Wednesday, 27 February 2019

PRK SEMENYIH - KERAJAAN PAKATAN HARAPAN CUBA TUTUP JAKOA?

Mana Hak Orang Asli Kalau JAKOA Dibubarkan?


Bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung (POASM), Ramli Mohd Nor mendedahkan ada cubaan dalam sekutu Pakatan Harapan mendesak agar JAKOA di tutup. Perkara tersebut didedahkan beliau ketika berucap dalam majlis bersama masyarakat Orang Asli Kg Lalang Semenyih.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah kepada masyarakat Pribumi di mana Hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pendedahan mengejutkan ini berikutan satu memorandum dari POASM kepada Tun M dan Kerajaan meminta agar Ketua Pengarah JAKOA tidak ditukarkan ke Kementerian lain hanya sebab mereka (PH) kalah di Prk CH. Beliau turut mempersoalkan mengapa Orang Asli seperti dipinggirkan oleh Pakatan Harapan sedangkan selama BN memerintah semua keperluan serta kebajikan Orang Asli dijaga dengan baik tanpa sebarang diskriminasi.


Turut berucap dalam program tersebut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy dan bekas Menteri Besar Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob. 

Ramli dalam ucapan turut berkongsi kisah penubuhan JAKOA dan mendedahkan beliau merupakan anak Orang Asli pertama yang dilahirkan di Hospital Orang Asli bawah seliaan JAKOA. Ahli Parlimen CH juga mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak memandang rendah kemampuan akademik masyarakat OA dan berharap agar suara Orang Asli juga dihormati.

PRK SEMENYIH - PANAS!!! KP JAKOA DI'BUANG' SEBAB KALAH PRK?

Orang Asli TUNTUT Hentikan Tindakan Motif Politik



Satu memorandum Bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir berkenaan tindakan menukarkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dipercayai bermotifkan politik. Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) bertindak demikian setelah ada ura ura mengenai pertukaran Ketua Pengarah JAKOA ke Kementerian lain.



Bantahan tersebut mahu PM menimbangkan kebimbangan POASM akan berlaku kecelaruan dalam pentadbirraan jika JAKOA di bawah seliaan kalangan yang bukan dari kaum Pribumi. Adakah 'Tindakan' menukarkan KP JAKOA ini kerana Pakatan Harapan KALAH dalam Prk Cameron Highlands sebelum ini? Dato Sri Najib dalam satu program di PDM Ulu Semenyih turut mendedahkan tindakan ZALIM Pakatan Harapan dan hari ini bantahan telah diserahkan sendiri oleh POASM.



Adakah PH hanya memandang dengan sebelah mata penglibatan Orang Asli dalam pembangunan negara lalu tindakan akan dikenakan terhadap KP yang berketurunan Orang Asli?  Jika benar tindakan menukarkan KP dilakukan atas motif politik, ini adalah satu penghinaan kepada masyarakat Orang Asli seluruh Malaysia oleh Kerajaan Pakatan Harapan.





Tuesday, 26 February 2019

PRK SEMENYIH - SAH!!! BATIN DIPAKSA BACA TEKS UCAPAN PUJI PAKATAN HARAPAN DAN BURUKKAN IMEJ BARISAN NASIONAL

Sah! Batin Aleh Di Paksa Baca Teks Ucapan Puji Pakatan Harapan




Seorang Tok Batin mengaku dipaksa untuk membaca teks ucapan yang diberikan pihak Pakatan Harapan dalam satu majlis. Dalam teks tersebut, Barisan Nasional digambarkan tidak bertanggungjawap dan mengabaikan kaum pribumi di PDM Ulu Semenyih.

Beliau yang ditemui memberi penjelasan kisah sebenar apa yang terjadi.  Batin Aleh Abdullah mengaku menerima teks lain sedangkan beliau pada ketika itu sudah bersedia membaca ucapan tulisannya sendiri.

Pengundi N24 Semenyih perlu didedahkan pembongkaran kebejatan Pakatan Harapan yang memaksa rakyat sedangkan kita tahu Malaysia mengamalkan demokrasi dan diterjemahkan pada kertas undi. Mengapa begitu 'Kasar' permainan politik PH? 

