka sedar serangan itu datangnya dari pihak mereka sendiri.



Hari ini tular pula sekeping foto seorang ahli politik veteran di Semenyih yang telah 'MELOMPAT KATAK' dan menyertai PPBM sebagai ahli seumur hidup. Beliau yang dikenali dengan sikap 'Cah Keting' mungkin cuba meluahkan kekecewaan apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon PRK Semenyih. Bayangkan jika berlaku sesuatu yang 'Luarbiasa' dalam PRK ini sedangkan semalam dikatakan hingga 13 bilik gerakan PPBM ditutup sebagai tanda protes ahli terhadap kepimpinan PPBM sendiri.



Berikutan protes yang sedang terjadi dalam kem PPBM, mungkinkah akan berlaku kejutan pada hari penamaan calon? Tidak mustahil pertukaran calon boleh dilakukan kerana jika dibiarkan protes dalaman dan dari sekutu PH berlaku, kebarangkalian Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan Dato Seri Mukhriz Mahathir akan menanggung malu apabila calon pilihan PPBM kalah teruk pada 2 Mac 2019. Sudah pasti Mukhriz tidak mahu ini terjadi sekaligus mencalarkan reputasi beliau yang kini dibebani persoalan mengenai kewujudan sijil palsu akademik para pemimpin Pakatan Harapan. Apakah tindakan terbaik PH esok? Kekalkan calon dan ambil risiko sabotaj dalaman atau akur dengan kehendak penyokong serta sekutu PH? 

PRK SEMENYIH - GARA GARA PROTES KREDIBILITI CALON, SABOTAJ SESAMA SENDIRI BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN?

Belum Bertarung Sudah Berlaku Sabotaj Dalam Pakatan Harapan, Apa Nasib Rakyat Semenyih?


Belum 24 jam pengenalan calon Pakatan Harapan menghadapi Pilihanraya N24 Semenyih sabotaj dalamam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah disuarakan dalam media sosial. Seorang 'facebooker' yang juga merupakan penyokong kuat PH telah menaikmuat kenyataan mempertikaikan pemilihan calon oleh PPBM sendiri. Menyoal intergriti calon yang ada kaitan legasi dengan penyandang kerusi N24 sebelum ini, populariti calon turut diperkatakan kerana di dakwa tidak dikenali penduduk dalam Dun Semenyih.


Walau Presiden PPBM cuba bermain saikologi dengan mengeluarkan kenyataan keyakinan PH bahawa calon BN-PAS tidak akan berjaya merampas kerusi Semenyih, perkara sebaliknya berlaku. Tular dalam media sosial beberapa (dikatakan hingga 13) Bilik Gerakan PPBM ditutup gara gara tidak puashati dengan pemilihan calon. Beberapa keping foto tular secara jelas menampakkan Bilik Gerakan PH gelap dan tidak berlaku sebarang aktiviti langsung. Malah ada dakwaan mengatakan bendera PPBM telah dicabut dari kawasan tertentu oleh penyokong PPBM sendiri namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Jika benar berlaku sampai cabut bendera maka PPBM perlu bersedia untuk kehilangan kerusi Semenyih pada 2 Mac nanti.


Sabotaj ini diburukkan lagi dengan tindakan Tun M yang secara 'Sengaja' melanggar 'perjanjian' dalam PH sendiri apabila bertindak menerima kehadiran 7 orang ahli Parlimen yang MELOMPAT dari Umno sekaligus menimbulkan kritikan terbuka dari sekutu PH sendiri. Malah ada desas desus penyokong PPBM sendiri tidak berpuashati dengan apa yang Mahathir lakukan kerana merasakan telah 'dikhianati' apabila yang MELOMPAT  Parti dilihat sebagai 'Penyelamat' Tun M dan bukannya memperkasakan parti. Bagi mereka kehadiran 'KATAK KATAK' ini seperti disintuk-limaukan supaya kelihatan 'SUCI' dan pimpinan PPBM mahu ahli menerima kehadiran mereka dengan 'REDHA' walau dalam hati berbuku.


Ada juga khabar angin berlaku pertikaian dalaman PH mengenai calon PH yang tidak enak. Benarkah calon PPBM ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari DAP, PAN dan PKR kerana hanya bersandarkan legasi? Jika dibaca profil calon beliau mempunyai kelayakan akademik tetapi sekutu dalam PH tidak mahu mengambil risiko kerana calon masih lagi dalam pengajian dan dikhuatiri akan menjejaskan fokus kempen dan jika menang  akan berlaku konflik pembahagian masa antara karier dan pengajian namun perkara ini terpaksa dipendamkan bagi mengelakkan spekulasi liar terhadap ikatan parti parti dalam Pakatan Harapan yang kini bergolak.



