Monday, 11 December 2017

DEMI PERJUANGAN UMNO AKTIVIS MEDIA SOSIAL REDAH PERJALANAN DENGAN MOTORSIKAL

JARAK BUKAN PEMISAH BILA HATI TETAP UMNO

Demi rasa cintakan Umno dan perjuangan seorang aktivis media sosial sanggup bermotorsikal dari Kota Bahru hingga ke Kuala Lumpur demi mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017).

Seorang netizen yang juga aktivis media sosial, Nazri Abdul Kadir mengabdikan penghormatan atas pengorbanan 'BamBob' yang disifatkan sebagai 'Pejuang Ikhlas' dalam tulisan beliau di facebook. Ikuti rakaman tulisan Nazri.

EX5 JE 450KM DARI KOTA BHARU DEMI ABATA

Yang sy hormati Bambob (Seri Sampugita)..
Sungguh sy terharu dengan pengorbanan juga kesanggupannya bermotosikal (Honda EX5) dari Kota Bharu - KL - Kota Bharu demi #PAU2017.

Bukan calang-calang untuk menempuh perjalanan sejauh itu tanpa semangat, kesungguhan & Jati Diri yang kuat & teguh demi ABATA (UMNO).

#KamiGengNajibRazak sangat berbangga dengan apa yang Bambob lakukan ini. Semoga semangat Bambob terus utuh & semakin hebat hari demi hari. RespectBambob & salute tak terhingga, tabik spring!

Apa yang dapat dirumuskan dari tulisan Nazri, individu yang menggunakan nama Seri Sampugita atau nama sebenar beliau Khairul Anua mempunyai jiwa yang tebal dengan perjuangan Umno dan tidak ramai perwakilan sanggup melakukan apa yang telah dibuat oleh Bambob ini. Kebanyakan mereka mahu segalanya tersedia dan mesti dalam kelas terbaik kerana berasakan diri mereka punyai jiwa pejuang namun dengan kisah seorang pengutip kotak ini diharapkan agar mereka di luar sana berfikir mengenai segala rungutan selama ini.

Tetapkan pendirian dan bantulah Umno dan Barisan Nasional kembali menguasai 2/3 majoriti selaras dengan semangat yang di bakar Presiden Umno dalam sessi terakhir sebelum Pilihanraya akan datang.

Friday, 17 November 2017

'MINAH SAWAN' MAHU ANWAR MATI SEGERA - MAHU NAIKKAN SIAPA?

'RATU NAGA' ANCAM CARI PM JIKA ANWAR MATI?

Satu entri dalam facebook menggunakan nama 'Ratu Naga' telah mengecam tindakan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan di HKL petang tadi.

Dalam tulisan entri tersebut beliau menulis -
"Jibby dan kak mah cincin buat acah acah good pulak melawat ketua kami..ke ada agenda tersembunyi ha!"
"Kalau tiba tiba DSAI mati, aku tau dah siapa aku nak cari"

Adakah 'Ratu Naga' menuduh Najib akan membuat tindakan yang akan mengambil nyawa Anwar? Sebagaimana diketahui, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bukan pada zaman Najib tetapi bermula dari pemerintahan Mahathir yang telah menemubual dan mengumpul bukti sebelum memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sekali lagi apabila Mahakamah memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 2008. Beliau kini dalam rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

Entri 'Ratu Naga' juga menimbulkan pertanyaan adakah beliau dalam perancangan kartel kartel tertentu yang sedang 'membunuh karektor' Anwar selaku Ketua Umum PKR dan bersedia menerima seorang Ketua Umum baru selepas ketiadaan Anwar? Desas desus mencari pengganti Anwar bukan baru didengari malah ketidaksefahaman antara beberapa pemimpin dalam PKR sendiri seolah mengiyakan 'komplot' menaikkan seseorang bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Persoalan yang sangat menjadi perhatian mengapa 'Ratu Naga' menggunakan ayat "kalau Dsai mati, aku tahu dah siapa aku nak cari"? Tindakan beliau menulis seperti itu seperti mahu menuduh PM Najib menjadi individu bertanggungjawab sekiranya apa apa berlaku kepada Anwar. Lupakah beliau bagaimana Anwar pernah menyatakan beliau diracuni Arsenik? Siapa yang bertanggunjawab dalam hal tersebut? Sehingga kini, Mahathir sendiri masih tidak berani menyatakan tuduhan beliau terhadap Anwar dahulu salah.

