Monday 29 July 2019

'LANGKAH SEMPUT' GANTI 'LANGKAH KAJANG'- MASIH INGAT BILLIYUN BILLIYUN?

'Langkah Kajang' Bakal Berulang di Selangor?



Senario politik Parti Keadilan Rakyat semakin menggamit pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati politik tempatan. Pergeseran antara Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang mewujudkan 2 kem dalam PKR kelihatan sudah tidak boleh disorokkan lagi. Semuanya kerana satu klip video intim melibatkan individu 'mirip' seorang Menteri Kanan dari PKR melibatkan seorang lagi individu bernama Haziq.



Pertembungan Anwar vs Azmin menghampiri klimaks apabila 'Team Azmin' tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR baru-baru ini. Zuraida Kamaruddin, Haniza Talha dan Menteri Besar Selangor antara yang dikatakan tidak hadir ke mesyuarat tersebut. Adakah ini protes selepas 'Surat Amaran' dikeluarkan kepada 'mereka' yang mengeluarkan kenyataan agak pedas selepas Anwar meminta Azmin meletakkan jawatan SEKIRANYA TERBUKTI terbabit dalam video intim yang tular? Seperti ada 'pakatan' lain dalam PKR bagi menumbangkan Anwar sekaligus melenyapkan legasi reformasi yang diwujudkan pada 1998?

Baca - PROTES DALAMAN PKR

Mungkinkah akan berlaku rombakan besar-besaran dalam PKR sekiranya Anwar tidak lagi mendapat sokongan penuh dari ahli parti? Bagaimana dengan impian beliau menjadi PM Ke-8 sekiranya Azmin dan beberapa lagi 'Anchor' PKR mengambil tindakan keluar parti? Selangor mungkin akan mengulang sejarah 'Langkah Kajang' sekiranya MB Selangor dikenakan tindakan tatatertib dan sebagai jalan selamat mungkinkah beliau juga akan meninggalkan parti?

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil PKR akan jadi sejarah paling epik dalam politik Malaysia. Ditubuhkan Anwar untuk melawan Mahathir yang memecatnya pada 1998 namun berkerjasama atas dasar kuasa pada 2018 namun akhirnya berkubur kerana 'permainan politik' Mahathir pada 2019? 

Apa agenda sebenar-benarnya Pakatan Harapan buat Rakyat Malaysia apabila mereka lebih sibuk mencatur kedudukan dan penguasaan parti dalam mengukuhkan cengkaman memerintah Malaysia? Rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai isu tetapi ahli politik gusar akan kuasa mereka yang semakin luntur lantaran 'PENIPUAN MANIFESTO' Pakatan Harapan.


No comments:

Post a Comment