 Apakah pengundi Semenyih tidak nampak apa nasib yang bakal menimpa mereka jika terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan? Dengan sabotaj dalaman dan pergolakan yang terjadi tidak mustahil Pengundi Semenyih akan terus ditaburkan 'GULA GULA PILIHANRAYA' dan akan diabaikan kerana PH terlalu 'SIBUK' menyelesaikan konflik sesama sendiri. 



Thursday, 14 February 2019

PRK SEMENYIH - SELANGOR 'BERGEGAR' BILA ANWAR DEDAH KONSPIRASI, PRN BAKAL GANTI PRK?

Landskap Selangor Bakal Berubah Selepas Anwar Akui Sabotaj Terhadap Dirinya?



Prk N24 bakal jadi medan 'membela diri' apabila Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan ada pihak tertentu dalam PKR sendiri melakukan  sabotaj bagi menghalang dirinya menjadi Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan Tun Mahathir. Adakah nanti siri ceramah semasa Prk Semenyih, Anwar akan memperkatakan mengenai perkara ini bagi menyakinkan pengundi Semenyih beliau akan menduduki kerusi nombor 1 dalam kerajaan dalam tempoh terdekat?  Masih terbayang lagi kisah Reformasi yang dipimpin Anwar pada 1998 dan bagaimana beliau menghimpunkan Rakyat menentang Mahathir di jalanan namun kini ramai sangsi akan kekuatan Anwar melakukan perkara demikian sekali lagi jika benar beliau disabotaj.



Menjelang penamaan calon PRK Semenyih, tidak keterlaluan jika dinilaikan terlalu banyak sabotaj dalaman berlaku dalam Pakatan Harapan. Pengundi Semenyih yang memerhati perkembangan politik perdana sudah tentu enggan membiarkan mereka terpalit dengan konflik PH apatah lagi apabila BN dan PAS sudah 'SEMEJA' bagi merealisasikan kerjasama politik sekaligus MENJAGA KEPENTINGAN Pengundi Semenyih. Penyatuan Umno, PAS ini sememangnya diimpikan ramai pengundi Semenyih kerana kawasan tersebut merupakan salah satu kubu kuat PAS sebelum Parti Amanah Negara (PAN) wujud sekaligus memecahbelahkan penyokong PAS sebelum ini. Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula dilihat tidak menjamin kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera terjaga menyebabkan pengundi kini mahu penyatuan BN,PAS mampu memberikan impak kepada isu Islam, Melayu, Bumiputera sebagaimana kejayaan BN di Cameron Highlands sekaligus memberi tamparan hebat terhadap PH.

Bayangkan apa nasib Pengundi Semenyih sekiranya Anwar menjadikan pentas ceramah PRK ini sebagai pentas membela diri dan berpantun berkias mengenai pihak tertentu dalam PKR yang enggan melihat beliau menjadi PM Ke-8? Adakah pergeseran dalaman PKR ini akan berlarutan hingga Kerajaan Selangor terpaksa membubarkan DUN bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Harapan? Perlu diingatkan Setiausaha DAP Selangor sudah meluahkan rasa tidak puashati terhadap tindak tanduk Tun M menerima 7 bekas Ahli Umno ke PPBM dan perkara ini turut menerima tentangan PKR sendiri. Tidak mustahil selepas PRK Semenyih, berlaku pula Pilihanraya Negeri (PRN) jika Anwar sebagai Presiden mahu memastikan kedudukan beliau menggantikan Tun M terjamin. Siapa tahu apa yang boleh terjadi kerana sejarah antara Anwar dan Tun M telah membuktikan walau depan lensa mereka tersenyum dan berjabat tangan namun dalam hati siapa tahu gelodak melanda?



Pengundi Semenyih sekarang bukan lagi pengundi semasa PRU14 yang percaya pada segala JANJI 'Bulan Bintang Matahari' sebagaimana dijanjikan Pakatan Harapan. Mereka kini sedar apa yang dibentangkan PH kini hanyalah sekadar 'Umpan' maka cukuplah mereka (pengundi) terpedaya sekali dan sudah pasti kali ini tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Pengundi perlu melihat skop kerjasama BN, PAS dengan lebih besar dan konflik dalaman PH yang tidak menjamin perkembangan baik bagi Dun Semenyih terutama ekonomi seimbang.

PRK SEMENYIH - DEDAH SYARIKAT JUDI TAJA PERBELANJAAN, SABOTAJ DALAMAN PAKATAN HARAPAN UNTUNGKAN PENGUNDI SEMENYIH?

Syarikat 'Cendol' Taja Perbelanjaan, Sabotaj Dalaman Pakatan?