PRK SEMENYIH - "CUKUPLAH SEKALI KITA KENA TIPU, JANGAN KENA TIPU LAGI" - BATIN ALEH MINTA ORANG ASLI SEMENYIH UNDI BN

Kami Diketepikan Oleh Pakatan Harapan Selama 8 Bulan, Datang Kembali Bila Ada Prk



Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia. Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam.

Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar perihal bagaimana mereka diketepikan. Pakatan Harapan yang didakwanya hanya datang mencari mereka (Orang Asli) apabila berlaku Pilihanraya Kecil N24 Semenyih turut meninggalkan pesanan kepada pengundi Semenyih.

Inikah cara PH melayan rakyat selama ini? Cari mereka bila diperlukan dan kemudian pinggirkan apabila sudah dapat apa yang dimahukan? Berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak meletakkan apa juga tembok penghalang terhadap rakyat selama ini. Fikirkan sebelum membuang undi. Kalau Batin Aleh boleh berfikir logik apabila menyatakan pendiriannya, apa pula pemikiran pengundi lain?

Monday, 25 February 2019

PRK SEMENYIH - PAKATAN HARAPAN ZALIM APABILA TUKAR PENGARAH JAKOA 24 JAM SELEPAS KALAH PRK CAMERON HIGHLANDS?

Pengarah JAKOA Jadi Mangsa Kerana Kalah Prk?


Dalam satu program di PDM Hulu Semenyih, Dato Sri Najib mendedahkan seorang Pengarah JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) ditukarkan selepas PH kalah Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Beliau berucap kepada hampir 800 orang dalam program bersama Pengundi Hulu Semenyih.

Jika benar dakwaan ini maka terbukti PH mengamalkan 'Politik Ugut' dan mengenakan 'Paksaan' kepada kakitangan kerajaan. Najib mengingatkan kerajaan PH usah mangsakan penjawat awam sekiranya mereka (PH) kalah dalam PRK tetapi sewajarnya melihat apa yang mereka lakukan sepanjang 9 bulan memerintah. 

Ketibaan bekas Perdana Menteri Ke-6 yang disambut Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy dengan laungan "Bossku". Pengundi yang teruja dengan kehadiran Najib tidak melepaskan peluang ber'swafoto' dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.

Dalam ucapan Najib, beliau turut menyentuh perihal tindakan PH yang agak kucar kacir apabila para Menteri Kabinet sering membuat kenyataan mengelirukan rakyat. 

"Orang Semenyih tidak mudah ditipu, tidak mahu tol percuma ketika waktu tidur" - Najib

Mengenai Bantuan Sara Hidup (BaSaH) untuk golongan Bujang sebanyak RM100 bersamaan RM0.27 sen sehari, Najib mengingatkan untuk bayaran masuk tandas awam sekalipun tidak mencukupi jadi bagaimana PH boleh mendabik dada kononnya mereka prihatin kepada golongan ini.

Turut hadir dalam program tersebut disertai Ahli Parlimen Cameron Highlands YB Ramli Mohd Nor dan calon BN bagi N24 Semenyih, Zakaria Hanafi.

PRK.SEMENYIH - SUARA HATI PENGUNDI SEMENYIH

Suara Hati Pengundi Semenyih



Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohammad Hassan pernah berpesan - " kalau nak tau keloknya sungai tanya seluang" jadi kita tanyakan pengundi N24 Semenyih sendiri dalam tinjauan rambang di Bandar Tasik Kesuma.

Ikuti apa kata beliau dan nilaikan sendiri. 

PRK SEMENYIH - AMARAN ANWAR KEPADA MAHATHIR SAHKAN WUJUD KONSPIRASI DOMINO?

Anwar Beri Petunjuk Enggan Di Patuk 'Black Mamba' Kali Kedua



Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi. Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demonstrasi jalanan yang dipelopori Anwar selepas era beliau sebagai Mahasiswa pada lewat 70an. Malaysia 'terkejut' apabila Dr Mahathir mendedahkan perlakuan 'seks sumbang' yang menjadi sebab mengapa tindakan memecat Anwar dilakukan malah di hadapan wartawan perlakuan Timbalan PM didedahkan.

