Monday, 1 October 2018

Kembara #PAU2018 - Berkelana Demi Umno

Meredah Perjalanan Dengan Motorsikal Demi Semangat #PAU2018

Siapa sangka di sebalik wajah serius yang disulami senyuman, seorang aktivis media sosial bernama Khairul Bin Anua atau dikenali sebagai Bambob meredah perjalanan dengan menunggang motorsikal dari Kota Bahru Kelantan ke Kuala Lumpur bersendirian.

Dengan berbekalkan semangat kecintaan kepada Umno, Bambob memulakan perjalanan solo beliau seawal jam 6 pagi 28 September 2018. Beliau sempat merakamkan perjalanan dan memuat naik foto setiap kali berhenti dalam perjalanan ke PWTC. Semangat tinggi yang ditunjukkan Bambob bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana perjalanan menaiki motor memang menjadi sebahagian daripada cara beliau menunjukkan semangat kesetiaannya kepada Umno walau kini bukan lagi menjadi tunjang pemerintahan negara.

Perjalanan yang agak mengujakan dikongsi beliau dalam laman media sosial facebook dan menjadi perhatian perwakilan yang peka dengan semangat yang ditunjukkan. Bukan mudah bagi beliau melalui perjalanan mengharungi panas dan hujan dalam perjalanan namun demi Umno, Bambob menempuh segala rintangan dan ada rintangan yang tidak beliau kongsikan kecuali bersama rakan rakan rapat terutama kewangan bagi melancarkan perjalanan beliau. Walau hanya sekadar pemerhati bebas, Bambob secara tidak langsung mengajar Umno bahawa masih ada ahli akar umbi yang sayangkan Umno tanpa syarat demi mempertahankan perjuangan pejuang pejuang Melayu terdahulu.

Saturday, 21 July 2018

RAKYAT SEMAKIN 'MEWAH' SEJAK BERTUKAR KERAJAAN?

Kerajaan 'Berjaya' Tunaikan Manifesto Turunkan Harga Barang Keperluan?

Dalam manifesto PRU14 yang lepas, suara rakyat yang merungut mengenai harga barang keperluan menjadi aspirasi Pakatan Harapan dalam kempen mereka.

Selepas memenangi PRU14, pelbagai 'kejayaan' manifesto telah berjaya ditunaikan oleh Pakatan Harapan dengan 'penurunan' harga barang keperluan selain 'berjaya' menurunkan harga petrol dan 'menghapuskan' kutipan tol sebagaimana dijanjikan mereka. Bagaimanapun kenyataan Penasihat PPBM yang menyatakan kesukaran menunaikan segala manifesto menjadi persoalan. Beliau yang turut sanggup menanggung 'Dosa' kerana menipu rakyat dengan pelbagai janji pilihanraya di lihat sebagai cara 'melepaskan tengkuk' bagi meredakan rungutan rakyat mengenai kenaikan mendadak harga barang keperluan seharian.

Dalam laporan oleh sebuah stesen televisyen, rata rata pengguna yang merupakan rakyat kelas pertengahan sudah mulai merungut dengan kenaikan harga yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal'. Bukan sahaja di medium audio visual malah di dunia media sosial, ramai netizen mula menampilkan komentar yang agak kontra dengan 'Kejayaan Besar' Pakatan Harapan.

Jika dahulu semua perkara menjadi perbualan netizen di media sosial, kini mereka yang berkempen bagi menumbangkan BN sudah mulai kendur apabila tersedar bahawa 'Manifesto Hanyalah Janji' pilihanraya. Kebanyakan mereka yang dahulu gegak gempita membawa isu kenaikan kos sara hidup serta kenaikan harga barang keperluan kini umpama 'Babi Mabuk Ketum' apabila kesipuan dengan isu harga barangan selain tiada penurunan harga barang sebagaimana dijanjikan.

Kini rakyat hanya mampu memerhati dan merunduk layu walaupun harga barang keperluan tidak seperti diharapkan. Malah pengenalan semula SST 10% membimbangkan rakyat selain 6% cukai perkhimatan yang bakal dikenakan kepada rakyat.

