Sunday, 23 December 2018

BEKAS CALON DAP 'POYO', TIMBUL DI TANAH RATA UNTUK CARI PUBLISITI 20 SEN?

Selepas 7 Bulan Kalah Kini Bekas Calon DAP Buat 'Drama' Prihatin Masalah Rakyat

Selepas KALAH dalam PRU14, bekas calon DAP (guna lambang PKR) kembali untuk menyambung 'penggambaran poyo' seolah beliau amat prihatin dengan masalah rakyat  di Cameron Highlands. Kelibat beliau yang kelihatan di Tanah Rata dua hari lepas seolah memberi petunjuk bekas calon itu akan dicalonkan semula oleh DAP bagi menghadapi PRK P078 CH pada 26 Januari 2019.

Seperti dijangkakan perkara pertama dicanangkan oleh bekas calon ialah kesesakan jalanraya ketika waktu puncak musim cuti. Bagaimanapun MUNGKIN beliau kurang membaca mengenai apa yang Kerajaan Pahang sedang lakukan bagi mengatasi perkara tersebut.

Kenyataan Kerajaan Pahang di dalam SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) -

"SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, dimaklumkan mengenai dua projek naik taraf jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan di destinasi pelancongan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk penilaian pada Julai lalu dan ia masih dalam proses kelulusan."

PRK CH kali ini dijangkakan akan mengetengahkan hampir 80% isu tempatan dan sekitar 20% isu nasional. Bagaimanapun pengundi Cameron Highlands melihat skop yang lebih luas apabila melibatkan hal ekonomi tempatan yang terjejas kerana kejatuhan Ringgit berbanding US Dollar serta kenaikan kos perbelanjaan menguruskan ladang ladang berikutan sistem cukai SST 10% dikenakan atas setiap barangan berkaitan ladang (baja, racun, alatan ladang, bekas pembungkusan serta lain lain) dan ini sesuatu yang serius bagi mereka. Kenaikan kos yang di tanggung peladang serta pengusaha kebun sayur memaksa mereka menaikkan harga jualan sekaligus menjejaskan permintaan dari luar dan tempatan. Perlu diingatkan faktor geografi CH memainkan peranan dalam menanggung kos penghantaran barangan dan sudah tentu ini akan menimbulkan persoalan kepada pengundi bagaimana PH mahu menyelesaikan sedang hal kenaikan harga telur pun Menteri PH tidak mampu selesaikan? Apatah lagi jika calon PH ditakdirkan berjaya ke Parlimen apakah beliau mampu membawa isu yang menghantui pengundi di Tanah Rata?

Tumpuan yang diberikan oleh bekas calon DAP itu kini hanyalah di Dun Tanah Rata dan beliau seakan tidak berani menunjukkan diri di Dun Jelai.  Sudah pasti beliau tidak akan tampil di Jelai kerana enggan menjawap isu kejatuhan harga sawit dan getah yang menyebabkan peneroka Felda dan masyarakat kampung tradisional menanggung beban kerana 'KEBODOHAN' pentadbiran Pakatan Harapan menguruskan ekonomi negara.

Apakah lagi 'Drama' yang akan ditampilkan oleh bekas calon DAP dalam PRK CH ini? Beliau sudah hampir pasti di tolak pengundi Cameron Highlands kerana hanya hadir dan menunjukkan muka selepas SPR memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan kerusi P078 Cameron Highlands. Adakah beliau yakin sekutu lain dalam PH tidak akan cuba melobi untuk meletakkan calon masing masing?

Saturday, 22 December 2018

'MANIFESTO KHAS' PRK CAMERON HIGHLANDS, HARGA TELUR DAN PETROL AKAN DIKURANGKAN HINGGA 20%?

Pru14 Manifesto Pakatan Harapan Hapuskan Tol, Apa Pula Manifesto Khas Hadapi PRK CH?


Rakyat masih ingat walau tidak semua manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan bagi memenangi PRU14 yang lepas. Antara yang paling popular dan mendapat sambutan luarbiasa ialah menghapuskan tol, menstabilkan harga minyak (petrol) dan yang paling epik ialah menghapuskan hutang pinjaman PTPTN. Penghapusan GST juga termaktub dalam manifesto tersebut dan perkara tersebut adalah yang paling sukses dilaksanakan dengan penggantian kepada SST 10% di tambah dengan 6% cukai perkhidmatan.