Bermulalah zaman gelap politik Anwar sehingga beliau disumbatkan ke penjara selepas segala tilam dan cadar diusung ke Mahkamah sebagai bukti. Mata lebam, arsenik, sakit tulang belakang dan sebagainya menjadi antara topik panas ketika itu dan para reformis yang mendukung fahaman 'Anwarisme' bertempik pada Mahathir agar membebaskan idola mereka kerana yakin Anwar 'dikenakan' supaya karier politik Mahathir berpanjangan tanpa saingan. Ketika itu 'Roadshow' terpaksa dilakukan bagi mempertahankan keputusan Mahathir memecat Anwar di terima ramai. Ini sebahagian sejarah perjalanan politik Presiden PKR yang kini dalam persediaan mengambil alih tampuk dari Mahathir selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada PRU14.

Bagaimanapun apabila kenyataan berbaur AMARAN dikeluarkan terhadap Mahathir, pekung pergolakan dalaman Pakatan Harapan sudah mula terhidu. Bermula dengan KEKALAHAN Prk Cameron Highlands walau selepas Tun M turun ke Jelai, ada desas desus Prk Semenyih menjadi medan penilaian pimpinan tertinggi PH menilai semula kedudukan Mahathir serta PPBM sebagai PM dan parti dominan dalam PH. Pendedahan tulisan tangan angka angka (dikatakan matematik kerusi parlimen) penyingkiran nombor 1 oleh seorang aktivis PKR dikenali sebagai Chegu Bard pula menggemparkan. Sebagai Perdana Menteri tentu perkara ini sudah sampai ke pengetahuannya dan tindakan drastik perlu difikirkan seandainya berlaku sesuatu luar jangkaan di Parlimen. 

Amaran Anwar secara tidak langsung mendedahkan perangai sebenar yang tidak diketahui (buat buat tidak tahu) kebanyakan penyokong PPBM terutama pendukung Tun M. Sikap  Mahathir yang mencampuri urusan pentadbiran PM selepas beliau amat ketara sekali dan jika enggan akur maka akan dimusuhi. Inilah yang terjadi kepada Pak Lah satu ketika dahulu dan kemudiannya Dato Sri Najib turut menjadi mangsa kerakusan nafsu 'Gila Kuasa' Mahathir. Anwar yang sedar perlakuan ini mengambil langkah awal memberi amaran kepada Mahathir agar tidak menganggu perjalanan pentadbiran selepas beliau (Anwar) mengambil alih kerusi di Putrajaya. Bagi merealisasikan pengambil-alihan dari Mahathir ke Anwar, plan kontijensi amatlah diperlukan seandainya berlaku undi tidak percaya di Parlimen. Jika ini berlaku siapakah akan bersama Anwar dan siapakah akan memberi sokongan kepada Mahathir? Siapa pula 'King Maker' yang akan menentukan Perdana Menteri seterusnya? Benar dalam kempen Prk Semenyih nampak kerjasama antara komponen PH tetapi sejauh mana 'genggaman kerjasama' diterjemahkan masih jauh dari apa yang boleh dilihat. Hanya jentera PPBM nampak berusaha keras manakala yang lain akan tampil apabila pemimpin atasan parti mereka turun padang. Adakah ini protes atau sememangnya berlaku sabotaj sinis bagi memberi isyarat karier politik Mahathir kian menuju penghujung? Dikhabarkan Mahathir akan turun ke Semenyih sebelum tamat kempen tetapi lazim politik beliau ini petanda tempat tersebut akan kalah dan beliau sekadar melengkapkan kekalahan tersebut. Ingat lagi ketika Mahathir turun ke Sg Koyan lantas memberi ceramah sambil 'beratib' nama Najib dihadapan Masjid Sg Koyan yang peruntukan mengubahsuai diluluskan Najib ketika pemerintahan BN?