Apa lagi yang mampu dikatakan? Inilah kuasa memilih yang dimahukan rakyat dan semua perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan berkaitan ekonomi Malaysia yang dijangkakan menguncup.

Penafian - artikel ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak menyentuh mana mana pihak.

Tuesday, 3 July 2018

TIDAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN - KETUA UMNO SUBANG

Kenyataan Rasmi  Ketua Bahagian Umno Subang

Kita berpegang pada rule of law . Saya setuju, cuma cara mereka ibarat Rule Of the Jungle totally not acceptable .

Pada saya tak salah juga kita memberikan semangat pada beliau dlm proses undang2 dimahkamah.

Konsep “ Innocence till proven guilty semua sepatutnya dijadikan keutamaan, tetapi presepsi beliau blom dihadapkan dimuka pengadilan dan dijatuhkan hukum melalui sosial media thats wrong.

Bila saya nilai dan kaji kini sudah kembali kearah zaman ISA , hukuman tanpa proses pengadilan undang2. Sudah hilang kebebasan berpolitik seperti zaman Ds Najib, kini kita kembali balik zaman tangkap, tangkap, tangkap...

Pada Reformis, bukankah ini dulu yang anda lawan dulu? Kini ianya sudah kembali oleh orang yang anda tentang dulu..RULE OF THE JUNGLE MENGATASI RULE OF LAW

Ikhlas

Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ketua UMNO Bahagian Subang

Thursday, 21 June 2018

UMNO PERLU TERUS BELA HAK ISTIMEWA ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA

UMNO SENTIASA LINDUNGI KEPENTINGAN ISLAM DI MALAYSIA MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN NEGARA - TAJUDDIN RAHMAN

Umno sebagai sebuah parti yang ditubuhkan di Istana Johor sudah pasti mempunyai sejarah panjang melalui perjuangan menggerakkan Kemerdekaan Tanah Melayu dan melindungi kepentingan Melayu serta Agama Islam. Klausa melindungi kepentingan Agama, Kaum Melayu dan Pribumi termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak 31 Ogos 1957 hingga sekarang.

Bagaimanapun selepas pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan dalam PRU14 seperti membuka lembaran baru. Kemenangan Pakatan Harapan tidak sahaja membawa era kebebasan bersuara tetapi turut membawa desakan kebebasan beragama secara total hingga budaya hidup songsang turut di tuntut pihak tertentu. Malah keberanian tersebut telah diterjemahkan secara lisan oleh beberapa individu yang mempertikaikan Jakim, kebebasan beragama dan peruntukan untuk kepentingan Islam di Malaysia.

Calon Naib Presiden Umno, Dato Sri Tajuddin Rahman meluahkan kebimbangan tersebut semasa di temui dalam satu majlis.

"Tuduhan Ibadah Haji tajaan 1MDB dari unsur tidak halal menimbulkan polemik apabila tiada bukti kukuh diberikan. Jika mereka (Pakatan Harapan) mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut maka kemukakanlah kerana ini melibatkan kepentingan Islam serta jemaah yang saban tahun di taja oleh 1MDB bagi mengerjakan fardu Islam ke-5" - Tajuddin Rahman

Beliau yang turut mengingatkan bahawa agenda yang di bawa oleh sebuah parti dalam sekutu Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan Ajaran Islam turut mempertikaikan tujuan peruntukan samarata kepada semua pergerakan Agama sedangkan Perlembagaan Negara menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan ini merupakan intipati perjuangan Umno itu sendiri.

" Adakah kita akan melihat rumah ibadat agama lain tumbuh bagai cendawan sedangkan tidak ramai penganut di tempat tersebut? Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka sengaja mahu mencemarkan kesucian Islam yang diletakkan di tempat tinggi dalam peelembagaan negara?" - Tajuddin.