Setelah melakukan carian di facebook 'Ratu Naga', didapati entri tersebut telah dipadamkan. Mungkin setelah menyedari 'KEBODOHAN' sendiri maka kelam kabut dipadamkan namun agak terlewat kerana entri tersebut telah di salin terlebih dahulu. Bagaimanapun 'Ratu Naga' mendakwa entri tersebut sebagai palsu.


Saturday, 11 November 2017

GUAN ENG TIDAK PERLU BANTUAN ORANG LUAR?

SUKARELAWAN DAP HILANG BILA TIADA 'DEDAK'?

Kejadian banjir yang melanda Pulau Pinang mengundang rasa bertanggungjawab banyak pihak untuk membantu mangsa. Sejurus mengetahui kerosakan serta keperluan mangsa amat kritikal, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan tanpa memandang sempadan ideologi politik.

Sikap ini bagaikan tradisi rakyat Malaysia apabila rakyat di timpa musibah dan kesusahan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah merayu kepada Kerajaan Pusat bagi bantuan pada jam 3.30 pagi sekaligus menunjukkan walau DAP pernah mendabik dada menyatakan mereka tidak perlu bantuan pusat dalam kejadian banjir kali ini tembok ego Guan Eng runtuh sama sekali.

Dengan pelbagai bantuan yang disalurkan dan derma yang dikutip oleh DAP (tidak terus ke akaun kerajaan negeri), mereka sepatutnya boleh menjalankan kerja kerja pembersihan secara total dengan memggerakkan sukarelawan DAP sendiri. Agak menghairankan kemana sukarelawan DAP yang selama ini mewarnai kempen serta demonstrasi jalanan mereka apabila Pulau Pinang di landa musibah. Adakah mereka hanya 'Pelakon' untuk demonstrasi atau mereka di bayar untuk memeriahkan demonstrasi anjuran DAP dan untuk 'Membantu' P.Pinang mereka perlukan 'DEDAK'?

Adakah Guan Eng sudah menyediakan pasukan pembersihan berbayar bagi membersihkan P.Pinang dari reja reja kesan banjir? Dalam beberapa rakaman foto, jelas pihak MPSP dikerahkan bagi membersihkan sampah sarap banjir. Mana kontraktor yang diberikan kontrak? Mana sukarelawan DAP? Adakah mereka sedang bersenang lenang lepak di kedai kopi 5 bintang sambil memerhatikan sahaja segala sampah di kutip oleh PBT?

Lain kali diharapkan Guan Eng jangan takbur dan bersikap besar kepala hanya kerana memerintah sebuah negeri bila akhirnya mengharapkan bantuan Pusat dan sukarelawan luar. Mana derma yang dikutip DAP? Kerah PBT dan kontraktor di lantik peluk tubuh?

Saturday, 14 October 2017

TABUR DUIT DEDAK UNTUK HIMPUNAN KLEPTOKRASI - MAHATHIR ATAU LIM KIT SIANG KELUAR DUIT?

'DEDAK' DI TELAN PENYOKONG KLEPETOKRASI

Himpunan haram yang di rancang Pakatan Harapan di Padang Timur Petaling Jaya menerima kejutan apabila tersebar satu petikan aplikasi Whatsapp di media sosial. Dalam foto yang di muat naik oleh seorang netizen bernama Jebat May Kamarul, jelas menunjukkan Pakatan Harapan menabur wang bagi menarik perhatian rakyat untuk berhimpun walau permit tidak dikeluarkan pihak PDRM.

Dalam sebaran tersebut, petugas bagi demo haram itu dijanjikan RM150 setiap seorang. Lokasi dan waktu turut disertakan sekali bagi memudahkan mereka mengambil upah . Terbukti Pakatan Harapan sendiri mengamalkan 'DEDAK' bagi menarik perhatian orang ramai kerana dari apa yang di lihat, hasutan PH bagi demo haram kali ini tidak memberangsangkan. Pastinya ini sangat mengecewakan pemimpin Pakatan terutama Mahathir yang bersungguh mahukan demo haram inj menjadi platform beliau menutup kisah RCI Skandal Forex semasa masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Persoalannya siapakah yang begitu 'Bermurah hati' mengeluarkan belanja bagi memastikan setiap petugas mendapat 'DEDAK'. Antara Mahathir dan Lim Kit Siang siapa yang sanggup mengeluarkan wang bagi mendapatkan sokongan?