Anwar sebagai 'Bakal PM' sudah tentu enggan mengambil risiko dengan meletakkan cita cita politiknya di tangan Mahathir selepas peristuwa September 1998. Oleh demikian beliau perlu memastikan kedudukannya 'Kuat' dan sokongan penuh diterima daripada dominan PH iaitu DAP kerana ada jangkaan berlaku kaedah 'Lompat Parti' dari PKR ke parti lain. Setiap sokongan amat kritikal bagi Anwar bukan sahaja untuk memastikan gelaran 'BAKAL' dipadamkan malah untuk memastikan Mahathir TIDAK LAGI MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN selepas pencen kali kedua.

Sunday, 24 February 2019

PRK SEMENYIH - "PAKATAN HARAPAN UMPAMA MACAU SCAM, JANJI TINGGI BAK GUNUNG HASIL HAMPEH" - PENIAGA SEMENYIH

Peniaga Kecil Umpamakan Pakatan Harapan Seperti 'Judi Online'


Pada 2 Mac 2019, para pengundi N24 Semenyih akan membuat keputusan siapakah Adun yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Kempen yang memasuki hari ke-9 menonjolkan pelbagai cerita pengundi dari segenap lapisan.


Seorang peniaga air kelapa yang ditemui di Batu Sesapan Rembau memberikan reaksi yang sangat berbeza apabila di tanya mengenai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Beliau menyifatkan PH membawa imej 'Macau Scam' berikutan persamaan menepati imej PH sendiri. Apabila ditanya mengapa berpendapat demikian beliau berkias sambil memberi contoh.

"mereka (PH) bercerita pelbagai janji sama macam skim judi online..tiada cerita kalah semua cerita menang besar tapi hakikat sesiapa yang terjebak akan kalah sebab tertipu dengan kisah menang besar yang dipromosi skim judi tersebut".

"samalah macam PH, mereka hanya cerita yang best saja tapi sekarang semua rakyat boleh tengok...apa hasil PH selama 10 bulan? semuanya hanya cantik pada permukaan...dasar? menipu saja PH ni."

Beliau turut mempersoalkan tindakan PH yang hanya memberi RM100 kepada golongan Bujang yang disifatkan tidak masuk akal. Kiasan paling bermakna yang beliau ungkapkan memberi kesan mendalam kepada penulis.

"kalau kita ada anak dan dah janji bila dapat gaji akan belanja anak ayam goreng terkemuka dan anak pula menghitung hari bila bapanya dapat gaji..tapi bila bapa dapat gaji lain pula cerita..diceritakan kepada anak bapa kena bayar duit kereta, bil api air dan segala hutang piutang sambil berharap anak akan memahami situasi bapa..macam tu laaa pakatan harapan. Dia janji macam macam bila sampai masa buat cerita sedih kena bayar hutang supaya kita (rakyat) tidak mendesak agar mereka tunaikan janji yang telah dibuat"

Benar kiasan peniaga kecil itu kerana situasi inilah yang sedang berlaku di bawah Pakatan Harapan. Malah calon mereka, Aiman Zainali ada berjanji jika beliau menang pada hari pengundian, semua masalah akan diselesaikan oleh Pakatan Harapan keesokannya. Itu baru 1 janji belum lagi janjinya mahu membina sebuah Hospital di Semenyih sedangkan hakikat sebenar yang terjadi ialah PH mengarahkan Klinik 1 Malaysia di tutup. 


Mana MARUAH PH bila peniaga kecil yang dahulunya penyokong PH kini semakin nampak kepincangan serta sifat menipu Pakatan Harapan? Benar juga kata kata beliau bahawa PH ini bolehlah diibaratkan sama macam Skim Judi Online.

Saturday, 23 February 2019

PRK SEMENYIH - PAKATAN HARAPAN KINI DALAM DILEMMA 'CELARU IDENTITI', PETANDA KONSPIRASI 'ENAU' SEMAKIN BERJAYA?




Enau Semakin Membelit Pakatan Harapan, 'Cah Keting' Sudah Pasti Berlaku



Bekas Presiden PKR Wan Azizah kini 'terpaksa' merayu pengundi Semenyih supaya memberi 'talian hayat' kepada Pakatan Harapan berikutan gelombang penolakan rakyat terhadap PH semakin ketara. Nada sama turut disuarakan Gobind Deo sambil meminta rakyat memberi peluang kepada mereka (PH) untuk menunaikan JANJI PRU yang dikemukakan. Apa alasan PH masih tidak menunaikan JANJI PRU14?  Dalam pemikiran sudah pasti ada 'Kambing Hitam' akan dipersalahkan dengan alasan Hutang Negara membebankan dan segalanya akan diletakkan pada bahu BN sedangkan mereka (PH) banyak melaksanakan perkara yang bertentangan dengan dakwaan 'Hutang Negara'.

