Tuesday 29 November 2016

LIM KIT SIANG AKUI BERSIH TERIMA DANA SOROS - BERANIKAH DAP PULA DEDAH SUMBER DANA MEREKA?




KIT SIANG AKUI DANA BERSIH DARI SOROS - BERANIKAH DAP DEDAH SUMBER DANA MEREKA?


Lim Kit Siang yang cuba membela Pengerusi BERSIH Maria Chin jelas mengakui bahawa BERSIH telah menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang diketahui dinaungi oleh George Soros. Dalam satu kenyataan Kit Siang di Tawau, beliau mempersoalkan mengapa Maria di tahan pihak berkuasa kerana menerima dana dari OSF bagi menjalankan siri demonstrasi jalanan.

Kit Siang cuba mengalih perhatian rakyat apabila mempersoalkan mengapa Perdana Menteri yang mengakui menerima 'derma' daripada kerabat DiRaja Arab tidak di tahan pihak berkuasa sedangkan siasatan pihak Amerika Syarikat mendapati wang 'derma' tersebut diselewengkan. Ahli Parlimen Gelang patah itu mungkin telah dijangkiti virus 'Mahadey' kerana lupa bahawa pihak penyiasat Amerika kemudiannya telah menarik balik dakwaan penyelewengan tersebut.

Persoalan yang timbul kini ialah mengapa Lim Kit Siang tidak berani mengakui DAP pernah menerima Dana dari pihak Israel sepertimana di dakwa oleh bekas ahlinya sendiri, Mohammed Razali dan perkara itu telah didedahkan dalam bentuk audio visual. Dana sebanyak RM1.2 billion yang di dakwa Razali disalurkan kepada DAP bagi parti tersebut gunakan untuk menumbangkan kerajaan BN tidak pernah dinafikan oleh Kit Siang malah beliau tidak berani mengheret bekas ahli DAP itu ke Mahkamah bagi membuktikan DAP tidak menerima sebarang dana dari pihak Zionis. 

Dalam dakwaan tersebut, Razali juga telah membongkar latihan yang mereka terima dari pasukan perisik Israel untuk meracuni minda rakyat agar menolak kerajaan Barisan Nasional. Benarkah dakwaan Razali hingga Kit Siang tidak berani mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan nama DAP? Mengapa mantan Setiausaha Agung DAP itu begitu bersemangat membela Maria jika parti sekular sosialis itu tidak terlibat dengan pihak Zionis? Kit Siang turut cuba mempersoalkan tindakan lewat pihak berkuasa menyediakan pelbagai kemudahan bagi Maria sepanjang penahanannya. Mengapa Maria perlu diberikan layanan istimewa sedangkan BERSIH secara terang menerima dana dari OSF bagi menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang telah di pilih secara demokrasi?



Cuba bermain sentimen, Kit Siang turut mempersoalkan prosedur penahanan Maria di bawah Akta SOSMA yang menggantikan Akta ISA. Beliau sebenarnya tahu jika Akta ISA masih lagi wujud, Maria tentunya akan menerima nasib sama seperti beliau sewaktu di tahan dalam Ops Lalang ketika zaman Penasihat Parti Pribumi Bersatu, Tun Mahathir memerintah yang memperuntukkan hukuman tahanan tanpa pendakwaan selama 2 tahun di Kem Kamunting.

Jelas sekali Kit Siang sudah hilang 'taring' apabila sentiasa mahu menjadi 'jagoan' dalam setiap isu yang melibatkan kepentingan pembangkang. Cara beliau mempertahankan Maria boleh di anggap sebagai satu bentuk persefahaman antara parti politik dan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana mana parti politik sedangkan rakyat telah melihat penglibatan DAP dalam setiap demonstrasi jalanan melibatkan parti pembangkang sebagai teraju utama mereka.

Jelas sekali pembohongan BERSIH yang sering melaungkan mereka hanyalah sebuah NGO tetapi dalam masa yang sama turut menjadi lidah rasmi pembangkang untuk usaha usaha menjatuhkan kerajaan menerusi gaya 'Arab Spring' yang dikatakan turut dibiayai oleh pihak Zionis untuk meruntuhkan peradaban sesebuah negara Islam. Rakyat sudah bijak menilai segala pembohongan ini dan telah diterjemahkan apabila BERSIH 5 hanya berjaya mengumpulkan seramai 15,500 orang mengikut laporan rasmi PDRM.

Beranikah DAP mendedahkan sumber dana mereka kepada umum sepertimana dilakukan Najib? Adakah benar dakwaan Razali bahawa DAP sebenarnya mempunyai perancangan tertentu apabila menerima hingga berbillion ringgit dari Zionis hanya untuk menjatuhkan kerajaan?

Pengakuan Kit Siang mengenai dana BERSIH yang di terima dari OSF : SINI

Sumber bacaan berkaitan OSF boleh di baca di SINI








No comments:

Post a Comment