Tuesday, 19 September 2017

PANAS!!! DAP DAN KILANG SG LEMBU ADA 'BELAKANG KIRA'?

Kewujudan sebuah kilang di Sungai Lembu menarik perhatian rakyat mengenai kemungkinan wujud 'konspirasi' antara Kerajaan DAP P.Pinang dan pemilik kilang tersebut. Kilang yang terletak dalam DUN Penanti itu dikatakan menjadi penyebab kanser yang menyerang penduduk berdekatan.

Bagaimanapun Kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng masih berteka teki mengenai syarikat berkenaan dan hingga hari ini isu kanser masih 'tersimpan rapi' walau pernah didedahkan sebelum ini di media tempatan.

Pendedahan ADUN Penanti, Dr Norlela mengenai perkara tersebut pernah membawa perkara inj ke pengetahuan Sidang Dun pada 30 April 2015, sekali lagi pada 2016 dan sekali lagi pada Mei 2017. Beliau juga difahamkan telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Seberang Prai Timur bagi maksud siasatan Pejabat Alam Sekitar bagi maksud samada syarikat berkenaan (kilang) mematuhi syarat dan akreditasi yang ditetapkan. Pejabat Kesihatan juga telah menyiasat aduan kanser oleh penduduk Sg Lembu dan beliau turut mahu siasatan dilakukan dalam kejadian kebakaran maut seorang pemandu lori yang jatuh dalam 'Pit Pembakaran'. Semua itu tercatit dalam Minit Mesyuarat Tindakan Daerah Seberang Prai Timur.

Malangnya apabila JKKK Sg Lembu menghubungi pemilik syarikat kilang mereka telah menerima kejutan apabila di ancam akan di saman oleh peguam syarikat berkenaan jika terus menerus bertanyakan mengenai masalah kesihatan penduduk serta pekerja.

Menarik sekali pemilik kilang tersebut sangat berani bertindak 'ala samseng' apabila enggan bekerjasama dengan JKKK yang mengambil berat hal kesihatan penduduk Sg Lembu dan pekerja syarikat berkenaan. Adakah pemilik syarikat tersebut mempunyai kekebalan kerana ada 'Hubungan Baik' dengan pimpinan DAP Pulau Pinang hingga mahu menyaman JKKK?

Mengapa Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak berani bertindak tegas kepada pemilik syarikat apabila kesihatan rakyat terancam dengan operasi kilang di Sungai Lembu? Persoalan ini akan menjadi soalan ngeri kepada DAP P.Pinang jika mereka selama ini melindungi aktiviti kilang yang mampu mengancam nyawa penduduk dan mengakibatkan kanser kepada rakyat berhampiran.

Terbukti DAP hanya pandai menabur janji serta memberi 'Gula gula' kepada rakyat demi meraih undi tetapi dalam masa sama mengabaikan nyawa rakyat kerana bagi mereka keuntungan syarikat berkenaan lebih utama dari segalanya. Mungkinkah wujud sistem 'Ufti' oleh syarikat berkenaan kepada DAP P.Pinang dan sebagai balasan operasi mereka akan dilindungi dari segala bentuk Undang Undang? Ketua Menteri perlu lebih jelas dan telus dalam hal membabitkan nyawa RAKYAT dan bukan hanya memikirkan keuntungan 'Poket DAP' dengan sumbangan tertentu dari pemilik syarikat tertentu.

Thursday, 17 August 2017

ENGGAN TERIMA IBR - SELANGOR 'AYAM'KAN SPRM?

Kerajaan Selangor yang bertegas menolak IBR (Ikrar Bebas Rasuah) menyatakan mereka mempunyai mekanisma yang lebih baik dari pihak SPRM demikian menurut Exco Kanan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Kita ada kaedah yang lebih baik dari SPRM dalam menjamin intergriti semua pihak termasuklah para pegawai kerajaan negeri"

Iskandar mungkin terlupa Rafizi Ramli pernah membongkar skandal rasuah seks yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri dan turut melaporkan perkara itu kepada SPRM. Belum lagi kisah pembongkaran Che'gu Bard berkenaan skandal rasuah melibatkan Menteri Besar Selangor sendiri. Apakah benar Selangor benar benar bersih dari rasuah seperti di dakwa Iskandar?