Rakyat semakin keliru dengan apa yang berlaku dalam PH sekarang apabila terlalu banyak percanggahan kenyataan serta tindakan yang dilakukan Menteri Kabinet. Bagaimana mereka mampu jadi kerajaan yang kuat jika setiap kali mulut di buka pasti akan berlaku kekeliruan. Perlukah rakyat Semenyih memberikan kepercayaan lagi kepada mereka (PH)? Cukuplah sejak berlaku 'Tsunami' pada PRU12, Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PH) masih GAGAL melakukan perubahan selaras dengan JANJI MANIFESTO yang dibentangkan malah alasan belum menguasai Putrajaya (ketika itu) sepatutnya tidak wujud lagi selepas PRU14. 


Pengundi DUN N24 Semenyih boleh dikategorikan sebagai penduduk Sub-Bandar dan ada kalangan mereka merupakan penjawat awam. Kenyataan Perdana Menteri baru baru ini memberi 'Tamparan' hebat kepada golongan ini yang masih bergelut dengan kos sara hidup yang sepatutnya turun jika mengikut FORMULA PH namun berlaku sebaliknya. Andaikan mereka (Penjawat Awam) bertugas di Bandar selain Semenyih. Dengan TOL yang melingkari Semenyih beban kos membayar TOL akan terus menghantui penjawat awam di Semenyih. Apa yang MAMPU dilakukan PH selain hanya membuat kajian berkaitan TOL? Presiden PPBM telah mengeluarkan kenyataan akan ada pengumuman berkaitan TOL namun hingga hari ini masih belum diumumkan. Kenyataan Mahathir pula memberi igauan ngeri terhadap penjawat awam yang mempunyai komitmen dan bergantung pada pendapatan penjawat awam. Inikah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan Rakyat? Masih mahu akur dengan 'Cengkaman' PH atau memberi isyarat kepada Pakatan Harapan agar tidak terus meminggirkan rakyat dengan keputusan yang membelakangkan kepentingan semua?


Suasana kempen PRK Semenyih yang agak suram dikalangan komponen Pakatan Harapan agak pelik jika diteliti dengan baik. Jentera kempen yang didominasi PPBM pula kelihatan lebih menonjol daripada yang lain sekaligus menimbulkan tandatanya apakah yang sedang berlaku. Selain longgar dalam acara 'Turun Padang' siri ceramah PH pula tidak banyak menekankan perkembangan ekonomi yang akan dibawakan ke Semenyih. Malah jentera mahupun pemimpin komponen PH sendiri seperti tidak kelihatan berikutan kurang promosi dari PPBM sendiri. Ada kedengaran juga rungutan dari komponen menyatakan kerjasama jentera PPBM seperti 'Acuh Tak Acuh' dengan kehadiran jentera parti lain dan memandang sinis bantuan yang dihulurkan namun sejauh mana dakwaan tidak disahihkan. Adakah ini juga membawa pengertian bahawa PH kini dalam fasa 'Berkecamuk' dan sudah hampir pasti suara PPBM akan diketepikan pada PRK akan datang? Pastinya akan ada kenyataan menyanggah namun jika 'Enau' tetap 'Enau', ia pasti akan membelit dan membenamkan cengkaman pada pohon lain bagi membolehkan 'Pucuk Enau' dapat menjulur keluar dari rimbunan. Persoalannya dalam PAKATAN HARAPAN SIAPAKAH SEKARANG INI MENJADI ENAU?