Tajuddin Rahman yang bertanding sebagai Calon Naib Presiden Umno sememangnya dikenali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu, malah beliau pernah di landa kontroversi apabila bertikam lidah semasa sidang parlimen semata mata mempertahankan Islam. Oleh kerana ketegasan Tajuddin dalam parlimen, beliau sering digambarkan sebagai 'Samseng' namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Menyatakan ketegasannya lagi - "Saya mempertahankan Islam dan Melayu dari terus di hina. Salahkah saya mempertahankan kepentingan tersebut? Umno sendiri meruoakan wadah bagi mengangkat martabat Islam dan Melayu dari terus dipandang serong pihak tertentu" 

"Umno akan sentiasa menjaga apa yang termaktub dalam perlembagaan termasuk kepentingan Islam, Raja dan Melayu agar tidak menjadi mangsa agenda pihak tertentu" 

Ketua Bahagian Pasir Salak itu menyeru semua pihak terutama Umno terus menentang sebarang desakan pihak luar yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.


Wednesday, 20 June 2018

PEMILIHAN UMNO 2018 - DEMOKRASI DIMATIKAN DEK 'TANGAN GHAIB' OLEH INDIVIDU TERTENTU?

PERLEMBAGAAN UMNO DIROSAKKAN 'TANGAN GHAIB' UNTUK SELAMATKAN KEDUDUKAN SIAPA?

Pemilihan Umno Sessi 2018 - 2021 penuh warna warni apabila semua jawatan dipertandingkan dan dibuka kepada semua ahli yang LAYAK BERTANDING.

Bagaimanapun apabila senarai nama pencalonan dikeluarkan, agak pelik apabila ada sesetengah nama yang digugurkan walau mempunyai kelayakan serta pengalaman yang mampu memberi kelebihan kepada Umno. Terdapat juga beberapa nama yang tidak dikenali mencuba nasib untuk jawatan tertentu, malah tidak mengejutkan jika ada individu 'ditaja' sebagai proksi bagi memecahkan undi perwakilan yang akan memilih.

Tidak dinafikan senarai calon Umno kelihatan seperti 'CacaMarba' apabila menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong mereka yang bertanding. Ada khabar telah bertiup, senarai nama telah ditentukan oleh 'Tangan Ghaib' yang tidak mahu beberapa nama yang dikatakan mampu menggegarkan kedudukan individu tertentu dalam Umno. Siapa 'Tangan Ghaib' masih tidak diketahui namun telah ada 'Muncung' kepada individu tertentu.

Adakah demokrasi Umno kali ini digunakan untuk menyelamatkan individu yang memainkan peranan dalam menyenaraikan nama yang disukai dan menggugurkan nama yang tidak digemarinya? Usah demi 'Empuk Kerusi' demokrasi Umno dijadikan Sarkis oleh individu tertentu. Seandainya demokrasi kali ini dimainkan sebegini hebat maka Umno perlu sedar hayat Umno tidak akan lama dalam arus politik perdana.

Dimanakah letaknya kredibiliti dan Integriti Jawatankuasa Pemilihan Umno yang telah menimbulkan kesangsian apabila nombor calon dikeluarkan terlebih dahulu sebelum calon calon dimuktamadkan kelayakan mereka. SIAPAKAH YANG MENENTUKAN INI SEMUA?

Sunday, 17 June 2018

PEMILIHAN UMNO 2018 - PERWAKILAN PERLU BIJAK MENILAI KEMAMPUAN CALON

JANGAN JADIKAN PAPAN 'CAI' ROSAKKAN PEMILIHAN UMNO 2018-2021

Selepas kewujudan Umno di Istana Johor, parti yang menjadi wadah Orang Melayu menerima tamparan paling hebat apabila Barisan Nasional yang diterajui Umno kalah buat pertama kali dalam sejarah politik negara. Siapa sangka pihak lawan hanya berbekalkan tohmahan dan fitnah yang di ulang ulang sepanjang tahun berjaya mempengaruhi pemikiran Anak Muda supaya menukar pentadbir Malaysia dalam PRU14.

