Saturday, 3 December 2016

#Pau2016 - NAJIB TIDAK GADAI MALAYSIA, PATAHKAN FITNAH PEMBANGKANG.

Intipati penggulunggan Perhimpunan Agung Umno 2016(PAU2016) berjaya menyampaikan mesej dari akar umbi kepada pimpinan tertinggi Umno yang berakhir pada 3Disember 2016.

Presiden Umno,Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menggulung ucapan seperti tradisi Umno sebelum ini menyentuh isu Rohingya dalam awal ucapan menyatakan beliau akan hadir mewakili 3 juta ahli Umno ke himpunan Solidariti Rohingya esok. Atas sangat kemanusiaan beliau akan bersama rakyat lain menyatakan isu Myanmar bukan mahu mencampuri urusan Myanmar tetapi cara pembunuhan beramai ramai di sana bukan cara negara Asean dan beliau akan tetap dengan pendirian Malaysia mengutuk kekejaman yang terjadi kepada etnik tersebut.

Turut menyentuh 'kaki menghasut' tayangan video Rafizi berkaitan pengakuannya bahawa pembangkang memang menghasut rakyat bagi menimbulkan kebencian terhadap Umno dan laras 'senapang' hanya ditujukan kepadanya selaku Presiden Umno.
"kalau saya terlibat dengan Altantuya,sudah tentu isteri saya(Rosmah) buat sesuatu kepada saya,tuduh pula bab cincin kemudian dah kata gurau pulak"

Najib turut mengaku ada kelemahan tetapi perbuatan pembangkang yang hanya menyerangnya dengan isu yang tidak punya bukti. "Samanlah Barry" merujuk kepada Mahathir yang suka menyerang tanpa bukti. Mencabar pihak sana buktikan kemampuan bagi menyaingi keampuhan Umno membantu rakyat selama ini.

Beliai juga menyeru pemimpin agar mengambil tahu dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat yang dilontarkan selama 5 hari mereka berkampung di PWTC. Najib mahu semua pihak bersedia dengan rungutan rakyat yang mungkin kurang memahami cara kerajaan menguruskan ekonomi negara dengan membangunkan pelbagai cara termasuk projek besar yang di rangka bagi kesenangan rakyat kelak. Pelaburan besar yang dilakukan kerajaan kini adalah untuk masa depan Malaysia yang lebih terjamin demi kesenangan rakyat di masa hadapan.

Merujuk kepada ucapan wakil Johor, beliau memberitahu inilah dasar yang beliau bawakan untuk perkembangan ekonomi alaf baru. "Ekonomi mesti berkembang 50%,bukan 30% dan ini adalah untuk pemerkasaan bumiputera". "Saya mahu orang Melayu berniaga di tengah tengah bangunan besar dan bukan lagi di lorong lorong, saya mahu serah sendiri kepada mereka".

Menyentuh kebolehan orang Melayu yang hebat,Najib akui kekurangan dari bilangan orang Melayu dalam persaingan korporat, tujuan ekonomi alaf baru yang di rancang adalah untuk menyediakan orang Melayu untuk bersaing setara dengan golongan lain bukan sahaja dalam Malaysia tetapi bersaing dengan dunia. Berkaitan isu minyak sawit,Najib telah meminta pihak yang bertanggungjawab membawa masuk lebih banyak minyak sawit agar tidak menjadi masalah kepada rakyat.

"Saya tidak gadaikan Malaysia, saya Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab atas rakyat Malaysia, jadi mengapa kata saya gadai Malaysia?"

Thursday, 1 December 2016

#PAU2016 - BANGKIT ATAU LEMAU, SAYAP PERLU BUKTIKAN KEMAMPUAN BANTU KEMENANGAN






SEMANGAT PRU14 MENGUASAI PAU2016 - PERWAKILAN MUNGKIN MINTA NAJIB UMUM SEGERA

Persidangan Agung Umno 2016 menyaksikan kebangkitan semangat perjuangan yang ditiupkan Presiden Umno sendiri bagi menyedarkan ahli agar bersedia untuk 'berperang' bagi mengekalkan Umno selaku parti unggul orang Melayu. Bernostalgia sebentar bagaimana liku liku yang pernah dihadapi ketika kesetiaan beliau di uji, Najib mengingatkan perwakilan betapa penting Setia kepada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syariat. Malah menoleh sebentar ke zaman Rasulullah bagi mengambil contoh kesetiaan banyak membuka minda perwakilan dan rakyat yang mengikuti ucapan beliau secara langsung di televisyen.