Menarik sekali selepas 7 bulan, AES bertambah atas alasan mahu displinkan pemandu, harga sawit merudum, harga getah merudum, Indeks saham merudum, Indeks ekonomi merudum dan harga telur merudum 2sen. Belum lagi disenarai panjang semua manifesto PH yang terawang awang di angkasa raya tanpa diketahui status perlaksanaannya bila. Apakah nanti bila kempen dimulakan maka ada lagi janji 'Marikh dan Pluto' akan ditaburkan kepada pengundi sepertimana Nga Kor Ming pernah ucapkan semasa kempen PRU14 untuk memberi setiap pengundi sekeping tanah? Atau PH akan berjanji untuk menurunkan harga petrol dan menaiktaraf jalanraya di Cameron Highlands menjadi 'Lebuhraya' atau lebih hebat lagi membangunkan Tanah Rata dan Brinchang seperti Bell Air di Hollywood? Berkaitan ekonomi pula adakah bakal calon PH kelak akan berjanji membawa pelabur dari 'Wakanda' bagi merancakkan ekonomi setempat sekaligus peluang mengeksport hasil tanaman dari Cameron ke luar negara? Apa pula jaminan bakal calon PH untuk pengundi Melayu di Dun Tanah Rata? MUNGKIN bakal calon PH akan berjanji memastikan pengundi Melayu mendapat lebih manfaat dengan pelbagai insentif jika memilih beliau atau lebih mengagumkan bakal calon akan menawarkan diskaun 50% pembelian barang keperluan rumah dengan menunjukkan kad pengenalan bahawa pengundi adalah orang tempatan? Tidak mustahil pelbagai janji akan ditaburkan kepada pengundi tetapi harus diingat, Parlimen CH bukan hanya ada Dun Tanah Rata kerana Jelai juga terletak di bawah Parlimen sama. 

Apakah kempen bakal calon PH akan menumpukan pelupusan hutang Felda sebagaimana di'kompang' oleh Mazlan Aliman semasa PRU14? Bagaimana pula dengan harga sawit di Felda? Adakah PH akan memberi keistimewaan kepada Peneroka Felda Sg Koyan untuk menikmati harga sawit seperti sebelum 9 Mei 2018 sepanjang kempen? 

Apapun kita sama sama nantikan apakah tawaran bakal calon PH kepada Rakyat P078 Cameron Highlands.

Friday, 21 December 2018

RAFIZI BAKAL BERTANDING DI P078 CAMERON HIGHLANDS MENGGANTIKAN CALON DAP?

Mantan Setiausaha Agung PKR Bakal Calon PRK Cameron Highlands?

Dikejutkan dengan perletakan jawatan Naib Presiden PKR serta Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, pertemuan antara Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin mencetuskan persoalan baru menjelang Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Foto mereka bertiga menikmati minum petang tular di media sosial seterusnya mengundang pelbagai polemik komentar netizen.

Dengan alasan mual dan muak dengan proses pasca PRU14 yang menyaksikan acara 'Lompat Katak' oleh Ahli Parlimen, Izzah mula mempersoalkan tindakan Penasihat Pengerusi Pakatan Harapan Tun M yang dikaitkan mahu menguatkan kedudukan PPBM di dalam Parlimen dan bukan memberi fokus untuk agenda sebenar Pakatan Harapan. Gelora dalam PH bermula apabila tindakan Tun M menerima beberapa AP untuk duduk di bangku Parlimen sebagai wakil PPBM. Bagi mengekang penguasaan PPBM maka sesuatu perlu dilakukan untuk memberi isyarat kepada Tun M agar memberhentikan tindakan beliau. Malah Lim Kit Siang turut dikatakan memberi 'Amaran' bahawa DAP akan menarik diri keluar dari Pakatan Harapan sekiranya PH terus menerus menerima kemasukan 'Katak Katak' ini.

Pertemuan 6 mata antara ahli politik yang 'Mewakili' Anak Muda di sebuah restoran MUNGKIN berkisar siapa calon yang mampu diketengahkan bagi mewakili PH walaupun kerusi Cameron Highlands ditandingi oleh DAP sejak persempadanan semula dilakukan yang mewujudkan Parlimen Cameron Highlands. PKR sudah tentu mahu menampilkan kekuatan mereka dan mengimbangi jumlah kerusi dalam Parlimen dikalangan sekutu PH seterusnya menghalang PPBM daripada menambah kekuatan mereka. Sepertimana diketahui umum, perjanjian dalam pembentukan PH adalah 'Menyintuk Limau' Anwar sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun PH berkuasa namun jika Tun M berjaya beroleh jumlah kerusi yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri, Anwar bakal mencatat sejarah sebagai 'Bakal Perdana Menteri' paling lama di dunia.