Jika benar Selangor bebas rasuah mengapa wujud pelbagai dakwaan berkaitan Selangor sejak di ambil alih oleh Pakatan Rakyat hingga hari ini? Ingat lagi kisah Papan Tanda Gergasi melibatkan wajah peliwat? Siapa meluluskan projek berkenaan sedangkan RUU PBT jelas menggariskan undang undang yang tidak memungkinkan Billboard tersebut naik di Selangor. Kisah yang berlaku di Kajang melibatkan tapak perniagaan juga tidak kurang hebatnya. Gerbang Selangor turut menyimpan misteri hingga hari ini kerana keengganan Azmin mendedahkan identiti penderma walau telah berjanji akan mendedahkan nama penderma. Chegu Bard yang mendedahkan amalan rasuah dalam projek Kubah Masjid dan skandal balak turut mewarnai Selangor.

Jadi bagaimana Iskandar boleh buat kenyataan Selangor ada mekanisma sendiri menangani rasuah? Adakah mereka menyorokkan sesuatu apabila tidak mahu mengikut jejak DAP dan PAS yang telah menandatangani IBR?

Sejauh mana mekasnisma PKR Selangor dalam meningkatkan sekatan terjadinya rasuah di Selangor apabila kecoh peruntukan MARRIS disalahgunakan seperti yang didedahkan di media sosial tidak lama dahulu?

Saturday, 12 August 2017

HANYA 29 RIBU SAHAJA AHLI BUNGA?

PENDEDAHAN PANAS OLEH FACEBOOKER

Teka teki mengenai jumlah keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdedah dengan satu foto yang sedang tular di media sosial. Pendedahan oleh individu dikenali sebagai Tun Carlos amat mengejutkan.

Dengan hanya 29 ribu keahlian yang disahkan dari Ibu Pejabat PPBM, pendedahan ini bakal menjadi satu bahan tawa dalam media sosial kerana selama ini PPBM mendabik dada menyatakan seolah mereka menerima sokongan dari 20 juta rakyat. Jelas sekali strategi mereka yang mahu menambah keahlian parti sebelum PRU 14 di lihat sangat terdesak kerana mahu bersaing dengan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Jika PPBM tidak dapat mencapai tanda aras sebagai sebuah parti yang kuat dalam Pakatan Harapan sudah pasti Penasihat Parti Mahathir Mohammad menerima tamparan paling hebat. Beliau yang masih mahu membawa imej sebagai 'Negarawan' kini sudah jauh tersasar dari landasan apabila tidak mampu membuktikan apa juga tuduhan beliau terhadap PM Najib Razak sejak 2015. Lebih malang lagi Mahathir kini berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai penglibatan beliau dalam skandal Forex semasa pentadbirannya sudah cukup membuktikan beliau sudah hilang 'taring' dalam politik Malaysia. Sekutu kuat PPBM, DAP pula sekadar mahu meng'Kaldai'kan Mahathir dan PPBM dalam mengatur kedudukan serta pembahagian kerusi dalam Pakatan bagi mengurangkan cengkaman PKR yang kini semakin lemah.

Pendedahan panas ini juga bakal merubah pandangan DAP terhadap gerak kerja PPBM dan tidak mustahil pelbagai cara akan digunakan oleh PPBM bagi menambah keahlian mereka. Mungkinkah ada 'Durian Runtuh' bakal menjelma kepada mereka yang mendaftarkan diri sebagai ahli PPBM selepas ini bagi meningkatkan keahlian mereka? Persoalan ini pasti akan berlegar dalam pemikiran ahli yang mendaftar awal dan akan merasakan kerugian mendaftar awal.

Klik : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1660343353977371&id=100000051666675

Wednesday, 9 August 2017

LIHATLAH DUNIA MAHATHIR TERUS MENIPU!!!

KAPAL SELAM BIKIN MAHATHIR 'STIM'

Dr Mahathir yang kini dalam usaha habis habisan menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional telah menipu seluruh rakyat Malaysia apabila cuba berdalih mengenai hal pembelian kapal selam sewaktu beliau memerintah.