Nada yang agak berbeza dalam ucapan ini seperti memberi isyarat agar Umno bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Ke-14 yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Menyentuh kepentingan semua sayap parti serta memberi ingatan supaya bekerja keras, semua ini meninggalkan tanda tanya PRU14. Keupayaan Wanita Umno turut mendapat pujian dari Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu 2 sayap Umno mengambil iktibar dari cara Wanita bekerja mendekati rakyat. Mungkin juga ini sebagai 'teguran keras' terhadap 2 sayap ini yang agak ketinggalan dalam mendekati anak muda tidak seperti pihak lawan yang sentiasa membuat program turun padang tanpa protokol mendekati serta memenangi hati anak muda.

Intipati dari ucapan Presiden juga terselit 'sindiran' tajam terhadap mantan serta ahli Umno yang kini sudah 'tidur sebantal' dengan pembangkang malah mereka boleh dikatakan lebih pembangkang dari pembangkang. Serangan bertali arus hingga kisah peribadi pemimpin di jaja Mahathir dalam siri jelajahnya serata Malaysia turut di bidas kerana sudah melupakan prinsipnya selama berkuasa 22 tahun lalu.

Secara tidak langsung amanat Presiden siang tadi meninggalkan kesan yang mendalam apabila Najib membacakan sendiri doa sebelum mengakhiri ucapan sekaligus menyentuh naluri mereka yang telah 'tersesat' dalam perjuangan parti. Meneliti ucapan Presiden yang mahu semua pihak dalam Umno kembali bangkit setelah 'bergelora' dengan hasutan dari Mahathir dan konco konconya, Najib sebenarnya sudah mula menunjukkan 'kuku politik' yang sebenar. Amaran 'Keras dalam Lembut' kedengaran seperti beliau lemah namun sebenarnya pendekatan Najib terlalu 'bijak' untuk di baca walau mentornya sendiri iaitu Tun Mahathir Mohammed.

Tidak akan mengejutkan akan ada perwakilan yang akan berbahas esok berbicara dalam nada keras dan tidak mengikuti teks yang tersedia kerana teruja dengan apa yang telah disampaikan Najib semasa perasmian Persidangan Agung Umno 2016. Menyahut seruan Presiden agar ahli Umno terus mara dan kembali kuat, sudah kedengaran ada perwakilan merombak kembali teks ucapan perbahasan mereka dan mahu bersama Presiden menghadapi musuh musuh Umno dalam PRU14. Besar kemungkinan perwakilan akan meminta agar PRU dipercepatkan supaya musuh tidak dapat melakukan lebih banyak kerosakan terhadap minda pengundi. Siapa tahu mungkin Najib akan terbuka hati untuk mengumumkannya sebelum PAU2016 berakhir?


Wednesday, 30 November 2016

UMNO KULAI TIADA WANG BANTU AHLI SETIA - KETUA PEMUDA CAWANGAN HADAPI MASALAH BERSENDIRIAN







SETIA DENGAN UMNO WALAU MOHON BANTUAN TIDAK DI LAYAN.

Anak syarikat Khazanah Holdings, Themed Attractions Resorts And Hotels dikenali sebagai Cameron Highlands Sdn Bhd bertindak membuang pekerja secara 'halus'. Sebagai sebuah anak syarikat korporat ternama tindakan membuang pekerja dilakukan tanpa sebab munasabah.

Antara yang menerima nasib buruk tersebut ialah saudara Zamri Bin Senin yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Umno Kampung Seri Sempurna, Bahagian Kulai Johor. Beliau yang telah berkhidmat dalam syarikat tersebut selama setahun sebagai 'Assistant Vice President Project Development' diberhentikan atas kerenah 'Industrial Court'. Syarikat yang bertindak menganggukan pengesahan jawatan beliau selama setahun tidak memberi apa apa alasan memberhentikan beliau dari tugasannya.