Jika BENAR Rafizi akan bertanding mewakili PH adakah DAP akan bersetuju selepas Manogaran bersusah payah memastikan kemenangan BN dibatalkan? Politik itu seni dan jika melihat kepada peratusan pengundi di 2 Dun dalam Parlimen CH, kaum Melayu menguasai dengan 33% diikuti Cina, Orang Asli dan India. Sejarah Rafizi pula sebagai bekas Ahli Parlimen Pandan menyaksikan beliau mampu memenangi undi dari ketiga tiga kaum dengan mudah dan ini sudah tentu akan dipertimbangkan sebagai faktor memenangkan PH di PRK CH kali ini. Politik yang ditentukan dengan angka lebih memberi kelebihan jika Rafizi Ramli menjadi calon kerana pengalaman beliau dalam Parlimen sangat diperlukan Anwar untuk memastikan PKR terus mengukuhkan kedudukan kerusi Parlimen, bagaimanapun semua ini terpulang kepada percaturan PH sendiri. Apa yang pasti, pergolakan dalaman PH akan menjadi penentu siapa calon mereka kelak di PRK CH pada 12 Januari 2019.

Mungkinkah Rafizi bakal mencipta sejarah memecah dominasi DAP sebagai calon tradisi kerusi Cameron Highlands? Hanya PH mampu menjawap teka teki tersebut.

'TEDDY BEAR' AKAN DIKERAHKAN BAGI CETUS PROVOKASI PRK CAMERON HIGHLANDS?

PRK Cameron Highlands Bakal Saksikan Provokasi Gerombolan 'Teddy Bear'?

Menjelang tarikh Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands isu keselamatan pengundi perlu dipertimbangkan. Berdasarkan suasana 'Panas' pertembungan ini, keselamatan pengundi warga emas dan pengundi tempatan serta pengundi luar perlu dipertingkatkan.

Sejarah PRK yang paling teruk tercatat di Permatang Pauh menyaksikan pertembungan hingga pihak Polis sendiri menyifatkan ia sebagai paling ganas. Provokasi oleh Jentera Import ke Cameron Highlands dari Pakatan Harapan sudah tentu akan meningkat bagi membantu calon mereka. Apatah lagi kini kerjasama antara sekutu dalam PH sudah tentu akan menjadikan mereka mahu menawan P078 bagi menjaga 'Air Muka' DAP selaku parti yang telah mendominasi kerusi di Parlimen.

Dengan keadaan agak 'Tegang' tidak mustahil ada pihak akan mengambil kesempatan bagi menakutkan pengundi dari keluar mengundi malah besar kemungkinan pengundi yang dijangkakan tidak menyokong PH akan di pantau oleh gerombolan 'Teddy Bear' bagi memastikan peratusan keluar mengundi menurun seterusnya memastikan calon pilihan mereka memenangi PRK tersebut. Bukan tidak tahu pelbagai taktik yang pernah digunakan oleh mereka sebelum ini malah mereka pernah menuduh BN membawa 'Pengundi Hantu' masuk ke kawasan mengundi sedangkan itu adalah tidak benar.

Kawasan penempatan Orang Asli juga pastinya akan di pantau oleh pihak tertentu kali ini. Berdasarkan peratusan pengundi Orang Asli dikatakan akan menjadi 'De Facto' bagi mereka yang bertanding. Apa yang digusarkan jika ada 'Tangan Ghaib' cuba mengocak air di kawasan penempatan Orang Asli dengan pelbagai cara terutama Ugutan.

Sudah tentu pertarungan kali ini akan mendapat liputan seluruh negara dan pastinya ada pihak akan cuba menjatuhkan reputasi Pahang sebagai Kubu Kuat Umno. Kita nantikan apakah akan ada gerombolan 'Teddy Bear' masuk ke kawasan P078 Cameron Highlands atau mereka hanya memukul kompang.

Thursday, 20 December 2018

MENTERI 'RINGEK' MAIN WAYANG UNTUK PRK CAMERON HIGHLANDS?