Hansard dalam Parlimen secara terus menyebut mengenai hal pembelian kapal selam tersebut dan ini merupakan satu kejutan buat Mahathir dan seluruh penyokongnya tatkala beliau semakin ghairah melipat ganda usaha PPBM bersama Pakatan Harapan untuk kempen PRU14 kelak.

Selepas terbongkar perkara ini apa lagi pembohongan yang akan Mahathir lakukan demi menyelamatkan legasi beliau? Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal Forex juga cuba dipermainkan Mahathir sedangkan satu ketika dahulu Lim Kit Siang (kini sekatil sebantal) telah menulis mengenai pembabitan Mahathir dalam hal tersebut. Mengapa kini Kit Siang tidak lagi berani mempersoalkan hal itu sedangkan beliau dikatakan tahu mengenai perkara sebenar? Di sini dapat kita rumuskan bahawa DAP hanya menjadikan Mahathir sebagai 'Hamba Tebusan' bagi membolehkan mereka terus menguasai kerusi dalam Parlimen dan tidak berhasrat menjadikan PPBM sebagai sekutu kuat selain PKR.

Apa lagi yang akan digunapakai Pakatan dalam usaha terakhir mereka? Mahathir kini sudah terperangkap dengan jeratnya sendiri dan secara tidak langsung imej 'Negarawan' sudah tercemar dan mungkin ini permainan DAP yang selama ini menyimpan dendam selama 22 tahun 'Terseksa' di bawah pemerintahan Mahathir. Adakah ini cara melunaskan geram Kit Siang kepada Mahathir? Dalam politik pembangkang apa sahaja boleh terjadi dan terbukti dengan kehadiran PPBM, DAP sudah berjaya singkirkan watak Anwar Ibrahim dari ingatan penyokong tegar Pakatan Harapan.

Lilin sudah tidak laku buat Anwar dan kini PKR perlu bersedia menghadapi gelombang tsunami dalam parti mereka sendiri. Oleh demikian DAP berjaya mempergunakan Mahathir dalam misi mereka.

Monday, 24 July 2017

BERUBAH UNTUK LEBIH GAH - UMNO DIINGATKAN OLEH PERWAKILAN MUDA

Mesyuarat Umno Bahagian semakin rancak dan menjadi medan mengatur strategi memenangi PRU14. Dalam keghairahan mesyuarat beberapa aspek teguran dari ahli Umno perlu juga dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri.

Berikut adalah ucapan seorang perwakilan dalam Persidangan Umno Cameron Highlands yang boleh dikatakan merangkumi kehendak anak muda yang keliru mengenai parti politik.
Pru 14 - sebuah perjalanan yang berliku.

Kembalikan konsep asal semangat pejuang2 UMNO.

1. Berjuang kerana Allah bukan bersifat peribadi.
2. Berjuang untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan TanahAir.
3. Tidak riak, tidak sombong, bongkak.
4. Sanggup menerima teguran dan pandangan daripada ahli2nya.

Apa yang perlu dielakkan apabila menjadi seorang pemimpin?

1. Tidak mudah lupa diri, ego. Pemimpin lahir daripada kepercayaan rakyat melalui proses pilihanraya atau pemilihan. Jangan sesekali membuat pengundi hilang rasa hormat atau hilang kepercayaan yang diberikan oleh mereka kepada pemimpin.

2. Pemimpin lain lebih sudu dari kuah. Maksudnya seseorang pemimpin disukai, menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tetapi, semua itu musnah kerana adanya liabiliti dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Mood pengundi akan lari akibat sikap lebih dari kuah. Keputusan yang perlu dilakukan seorang ketua pemimpin perlu meletakkan kepntingan parti daripada individu tersebut. Atau liabiliti kepada parti ini perlu mengundurkan diri untuk menyelamatkan organisasi.

3. Pemimpin lalang / loklak dalam perjuangan. Tidak konsisten dalam perjuangan. Dalam erti kata lain pemimpin ini akan melompat kemana2 jika berlaku sesuatu kepada beliau.

Anak Muda undi BN?

Ya, mereka akan memberi undi kepada BN jika prinsip urus tadbir diurus dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Dan plan perancangan untuk pembangunan anak muda dititik beratkan.