Ada juga pendapat menyatakan Pakatan Harapan kini berdepan dengan konspirasi dalaman yang enggan melihat mana mana parti melebihi mana mana parti dan semuanya perlulah setara. Ini semuanya tidak memberi petanda yang bagus kepada pengundi Semenyih kerana sudah tentu kebaijikan serta perkembangan ekonomi Semenyih tiada dalam perancangan PH sebaliknya mereka (PH) lebih mementingkan kedudukan serta ego parti masing masing. Jadk dimanakah nilai Pengundi Semenyih di mata Pakatan Harapan? Adakah hanya berbekalkan GULA GULA dan JANJI maka pengundi Semenyih akan terpesona sekali lagi?


PRK SEMENYIH - KONSPIRASI, SURATAN ATAU KEBETULAN KARIER POLITIK PAKATAN HARAPAN KINI DI BUCU MEJA UTAMA?

Tangan 'Ghaib' Kocak Mangkuk Geluk 'Tilik Nasib' Pakatan Harapan


Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH. Tuding menuding atas kesilapan keputusan 'Siapa Meluluskan' sudah bermain di permukaan sejak penamaan calon Prk Semenyih. Bermula episod pertikaian dalaman yang enggan menerima calon dikemukakan PPBM hinggalah 'Ghaibnya' jentera komponen Pakatan Harapan dari medan perang Semenyih nampak semakin jelas.

Kerja keras PPBM mempromosi calon seperti tidak diendahkan DAP. Boleh dikatakan langsung tiada kenyataan daripada kepimpinan tertinggi DAP mengenai kredibiliti calon dan ini amat berbeza ketika calon DAP bertanding di Cameron Highlands. Malah kesanggupan Lim Kit Siang bermalam di Kg Simoi kerana mahu 'Menjual Produk DAP'  tidak terpamer di Semenyih dan dikatakan AMANAH selaku 'Sparring Partner' DAP juga lemau dalam kempen Semenyih. Hanya Azmin sebagai 'Orang Kanan' dalam Pakatan Harapan menampakkan kesungguhan siri kempen dan menyerang Najib (bukan calon) secara konsisten selain membawa 'umpan lama' PH sebelum ini sekadar menyedapkan ceramah. Kelangsungan Semenyih sebagai DUN tidak kedengaran kecuali 'Kerakusan' Aiman Zainali yang BERJANJI akan selesaikan masalah pada 3 Mac 2019 (Ahad) jika ditakdirkan menang pada 2 Mac 2019.

Mengapa berlaku semua ini dalam PH tatkala mahu mempertahankan 'EGO' di Semenyih bagi membuat rakyat percaya ikatan mereka utuh? Isu tajaan Da Ma Cai diikuti isu Bantuan Sara Hidup (BaSaH) Rm100 bagi golongan Bujang dan terbaru apabila harga bahan bakar (petrol) dinaikkan 10 sen seliter menampakkan sesuatu di luar jangkaan sedang berlaku dalam kem PH. Malah secara tiba tiba ada pemimpin tertinggi dalam tertentu dalam PH mula menuding apabila ada ura ura undi tidak percaya bakal terjadi dalam sidang Parlimen kelak. Ada juga kenyataan dari komponen PH menyatakan mereka sanggup keluar dari PH sekiranya pemimpin tertentu masih meneruskan rentak membawa masuk bekas Umno ke PH terutama bagi menguatkan PPBM. Secara terbuka Setiausaha DAP Selangor dan seorang Exco DAP Johor bersuara mengenai perkara tersebut dan ini telah menimbulkan 'Perang Dingin' dalam PH sendiri.


Kemelut ini seharusnya tidak membabitkan RAKYAT namun seperti semua maklum, kerajaan yang dibina atas sifat TAMAK KUASA tidak akan bertahan lama. Perebutan 'Status Quo' bagi mana mana parti dalam PH amat penting bagi memastikan survival parti terus bertahan hingga akhir penggal mandat pilihanraya. Bagaimanapun kepentingan RAKYAT tidak diumpamakan oleh PH yang saling 'Tikam Menikam' dalam perebutan menjadi 'DOMINAN' dalam kumpulan mereka. Lebih mementingkan jumlah kerusi selain 'Projek Kroni' sebagaimana permintaan Naib Presiden PPBM, kini menyusun rantaian 'Hayat' kelihatan jelas dalam pentadbiran PH. Jadi dimanakah kedudukan RAKYAT di mata mereka?