Thursday 1 December 2016

#PAU2016 - BANGKIT ATAU LEMAU, SAYAP PERLU BUKTIKAN KEMAMPUAN BANTU KEMENANGAN






SEMANGAT PRU14 MENGUASAI PAU2016 - PERWAKILAN MUNGKIN MINTA NAJIB UMUM SEGERA

Persidangan Agung Umno 2016 menyaksikan kebangkitan semangat perjuangan yang ditiupkan Presiden Umno sendiri bagi menyedarkan ahli agar bersedia untuk 'berperang' bagi mengekalkan Umno selaku parti unggul orang Melayu. Bernostalgia sebentar bagaimana liku liku yang pernah dihadapi ketika kesetiaan beliau di uji, Najib mengingatkan perwakilan betapa penting Setia kepada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syariat. Malah menoleh sebentar ke zaman Rasulullah bagi mengambil contoh kesetiaan banyak membuka minda perwakilan dan rakyat yang mengikuti ucapan beliau secara langsung di televisyen.

Nada yang agak berbeza dalam ucapan ini seperti memberi isyarat agar Umno bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Ke-14 yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Menyentuh kepentingan semua sayap parti serta memberi ingatan supaya bekerja keras, semua ini meninggalkan tanda tanya PRU14. Keupayaan Wanita Umno turut mendapat pujian dari Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu 2 sayap Umno mengambil iktibar dari cara Wanita bekerja mendekati rakyat. Mungkin juga ini sebagai 'teguran keras' terhadap 2 sayap ini yang agak ketinggalan dalam mendekati anak muda tidak seperti pihak lawan yang sentiasa membuat program turun padang tanpa protokol mendekati serta memenangi hati anak muda.

Intipati dari ucapan Presiden juga terselit 'sindiran' tajam terhadap mantan serta ahli Umno yang kini sudah 'tidur sebantal' dengan pembangkang malah mereka boleh dikatakan lebih pembangkang dari pembangkang. Serangan bertali arus hingga kisah peribadi pemimpin di jaja Mahathir dalam siri jelajahnya serata Malaysia turut di bidas kerana sudah melupakan prinsipnya selama berkuasa 22 tahun lalu.

Secara tidak langsung amanat Presiden siang tadi meninggalkan kesan yang mendalam apabila Najib membacakan sendiri doa sebelum mengakhiri ucapan sekaligus menyentuh naluri mereka yang telah 'tersesat' dalam perjuangan parti. Meneliti ucapan Presiden yang mahu semua pihak dalam Umno kembali bangkit setelah 'bergelora' dengan hasutan dari Mahathir dan konco konconya, Najib sebenarnya sudah mula menunjukkan 'kuku politik' yang sebenar. Amaran 'Keras dalam Lembut' kedengaran seperti beliau lemah namun sebenarnya pendekatan Najib terlalu 'bijak' untuk di baca walau mentornya sendiri iaitu Tun Mahathir Mohammed.

Tidak akan mengejutkan akan ada perwakilan yang akan berbahas esok berbicara dalam nada keras dan tidak mengikuti teks yang tersedia kerana teruja dengan apa yang telah disampaikan Najib semasa perasmian Persidangan Agung Umno 2016. Menyahut seruan Presiden agar ahli Umno terus mara dan kembali kuat, sudah kedengaran ada perwakilan merombak kembali teks ucapan perbahasan mereka dan mahu bersama Presiden menghadapi musuh musuh Umno dalam PRU14. Besar kemungkinan perwakilan akan meminta agar PRU dipercepatkan supaya musuh tidak dapat melakukan lebih banyak kerosakan terhadap minda pengundi. Siapa tahu mungkin Najib akan terbuka hati untuk mengumumkannya sebelum PAU2016 berakhir?


No comments:

Post a Comment