Peneroka Felda Semakin Sengsara Di Bawah Pakatan Harapan

Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands pada 26 Januari 2019 menjadi medan pertama Menteri Kewangan memancing undi. Menyedari Parlimen Cameron Highlands merangkumi kawasan Felda di Dun Jelai, tindakan Menteri 'Ringek' cuba untuk mengaburi sejumlah 3847 pengundi di gugusan Felda Sg Koyan dengan peruntukan segera wang hasil dan wang sara hidup kepada seluruh Felda.

Bekas calon DAP, Manogaran yang menaikmuat satu status di media sosial nampaknya mahu menampakkan Pakatan Harapan prihatin kepada peneroka Felda selepas 7 bulan mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Bagaimanapun jumlah yang diperuntukkan kepada seluruh peneroka Felda dikatakan tidak mencukupi kerana ada peneroka yang sehingga hari ini tidak mendapat wang hasil jualan sawit dan wang sara hidup mereka.

Diburukkan lagi dengan kejatuhan harga sawit di pasaran serta keengganan China sebagai pengeksport terbesar industri minyak sawit Malaysia, jumlah yang diberikan oleh Guan Eng sebenarnya jauh dari apa yang sepatutnya. Peneroka Felda serta pengusaha sawit kini menanggung kesukaran kerana sikap pemimpin Pakatan Harapan yang mahu menunjukkan kononnya mereka 'Harimau' terhadap kuasa ekonomi dunia sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah 'Kucing Kampung'.

Manogaran perlu ingat Felda bukan sekadar 1 atau 2 rancangan di seluruh negara jadi bagaimana peruntukan sebanyak RM77 juta mahu diagihkan kepada peneroka yang terjejas ekonomi sejak Pakatan memerintah sedangkan harga telur di pasaran pun Menteri PH tidak mampu turunkan dengan memberi pelbagai alasan yang menjadi bahan lelucon netizen.

DAP juga kini seakan tidak lagi mempedulikan nasib Peneroka Felda selepas mereka berjaya menembusi kawasan 'Taboo' dengan merekrut anak muda berbangsa Melayu bagi menyampaikan dakyah songsang politik mereka. Sejak PRU14 tiada lagi kedengaran suara sebuah badan yang ditubuhkan oleh DAP berkaitan Felda sebelum ini.

Tinjauan yang dilakukan didalam kawasan Felda Sg Koyan menampakkan reaksi penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan selepas kegagalan PH menepati janji yang di buat oleh barisan penceramah PH sebelum PRU14. Mereka kini bertekad akan menumbangkan PH dalam PRK Cameron Highlands.

P078 KAYU PENGUKUR MANIFESTO 'KELENTONGKRASI' DAN SIKAP 'DOUBLE STANDARD' PAKATAN HARAPAN

Pengundi P078 Menilai Prestasi Pakatan Harapan - Manifesto PRU14 Jadi Pedoman Agar Tidak Terus Di Kelentong.

Menyentuh mengenai kempen piliharaya, semua parti politik di Malaysia tidak dapat lari daripada memberikan sumbangan semasa program turun padang dan berkempen bagi memenangi hati pengundi. Menarik sekali pembatalan kemenangan calon BN, Sivaarajh Chandran adalah kerana dakwaan rasuah ketika kempen PRU14. Barisan Nasional dan Sivaarajh sendiri menerima keputusan tersebut dengan terbuka selepas petisyen difailkan oleh Bekas Calon DAP M.Manogaran di Mahkamah Pilihanraya.

Apa yang menjadi tandatanya adakah Manogaran tidak pernah berkempen dan memberi sumbangan? Mustahil sekali jika Manogaran atau DAP mahupun Pakatan Harapan menidakkan sebarang sumbangan kepada pengundi sepanjang kempen berlangsung. Malah seorang Presiden dalam Pakatan Harapan sendiri menghulurkan wang tunai kepada seorang warga emas yang beliau temui sewaktu kempen dan rakaman video tersebut tular di media sosial.

Berbalik kepada isu sumbangan, Manogaran juga tidak terlepas dari memberi sumbangan kepada pengundi P078 dalam kempen PRU14. Beberapa keping foto menunjukkan Manogaran menghulur wang tunai dan barangan ketika kempen turut tular dalam media sosial. Adakah pemberian DAP itu dikategorikan sebagai 'Hadiah' dan tidak menggambarkan ia sebagai Rasuah bagi memenangi hati pengundi seterusnya memberikan undi kepada beliau yang bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat?