Umno yang selama ini menjadi menjadi nadi Barisan Nasional berdepan dengan 'Sejarah Hitam' apabila ada calon yang diberikan kepercayaan mewakili BN telah bertindak mengkhianati kepercayaan pengundi apabila beralih arah dan menyertai pihak lawan selepas memenangi kerusi dengan mandat yang diberikan pengundi. Tanpa segan silu mereka yang mendapat kedudukan atas ehsan Umno berbangga apabila memilih membelakangkan parti yang selama ini mendukung mereka hingga mampu mencapai kedudukan yang agak selesa. Apabila terjadi perkara seperti ini, ada ahli Umno yang berpendapat inilah masa paling sesuai sessi pembersihan total dilakukan dalam Umno dan pemilihan dalam Umno akan menjadi medan terbaik mencari kepimpinan baru Umno yang lebih dinamik dan relevan. Maka bermulalah penawaran diri untuk semua jawatan dalam Umno sebagai bukti demokrasi wujud dalam Umno itu sendiri.

Bagaimanapun mereka yang menawarkan diri perlu sedar pemilihan kali ini bukanlah medan untuk memecahbelahkan Umno. Sebagai sebuah parti yang masih kuat dalam Parlimen dengan 54  kerusi sememangnya menggerunkan beberapa pihak yang mahu memastikan Umno tenggelam. Bagaimanapun kerakusan musuh tidak mampu menerobos benteng Umno yang masih kukuh dengan KESETIAAN Ahli Parlimen Umno yang masih mahu berjuang walau sedar kini mereka tidak lagi menerajui kerajaan.

Salah seorang Ahli Parlimen yang menawarkan diri dalam pemilihan kali ini ialah Dato Sri Tajuddin Rahman dari P073 Pasir Salak Perak. Beliau yang memenangi kerusi P073 dengan peningkatan majoriti 7,712 pada PRU14 mengatasi rekod PRU13 - 7,386 dan PRU12 - 2,688 boleh dikatakan sebagai 'Orang Lama Umno' tetapi masih berbisa. Selaku bekas Timbalan Menteri Pertanian sejak 2015 - 2018, pengalaman beliau dalam Parlimen amat diperlukan Umno bagi memastikan Kerajaan Pakatan Harapan menjalankan tugas mereka mengikut manifesto Pakatan Harapan. 'Anak Jantan' Pasir Salak yang agak vokal dalam memperkatakan soal kepentingan Melayu, perlu platform yang lebih memberi ruang untuk beliau bersuara dalam Umno dan jawatan Naib Presiden merupakan kedudukan yang mampu memberi beliau lebih 'Garang' sebagai 'Singa Umno' menggantikan Syed Jaafar Albar dan Harun Idris yang terkenal sebagai pembela Umno dan Melayu setiap kali diperlekehkan pihak lawan.

Meraikan demokrasi dalam Umno untuk pemilihan kali ini, Tajuddin Rahman berpendapat gandingan 'Lama dan Baru' dalam kepimpinan Umno amat penting bagi mewujudkan kerjasama yang lebih baik memacu Umno bagi PRU15 kelak. Tidak menafikan idea baru dari Anak Muda diperlukan dalam Umno, kehadiran Orang Lama diperlukan bagi mengimbangi kekuatan Umno khususnya suara Umno sebagai wadah Orang Melayu agar tidak berlaku sebarang penindasan secara halus oleh pihak yang tidak senang dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Monday, 4 June 2018

PIALA DUNIA 2018 - GOBIND PERLU DEDAH PENAJA RM30 JUTA.

PENAJAAN PIALA DUNIA - BERAPA KEUNTUNGAN DI JANA RTM?

Kehangatan Piala Dunia 2018 Russia sudah bermula di seluruh dunia termasuk Malaysia. Astro yang mendapat Hak Penyiaran hingga 64 perlawanan secara langsung kini sudah ada pesaing. Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berjaya mendapat penyiaran 24 perlawanan secara langsung dan baki merupakan siaran tertunda.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo menyatakan kos awal sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi membolehkan RTM membawa siaran Piala Dunia secara percuma kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun Menteri Kewangan menyatakan kos hanyalah RM30 juta dan sudah ada pihak penaja yang berjaya menyerap kos penajaan siaran tersebut.