Selama 23 tahun beliau memberi khidmat untuk Umno dan kini apabila beliau di timpa kesusahan, segala jasanya tidak di pandang. Memegang nombor keahlian 03341953, Zamri tidak pernah beralih arah politik walau di landa masalah dan ini membuktikan semangatnya untuk parti tidak pernah luntur.

Beliau yang menyara ibu dan ibu mertua yang sedang terlantar sakit serta 4 orang anak yatim, pernah meminta bantuan Baitulmal Johor tetapi tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan tiada sebarang jawapan diberikan kepada beliau. Tidak mengalah, beliau cuba meminta dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor dan Ketua Umno Bahagian Kulai namun hasilnya mengecewakan.

Di temui dalam Persidangan Agung Umno 2016 di Putra World Trade Centre, beliau buntu untk meluahkan masalah yang dihadapi. Selain bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga, beliau juga sedang menderita penyakit 'GAD' (Generalized Anxitty Disorder) atau pun panik melampau.

Beliau yang berada di PWTC untuk mengikuti PAU2016 sehingga 4 Disember 2016 sedang mencari pekerjaan selain mengikuti sidang Umno. Semangat perjuangan beliau untuk parti tidak pernah luntur walau menghadapi pelbagai dugaan. 

Mungkinkah masih ada sinar buat saudara Zamri yang kini masih berjuang untuk keluarganya dan peluang pekerjaan berikutan segala wang simpanannya telah habis diperuntukkan bagi kebajikan keluarganya selain berjuang untuk Umno Johor.

Tuesday, 29 November 2016

LIM KIT SIANG AKUI BERSIH TERIMA DANA SOROS - BERANIKAH DAP PULA DEDAH SUMBER DANA MEREKA?




KIT SIANG AKUI DANA BERSIH DARI SOROS - BERANIKAH DAP DEDAH SUMBER DANA MEREKA?


Lim Kit Siang yang cuba membela Pengerusi BERSIH Maria Chin jelas mengakui bahawa BERSIH telah menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang diketahui dinaungi oleh George Soros. Dalam satu kenyataan Kit Siang di Tawau, beliau mempersoalkan mengapa Maria di tahan pihak berkuasa kerana menerima dana dari OSF bagi menjalankan siri demonstrasi jalanan.

Kit Siang cuba mengalih perhatian rakyat apabila mempersoalkan mengapa Perdana Menteri yang mengakui menerima 'derma' daripada kerabat DiRaja Arab tidak di tahan pihak berkuasa sedangkan siasatan pihak Amerika Syarikat mendapati wang 'derma' tersebut diselewengkan. Ahli Parlimen Gelang patah itu mungkin telah dijangkiti virus 'Mahadey' kerana lupa bahawa pihak penyiasat Amerika kemudiannya telah menarik balik dakwaan penyelewengan tersebut.

Persoalan yang timbul kini ialah mengapa Lim Kit Siang tidak berani mengakui DAP pernah menerima Dana dari pihak Israel sepertimana di dakwa oleh bekas ahlinya sendiri, Mohammed Razali dan perkara itu telah didedahkan dalam bentuk audio visual. Dana sebanyak RM1.2 billion yang di dakwa Razali disalurkan kepada DAP bagi parti tersebut gunakan untuk menumbangkan kerajaan BN tidak pernah dinafikan oleh Kit Siang malah beliau tidak berani mengheret bekas ahli DAP itu ke Mahkamah bagi membuktikan DAP tidak menerima sebarang dana dari pihak Zionis. 

Dalam dakwaan tersebut, Razali juga telah membongkar latihan yang mereka terima dari pasukan perisik Israel untuk meracuni minda rakyat agar menolak kerajaan Barisan Nasional. Benarkah dakwaan Razali hingga Kit Siang tidak berani mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan nama DAP? Mengapa mantan Setiausaha Agung DAP itu begitu bersemangat membela Maria jika parti sekular sosialis itu tidak terlibat dengan pihak Zionis? Kit Siang turut cuba mempersoalkan tindakan lewat pihak berkuasa menyediakan pelbagai kemudahan bagi Maria sepanjang penahanannya. Mengapa Maria perlu diberikan layanan istimewa sedangkan BERSIH secara terang menerima dana dari OSF bagi menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang telah di pilih secara demokrasi?