Pengundi P078 bukan boleh diperbodohkan dengan momokan kononnya hanya Pakatan Harapan mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam Parlimen itu. Perlu diingatkan dalam P078 ada 2 DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai. Banyak perkara selama ini diselesaikan oleh BN walaupun DUN Tanah Rata diwakili DAP atas kegagalan wakil DAP sebelum PRU14 tidak mengambil berat masalah penduduk Cameron Highlands. Terdapat juga aduan Adun DAP Tanah Rata sebelum ini hanya tampil di khalayak ketika mahu berkempen memancing undi dan terus hilang dari radar selepas memenangi kawasan tersebut.

Rakyat sedang menilai prestasi Pakatan Harapan dan DAP sepanjang 7 bulan mereka di Putrajaya dan kini rata rata pengundi mula menyatakan kekesalan mereka memberi undi kepada PH apabila semua Manifesto yang dikemukakan PH semasa PRU14 'Jauh Panggang Dari Api'. Lebih memburukkan keadaan isu kos sara hidup serta isu kenaikan barang keperluan serta isu kejatuhan harga sawit dan getah tidak ditangani Pakatan Harapan.

Wednesday, 19 December 2018

DAP HANYA PERMAINKAN RAKYAT, MANIFESTO TIDAK MAMPU DITUNAIKAN

Hanya Mencari Populariti, DAP Sanggup Permainkan Rakyat - Janjikan Sebidang Tanah Setiap Orang

Pilihanraya Kecil P078 pada 26 Januari 2019 bakal jadi medan menunaikan janji yang dilakarkan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas. Bekas calon daripada DAP, Manogaran sudah tentu enggan memberi ruang kepada sekutu lain dalam PH kerana beliau adalah individu yang berhempas pulas membawa petisyen ke Mahkamah bagi membatalkan keputusan PRU14 yang dimenangi oleh Dato Sivaarajh dengan majoriti 597 undi.

Tertarik dengan satu klip video dimana Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dalam siri jelajah ceramah PRU14 di Cameron Highlands di mana beliau berjanji akan memberi setiap  kampung baru geran tanah kekal jika DAP menjadi kerajaan. Bagaimanapun segala janji DAP ternyata hanyalah palsu kerana hingga kini janji Nga Kor Ming tidak dapat dipenuhi walau Pakatan telah menjadi kerajaan.

Pengundi di  DUN Jelai dan Tanah Rata sudah tentu memahami kegagalan DAP di DUN selama ini. Walau selama ini DUN Tanah Rata dikuasai  DAP, pembangunan fizikal Cameron Highlands tidak dilakukan oleh DAP malah segala bentuk bantuan disalurkan oleh BN.

Klip video klik -
.https://youtu.be/i1rV7j2cut4

Sejak Parlimen P078 diwujudkan pada 2004, BN telah melaksanakan pelbagai pembangunan fizikal di tempat tumpuan pelancong domestik dan luar tanpa meletakkan perbezaan parti. Bukan itu sahaja, Orang Asli  turut menerima pembangunan yang dibawakan seperti penempatan semula yang selesa dan pembangunan kampung setaraf dengan kemodenan negara. Manakala ADUN DAP terdahulu tidak mempamerkan prestasi terbaik untuk rakyat Tanah Rata hinggakan masalah kecil yang dihadapi penduduk Tanah Rata tidak mampu diselesaikan.

PPBM MAHU RAMPAS KERUSI DAP DI P078 CAMERON HIGHLANDS?

PPBM MAHU TAMBAH MAJORITI ELAK PENGUASAAN DAP DI PARLIMEN?

Pilihanraya Kecil Parlimen P078 Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari 2019 bakal menjadi medan perebutan antara PPBM dan DAP?

Pecahan pengundi P078 mengikut kaum -

Melayu - 33.5%
Cina - 29.48%
Orang Asli - 21.56%
India -14.91%

Adakah calon DAP, Manogaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang akan bertolak ansur selepas berhempas pulas memfailkan petisyen yang membawa kepada PRK CH dan akan menyerahkan kerusi 'Tradisi DAP' kepada PPBM Cameron Highlands yang baru ditubuhkan? Sanggupkah Lim Kit Siang mengorbankan cengkaman DAP selepas mereka mengenepikan Appalasamy yang pernah berjuang berhabis habisan demi DAP?