Pendedahan Menteri Kewangan mengenai perbelanjaan Delegasi PDRM ke Istanbul selama seminggu menimbulkan tandatanya ramai. Kurang dari 48 jam penamaan calon pada PRK Semenyih, pendedahan 'Berani Mati' MoF disifatkan netizen seperti ada 'Udang Sebalik Batu', malah ada juga desas desus berlegar mengatakan pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri melakukan sabotaj dalaman. Sejauh mana kebenaran khabar itu tidak dapat dipastikan kerana hingga hari ini pihak tertinggi Kerajaan (Perdana Menteri) belum membuat sebarang ulasan.


Klik - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/13/mof-da-ma-cai-funded-cops-istanbul-trip/1722638?utm_source=FBdlvr&utm_medium=facebook


Amat mengejutkan pendedahan ini membabitkan sebuah syarikat yang terkenal sebagai syatikat perjudian. Walau Menteri berkaitan menjelaskan perbelanjaan itu mendapat kelulusan namun Rakyat mahu tahu apa rasional syarikat judi menaja perbelanjaan tersebut. Malahan ada yang membandingkan kes tajaan 1MDB bagi Jemaah Islam menunaikan Haji dituduh sebagai 'Haram' manakala tajaan Da Ma Cai pula di'Halal'kan. Adakah Menteri Kewangan akan memberi penjelasan konkrit mengenai tajaan ini atau beliau akan membiarkan pihak PDRM menjawap isu yang menarik perhatian Rakyat Malaysia.

Tidak keterlaluan jika diandaikan pendedahan tajaan ini merupakan satu teknik konspirasi menghadapi PRK Semenyih oleh pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Siapa yang bertanggungjawab hanya mereka sendiri yang ada jawapan. Adakah ini siri pembalasan kekalahan PRK lepas oleh pihak tertentu terhadap pihak tertentu? Tidak kurang juga ada persoalan timbul apabila hanya 1 pihak dari Pakatan Harapan yang benar benar 'Turun Padang' ke Semenyih manakala pihak lain sekadar di pinggiran ibarat 'Melepaskan Batuk Di Tangga'. Benarkah sedang berlaku pergolakan dalaman PH tetapi terpaksa dipendamkan kerana PRK Semenyih? Umpama 'Tenang Di Permukaan, Gelora Di Dasar' siapa yang tahu?



Wednesday, 13 February 2019

PRK SEMENYIH - 'TAUFAN' MELANDA PAKATAN HARAPAN, RETAK 'TELUR' PPBM KENA SERGAH DEK DAP?

Gelodak Dalaman Pakatan Harapan Menjelang Prk N24 Semenyih Bongkar Wajah Sebenar 'Goverment Of The Day'?



Berikutan tindakan Tun Mahathir yang menerima kemasukan bekas Ahli Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sekutu kuat mereka DAP sudah mula menyuarakan ketidakselesaan secara terbuka.

Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor membidas tindakan Mahathir yang beliau sifatkan menerima 'SAMPAH' masuk ke PH. Beliau turut membuat kenyataan yang tergantung apabila mendakwa tahu apa sebenarnya matlamat PPBM menerima 'Sampah' berkenaan kerana beliau berada di 'sana'. Beranikah Ronnie Liu mendedahkan apa sebenarnya matlamat Tun dengan tindakan tersebut?  


Kenyataan Ronnie ini seolah memberi isyarat sememangnya berlaku pergolakan dalaman Pakatan Harapan dan kini Parti tersebut sedang dilanda 'TAUFAN'. Apakah pergolakan ini akan berterusan dan menyebabkan Parlimen dibubarkan lebih awal dari sepatutnya bagi membolehkan Tun M melaksanakan 'Matlamat' tertentu? Sudah pasti Ronnie TIDAK BERANI membongkarkan apa yang beliau dengar kerana ini akan menyebabkan kekeruhan semakin teruk dalam PH.

Adakah tindakan Ronnie di saat PPBM akan menamakan calon mereka di Semenyih untuk 'MEMBALAS' kekalahan DAP di Cameron Highlands? Jika diteliti kenyataan S/U DAP Selangor terhadap Mahathir, ia seperti mahu RAKYAT tahu bahawa ikatan parti parti di bawah PH tidaklah kuat seperti apa yang disangkakan. Perlu diingatkan dengan kemasukan 7 Ahli Parlimen ke PPBM akan menambah jumlah kerusi milik PPBM sekaligus boleh memberi tekanan terhadap DAP yang kini mendominasi kerusi di Parlimen dan ini kurang disenangi DAP yang mahu menguasai kelebihan tersebut bagi kepentingan parti itu.

Apakah nasib Rakyat Semenyih jika PH menang pada 2 Mac 2019? Calon dari PPBM dan Ronnie Liu berada dalam Kerajaan Negeri Selangor maka Rakyat Semenyih boleh membayangkan apa kisah seterusnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

PRK SEMENYIH - SELEPAS DAP HINA ORANG ASLI, KINI PKR PULA HINA ORANG MELAYU SEMENYIH?

Manogaran Hina Orang Asli, Azmin Pula Hina Melayu Semenyih?