Cuba bermain sentimen, Kit Siang turut mempersoalkan prosedur penahanan Maria di bawah Akta SOSMA yang menggantikan Akta ISA. Beliau sebenarnya tahu jika Akta ISA masih lagi wujud, Maria tentunya akan menerima nasib sama seperti beliau sewaktu di tahan dalam Ops Lalang ketika zaman Penasihat Parti Pribumi Bersatu, Tun Mahathir memerintah yang memperuntukkan hukuman tahanan tanpa pendakwaan selama 2 tahun di Kem Kamunting.

Jelas sekali Kit Siang sudah hilang 'taring' apabila sentiasa mahu menjadi 'jagoan' dalam setiap isu yang melibatkan kepentingan pembangkang. Cara beliau mempertahankan Maria boleh di anggap sebagai satu bentuk persefahaman antara parti politik dan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana mana parti politik sedangkan rakyat telah melihat penglibatan DAP dalam setiap demonstrasi jalanan melibatkan parti pembangkang sebagai teraju utama mereka.

Jelas sekali pembohongan BERSIH yang sering melaungkan mereka hanyalah sebuah NGO tetapi dalam masa yang sama turut menjadi lidah rasmi pembangkang untuk usaha usaha menjatuhkan kerajaan menerusi gaya 'Arab Spring' yang dikatakan turut dibiayai oleh pihak Zionis untuk meruntuhkan peradaban sesebuah negara Islam. Rakyat sudah bijak menilai segala pembohongan ini dan telah diterjemahkan apabila BERSIH 5 hanya berjaya mengumpulkan seramai 15,500 orang mengikut laporan rasmi PDRM.

Beranikah DAP mendedahkan sumber dana mereka kepada umum sepertimana dilakukan Najib? Adakah benar dakwaan Razali bahawa DAP sebenarnya mempunyai perancangan tertentu apabila menerima hingga berbillion ringgit dari Zionis hanya untuk menjatuhkan kerajaan?

Pengakuan Kit Siang mengenai dana BERSIH yang di terima dari OSF : SINI

Sumber bacaan berkaitan OSF boleh di baca di SINI








Monday, 28 November 2016

MESRA TERIMA KUCUPAN - WAN AZIZAH 'RELA' ATAU 'SUKA'?

Dua keping foto Presiden PKR Wan Azizah telah menerima kejutan istimewa apabila beliau di cium oleh peserta BERSIH 5. Foto tersebut jelas menunjukkan pelaku itu seorang lelaki yang tidak diketahui identiti serta bangsa.

Dipercayai lelaki tersebut berbuat demikian kerana 'obses' dengan Wan Azizah dan begitu teruja apabila berkesempatan bertemu dengan isteri Anwar Ibrahim yang masih meringkuk dalam penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Dalam satu lagi foto kelihatan seperti Nurul Izzah turut berada di lokasi sama apabila Wan Azizah menerima kucupan mesra dari individu yang dikatakan berbangsa cina. Namun beliau seolah merestui perbuatan tersebut atas dasar kebebasan sepertimana dilaungkan dalam kempen BERSIH sebelum ini.

Apakah tindakan individu tersebut direstui Anwar Ibrahim? Jika inilah kebebasan yang diimpikan BERSIH maka tidak hairan andai pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, perkahwinan sesama jenis pun akan diluluskan mereka atas nama kebebasan manusia.

Foto ini secara tidak sedar mencemar imej Wan Azizah yang selama ini digambarkan sebagai seorang yang Setia kepada suaminya walaupun didapati bersalah kerana meliwat. Apa yang berlaku dalam foto tersebut jelas sekali menunjukkan pembangkang sanggup menggadai apa sahaja asalkan matlamat dan nafsu mereka tercapai.

LAGI KLIP VIDEO KEKEJAMAN PESERTA BERSIH 5 - INIKAH NILAI BERSIH 5?

Satu rakaman video dari facebook didapati amat mengejutkan. Seorang individu berbangsa Cina sedang membelasah seorang individu lain dipercayai bangsa asing dalam sebuah bilik.