Penguasaan PPBM CH yang hanya tertumpu di kawasan Orang Asli dan tidak mendapat sambutan sudah tentu akan dijadikan kayu ukur oleh DAP sebelum membenarkan calon Pakatan diwakili oleh PPBM. Apatah lagi suara DAP di Parlimen terlalu besar untuk dipatahkan PPBM yang menang hanya 13 kerusi pada PRU14 yang lepas.

Dengan protes yang berlaku dalam Pakatan kerana tindakan Tun M selaku Presiden Pakatan menerima masuk sejumlah ahli parlimen yang melompat, DAP sudah tentu tidak akan berdiam diri. Walau Kit Siang cuba mengaburi dengan senyuman, beberapa ahli DAP telah memberi amaran dan isyarat jelas kepada PPBM agar akur dengan kekuatan DAP di dalam Parlimen.

Percaturan politik dalam Pakatan Harapan nampaknya tidak lagi membawa aspirasi Rakyat tetapi lebih kepada perebutan kuasa sesama mereka. Apakah nasib Rakyat akan terbela?

Tuesday, 11 December 2018

"Pala But**la" - EXCO MELAKA DI TEMPELAK PENYOKONG PH

ISU RASUAH PENYEBAB EXCO MELAKA KENA TENGKING?

Seorang Exco Kerajaan Pakatan Harapan Melaka telah di tengking oleh penyokong sendiri dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan beliau.

Tidak dapat dipastikan mengapa penyokong tersebut menengking Exco tersebut dihadapan ahli mesyuarat yang lain namun desas desus menyatakan ada kaitan dengan pengambilan ahli baru parti yang diwakili Exco terbabit.

Sebagaimana yang diketahui, Melaka yang kini di perintah Pakatan Harapan agak terkenal dengan aksi 'Kau Kenal Aku Siapa, Aku Yb Tau?' agak kucar kacir dalam menyusun kembali pentadbiran kerana dikatakan berlaku perebutan 'Kuasa Veto' menentukan sebarang keputusan.

Bayangkan jika Exco boleh di tengking oleh penyokong sendiri bagaimana pula dengan ketidakpuasan rakyat Melaka dengan gaya pentadbiran Pakatan Harapan? Apakah manifesto Pakatan Harapan di Melaka juga tidak dilaksanakan sebagaimana di Pusat?

Tonton video klik - https://youtu.be/x-15MhjbMbc

Monday, 26 November 2018

ISU KUIL - MENTERI TUDING JARI KEPADA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA?

Menteri Salahkan KDN Lambat Bertindak Mengawal Situasi - Tuding Muhyiddin Yassin?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak 'luarbiasa' apabila menyalahkan pihak Polis DiRaja Malaysia kerana gagal mengawal situasi tegang yang berlaku di sebuah rumah ibadat kaum India.

Pautan - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/502294/menteri-ahli-parlimen-ph-dakwa-polis-lambat-kawal-rusuhan

Turut bersama menuding jari ialah Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam kenyataan yang di rujuk dari sebuah portal online.

Adakah menyalahkan PDRM yang di bawah Menteri KDN merupakan satu cara sinis memberi isyarat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan komponen Pakatan Harapan yang paling lemah? Mungkin Menteri berkaitan lupa bahawa kini Pakatan Harapan menerajui tampuk Putrajaya dan mentadbir negara dengan melantik Penasihat PPBM sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak berniat menyalahkan Muhyiddin Yassin semasa mengeluarkan kenyataan mengapa Wahtya terus menyalahkan PDRM tanpa merujuk kepada pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat sebenar? Mungkinkah ada pihak yang merupakan 'Tangan Ghaib' memberi 'Lampu Hijau' kepada Menteri untuk membidas PDRM sekaligus mengingatkan Presiden PPBM mengenai kegagalan beliau menangani isu ini?

Persoalan ini makin menarik kerana sudah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeruhkan keadaan. Dengan penularan video secara langsung dari tempat kejadian, pekikan berupa kebencian jelas terdengar sekaligus menimbulakan satu lagi persoalan. Siapakah pihak sebenar yang terbabit menimbulkan kekkecohan?

Walau apapun rakyat Malaysia perlu bertenang dalam menangani isu ini dan ramai dari kaum India menjelaskan kekecohan yang terjadi bukanlah membabitkan perkauman manakala pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan mereka. Sebagai Rakyat Malaysia, semua pihak perlu bertenang dan serahkan perkara ini untuk diselesaikan oleh PDRM.