Pada PRK Cameron Highlands yang lepas, calon DAP Manogaran telah mengeluarkan kenyataan menghina Orang Asli Cameron dengan mengatakan Orang Melayu tidak akan membeli kuih Orang Asli. Kenyataan Manogaran itu telah memgguris hati ribuan pengundi OA di CH.

Kini di Pilihanraya Kecil N24 Semenyih, ada kenyataan dari seorang Menteri menghina Orang Melayu Semenyih pula. Mengapa perlu Azmin mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Orang Melayu di Semenyih? Membandingkan pula 'Melayu Semenyih' sebagai 'Melayu Pekan' dan 'Melayu CH' sebagai 'Melayu Kampung' amat dikesali.

Klik - https://www.malaysiakini.com/news/463760?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook 

Azmin Ali yang seperti gusar kehadiran Bekas Presiden Umno, Dato Sri Najib Razak dalam kempen PRK Semenyih bakal menggugat peluang Pakatan Harapan sepertimana di Cameron Highlands. Turut menggelarkan Najib sebagai 'Pencuri', Azmin perlu sedar bahawa beliau bukanlah Hakim di mana mana Mahkamah dan masih tiada kes sabitan tuduhan mencuri terhadap Najib hingga hari ini. Bahgaimana Azmin boleh mengeluarkan kenyataan hanya kerana Najib? Adakah ini bermakna Pakatan Harapan sudah sedar Rakyat semakin MENOLAK Pakatan Harapan kerana sikap 'MUNAFIQ' PH sendiri yang tidak melunaskan Janji mereka. Sudah tentu Orang Muda yang telah memberi kepercayaan kepada PH pada PRU14 sudah MENYESAL dan kini bersedia MENGAJAR PH dalam Prk Semenyih.



Sunday, 10 February 2019

PRK SEMENYIH - MUSIM TUNJUK SIJIL, MENTERI KBS MAHU BERITAHU ADA SIJIL 'MEDICAL'?

Tidak Mahu Kalah, Menteri KBS Turut Mahu Rakyat Tahu Beliau Ada 'Sijil Medical'?



Fenomena 'Sijil Palsu' melanda para Menteri dan Timbalan Menteri apabila mula dibongkarkan Rakyat satu persatu dan ini amat memalukan Kerajaan Pakatan Harapan sehingga beberapa siaran akhbar 'Talian' turut memperkatakannya.

Hari ini secara tiba tiba seorang lagi Menteri Pakatan Harapan telah menaikmuat foto seorang wanita yang berbasikal bersama rombongan Menteri berkenaan mengalami kekejangan otot dan sesak nafas. Syed Saddiq (Menteri KBS) telah menaikmuat kisah bagaimana beliau membantu wanita tersebut semasa beliau terbaring atas aspal. Bagaimanapun sedikit kekeliruan berlaku dalam penceritaan Syed Saddiq apabila menyatakan wanita tersebut (sesak nafas) mampu bercerita mengenai perkara tertentu. Lebih mengejutkan foto Syed Saddiq memegang tangan kiri mangsa kejang otot dan sesak nafas menimbulkan persoalan. Beliau dilihat memegang pergelangan kiri mangsa dengan tangan kiri sambil bersila manakala tangan sebelah kanan memegang sebuah buku.



Mengikut amalan kecemasan atau perubatan, bagi mengesan nadi (pulse) perawat perlu memeriksa nadi pada pergelangan tangan kanan mangsa seperti dalam foto di pengenalan tulisan ini. Bagaimanapun foto Syed Saddiq pula menceritakan sebaliknya. 

Klik - https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2045250255553990/

     
      

Lihat kedudukan tangan Syed Saddiq dan bandingkan dengan apa yang tertera dalam foto paling atas. Ada perbezaan ketara? Mengikut logik seorang pesakit yang sedang mengalami sesak nafas biasanya tidak mampu bercerita panjang lebar dan memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) ketika menerima rawatan. Siapa yang mahu Syed 'PERBODOHKAN'? 


Adakah ini 'Lakonan' sempena Pilihanraya Kecil N24 Semenyih? Atau lebih teruk Menteri mahu tunjukkan kepada netizen bahawa beliau juga ada 'Sijil' dan bukanlah seperti Menteri dan Timbalan Menteri yang 'Kantoi' menipu pengundi dengan segala sijil luar negara? Rakyat semakin faham apa nilai setiap undi selepas melihat semua KEGAGALAN Pakatan Harapan. Kepada Menteri KBS, cukuplah 'Sinetron', pastikan tahu asas perubatan sebelum dengan 'PENUH KEYAKINAN' anda menaikmuat foto dan kisah anda membantu wanita tersebut. Kita faham nilai nilai murni yang ditonjolkan tetapi jangan sampai 'KANTOI BODOH'.