Seorang lagi individu yang memakai baju BERSIH 5 hanya memerhati manakala perakam video berkenaan tidak berbuat apa apa.

Baru baru ini negara telah digemparkan dengan satu klip video yang menjadi viral di laman sosial apabila sepasang suami isteri telah menghalang seorang penguatkuasa MBSA dari menjalankan tugas. Pasangan iti telah di tahan pihak berkuasa dan di heret ke Mahkamah serta dijatuhi hukuman penjara 14 hari serta denda RM3000.00.

Dalam rakaman video Friends Of Ahmad Maslan ini jelas sekali individu Cina tersebut tanpa belas kasihan memukul dengan menggunakan senjata dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Berdurasi selama 40 saat jelas sekali video ini menunjukkan sikap kejam pelaku terhadap mangsa. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara tersebut bagi mengelakkan ia memdatangkan kemarahan netizen.

Video berkenaan boleh di tonton di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=567889030075691&id=335432279988035 

Saturday, 26 November 2016

BENARKAH MAHATHIR ARAH TAIKUN CINA BELI SENJATA API SEBAGAI BALAS JASA PEMBERIAN PROJEK KERAJAAN?

Seorang pemain media sosial telah membuat dakwaan bekas Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir telah mengarahkan 'taikun cina' agar membeli senjatapi berat untuk dibekalkan ke Bosnia Herzegovina semasa krisis berlaku di tempat itu.

Status menggunakan nama Azmi Othman mendakwa Mahathir waktu itu selaku PM telah meminta taikun cina yang pernah menerima projek dari kerajaan agar membeli sejumlah senjatapi berat untuk di hantar ke negara Balkan bagi membantu pejuang Bosnia mempertahankan diri dari serangan pihak lain.

Benarkah dakwaan ini berlaku dan secara tidak langsung Azmi mendakwa Mahathir sememangnya mengamalkan konsep 'kronisme' semasa pentadbirannya apabila secara jelas menyatakan taikun cina yang menerima projek kerajaan pada waktu itu?

Dakwaan ini mengelirukan kerana Kementerian Pertahanan mempunyai prosedur mereka dalam urusan pembelian senjatapi namun dakwaan ini menunjukkan Mahathir menyalahgunakan kuasa eksekutif sebagai Perdana Menteri. Turut menimbulkan persoalan adakah Mahathir juga telah memberi projek khas kepada taikun cina tertentu bagi 'membalas budi' mereka mengikut arahan beliau?

Dengan dakwaan Azmi Othman ini beliau secara sedar telah memalukan Mahathir dengan dakwaan beliau mengenai penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) yang mendakwa Najib menyalahguna kuasa sedangkan beliau melakukan lebih dari penyalahgunaan kuasa dengan dakwaan Azmi ini.

Benarkah Mahathir bela kroni? Benarkah dakwaan Azmi mengenai Mahathir? Siapakah taikun cina yang dimaksudkan Azmi dalam status beliau ini? Beranikah Azmi tampil menjelaskan perkara sebenar jika ianya berada dalam pengetahuannya selama ini? Mengapa beliau tidak berani membongkar perkara ini semasa Mahathir berkuasa?

Friday, 25 November 2016

'GERAKAN TAMBUN' TOLAK BN DINAUNGI SIAPA?

Satu gerakan menolak kepimpinan BN di Tambun sedang rancak berlangsung sekarang dan dipercayai didalangi oleh seseorang yang mempunyai pengaruh kuat di Parlimen tersebut.

Mula menggerakkan siri ceramah mengajak rakyat menolak kepimpinan BN dalam PRU14 akan datang, ia turut disertai seorang Ketua Penaja Pemuda Cawangan Umno Ulu Chemor yang kini dikatakan telah beralih sokongan ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM). Difahamkan beliau masih tidak berani mengisytiharkan diri keluar dari Umno bagi memastikan kedudukannya dalam Umno tidal tergugat dan akan menjadi 'agen talam dua muka' bagi menyalurkan apa juga maklumat mengenai Umno kepada PPBM dan individu yang menggerakkan ' Gerakan Tolak BN'.