Rujukan -
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/03/guan-eng-penaja-serap-kos-rm30-juta-siaran-langsung-piala-dunia/

Bagaimanapun Identiti Penaja masih tidak didedahkan oleh mana mana pihak dan berapa kos penajaan sebenar juga tidak didedahkan. Bukan itu sahaja pembelian slot slot dalam siaran juga tidak didedahkan oleh Kementerian.

Slot yang terdapat dalam siaran langsung mahupun siaran tertunda -

i - Penaja Utama
ii - Penaja Bersama
iii - Penaja Segmen
iv - 'Spotby'

Adakah wujud syarikat tertentu di sebalik penajaan akan mendapat Hak menjual segmen yang tertulis di atas? Jika wujud pihak Kementerian perlu telus menamakan syarikat tersebut selari dengan apa yang Menteri Kewangan  Lim Guan Eng sebut mahu mewujudkan kerajaan Cekap Amanah Telus (CAT). Selain menamakan syarikat (jika ada) pihak RTM juga perlu mewartakan berapa jumlah sebenar keuntungan yang akan di terima dari penjualan tersebut. Ini penting dibentangkan kepada Rakyat jika RTM benar benar telus dan Rakyat juga perlu tahu keuntungan yang di jana dengan penajaan tersebut.

Monday, 28 May 2018

SIAPA KADIR JASIN MAHU MENILAI TINDAKAN RAJA RAJA MELAYU?

Kadir Jasin Perlu Bijak Keluar Kenyataan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin perlu menilai semula tindak balas raja-raja Melayu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadu “hampa” dengan tindak balas Majlis Raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, kata bekas pengarang terkenal Datuk Kadir Jasin.

Baca - http://suara.tv/28/05/2018/kaji-semula-institusi-raja-melayu-kadir-jasin/

Kenyataan Kadir Jasin ini boleh dikatakan sebagai cubaan beliau mengheret Institusi DiRaja ke kancah politik walau beliau maklum Raja Raja Melayu TIDAK BOLEH terlibat dalam politik berdasarkan Perlembagaan Negara. Apa yang berada dalam pemikiran Kadir Jasin apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan hanya berpandukan kenyataan Ketua Pengarah SPRM?

Kadir Jasin perlu ingat, selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan adalah menjadi kewajipan mereka menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto mereka tetapi apa yang terjadi kini tidak seperti diimpikan mereka. Bergelut dengan ketiadaan senarai penuh kabinet serta rungutan kenaikan harga barang dalam pasaran tempatan cuba dialihkan oleh kepada isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan individu seperti Kadir Jasin.

Sebagai bekas pengarang akhbar tempatan satu ketika dahulu, Kadir Jasin (DKJ) perlu tahu mengimbangi kenyataan agar tidak menyentuh sensitiviti Orang Melayu yang terkenal dengan sifat TAAT SETIA kepada Raja Raja Melayu selama ini. Apabila DKJ cuba memberi gambaran Raja Raja Melayu sebagai penyelamat kes 1MDB dari di siasat SPRM, beliau secara jelas seperti mengiyakan wujud 'Tangan Ghaib' yang mahu meruntuhkan Institusi DiRaja yang menjadi Payung Orang Orang Melayu sejak kemerdekaan pada 1957. Samada sedar atau tidak DKJ telah membuka ruang kepada rakyat mengkritik Institusi DiRaja sebagaimana mereka mahu kerana beliau menggambarkan Majlis Raja Raja Melayu mahu menutup kesalahan (tiada bukti kesalahan menurut laporan PAC) dalam isu 1MDB. Perlu diingatkan walau Pakatan Harapan memenangi PRU14 sekaligus membentuk kerajaan, ia bukanlah tiket kebebasan bagi mana mana individu mengkritik Instistusi DiRaja samada secara lisan mahupun penulisan.