Pengundi luar. Pendedahan maklumat luar kawalan melalui media sosial menyebabkan kerajaan sukar mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Persepsi negatif yang dilemparkan kepada kepimpinan, kerajaan, kos sara hidup yang tinggi serta ketidaktelusan segelintir ahli politik kerajaan hari ini menyukarkan mendapat kepercayaan anak muda.

Apa yang perlu dilakukan? Buat program bersama mereka. Berjumpa mereka. Bukan kita suruh jumpa mereka atau datang ke prog kita. Kita yang perlu ada inisiatif untuk berjumpa mereka. Adakah UMNO CH sudah mengadakannnya?

Berani Berubah.

Para perwakilan perlu berani memilih barisan kepimpinan gandingan baru dan lama bagi memertabatkan anak bangsa di CH. Jangan biarkan pemilikan jawatan dalam UMNO utk jalan pintas mendapatkan kekayaan dan pangkat. Pemimpin ini perlu ditolak serta merta.

PRU 14 semakin hampir. Inilah Pru paling getir. Masa depan bangsa melayu akan musnah jika kita tidak lagi menjadi kerajaan. Yang menjadi pemimpin diperingkat Caw dan Bhg jalankanlah tanggungjawab.

Persepsi NEGATIF kepada kerajaan mesti ditentang habis habisan. Wahai kepimpinan Pemuda dan Puteri, gunakanlah medium media sosial untuk menyebar kebaiikan kerajaan. Lawanlah segala tohmahan yang dilemparkan. Jangan jadi penakut, jangan playsafe.

Kepada Ketua Bhg, lahirkanlah pemimpin pelapis diera kepimpinan anda. Anda akan dijulang sebagai pemimpin yang hebat jika anda melahirkan lebih ramai pemimpin berbanding pengikut.

Yang menjadi liabiliti, berubahlah atau undurlah diri. Itu jalan terbaik untuk UMNO dan BN.

SEMOGA UMNO BN beroleh kemenangan lebih majoriti di setiap DUN dan Parlimen. InsyaAllah.

Perwakilan bernama Ahmad Fansuri Mohammad dari Umno Cawangan Sungai Jelapin Cameron Highlands. Ucapan ini merupakan intipati dan suara yang mewakili Anak Muda dalam Umno hari ini.

Monday, 10 July 2017

PEMBANGKANG BEREBUT 'TAHI', UMNO PULA DISALAHKAN?





KRISIS DALAMAN PAKATAN SAMPAI KEMUNCAK



Perebutan kuasa dalam kem pembangkang semakin jelas terdedah apabila sindir menyindir dalam kalangan mereka tular dalam media sosial. apa yang dimusykilkan, mereka tetap menuding jari kepada Umno sebagai dalang keretakan kem Pakatan Harapan bagi mengelakkan segalanya di hidu oleh penyokong masing masing. Kisah terbaru yang terjadi dalam parti 'Bunga' melibatkan 'Kakak Putu' mendapat perhatian netizen namun 'caitro' PPBM cuba mengalih perhatian netizen dari terus memperkatakannya demi menjaga air muka 'Wali PPBM'.

Cubaan itu bagaimanapun menemui kegagalan apabila rakyat tahu krisis serta adegan ala 'GUSTI' benar benar terjadi manakala Ketua Armada PPBM pula sudah mula goyang dengan kemahsyuran seorang individu yang dikatakan bakal berentap bagi merampas kedudukannya dalam PPBM. Beliau yang belum tumbuh 'Bulu Pahat' dikatakan cuba mengajar seorang senior dalam PPBM apa itu politik dan tindakan ini dijangkakan akan memakan dirinya sendiri.

Belum lagi kisah kekecewaan ahli PPBM yang bertindak keluar parti dan mempertikaikan kekayaan keluarga 'Wali' PPBM. Tiada sebarang tindakan tatatertib di;alsanakan kerana 'kebaculan' Ketua Armada sendiri malah Presiden PPBM turut tidak berani bertindak selagi 'Wahyu Wali' tidak turun.


Bukan sahaja PPBM bermasalah, PKR turut dikatakan sedang dalam krisis dalaman. 'Perang Saraf' antara kem tertentu bagi menjatuhkan sebuah legasi tetapi untuk terus melenyapkan pengaruh serta kedudukan tertinggi yang diwariskan kepada individu tertentu. Seorang Ahli Parlimen PKR turut dikatakan telah membentuk pasukan dengan individu berpengaruh dalam PKR bagi melaksanakan misi tersebut.