Tidakkah Ketua Pemuda Umno Perak menyedari hal ini atau ada arahan tertentu bagi mengabaikan isu ini? Gerakan yang di taja oleh individu berpengaruh ini berbahaya untuk kedudukan DUN Perak yang hanya memperolehi majoriti tipis pada PRU13.

Beranikah KPC Penaja Ulu Chemor dedahkan siapakah dalang dibelakang gerakan ini?

Mohd Husni bin Md Haassan merupakan KPC Penaja Ulu Chemor masih tidak berani menyatakan pendiriannya terhadap Presiden Umno dan Umno Perak namun beliau dipercayai kini bergerak untuk PPBM dan penaja gerakan tersebut.

Umno Perak perlu tegas dalam mengambil tindakan segera menyekat gerakan dalang ini sebelum semuanya terlambat. Adakah mereka rela di perintah Pakatan Harapan sekali lagi dan bersedia kehilangan segalanya kerana terlalu selesa dalam politik Perak?

DAP TAWAR 'RASUAH' LINDUNGI 'PENGANUT' BERSIH - ARAH PENGUATKUASA MBSA TARIK BALIK LAPORAN POLIS?

Menurut laporan portal negarapakatanrakyat, ADUN Seri Kembangan dari DAP menawarkan sejumlah wang gantirugi kepada penguatkuasa MBSA yang telah dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan biadap. Dalam klip video yang viral dalam media sosial, pasangan tersebut jelas telah melakukan kesalahan serius terhadap penguatkuasa wanita MBSA serta mendatangkan trauma terhadapnya.

Adakah benar ADUN DAP itu menggunakan kuasa politik bagi mengenakan tekanan terhadap MBSA demi melindungi 'penganut' BERSIH yang dikenali sebagai William dan pasangannya? Jika dakwaan itu benar maka jelas sekali DAP sememangnya sebuah parti yang mengamalkan rasuah seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghadapi tuduhan rasuah dalam Mahkamah kerana pembelian sebuah  banglo.

Menurut laporan negarapakatanrakyat Kerajaan negeri yang di ketuai PKR pula di dakwa mendesak MBSA supaya laporan polis terhadap dua individu tersebut di tarik balik atau penguatkuasa wanita itu akan menghadapi tindakan tatatertib kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan DAP serta BERSIH.

Adakah maruah seorang wanita yang secara jelas telah dicabuli semurah gantirugi yang ditawarkan DAP? Mengapa PKR tunduk dengan desakan tersebut? Netizen yang telah menonton video tersebut ternyata berang dengan tindakan pasangan yang juga merupakan penyokong kuat DAP. Mereka telah meluahlan kemarahan dalam laman sosial tanpa mengira bangsa kerana tidak dapat menerima tindakan biadap pasangan Cina terhadap wanita Melayu. Tidak kurang juga kaum Cina turut mengecam pasangan terbabit kerana tidak menghormati tugas seorang penguatkuasa yang hanya menjalankan tugasan yang diamanahkan.

Adakah ini sebenarnya yang rakyat Malaysia impikan? BERSIH ternyata mempengaruhi minda masyarakat agar tidak mempedulikan undang undang kerana berpendapat kebebasan adalah penting hingga membolehkan sesiapa sahaja melanggarnya atas nama 'hak kebebasan manusia'. Jelas sekali Ambiga, Maria Chin serta pemimpin pembangkang gagal mendidik pengikut mereka untuk menghormati sesama rakyat. Inilah ajaran BERSIH yang sebenarnya mahu diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pautan kepada laporan portal boleh di akses di : http://www.negarapakatanrakyat.com/2016/11/25/video-viral-mbsa-arah-kakitangannya-tarik-balik-laporan-polis-dakwa-hanya-salah-faham-berkaitan-uniform/

PASANGAN BIADAP RUPANYA 'PENGANUT' BERSIH - PEMIMPIN PEMBANGKANG HILANG "TELUR" TIDAK BERANI ULAS SIKAP KURANG AJAR PASANGAN








PASANGAN BIADAP RUPANYA PENYOKONG KUAT BERSIH DAN DAP - APA KOMEN PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN BERSIH?