DKJ sepatutnya memikirkan bagaimana Kerajaan Pakatan boleh memenuhi semua Janji yang terkandung dalam Manifesto PH. Adakah ada agenda lain yang cuba dimainkan Kadir Jasin sebagai cubaan mengalih perhatian desakan rakyat terhadap kerajaan PH dalam mencapai 100 hari pemerintahan? Dengan merudumnya indeks Bursa Saham Kuala Lumpur yang mampu membuatkan pelabur luar 'Tawar Hati' serta tiada pendirian jelas kerajaan, adalah lebih baik Kadir Jasin memikirkan bagaimana mahu mengembalikan keyakinan Pelabur dan Rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

Tuesday, 15 May 2018

SURAT TERBUKA KEPADA KJ

Yusman Zahari Zakaria
730726-12-****
Umno Cawangan Sg Koyan 2
Bahagian Cameron Highlands
No Ahli - 03544769

Kehadapan Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno Malaysia
Ahli Parlimen Rembau

Assalamualaikum saudara

Pilihanraya Ke-14 telah berlalu pada 9 Mei 2018 dan rakyat telah memilih untuk bertukar arah dengan memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan. Dengan kejatuhan Barisan Nasional pada PRU14 maka episod hitam Umno bermula.

Walau kiraan kerusi yang dimenangi Umno agak besar dalam BN namun ia tidak mampu mengekalkan BN di pusat sekaligus melihat kerajaan bertukar tampuk kepimpinan.

Perkara pertama yang menyentuh hati saya selaku Ahli Umno ialah apabila Pemuda Umno mendesak Presiden Umno meletakkan jawatan sehari selepas kekalahan BN. Dengan lantang Pemuda menamakan saudara KJ sebagai calon paling layak menjadi Presiden Umno kerana populariti saudara yang dikatakan disukai Anak Muda.

KJ,
Saya melihat tuntutan saudara ketika itu tidak ubah seperti Episod Rompin dalam Pilihanraya Kecil Rompin satu ketika dahulu. Mahu Presiden Umno meletakkan jawatan tanpa bukti sahih kes 1MDB dan termakan dengan dongeng sebelah pihak maka Pemuda (ketika itu) dikatakan menggerakkan satu gerakan mahu Dato Sri Najib turun. Semalam, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri menolak Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes 1MDB kerana tiada bukti kukuh yang boleh dijadikan asas penubuhan RCI.

KJ,
Hari ini tular pula gesaan mahu buka keahlian Umno kepada bukan Melayu. Ingat sejarah mengapa Dato Onn selaku pengasas Umno keluar dari Umno? Beliau mahukan perkara sama namun di tolak Orang Melayu dan dengan semangat Melayu, Tunku Abdul Rahman berjaya bangkit sekaligus membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu (ketika itu) namun jasa Dato Onn tidak pernah dilupakan dan kekal dalam sejarah Umno. Tular pula kekesalan saudara tidak memberitahu perkara sebenar kepada Dato Sri Najib di media sosial.

KJ, saya masih ingat saat kami (ahli Umno marhein) yang mahu kemukakan satu plan kepada KBS mengenai cara memenangi hati pengundi muda dan persediaan membawa Anak Muda menjadi penyokong setia Umno dan BN dalam PRU namun di tolak mentah mentah dengan jelingan tajam oleh pegawai khas saudara. Kami mengerti kami tiada kelulusan PhD, Mbbs, Masters namun kami ada kewajaran dan pemikiran akar umbi tanpa kepentingan dan yang penting kami sayangkan UMNO tanpa perlu imbuhan. Tidak mengapa saudara KJ, itu semua pengajaran buat semua.

KJ,
Meletakkan tanggungjawab atas bahu seorang bukan perkara mudah dan sebagai Ketua Pemuda Umno, saudara juga perlu mengambil langkah sama - meletakkan jawatan dan kembali sebagai marhein dalam Umno jika masih sayangkan Umno. Tidak salah berundur setapak untuk maju 10 atau 100 tapak kehadapan, bukan mendesak Presiden berundur sendirian. 'KITA' semua bertanggungjawab atas kekalahan ini dan sewajarnya saudara selaku pemegang heraki tertinggi dalam Pemuda Umno dan BN mengambil langkah bersama bertanggungjawab. Ini tidak..saudara hanya desak Presiden manakala saudara kekal di kerusi empuk saudara? Mana erti Pemuda Umno yang sewajarnya menjadi BENTENG tetapi kini berubah menjadi JENTOLAK?