Mungkinkah ini sebahagian dari strategi PKR mempertahankan pengaruh mereka di Selangor bagi mengelakkan segala skandal yang pernah didedahkan oleh ahli mereka sendiri tidak terbongkar seandainya PKR gagal mempertahankan Selangor dalam PRU14?


Suasana panas dalam Pakatan Harapan turut terkesan dengan desakan terhadap DAP selaku 'Tekong Utama' pembangkang. Kegagalan mereka mengisytiharkan pemilihan CEC DAP berlarutan dari Mendiang Karpal Singh hidup hingga kini. Teraju utama DAP, Lim Kit Siang pula nampak cuba bermain tarik tali dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 2012. 

Konflik yang terjadi dalam pemilihan CEC DAP juga membawa kepada pemecatan beberapa ahli DAP yang bersuara mempertikaikan keputusan yang pelik selepas DAP menyedari TIADA wakil dari Orang Melayu dalam CEC DAP hingga terpaksa 'memasukkan' nama Zairil Khir bagi 'mengambil hati' penyokong mereka dari kalangan kaum Melayu (walau Zairil bukan Melayu tulen).

Memalukan lagi kem Pakatan Harapan, menifesto yang dijanjikan semasa PRU13 masih banyak yang belum ditunaikan dan kini mereka sudah merangka pelbagai janji baru sebagai 'Gula Gula' untuk rakyat. Gabungan dalam Pakatan yang bermasalah ini ternyata belum mampu memberikan keyakinan kepada rakyat walau pelbagai cara telah dimainkan pembangkang untuk memburukkan kerajaan di bawah teraju Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Apa yang penting, kini rakyat sudah mula mempertikaikan kekuatan sebenar Pakatan untuk menggantkan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan sedangkan baru memerintah 2 negeri mereka masih belum mampu memberi 100% tumpuan membangunkan negeri tersebut. Mungkin secara tidak langsung kehadiran PPBM dalam kem PH sebenarnya tidak membawa apa apa keuntungan dari kelangsungan politik DAP,PKR dan PAN apabila mengusir PAS yang selama ini menjadi tunjang kekuatan PH.

Walau menyandarkan harapan kepada Mahathir selaku 'Wali' (penyokong PPBM gelarkan) bagi memecah undi simpati rakyat, DAP sedar mereka tidak boleh mempercayai PPBM apatah lagi dengan rekod Mahathir selama 22 tahun 'menindas' pembangkang dengan pelbagai cara. Terkini sokongan Mahathir kepada Anwar mula diperkatakan oleh reformis asal 98 yang masih terkesan dengan tindakan Mahathir ketika itu.

Jadi kepada siapa sebenarnya Pakatan (DAP) harapkan? PAN tidak boleh diharapkan langsung dengan prestasi buruk ketika PRN Sarawak apabila tewas semua kerusi yang ditandingi. Malah tindakan DAP menamakan Husam Musa sebagai 'Bakal menteri Besar' turut memakan diri apabila membangkitkan kemarahan rakyat Kelantan yang 'selesa' dengan kemunduran di bawah pemerintahan PAS.

Bagaimanapun segalanya hanya akan terjawap usai pengiraan undi PRU14 dan seandainya pembangkang gagal bertahan seharusnya mereka menuding jari kepada diri mereka sendiri kerana telah GAGAL memberikan keyakinan terhadap rakyat bagi mengekalkan Pakatan Harapan di tempat mereka bertanding.

Usah menuding kepada Umno atau Barisan Nasional kerana setiap janji yang diberikan oleh BN kepada rakyat sejak PRU13 sudah atau sedang dilaksanakan dengan jayanya manakala Pakatan masih terus beretorik dengan impian 'PALSU' yang mereka sendiri ciptakan. Pembangkang kini sudah mula berebut 'NAJIS' tetapi mahu menyalahkan Umno tetapi mereka lupa mereka sesama mereka saling memalitkan 'NAJIS' dalam kalangan mereka hingga dari jauh rakyat sudah boleh menghidu bau 'BUSUK' Pakatan Harapan.