Berikutan satu klip video dua individu yang menghalang tugas seorang penguatkuasa yang viral di laman media sosial, pasangan terbabit telah di tahan pihak berkuasa semalam. Pasangan terbabit di lihat secara jelas dalam rakaman video telah melanggar undang undang serta melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap penguatkuasa wanita yang hanya menjalankan tugasnya.

Netizen yang marah dengan perbuatan pasangan itu meluahkan perasaan mereka di laman media sosial peribadi serta telah di kongsi oleh ramai lagi. Kemarahan ini seakan tidak lagi dapat di bendung kerana sikap biadap pasangan tersebut terhadap penguatkuasa wanita.

Dalam pada itu, netizen berjaya menyelidik facebook salah seorang dari pasangan biadap dan mendapati individu lelaki dalam rakaman klip tersebut merupakan penyokong kuat BERSIH 5 baru baru ini. Menggunakan nama William Lor, tindakannya yang menghalang pergerakan penguatkuasa wanita telah menimbulkan kemarahan netizen kerana mereka berpendapat William cuba mengambil kesempatan menyentuh tubuh wanita tersebut secara langsung. Walau menggunakan alasan mahu mengambil sekeping foto dipercayai untuk digunakan bagi memburukkan imej penguatkuasa terbabit, William tidak sepatutnya menggunakan fizikalnya sebagai penghalang laluan apabila penguatkuasa wanita itu mahu beredar dari lokasi.

Jelas sekali BERSIH 5 yang mempromosi 5 tuntutan tidak mengajar penyokong mereka menghormati Undang Undang dan berpendapat apa sahaja boleh mereka lakukan atas nama 'kebebasan' dan 'humanity rights' yang selama ini BERSIH perjuangkan. William sebagai penyokong kuat BERSIH cuba menerapkan ajaran tersebut seperti yang boleh di tonton dalam klip tersebut.

Inikah perjuangan BERSIH selama ini? Melanggar undang undang serta mencabul wanita merupakan sebahagian perjuangan mereka dan diterapkan kepada penyokong agar berani melakukan apa sahaja kerana 'hak kebebasan bersuara' di jamin oleh BERSIH dan SUHAKAM?

Pemimpin pembangkang tidak berani mengulas kejadian BIADAP pasangan terbabit kerana mereka merupakan penyokong BERSIH? Lebih lagi apabila mengetahui pasangan terbabait adalah penyokong DAP? Mengapa pemimpin pembangkang menjadi 'double standard' dalam mengulas apa yang boleh dikatakan sebagai pencabulan tugas penjawat awam? Mana Tony Pua, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Husam Musa, Mahathir, Muhyiddin Yassin, Ambiga, Wan Azizah, Azmin Ali, Rafizi yang tidak memberi apa apa komen mengenai tindakan 'kurang ajar' pasangan ini? Bukankah nama nama di atas merupakan antara yang terbabit dalam BERSIH 5 pada 19 November 2016? Takut mengeluarkan kenyataan kerana pasangan adalah dari penyokong DAP yang di anggap sebagai 'DEWA' Pakatan Harapan?

Pasangan terbabit sememangnya perlu diberikan pengajaran bagi mereka memahami apa itu Kedaulatan Undang Undang dan menghormati 'HAK' rakyat di luar sana yang cuba BERSIH cabuli dengan pemikiran baru mereka. Malaysia masih sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berpelembagaan dan tidak akan sewenang-wenangnya tunduk kepada apa yang BERSIH perjuangkan. Pasangan ini perlu tahu kemarahan netizen terhadap mereka tidak boleh di tahan cuma di khuatiri pasangan tersebut hanya akan menyebabkan 'api kemarahan' rakyat terhadap BERSIH menyala dan membakar seluruh negara.





Biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan biadap ini dan rakyat seharusnya tidak mengambil tindakan di luar batas undang undang negara. Cuma pemimpin pembangkang khususnya perlu bertanggungjawab kerana merkea adalah penyebab sikap biadap pasangan ini terjadi dan BERSIH juga perlu memikul tanggungjawab ini keran kempen kempen mereka telah membuat pasangan ini lupa apa itu Perlembagaan Negara dan Kedaulatan Undang Undang.