KJ, selaku ahli Umno yang sah saya Yusman Zahari Zakaria mendesak saudara meletakkan jawatan dan serahkan kepada Majlis Tertinggi melantik pemangku Ketua Pemuda Umno sehingga Persidangan Agung Umno dijalankan kelak. Jadilah ahli Umno marhein dan dengar apa sebenarnya kehendak rakyat bagi persediaan PRU15. Saya percaya saudara akan lebih dihormati kawan dan lawan jika saudara BERJIWA BESAR berundur dari jawatan sekarang.

KJ,
Tiada niat saya perkecilkan kemampuan saudara dalam politik malah saudara ada aura tetapi saudara hanya mampu mencipta pengikut 'Lampu Raya' (kelip kelip) dan bukannya pemimpin masa depan. Itu pandangan peribadi saya.

Sebelum mengakhiri surat terbuka ini saya sekali lagi meminta saudara KJ memikirkan kedudukan saudara sebagai Ketua Pemuda Umno dan jika benar saudara BERJIWA BESAR meletakkan jawatan bukan pengakhiran politik saudara.

Sekian.
Ikhlas dari 'Orang Umno'

Yzz

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 - ADAKAH KECEWA JADI ALASAN DR RASHID MENENTANG BN ATAU ADA TAWARAN LUMAYAN MENANTI?

BILA HATI BICARA BERTENTANGAN DENGAN JIWA -  KERANA TERASA DI CABAR MAKA BERALIH ARAH?

Sebagai seorang Ketua Umno Cawangan sudah tentu kisah perjuangan parti bermain di bibir setiapkali bertutur di hadapan ahli Umno. Bagaimanapun berbeza dengan mereka yang kononnya berjuang tetapi mempunyai cita cita melampaui kemampuan.

Itulah yang terjadi kepada seorang calon dari Pakatan Harapan yang dinamakan sebagai lawan di N02 Jelai menentang bekas Boss sendiri. Dato Sri Wan Rosdy Ismail akan di tentang oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kuala Medang.

Menentang Ketua Umno Bahagian Cameron Highalnds yang mempunyai rekod baik sepanjang 3 penggal perkhidmatan merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan kerana tiada jiwa pejuang dan perjuangan. Dr Rashid sepatutnya sedar BN mengemukakan calon yang berwibawa bagi membawa inspirasi BN untuk rakyat yang selama 6 dekad mendapat pembelaan sewajarnya di samping perancangan terbaik yang ditawarkan oleh Dato Sri Najib Razak kepada rakyat menerusi Manifesto PRU14.

Adakah Dr Rashid dipengaruhi unsur lain atau beliau ada ditawarkan sesuatu oleh Pakatan Harapan sebagai imbuhan? Beliau harus tampil menjelaskan tawaran Pakatan Harapan kepada beliau jika benar benar telus. Perbuatan beliau yang membelakangkan parti serta cawangan Kuala Medang amat mengecewakan hingga Ketua Pemuda Cawangan turut terheret seolah menyokong apa yang beliau lakukan. Bagaimanapun Ketua Pemuda Cawangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut semalam.

Menyusuri kejayaan BN di Jelai, sejak 2004 Wan Rosdy telah berjaya merubah lanskap Jelai mengikut peredaran masa dan peruntukan. Walau menerima kritikan pembangunan yang sering lewat dari tempat lain Wan Rosdy tetap membawa bukti pembelaan Barisan Nasional kepada rakyat. 3 penggal berkhidmat bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan dengan mudah oleh pihak lawan dan kawan. Membawa Manifsto yang dibentangakan PM, Wan Rosdy merupakan calon terbaik yang ditampilkan buat pengundi N02 Jelai.

Jangkaan penulis pada 9 Mei 2018, Wan Rosdy akan kekal sebagai pemenang di N02 sekaligus membuktikan BN tidak silap menilai calon.